Ogos 2017
VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road
Bahagian 5: Melbourne Highlight Tour 1
MELBOURNE CITY TOUR, ROYAL BOTANIC GARDENS & YARRA RIVER
HARI KELIMA (2)
Part 14: Melbourne Highlight Tour
Semua tour anjuran Grayline bermula dari Federation Square. Sebahagian besar Tour bermula di sebelah pagi. Tour yang bermula di sebelah petang hanyalah Melbourne Highlight Tour dan Penguin Parade.
|
Pusat Grayline Tours di Federation Square |
|
Bergambar bersama bas Grayline Tour yang akan membawa kami membuat Melbourne Highlight Tour pada petang itu. |
Pemandu bas yang juga merangkap Tour Guide kami pada petang itu bernama William. Sambil menunggu beberapa peserta yang membuat Cruise pada pagi itu yang juga menyertai tour kami di sebelah petang ini tiba, dia memberi penerangan tentang perjalanan tour kami.
|
Pemandu bas merangkap Tour Guide kami dalam Melbourne Highlight Tour yang bernama William. |
|
Memberi penerangan tentang perjalanan tour kami. |
MELBOURNE CITY AREA
Melbourne yang terletak berdekatan Port Phillip Bay adalah bandaraya kedua terbesar di Australia dan merupakan ibukota bagi wilayah Victoria. Dengan penduduk seramai 4 juta orang, Melbourne turut dikenali sebagai "The Cultural Capital of Australia" dan "The Garden City".
|
Federation Square |
|
Forum Melbourne yang terletak bertentangan dengan Federation Square adalah juga salah sebuah pusat kebudayaan yang terkenal di bandaraya ini. |
|
City Circle Tram |
Sejarah pendudukan Melbourne bermula pada tahun 1835 apabila sekumpulan penduduk kulit putih yang datang dari Tasmania "membeli" tanah di sekitar Port Phillip Bay dan Yarra River dari penduduk Aborigines untuk dijadikan penempatan baru. Penempatan ini kemudiannya dinamakan "Melbourne" sempena William Land, Viscount of Melbourne Kedua yang juga merupakan Perdana Menteri British pada masa tersebut.
|
Treasury Gardens |
|
Disebabkan kedudukannya yang terletak di pusat bandar Melbourne, Treasury Gardens ini sering dijadikan tumpuan bagi perayaan dan juga perhimpunan-perhimpunan penunjuk perasaan seperti di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. |
|
Di taman ini juga terdapat memorial yang dibina bagi memperingati tokoh-tokoh yang popular di kalangan penduduk Australia seperti Sir William John Clarke, penyair Robert Burns dan presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy. |
SPORTS PRECINCT
Melbourne juga merupakan sebuah pusat sukan yang terkemuka di Australia. Jadi tak hairanlah jika kota ini mempunyai beberapa venue sukan yang hebat yang berpusat di sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Sports Precinct.
Salah sebuah stadium terkemuka ini termasuklah Melbourne Cricket Ground yang menjadi tempat lahirnya permainan Test Cricket.
|
Melbourne Cricket Grounds |
|
Melbourne Cricket Ground adalah gelanggang sukan kriket utama dunia. Di sinilah lahirnya Test Cricket yang sangat popular di kalangan penggemar sukan tersebut. |
|
Satu lagi pemandangan Melbourne Cricket Grounds. |
|
Gelanggang latihan sukan berhampiran Melbourne Cricket Grounds |
|
Pemandangan berhampiran Sports Precinct di Melbourne. |
Bukan sekadar Test Cricket, Melbourne juga adalah tempat lahir Australian Rules Football, yang sedikit sebanyak macam sukan ragbi. Sukan ini sangat terkenal di Australia dan terdapat 18 pasukan Australian Rules Football di negara ini. Satu fakta yang menarik ialah 9 dari 18 pasukan ini berpusat di kota Melbourne. Stadium utama bagi Australian Rules Football ini adalah AAMI Park.
|
AAMI Park |
|
Senibina Stadium AAMI Park dibuat berbentuk seperti bola kerana stadium ini adalah gelanggang utama bagi pertandingan Australian Rules Football dan bolasepak. |
|
AAMI adalah singkatan kepada Australian Associated Motor Insurers Limited yang menjadi penaja utama gelanggang sukan ini. |
|
Pejabat Tiket AAMI Park |
|
Bendera di luar AAMI Park |
Holden Centre dibina sebagai gelanggang pertandingan renang, terjun dan polo air bagi Sukan Olimpik Melbourne yang berlangsung pada tahun 1956. Ia tidak lagi menjadi gelanggang sukan utama di kota ini kini. Holden Centre kini sebaliknya menempatkan pejabat pentadbiran bagi beberapa kelab sukan terkemuka di Melbourne.
|
Holden Centre |
|
Holden Centre dibina sebagai gelanggang pertandingan sukan akuatik Melbourne Olympics 1956. |
|
Satu lagi pemandangan Holden Centre |
|
Bangunan ini kini digunakan sebagai pejabat dan gelanggang latihan kelab-kelab sukan di Melbourne. |
|
Pintu masuk ke Holden Centre |
Pertandingan tennis terkemuka dunia, Australian Open diadakan di Rod Laver Arena pada setiap tahun. Pertandingan ini adalah pertandingan pembukaan Tennis Grand Slam setiap tahun yang disertai pemain-pemain tennis terkemuka dunia.
|
Rod Laver Arena dinamakan sempena seorang pemain tennis lagenda Australia, Rodney George Laver. Di sinilah pertandingan Australian Open yang menjadi perlawanan pembukaan Tennis Grand Slam diadakan setiap tahun. |
Part 15: King's Domain
Selepas
meninggalkan kawasan bandaraya, Melbourne Highlight Tour membawa kami
ke Royal Botanic Gardens. Taman ini terletak di seberang Sungai Yarra
jika kita datang dari arah bandaraya.
|
Sungai Yarra yang memisahkan Royal Botanic Gardens dari bandaraya Melbourne. |
|
Beriadah di Royal Botanic Gardens |
|
Kawasan pinggiran Royal Botanic Gardens ini dinamakan sebagai King's Domain |
Grayline
Tours membawa kami mengelilingi taman yang sangat besar ini. Taman yang
mengelilingi Royal Botanic Gardens yang sebenar dinamakan King's
Domain. Terdapat beberapa mercu tanda yang terkenal di kawasan ini yang
ditunjukkan kepada kami dalam Melbourne Highlight Tour ini.
|
Queen Victoria Memorial ini dibina di lokasi paling tinggi di Royal Botanic Gardens. Ia telah dibina pada tahun 1907. |
|
Sir Thomas Blamey adalah pegawai tentera Australia yang berjasa mengasingkan tentera Australia dari pemerintahan British. |
|
Sir John Monash adalah Commander in Chief of the Australian Forces dalam Perang Dunia Pertama. |
|
Pemandangan dekat patung Sir John Monash. |
|
Arca yang menarik di Royal Botanic Gardens |
Kami
juga melalui sebuah memorial perang yang dinamakan Shrine of
Remembrance. Memorial ini didirikan untuk memperingati tentera Australia
yang berkhidmat di dalam Perang Dunia Pertama di serata tempat di
dunia, termasuklah Malaysia (yang ketika itu dikenali sebagai Malaya).
|
Shrine of Remembrance |
Melbourne
Observatory dibina pada tahun 1861. Ia masih digunakan sebagai balai
kajicuaca dan pusat rujukan bagi penetapan masa dan standard ukuran bagi
negeri Victoria.
|
Melbourne Observatory |
National
Herbarium of Victoria pula menyimpan 1.5 juta koleksi tumbuhan kering,
algae dan spesimen kulat dari seluruh dunia. Sebahagian besar koleksi
simpanannya berasal dari Australia, dengan pengkhususan kepada flora di
negeri Victoria. Adalah dikatakan separuh dari koleksi tumbuhan di sini
telah disimpan sebelum tahun 1900 lagi.
|
National Herbarium of Victoria |
Part 16: Royal Botanic Gardens
Royal
Botanic Gardens yang sebenar dibuka pada tahun 1846. Ia mempunyai
keluasan 38 hektar. Walaupun terletak tidak jauh dari pusat bandar
Melbourne, suasana di sini amat tenang dan damai. Taman ini ditanam
dengan 52,000 tumbuhan yang berasal dari lebih 100,000 spesis dari
seluruh dunia.
|
Peta lokasi Royal Botanic Gardens |
Grayline
Tour membuat perhentian selama sejam di sini untuk membolehkan kami
menikmati keindahan taman dan suasana di Royal Botanic Gardens.
|
Bas berhenti di sini untuk membolehkan kami menikmati keindahan Royal Botanic Gardens. |
|
Pintu masuk ke Royal Botanic Gardens |
|
Sungai Yarra di depan Royal Botanic Gardens |
|
River Cruise di Sungai Yarra |
|
Laluan
pejalan kaki mengelilingi Royal Botanic Gardens ini dinamakan sebagai
Tan Track. Ramai yang beriadah di sini, sesetengahnya bersama anjing
mereka. |
|
Ada beberapa pintu masuk ke Royal Botanic Gardens. Kami masuk menerusi Pintu A. |
|
Peta Royal Botanic Gardens di Pintu A |
|
Pemandangan di sebalik pintu masuk |
|
Lorong menuju ke tasik |
Royal
Botanic Gardens terdiri dari beberapa bahagian. Tapi kami taklah
melawat kesemuanya. Myself dan Husband hanya melawat ke Ornamental Lake
sahaja.
|
Papan tanda arah di Royal Botanic Gardens |
|
Semuanya kami tak pergi... hanya sekadar ke Ornamental Lake sahaja. |
Ornamental
Lake adalah sebahagian dari sistem pengairan semulajadi yang telah
wujud di sini sebelum kedatangan Orang Eropah ke Melbourne. Memandangkan
ia dipenuhi dengan ikan dan menjadi tempat persinggahan burung liar,
tasik ini menjadi satu sumber makanan bagi penduduk Aborigines yang
tinggal di kawasan ini ketika itu.
|
Menuju ke Ornamental Lake |
|
Bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam sekitar. |
|
Tasik Ornamental terletak di depan sana |
|
Mentari menyinar di sebalik pokok Eucalypt. |
|
Tasik Ornamental |
|
Paya |
|
Tak tahu apa benda merah yang terapung dalam tasik ni. |
Hari
itu, 31 Ogos 2017 yang juga merupakan Hari Kebangsaan Malaysia yang
ke-60 nun jauh beribu batu dari sini adalah juga secara rasminya hari
terakhir Winter di Melbourne. Suhu juga dah semakin naik kini (tapi
masih sejuk bagi kami yang datang dari Malaysia). Bunga-bunga dah mula
berkembang, jadi keindahan Royal Botanic Gardens juga dah mula
terserlah.
|
Keindahan Musim Bunga dah mula terserlah kini. |
|
Papan keterangan mengenai paya di Ornamental Lake |
Royal
Botanic Gardens boleh dilawati secara percuma. Tak ada tiket dikenakan
untuk melawat ke sini. Ada juga perkhidmatan tram yang sampai ke sini,
tapi disebabkan ia terletak 2 km di luar Free Tram Zone, pastikan anda
menggunakan Myki Card jika nak naik tram sampai ke sini. Berhati-hati
kalau naik tram di luar Free Tram Zone di Melbourne kerana kalau anda
ditangkap naik tram tanpa Myki Card, dendanya sangat tinggi.
|
Indah. |
|
Bersiar-siar bersama keluarga. |
|
Pasti mahal rumah kediaman yang terletak di sana tu. |
Bila
Musim Bunga menjelma, bunga pun macam tak sabar-sabar nak berkembang
selepas berhibernasi sepanjang musim dingin. Bukan sekadar bunga kat
pokok, rumput pun ditumbuhi bunga sampai kita rasa bersalah nak pijak
rumput tu.
|
Rumput pun dah tumbuh dengan bunga-bunga liar. |
|
Rasa bersalah pulak nak pijak rumput yang tengah berbunga ni. |
Tak
tahu macam mana nak cerita lagi kecantikan Ornamental Lake di Melbourne
Royal Botanic Gardens ni. Jadi kita tengok sajalah gambar-gambar di
sini.
|
Tasik ini menjadi habitat pelbagai flora dan fauna di sini. |
|
Flora dan fauna di tepi Lake Ornamental |
|
Teringat kat Malaysia bila tengok pokok palma kat seberang sana. |
|
Keterangan mengenai Floating Filters |
|
Pokok-pokok terapung di tengah tasik turut berfungsi sebagai penapis air semulajadi di tasik ini. |
|
Mencari rezeki di Musim Bunga |
|
Melihat itik berenang di tasik |
|
Itik Mandarin |
|
Memang curious kita melihat benda merah yang terapung kat tepi tasik ni. |
|
Macam selaput pokok-pokok reput je rupanya. |
|
Besar betul bunga ros yang dah berkembang ni. |
|
Bau bunga ni pun wangi |
|
Keharuman bunga-bungaan semerbak bila berjalan di sini. |
|
Bunga ros liar |
Part 17: Sungai Yarra
Kami tak explore
ke tempat lain di dalam Royal Botanic Gardens kerana nak menggunakan
kesempatan masa yang ada untuk bersiar-siar di tepi Yarra River pulak.
Sungai ni terletak betul-betul di depan pintu pagar Royal Botanic
Gardens di mana bas kami berhenti.
|
Sungai Yarra di depan Royal Botanic Gardens. |
|
Pemandangan bandaraya Melbourne dari tepi Sungai Yarra di depan Royal Botanic Gardens. |
Ada
banyak cerita bagaimana Sungai Yarra mendapat nama. Antara cerita yang
paling popular ialah bagaimana sewaktu Orang Eropah tiba di sini, mereka
bertanya tentang nama sungai tersebut kepada Orang Aborigines yang
tinggal di sana. Orang Aborigines yang tak faham pertanyaan Orang Putih
tu menyangka Orang Putih memang tak pernah tengok sungai yang mengalir.
Mereka pun bercakaplah dalam bahasa yang mudah: "Yarra" yang ertinya "Mengalir (Flowing)". Maka dari situlah Yarra River mendapat namanya.
|
Dalam Bahasa Orang Aborigines, Yarra bermaksud Mengalir. |
|
Laluan pejalan kaki di tepi Sungai Yarra. |
|
Wetlands di pinggir Sungai Yarra. |
|
Orang Melbourne memang suka membawa anjing bersiar-siar. |
|
Drinking Fountain di tepi Sungai Yarra bukan saja disediakan untuk kemudahan manusia minum. Kemudahan untuk anjing minum juga turut disediakan. |
Di kawasan ini juga terdapat Morell Bridge yang bersejarah. Ia adalah jambatan konkrit pertama yang dibina di negeri Victoria.
|
Morell Bridge |
|
Papan keterangan mengenai sejarah Morell Bridge |
|
Morell Bridge adalah jambatan konkrit yang pertama dibina di negeri Victoria |
|
Bersiar-siar di atas Morell Bridge |
|
Jambatan ini adalah Engineering Heritage yang diiktiraf oleh The Institution Of Engineers Australia. |
Sewaktu di sini juga kami sempat melihat sebuah bot Sightseeing Cruise lalu. Memang kami ada bercadang nak membuat Sightseeing Cruise ini, tapi tak pasti sama ada punya kesempatan waktu ataupun tidak ketika itu.
|
Sightseeing Cruise di Sungai Yarra |
|
Bot Sightseeing Cruise berlalu pergi |
|
Meninggalkan Royal Botanic Gardens ke destinasi yang seterusnya. |
|
Queen Victoria Memorial |
Bersambung ke Bahagian 6 ...
CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)
- Bhg. 1 [Hari 1] : The Arrival - Perjalanan ke Melbourne
- Bhg. 2 [Hari 2 & 3] : Business Trip - Queen Victoria Market & City Circle Tram
- Bhg. 3 [Hari 4] : Solo In Melbourne - Ibis Melbourne Therry Street, Federation Square & Southern Cross Station
- Bhg. 4 [Hari 5] : Husband's Arrival - Tullamarine Airport & Victoria Street
- Bhg. 5 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 1 - Melbourne City Tour, Royal Botanic Gardens & Yarra River
- Bhg. 6 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 2 - St Kilda, Brighton Beach & Albert Park
- Bhg. 7 [Hari 6] : Dandenong 1 - Perjalanan ke Dandenong & Grant Picnic Ground
- Bhg. 8 [Hari 6] : Dandenong 2 - Puffing Billy & Sassafras
- Bhg. 9 [Hari 6] : Phillip Island 1 - Perjalanan Ke Phillip Island & Churchill Island Heritage Farm
- Bhg. 10 [Hari 6] : Phillip Island 2 - Koala Conservation Centre, The Nobbies & Penguin Parade
- Bhg. 11 [Hari 7] : Great Ocean Road 1 - Anglesea, Urquhart Bluff & Memorial Arch
- Bhg. 12 [Hari 7] : Great Ocean Road 2 - Lorne, Cumberland River & Apollo Bay
- Bhg. 13 [Hari 7] : Great Ocean Road 3 - Twelve Apostles
- Bhg. 14 [Hari 7] : Great Ocean Road 4 - Razorback, Loch Ard Gorge & Port Campbell
- Bhg. 15 [Hari 8] : Melbourne City Walk 1 - Federation Wharf, Southbank, Swanston Street & Queen Victoria Market
- Bhg. 16 [Hari 8] : Melbourne City Walk 2 - Melbourne River Cruise, Islamic Council of Victoria & Treasury Gardens
- Bhg. 17 [Hari 8] : Melbourne City Walk 3 - Fitzroy Gardens & Penerbangan Pulang