Wednesday, 20 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 09 (Phillip Island)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road

Bahagian 9: Phillip Island 1
PERJALANAN KE PHILLIP ISLAND & 
CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM

HARI KEENAM (3)

Part 30: Menuju Ke Phillip Island

Oleh kerana bas yang sama membawa kami ke Dandenong pada pagi tadi turut digunakan untuk membuat perjalanan ke Phillip Island petang ini, kami hanya menunggu sahaja di dalam bas sewaktu bas kembali ke Federation Square di Melbourne. Setibanya di Federation Square, kami disertai oleh lebih ramai peserta yang ingin bersama menyaksikan Penguin Parade di Phillip Island.

Pemandu merangkap Tour Guide kami ke Phillip Island petang ini adalah Deb.
Pemandu merangkap Tour Guide kami ke Phillip Island pada petang ini pula adalah seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Deb. Ketika Myself bertanya kepada Deb mengapa terdapat ramai tentera beruniform di sekitar Melbourne pada hari itu, Deb memberitahu Tentera Australia meraikan Legacy Week pada hari itu yang macam Hari Pahlawan di Malaysia.

Tentera Laut Australia
Kutipan derma sempena Legacy Week untuk membantu keluarga tentera yang cedera dan terkorban sewaktu bertugas.
City Circle Tram percuma yang boleh dinaiki pelancong untuk mengelilingi Melbourne CBD.
Tentera Darat Australia
Berjalan menyeberang jalan bersama pun dah nampak macam berkawad.
Meninggalkan kota Melbourne
Phillip Island terletak 140 km ke timur Melbourne dan perjalanan dengan bas ke sana memakan masa 2 jam. Sebahagian besar perjalanan adalah melalui kawasan luar bandar yang dipenuhi dengan aktiviti penternakan lembu dan biri-biri.

Kagum melihat Makcik Deb begitu cekap memandu bas dua tingkat ni...
Ladang ternakan dalam perjalanan ke Phillip Island
Ternakan lembu.
Tanah yang telah digembur untuk tujuan pertanian.
Rumput kering
Ketika melalui kawasan penternakan lembu yang luas dalam perjalanan ke Phillip Island, Deb menceritakan sejarah pertanian di Australia. Selepas orang British tiba, mereka mendengar khabar berita yang orang Perancis juga dah mula datang ke Australia. Disebabkan orang British bimbang yang orang Perancis akan membuat penempatan yang besar sehingga mengatasi mereka, pemerintah British membuat tawaran pemilikan tanah kepada penduduk-penduduk yang sudi menerima pemerintahan mereka di sini. Tanah boleh dimiliki seluas kawasan yang dikerjakan. Dari situlah asalnya pemilikan ladang ternakan yang luas di Australia sehingga menjadikan negara ini negara pertanian yang hebat di dunia.

Gemuk-gemuk lembu dagingnya.
Antara yang menyambut pelawaan British ini adalah sekumpulan pendatang dari Itali. Sebahagian besar pemilik ladang di kawasan yang kami lalui adalah berketurunan Itali. Mereka juga masih mengekalkan budaya dan tradisi nenek moyang mereka di Itali di sini.

Menuju ke Phillip Island
Koo Wee Rup adalah kawasan paya yang dulunya didiami oleh masyarakat Aborigines sebelum dijadikan kawasan pertanian oleh pendatang dari Itali.
Peladang di sini tidak hanya membuka tanah untuk pertanian. Malah mereka turut membangunkan sistem pengairan. Bila kita lalu di kawasan ini sekarang, sukar sekali nak membayangkan yang kawasan ini adalah tanah paya yang luas dan tidak produktif pada masa dahulu.

Bunyip River Drain Complex
Ahh!! Lembu lagi!
Masih menuju ke Phillip Island
Ladang persendirian
Jalan luar bandar ke Phillip Island
Perjalanan merentas hutan.
Bukit-bukau
Akhirnya, laut mula menampakkan diri. Teluk ini dinamakan Western Port Bay walaupun ia terletak di timur antara dua teluk bersebelahan yang terdapat di Melbourne. Menurut ceritanya, penjelajah yang menemui Teluk Western Port berlayar dari Sydney yang terletak jauh ke timur. Setelah belayar begitu jauh dari Sydney, dia telah menemui sebuah semenanjung yang kini dikenali sebagai Mornington Peninsula.

Peta Western Port Bay dan Port Phillip Bay
Di belakang Mornington Peninsula ini sebenarnya terdapat sebuah lagi teluk yang kini dikenali sebagai Port Phillip Bay, di mana letaknya kota Melbourne kini. Tapi ia tidak diketahui oleh penjelajah tersebut ketika itu. Walaupun Western Port Bay terletak di timur dan Port Phillip Bay terletak di barat, penjelajah ini tetap menamakan teluk yang ditemui sebagai Western Port Bay kerana menyangka dia telah sampai ke penghujung paling barat Sydney.

Sebahagian besar Australia terdiri dari tanah pamah. Walaupun ada, sukar kita nak menemui pemandangan gunung tinggi di kawasan sebelah sini di negara ini.
Laut yang mula memunculkan diri.
Teluk ini dinamakan Western Port Bay.
Pemandangan indah Western Port Bay

Part 31: Churchill Island

Kami tiba di sebuah jambatan yang menyambungkan Tanah Besar Australia dengan Phillip Island. Pemandangan di sini sangat mengkagumkan.

Jambatan yang menyambungkan Tanah Besar Australia dengan Phillip Island.
Mentari hampir terbenam kini
Air laut juga sedang surut pada masa ini.
Laut cetek kerana air sedang surut
Pelabuhan bot
Selamat Datang Ke Phillip Island
Phillip Island Chocolate Factory, tapi kami tak singgah di sini.
Destinasi kami sebaik tiba di Phillip Island adalah sebuah pulau kecil yang bernama Churchill Island untuk melawat sebuah ladang warisan di sana.

Peta yang menunjukkan kedudukan Churchill Island di bucu atas Phillip Island.
Jambatan ke Churchill Island
Melintasi jambatan
Macam boleh redah je laut ni berjalan ke Churchill Island
Tiba di Churchill Island
Di sanalah hala tujuan kami ~ Churchill Island Heritage Farm.
Berjogging di Churchill Island
Cape Barren Goose
Tiba di Churchill Island Heritage Farm

Part 32: Churchill Island Heritage Farm

Ketibaan kami di Churchill Island disambut oleh seorang petugas Parks Victoria yang bertanggungjawab menjaga taman-taman negeri di Phillip Island. Churchill Island Heritage Farm juga adalah salah sebuah dari taman negeri ini.

Petugas Parks Victoria yang menyambut kami.
Selepas memberi penerangan tentang Churchill Island Heritage Farm, dia terus membawa kami masuk ke kawasan ladang.

Kena lalu kedai cenderamata dulu sebelum masuk ke ladang.
Tiket diperlukan untuk melawat ke ladang ini. Namun bagi kami, semuanya diuruskan oleh Grayline Tours.
Di sini kami diberi penerangan tentang aktiviti yang boleh dilihat di ladang ini.
Disebabkan kami tiba lewat petang, hanya aktiviti Sheep Shearing sahaja yang tinggal.
Berjalan mencari Wool Shed, tempat diadakan pertunjukan mengetam bulu biri-biri.
Lawatan ke Churchill Island Heritage Farm sangat menarik bagi kami. Ladang ini dibina sebagaimana ladang penduduk awal yang membuat aktiviti pertanian di sini. Kalau datang awal, banyak aktiviti ladang yang boleh dilihat seperti Working Dog dan Cow Milking. Tapi disebabkan kami tiba lewat petang, hanya aktiviti Sheep Shearing saja yang dapat dilihat.

Macam pemandangan dalam siri koboi di TV.
Kuda
Wool Shed di mana pertunjukan mengetam bulu biri-biri (Sheep Shearing) diadakan.
Penerangan tentang kaedah mengetam bulu biri-biri.
Biri-biri sedang diseret ke pentas untuk pertunjukan mengetam bulu.
Biri-biri sedang diketam bulu.
Bukan sekadar pandai mengetam bulu, kena juga pandai memegang biri-biri supaya tak meronta lari.
Biri-biri diguling-guling untuk diketam bulu.
Dalam masa beberapa minit sahaja, seluruh bulu biri-biri habis diketam.
Biri-biri yang telah diketam dimasukkan balik ke kandang di belakang pentas.
Kagum melihat bulu yang diketam dari biri-biri tadi dihampar ke lantai. Seluruh hasil ketaman hanya sekeping saja, tak koyak atau putus!
Peralatan untuk mengetam bulu biri-biri.
Pemandangan dekat bulu biri-biri yang diketam.
Lepas pertunjukan Sheep Shearing tamat, kita berjalan-jalan di sekitar kawasan ladang untuk melihat binatang ternakan di ladang.

Working Horse.
Kami tiba lewat di sini. Pertunjukan Working Dog (Anjing Gembala) telah pun tamat.
Biri-biri yang telah diketam bulu.
Ayam ternakan.
Kemudian kami masuk ke bangsal binatang ternakan. Ada beberapa ekor anak binatang ternakan yang masih kecil ditempatkan di sini.

Bangsal binatang ternakan.
Kambing menjenguk ke luar bangsal.
Hamster
Anak biri-biri nak cuba memanjat pagar
Emak Kambing
Anak kambing yang juga tengah mencuba nak memanjat keluar pagar.
Anak ayam
Pemandangan ke dalam bangsal binatang ternakan.
Merak kayangan
Merak yang berkawan dengan itik-itik ladang
Mari kita berjalan menuju ke arah laut pulak. Di tepi laut terdapat beberapa padang ragut untuk ternakan seperti lembu dan biri-biri. Australia memang terkenal dengan ternakan lembu dan biri-biri. Jadi memang seronok kita dapat menangkap gambar lembu dan biri-biri yang gemuk dari dekat di sini.

Berjalan menuju ke arah laut
Picnic Table
Cantik pemandangan di sini.
Pokok-pokok herba
Kincir angin dan kolam minuman untuk ternakan
Padang ragut
Skodeng lembu di sana
Lembu dan burung-burung yang berterbangan
Gemuk betul lembu-lembu ni.
Berposing di tengah ladang
Berposing ke arah laut pulak
Tugu Working Horse
Meragut rumput
Mengambil gambar lembu
Pemandangan ke arah Visitor Centre dari padang ragut
Di sebelah padang ragut, ada pula kebun Lavender. Disebabkan sekarang dah masuk musim bunga, lavender-lavender yang berwarna ungu ini sedang berkembang. Seronok kita tengok sebab inilah kali pertama Myself melihat pokok bunga lavender.

Kebun lavender
Giant Lavender sedang berbunga
Pokok Giant Lavender
Lembu meragut rumput di belakang pokok lavender.
Dah puas ambil gambar lembu, kita skodeng pulak kambing biri-biri...

Memang damai suasana di ladang ni...
Biri-biri meragut rumput
Typical Australian.
Mengambil gambar puas-puas sebelum meninggalkan Churchill Island Heritage Farm

Part 33: Kembali ke Phillip Island

Selepas melawat Churchill Island Heritage Farm, kami kembali ke Phillip Island untuk lawatan yang seterusnya.

Tour Bus kami
Husband berbual dengan Pemandu merangkap Tour Guide kami, Deb sementara menunggu semua penumpang lain tiba.
Cape Barren Geese
Biri-biri di Churchill Island Heritage Farm
Biri-biri ini nampak gemuk sebab belum diketam bulu
Air laut masih surut sewaktu kami meninggalkan Churchill Island
Jambatan yang menghubungkan Churchill Island dengan Phillip Island
Paya
Jogging Track
Black Swans


 Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)