Ogos 2017
VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road
Bahagian 4: Husband's Arrival
MELBOURNE TULLAMARINE AIRPORT & VICTORIA STREET
HARI KELIMA (1)
Part 11: SkyBus ke Tullamarine Airport
Husband dijadualkan tiba di Melbourne Tullamarine Airport dengan penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 7.50 pagi ini. Maka seawal pukul 6.30 pagi ini, Myself turun bersarapan di Ibis Melbourne Therry Street. Selepas bersarapan kita terus menunggu SkyBus City Shuttle yang akan menjemput kita di depan hotel untuk dibawa ke Southern Cross Station.
|
Pemandangan di depan hotel di awal pagi |
|
Therry Street |
Perkhidmatan SkyBus City Shuttle ini disediakan secara percuma. Tepat pada jam 7 pagi, SkyBus City Shuttle yang ditempah melalui kaunter pendaftaran Hotel Ibis Melbourne Therry Street tiba. Sebaik naik ke atas bas, pemandu terus meminta nombor bilik hotel kita untuk verify dengan tempahan yang dibuat.
|
SkyBus City Shuttle tiba di depan hotel |
|
Pemandangan di dalam SkyBus City Shuttle |
|
Menuju ke Southern Cross Station |
|
Tiba di Southern Cross Station |
Selepas tiba di Southern Cross Station, barulah kita perlu membeli tiket bas untuk ke Tullamarine Airport. Ada mesin-mesin tiket disediakan di tepi tempat naik bas ke Airport, tetapi pembayaran hanya diterima menggunakan kad kredit. Kalau nak beli tiket menggunakan wang tunai, pembelian secara manual boleh dibuat di kaunter SkyBus di dalam Southern Cross Station.
|
SkyBus menuju ke Airport di dalam Southern Cross Station |
|
Pemandangan di dalam bas |
|
Meninggalkan Southern Cross Station |
Tiket SkyBus sehala dari Southern Cross Station ke Tullamarine Airport berharga AUD19 (RM 65). Perkhidmatan bas ke airport disediakan setiap 10 minit, 24 jam sehari. Wifi percuma turut disediakan di dalam bas.
|
Melbourne Star Observation Wheel |
Perjalanan dengan bas dari Southern Cross Station ke Melbourne Tullamarine Airport memakan masa kira-kira setengah jam menggunakan Tullamarine Freeway.
|
Lebuhraya menuju ke Tullamarine Airport |
|
Pemandangan dalam perjalanan ke Airport |
|
Bas ini memang full-house. |
|
Tullamarine Freeway |
|
Pemandangan kawasan perumahan yang cantik ini mengingatkan Myself kepada sebuah kawasan perumahan di Paris dulu. |
|
Dah tiba di kawasan Melbourne Tullamarine Airport |
|
Hotel untuk kereta anda. |
|
Menuju ke kawasan terminal |
|
Tempat parking kereta |
|
Kawasan penyelenggaraan airport |
Tullamarine (disebut: Talla-marine) Airport adalah lapangan terbang terbesar di Melbourne yang digunakan oleh syarikat penerbangan kebangsaan Australia Qantas dan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa yang lain, termasuklah Malaysia Airlines dan Air Asia. Sebuah lagi lapangan terbang penumpang di Melbourne terletak di Avalon, yang digunakan terutamanya oleh syarikat penerbangan tambang murah Jetstar.
Ada 4 terminal di Tullamarine Airport yang bersambung antara satu sama lain. Terminal 1 digunakan bagi penerbangan domestik Qantas. Terminal 2 digunakan bagi penerbangan antarabangsa. Terminal 3 digunakan oleh syarikat penerbangan Virgin Airlines Australia dan Terminal 4 digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah seperti Tiger Air.
|
Bangunan terminal Tullamarine Airport. |
|
Teksi beratur menanti penumpang. |
|
Hello, Melbourne. |
|
Perhentian SkyBus di Terminal 3. Selain dari di sini, terdapat satu lagi perhentian SkyBus di Terminal 1. |
Pesawat yang dinaiki Husband, Malaysia Airlines MH 149 tiba di Terminal 2, Tullamarine Airport pada pukul 8.05 pagi. Namun disebabkan banyak pesawat lain (termasuklah juga Air Asia dari Kuala Lumpur) yang tiba hampir serentak, dia terpaksa beratur panjang untuk melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam Australia.
Sambil menunggu, kita dapat mendengar pengumuman yang meminta penumpang tidak meninggalkan beg tanpa pengawasan. Ada juga pengumuman supaya tidak menggunakan khidmat ulat-ulat teksi kerana perkhidmatan mereka tidak dilindungi insurans. Ada juga ulat teksi di Melbourne ni rupanya, macam juga di Kuala Lumpur.
|
Berjalan menuju ke Terminal 2 |
|
Tempat pick-up penumpang |
|
Terminal 2, Tullamarine Airport |
Jenuh kita menunggu di luar, memerhati dengan penuh teliti setiap penumpang yang keluar dari dalam sana pada skrin TV yang disediakan. Bila pintu automatik di Bahagian Arrival ni terbuka, memang balik-balik muka orang Melayu je yang keluar. Huh, memang ramai orang Melayu yang datang ke Melbourne ni. Sedar-sedar Husband dah ada di belakang kita. Macam mana dia boleh jadi begitu elusive sampai terlepas dari pandangan kita?
|
Pesawat Husband, Malaysia Airlines MH 149 dah selamat tiba. |
|
Ada
dua pintu keluar penumpang yang berasingan di Terminal 2. Kedua-dua
pintu boleh dilihat menerusi skrin yang disediakan di sini. Tapi Husband
tetap terlepas dari pandangan kita. Boleh begitu?! |
Wakil Airport Pick-up yang kami tempah menerusi travel agent di Malaysia lagi telah sedia menanti. Dia adalah seorang wanita Indonesia yang lupa pulak Myself nak tanya namanya.
|
Wakil Airport Pick-up kami, perempuan Indonesia yang kecil molek tu dah sedia menunggu kami. |
|
Mengikut wakil pick-up ke transport yang menunggu. |
|
Penjaga trafik di Tullamarine Airport |
|
Menunggu untuk melintas jalan. |
|
Tempat pick-up bagi mini bus. |
|
Itu dia... transport kami dah tiba. |
|
Transport kami disediakan oleh Bluebird Shuttle. |
|
Kalau dijemput dengan kenderaan oleh keluarga ataupun rakan-rakan, tempat menunggunya di sana. |
|
Yang ini pula adalah tempat pick-up yang dikhaskan bagi perkhidmatan Uber. |
Perjalanan dari Tullamarine Airport ke bandaraya Melbourne juga memakan masa setengah jam. Sepanjang masa di Melbourne, Myself perhatikan trafiknya lancar sekali. Tak pernah sekali pun kami melihat traffic jam di sini.
|
Perjalanan menuju ke kota Melbourne |
|
Pokok-pokok di Melbourne masih gondol kerana masih musim dingin di sini. |
|
Pemandangan indah di kota Melbourne |
|
Dalam perjalanan menuju ke hotel. |
Bluebird Shuttle kami membuat persinggahan di beberapa buah hotel untuk menghantar penumpang yang telah menempah perkhidmatan mereka. Hotel kami, Ibis Melbourne Therry Street adalah persinggahan kedua. Persinggahan pertama adalah menghantar seorang kakak berketurunan Melayu dari Malaysia ke Rydges On Swanston Hotel, yang seperti Husband, ingin bertemu suaminya yang telah terlebih dulu datang ke Melbourne dan menginap di sana. Tak jauh dari hotel ini, kami terpandang sebuah restoran Melayu, Norsiah's Kitchen. Kami menyimpan cita-cita nak berkunjung makan di sini, tapi sampai ke sudah tak berkesempatan.
|
Restoran Melayu Norsiah's Kitchen |
|
Perhentian Tram Queen Victoria Market berdekatan hotel kami. |
Part 12: Restoran Pondok Rempah
Selepas berehat seketika di hotel, kami membuat keputusan untuk makan tengahari awal sedikit kerana kami akan mengikut Melbourne Highlight Tour dengan Grayline pada tengahari itu. Disebabkan kami tak punya banyak masa untuk merayau jauh dari hotel, Myself mencadangkan supaya kami hanya makan tengahari di restoran Indonesia, Pondok Rempah yang terletak hanya di seberang jalan dari hotel.
|
Restoran Pondok Rempah yang terletak di Elizabeth Street, hanya seberang jalan dari Hotel Ibis Melbourne Therry Street |
|
Menunggu makanan dihidangkan |
|
Portion makanannya sangat besar sehingga kami tak terhabis. Jadi, kami membungkus bahagian yang tak terhabis itu untuk dijadikan makan malam di hotel nanti. |
|
Pemandangan di dalam Restoran Pondok Rempah. Pengunjungnya dah pasti sebahagian besar terdiri dari rakyat Indonesia yang berkunjung dan menetap di Melbourne. |
|
Perakuan Halal di Restoran Pondok Rempah |
Part 13: Victoria Street
Disebabkan masih terdapat masa kira-kira setengah jam sebelum Grayline Pick-up bagi Melbourne Highlight Tour kami, Myself dan Husband bersiar-siar menikmati pemandangan kota Melbourne dari Victoria Street yang juga terletak tidak jauh dari hotel.
|
Victoria Street |
|
Wajah siapakah yang tertera pada bangunan yang unik ini? Adakah dia Jesus Christ? Bukan... wajah yang tertera di sini adalah William Barak, seorang ketua dan pejuang hak penduduk Aborigines di Australia. |
|
Public Toilet |
|
Pemandangan menghala ke hotel dari belakang Public Toilet. Bangunan milik RMIT (Royal Melbourne Institute of Technology) bersepah-sepah di seluruh Melbourne CBD. |
|
Bangunan-bangunan RMIT selalunya mempunyai rekabentuk moden yang unik. Bangunan bak duri durian yang berwarna-warni di sebelah kanan juga adalah milik RMIT. |
Salah sebuah bangunan yang pasti menarik perhatian di Victoria Street ini ialah Public Baths. Ia menempatkan sebuah kolam mandi awam di dalamnya. Walau dah berusia lebih 100 tahun sekarang, ia masih digunakan sehingga ke hari ini.
|
Public Baths. |
|
Ada kolam mandi awam di dalam Public Baths ini. |
|
Satu lagi pemandangan Public Baths |
|
Sebahagian bangunan Public Baths ini sedang mengalami pembaikan. |
|
Ada pertunjukan Vampire yang diadakan di sini pada setiap malam. |
|
Aduh, berkilatnya cermin yang dipasang pada bangunan ini. |
Part 14: Grayline Pick-up
Grayline Pick-up bagi Melbourne Highlight Tour kami dijadualkan pada pukul 12.25 tengahari. Jadi seawal pukul 12.15 tengahari, kami telah kembali menunggu di depan hotel.
|
Therry Street |
Tak
lama selepas kami menunggu, pada pukul 12.20 tengahari (awal 5 minit
dari jadual), bas Grayline Pick-up pun tiba untuk membawa kami ke
Federation Square, dari mana Melbourne Highlight Tour kami akan bermula.
Dalam perjalanan ke sana, Grayline Pick-up turut singgah membuat pick-up di beberapa hotel lain.
Antara pick-up
yang dibuat termasuklah 13 orang sekeluarga Melayu dari Petaling Jaya,
Malaysia yang akan menyertai Penguin Parade Tour yang juga akan berlepas
dari Federation Square pada petang itu. Keluarga ini terdiri dari
pelbagai peringkat usia: dari kanak-kanak, ibu bapa sehinggalah kepada
datuk dan nenek. Seronok melihat mereka dapat travel sekeluarga beramai-ramai ke Melbourne begitu.
|
Bas Grayline Pick-up |
|
Pemandangan di dalam bas. |
|
Perjalanan menuju ke Federation Square |
|
Pemandangan di Melbourne CBD. |
|
Perhentian Tram |
|
Gereja St. Michael's On Collins |
|
Lepak-lepak di luar gereja |
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)
- Bhg. 1 [Hari 1] : The Arrival - Perjalanan ke Melbourne
- Bhg. 2 [Hari 2 & 3] : Business Trip - Queen Victoria Market & City Circle Tram
- Bhg. 3 [Hari 4] : Solo In Melbourne - Ibis Melbourne Therry Street, Federation Square & Southern Cross Station
- Bhg. 4 [Hari 5] : Husband's Arrival - Tullamarine Airport & Victoria Street
- Bhg. 5 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 1 - Melbourne City Tour, Royal Botanic Gardens & Yarra River
- Bhg. 6 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 2 - St Kilda, Brighton Beach & Albert Park
- Bhg. 7 [Hari 6] : Dandenong 1 - Perjalanan ke Dandenong & Grant Picnic Ground
- Bhg. 8 [Hari 6] : Dandenong 2 - Puffing Billy & Sassafras
- Bhg. 9 [Hari 6] : Phillip Island 1 - Perjalanan Ke Phillip Island & Churchill Island Heritage Farm
- Bhg. 10 [Hari 6] : Phillip Island 2 - Koala Conservation Centre, The Nobbies & Penguin Parade
- Bhg. 11 [Hari 7] : Great Ocean Road 1 - Anglesea, Urquhart Bluff & Memorial Arch
- Bhg. 12 [Hari 7] : Great Ocean Road 2 - Lorne, Cumberland River & Apollo Bay
- Bhg. 13 [Hari 7] : Great Ocean Road 3 - Twelve Apostles
- Bhg. 14 [Hari 7] : Great Ocean Road 4 - Razorback, Loch Ard Gorge & Port Campbell
- Bhg. 15 [Hari 8] : Melbourne City Walk 1 - Federation Wharf, Southbank, Swanston Street & Queen Victoria Market
- Bhg. 16 [Hari 8] : Melbourne City Walk 2 - Melbourne River Cruise, Islamic Council of Victoria & Treasury Gardens
- Bhg. 17 [Hari 8] : Melbourne City Walk 3 - Fitzroy Gardens & Penerbangan Pulang