Ogos 2017
VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road
Bahagian 6: Melbourne Highlight Tour 2
ST KILDA, BRIGHTON BEACH & ALBERT PARK
HARI KELIMA (3)
Part 18: Docklands
Melbourne Highlight Tour membawa kita mengenali tiga wajah kota Melbourne: Bandaraya, Taman dan Pantai. Perjalanan Melbourne Highlight Tour seterusnya membawa kita ke persisiran Southern Ocean di selatan Melbourne.
Selepas meninggalkan King's Domain dan Royal Botanic Gardens, kami dibawa ke sebuah kawasan bandaraya Melbourne yang bernama Docklands. Berbeza dengan Melbourne CBD, Docklands adalah sebuah kawasan pembangunan baru yang moden.
|
Docklands, Melbourne |
|
Docklands dipenuhi dengan bangunan-bangunan moden |
|
Pangsapuri-pangsapuri mewah banyak terdapat di kawasan Docklands yang satu ketika dulu adalah kawasan limbungan bagi Pelabuhan Melbourne. |
Salah sebuah tarikan kepada pelancong di kawasan ini ialah Melbourne Star Observation Wheel yang seperti London Eye yang terkenal di United Kingdom. Ia berputar perlahan dan satu pusingan lengkap mengambil masa 30 minit. Pada ketinggian puncaknya (120m), pengunjung dapat melihat pergunungan Dandenong Ranges yang terletak kira-kira 60 km dari Melbourne.
|
Melbourne Star Observation Wheel |
|
Pengunjung di dalam sebuah pod Melbourne Star Observation Wheel |
Untuk mendapatkan gambaran keadaan asal kawasan Docklands yang moden dan mewah, kami dibawa ke kawasan Port Melbourne di mana kami dapat melihat kontena-kontena yang bersusun di pinggir sungai. Kata William yang merupakan pemandu bas merangkap Tour Guide kami, inilah keadaan Docklands pada satu ketika dulu.
|
Port Melbourne |
|
Beginilah gambaran keadaan asal kawasan Docklands sebelum ia dibangunkan seperti sekarang. |
Part 19: St Kilda
Dari Docklands dan Port Melbourne, kita berkunjung pula ke dua buah bandar yang terletak di tepi pantai Southern Ocean, St Kilda dan Brighton.
|
Peta lokasi St Kilda dan Brighton dari Bandar Melbourne |
Kita mulakan dengan lawatan ke St Kilda yang terletak 6 km dari pusat bandar Melbourne.
|
Menuju ke St Kilda |
|
Suasana pelabuhan memang terasa sewaktu dalam perjalanan ke St Kilda |
St Kilda pada hari ini lebih merupakan sebuah kawasan perumahan. Ia dinamakan sempena sebuah kapal Lady of St Kilda yang pernah berlabuh di sini pada masa dahulu. St Kilda yang sebenar adalah sebuah kawasan di Scotland yang menjadi tempat asal penduduk kulit putih yang pertama di sini. Tarikan utama pengunjung ke St Kilda pada hari ini adalah pantai dan juga Acland Street yang terkenal dengan kedai-kedai pastri yang enak.
|
Kawasan perumahan di St Kilda |
|
Rumah api kecil di sana masih dikekalkan untuk mengenang sejarah laut di St Kilda pada masa dahulu. |
|
Palais Theatre adalah salah sebuah mercu tanda di St Kilda |
|
Luna Park juga adalah sebuah mercu tanda yang penting di St Kilda |
|
Suasana di bandar St Kilda |
Pada penghujung tahun 1960-an dulu, St Kilda menjadi tumpuan golongan subculture seperti artis, pemain muzik, punk dan LBGT. Kesan peninggalan culture mereka yang mencorak St Kilda menjadi seperti sekarang masih dapat dilihat di sini.
|
Banyak graffiti menarik dilihat di St Kilda (dan juga seluruh Melbourne sebenarnya). |
|
Bas menurunkan kami di depan Pejabat Pos St Kilda |
|
Macam hidup pulak lukisan Koala Bear ini. |
|
Pemuzik jalanan di St Kilda |
LUNA PARK
Kalau penduduk di New York City pada awal tahun 1900 dulu berbangga dengan taman tema Coney Island, penduduk Melbourne pula berbangga dengan taman tema Luna Park yang dibina di St Kilda.
|
Pintu masuk ke Luna Park |
|
Luna Park hanya beroperasi pada hujung minggu dalam musim Winter dan Spring. |
Seperti juga di taman tema di Coney Island, Luna Park juga mempunyai sebuah roller coaster kayu. Roller Coaster yang dinamakan Great Scenic Railway ini mula beroperasi pada tahun 1912 dan masih beroperasi sehingga sekarang menjadikan ia sebagai roller coaster yang paling lama beroperasi di dunia hari ini.
|
Great Scenic Railway di Luna Park |
|
Mengintai ke dalam Luna Park |
|
Sejarah Great Scenic Railway |
|
Tinggi betul roller coaster ni bila kita mendongak ke atas! |
Di sebelah Luna Park, ada sebuah teater yang dinamakan Palais Theatre. Ia dibina sebagai sebuah panggung wayang pada tahun 1921. Ia tidak lagi berfungsi sebagai panggung wayang sekarang. Teater ini kini berfungsi sebagai venue bagi persembahan konsert dan muzik. Antara artis terkenal yang pernah membuat persembahan di sini adalah bintang American Idol, Adam Lambert.
|
Palais Theatre yang terletak di sebelah Luna Park. |
|
Pemandangan Palais Theatre dari depan. |
|
Berjalan menuju ke Pantai St Kilda |
ST KILDA BEACH
Tarikan utama pengunjung ke St Kilda adalah St Kilda Beach. Pantai sepanjang 700 meter ini adalah pantai yang paling popular di kalangan penduduk Melbourne. Selain dari di Phillip Island, pantai ini juga terkenal sebagai tempat pendaratan penguin, walaupun bilangannya tak sebanyak di Phillip Island.
|
St Kilda Beach |
|
Lepak-lepak di Pantai St Kilda |
|
Pemandangan menghala ke Brooks Jetty |
|
Brooks Jetty |
|
Brooks Jetty telah diisytiharkan tak selamat oleh Parks Victoria. Namun demikian, cadangan untuk meruntuhkan jeti ini tidak disenangi oleh penduduk St Kilda. |
|
Matahari terbenam di St Kilda Beach |
|
Terbungkang di tepi pantai. |
|
Beriadah dengan anjing kesayangan. |
|
Berlari bersama tuan yang tersayang. |
|
Bermain dengan burung camar. |
|
Burung-burung camar |
|
Seperti juga di tempat-tempat lain di Australia, ada larangan memberi makan burung di sini. |
ACLAND STREET
Acland Street di St Kilda terkenal dengan kedai-kedai pastri yang enak. "Jangan lupa mencuba pastri di Acland Street," pesan pemandu merangkap Tour Guide kami William sewaktu dia menurunkan kami di St Kilda.
|
Acland Street di St Kilda |
|
Restoran makanan Malaysia Chinta Ria di Acland Street, St Kilda. |
Terpengaruh dengan pesanan William, kami berjalan ke Acland Street selepas melawat St Kilda Beach. Memang betul bagai dikata, memang ada banyak kedai pastri di sini. Pastri yang dijual pula cukup besar, tak terhabis dengan sekali makan.
|
Laluan Tram di tengah Acland Street |
|
Kedai-kedai pastri di Acland Street |
|
Pastri yang dijual bersaiz XL. |
|
Myself membeli sekeping Fruit Tart yang berharga AUD7 (RM 24.50) di sini. Rasanya memang sedap walau jenuh nak menghabiskannya. |
|
Kedai-kedai pastri |
|
Memang seronok minum petang di sini sambil menikmati pastri yang enak. |
|
Restoran untuk mereka yang tak makan kawan-kawan. |
Part 20: Brighton Beach
Persinggahan seterusnya selepas St Kilda adalah menuju ke Brighton Beach yang terkenal dengan Bathing Boxes yang berwarna-warni.
|
Menuju ke Brighton |
Perjalanan dengan bas dari St Kilda ke Brighton Beach memakan masa kira-kira 10 minit.
|
Pemandangan kawasan perumahan di Brighton |
|
Tiba di Brighton Beach |
|
Tempat letak kenderaan di Brighton Beach |
|
Van menjual ais kerim di tempat letak kereta di Brighton Beach ini nyata menjadi tumpuan ramai. |
|
Ais kerim Halal rupanya! |
|
Berjalan menuju ke pantai. |
Bathing Boxes di Brighton Beach adalah pondok-pondok kecil yang dibina sebagai tempat persalinan pakaian untuk ke pantai pada masa dahulu. Maklum sajalah, Mat Salleh pada tahun 1800 dulu amat sopan, tak seperti Mat Salleh pada masa sekarang. Pada masa itu, perbuatan menanggal pakaian di khalayak ramai memang dianggap kurang sopan, terutama bagi wanita.
|
Bathing Boxes di Brighton Beach |
|
Bathing Boxes yang berwarna-warni ini dibina di sepanjang Pantai Brighton. |
|
Pemandangan di Pantai Brighton |
Bathing Boxes di Brighton Beach tak lagi digunakan sebagai bilik-bilik persalinan. Ia kini lebih berfungsi sebagai stor-stor simpanan bagi peralatan permainan laut seperti surfboard.
|
Bathing Boxes yang dicat berwarna-warni ini memang menarik perhatian. |
|
Walaupun kedudukan Brighton Beach agak jauh dari Melbourne (kira-kira 13 km), Bathing Boxes ini kini menjadi tarikan kepada pengunjung ke kota tersebut. |
|
Berebut nak bergambar di depan Bathing Box pilihan. |
|
Kenangan di Bathing Boxes di Brighton Beach |
|
Memang ada saja anjing yang bermain laut di tepi pantai di Melbourne. |
|
Macam Lifeguard dalam cerita Baywatch. |
|
Meninggalkan pantai untuk kembali ke bas. |
|
Bas kami parking di sana. |
Part 21: Albert Park
Brighton Beach adalah persinggahan terakhir dalam Melbourne Highlight Tour anjuran Syarikat Grayline. Selepas melawat Bathing Boxes di sana, kami dibawa kembali ke Melbourne.
|
Kembali ke Melbourne |
Tiba di kota Melbourne, kami ditunjukkan pula sebuah taman yang bernama Albert Park yang menjadi gelanggang pertandingan lumba kereta Australian Formula One Grand Prix. Perlumbaan ini mengelilingi tasik besar yang terdapat di taman ini.
|
Albert Park |
|
Pemandangan matahari terbenam di Albert Park |
|
Beriadah di Albert Park |
Selain lumba kereta, tasik di Albert Park juga terkenal sebagai pusat sukan air. Sewaktu melintasi tasik ini, kami dapat melihat penduduk Melbourne berkayak dan bermain kapal layar di tengah tasik.
|
Berkayak di Tasik Albert Park |
|
Berkayak dengan ditemani Black Swans. |
|
Perlumbaan Australian Formula One Grand Prix diadakan mengelilingi tasik ini. |
|
Pemandangan indah di Albert Park |
|
Tasik di Albert Park adalah pusat sukan air yang tersohor di Melbourne. |
|
Bermain kapal layar di Albert Park. |
|
Albert Park adalah salah sebuah taman yang menyumbang gelaran "Garden City" kepada kota Melbourne. |
Setibanya di Melbourne, bas Grayline membuat drop-off percuma kepada semua peserta ke hotel masing-masing. Disebabkan kepenatan dan dinner dah tersedia dibungkus dari Restoran Pondok Rempah sewaktu lunch tadi, kami terus balik ke bilik. Kita perlu rehat yang cukup untuk membuat Full Day Tour sekali lagi bersama Grayline pada esok pagi...
Bersambung ke Bahagian 8 ...
CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)
- Bhg. 1 [Hari 1] : The Arrival - Perjalanan ke Melbourne
- Bhg. 2 [Hari 2 & 3] : Business Trip - Queen Victoria Market & City Circle Tram
- Bhg. 3 [Hari 4] : Solo In Melbourne - Ibis Melbourne Therry Street, Federation Square & Southern Cross Station
- Bhg. 4 [Hari 5] : Husband's Arrival - Tullamarine Airport & Victoria Street
- Bhg. 5 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 1 - Melbourne City Tour, Royal Botanic Gardens & Yarra River
- Bhg. 6 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 2 - St Kilda, Brighton Beach & Albert Park
- Bhg. 7 [Hari 6] : Dandenong 1 - Perjalanan ke Dandenong & Grant Picnic Ground
- Bhg. 8 [Hari 6] : Dandenong 2 - Puffing Billy & Sassafras
- Bhg. 9 [Hari 6] : Phillip Island 1 - Perjalanan Ke Phillip Island & Churchill Island Heritage Farm
- Bhg. 10 [Hari 6] : Phillip Island 2 - Koala Conservation Centre, The Nobbies & Penguin Parade
- Bhg. 11 [Hari 7] : Great Ocean Road 1 - Anglesea, Urquhart Bluff & Memorial Arch
- Bhg. 12 [Hari 7] : Great Ocean Road 2 - Lorne, Cumberland River & Apollo Bay
- Bhg. 13 [Hari 7] : Great Ocean Road 3 - Twelve Apostles
- Bhg. 14 [Hari 7] : Great Ocean Road 4 - Razorback, Loch Ard Gorge & Port Campbell
- Bhg. 15 [Hari 8] : Melbourne City Walk 1 - Federation Wharf, Southbank, Swanston Street & Queen Victoria Market
- Bhg. 16 [Hari 8] : Melbourne City Walk 2 - Melbourne River Cruise, Islamic Council of Victoria & Treasury Gardens
- Bhg. 17 [Hari 8] : Melbourne City Walk 3 - Fitzroy Gardens & Penerbangan Pulang