April 2016
GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo
Bahagian 5: Yangshuo (3)
WEST STREET
HARI KEDUA (3)
Part 14: Dinner Mee Tarik
Mee Tarik adalah antara makanan popular di negara China dan pada malam ini kami berpeluang mencuba makanan tersebut untuk makan malam.
|
Kembali ke Yangshuo untuk makan malam. |
|
Hujan turun lagi sewaktu kami tiba di Yangshuo. |
|
Iklan neon yang hebat di Yangshuo. |
Setibanya di Yangshuo, kami dibawa balik ke hotel untuk berehat seketika sebelum keluar semula untuk makan malam.
|
Balik sebentar ke hotel. |
|
Antara benda-benda yang hotel ni jumpa dalam kebakaran... |
Tiba masa yang ditetapkan, kami berkumpul semula di lobi hotel untuk dibawa ke restoran. Memandangkan restoran makan malam juga terletak di jalan yang sama dengan hotel, kami berjalan kaki saja ke sana.
|
Berjalan ke restoran untuk makan malam. |
|
Signboard di restoran ini juga ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Cina. Menurut seorang rakan yang tolong translatekan untuk kami, restoran ini bernama Lanzhou Pure Beef Mee Tarik. |
|
Berjalan masuk ke dalam restoran. |
|
Pemandangan di dalam restoran. |
Sambil menunggu makan malam disediakan, kita boleh melihat proses membuat Mee Tarik secara tradisional. Memang menarik sungguh cara mee ini dibuat dari tepung sehingga kami berebut-rebut nak mengambil gambar.
|
Menguli tepung untuk dibuat mee. |
|
Tepung digulung selepas diuli. |
|
Tepung ditarik-tarik untuk dijadikan mee. |
|
Kemudian mee dimasak dengan cara merebusnya di luar restoran. |
|
Tengok macam ini pun dah nampak sedap. |
|
Tu dia, mee dah siap! |
Di sini, kami diberi pilihan sama ada nak makan Mee Sup ataupun Mee Goreng. Myself dan Husband memilih Mee Goreng. Bila mee dihidangkan di atas meja, rupanya macam tak menarik. Tapi bila dicuba, tersangatlah sedapnya...
|
Walaupun rupanya tak begitu menarik macam Mee Goreng di Malaysia, rasanya tersangatlah sedap!! |
Restoran Mee Tarik ini kecil saja. Meja yang disediakan tak cukup untuk menampung kumpulan kami secara eksklusif. Jadi Myself dan Husband berkongsi meja dengan dua orang budak perempuan tempatan di sini.
|
Kami berkongsi meja dengan budak perempuan berdua ni. |
Tidak seperti kami, budak-budak perempuan yang berdua ni makan Mee Sup. Bila berkongsi meja dengan mereka, dapatlah juga kami melihat cara orang China makan Mee Sup. Memang berbunyi slurp, slurp, slurp memanjang. Dan bila nak minum supnya, hirup je terus dari mangkuk.
|
Slurp, slurp, slurp sewaktu makan mee. Bila nak minum sup, hirup terus dari mangkuk. |
|
Makcik ini juga adalah pekerja di Kedai Mee Tarik. |
|
Sporting betul Makcik ini bergaya bila gambarnya diambil. |
|
Ini pemilik Kedai Mee Tarik yang bernama Habibul. |
|
Kalimah Syahadat yang menghias dinding restoran. |
|
Merebus mee di luar restoran. |
|
Husband bergambar kenangan dengan Encik Habibul dan pekerjanya yang bernama Wei Zhang. |
Part 15: Bersiar-siar di West Street
Selepas makan malam, kami berjalan balik menuju ke hotel. Tapi memandangkan malam masih muda, kami membuat keputusan untuk meninjau ke West Street yang merupakan sebuah Shopping Street yang terletak tidak jauh dari hotel.
|
Berjalan balik ke hotel. |
|
Kedai-kedai di Yangshuo dibuka sehingga ke lewat malam. |
|
Sebuah bangunan yang menarik tidak jauh dari hotel kami. |
Untuk ke West Street, kami terpaksa menaiki jambatan pejalan kaki dekat hotel untuk menyeberang ke sebelah sana.
|
Berjalan ke jambatan untuk ke West Street. |
|
Penjual-penjual di atas jambatan pejalan kaki. |
|
Pemandangan malam kota Yangshuo dari atas jambatan. |
|
Pemandangan West Street dari atas jambatan. |
|
Kemeriahan West Street di waktu malam dah mula terserlah dari sini. |
West Street sangat happening di sebelah malam. Yangshuo adalah sebuah bandar pelancongan dan memang ramai pelancong berkunjung ke West Street pada malam itu. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelancong-pelancong ke Yangshuo adalah pelancong domestik dari negara China sendiri dan jarang sekali kita bertemu dengan pelancong asing di sini.
|
Pemandangan malam di West Street, Yangshuo. |
|
Ada banyak restoran di West Street. KFC dan Pizza Hut pun ada, tapi dah pasti makanannya tak Halal. |
|
Sinaran laser di belakang tu adalah dari mainan-mainan yang dijual oleh penjaja di sini. |
Part 16: Star World Fun Wax Museum
Kami bertemu dengan Star World Fun Wax Museum sewaktu bersiar-siar di West Street. Tiket masuknya berharga 30 Yuan (RM 18) seorang. Terpikat dengan patung Mr. Bean yang diletakkan di pintu masuknya, kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam.
|
Star World Fun Wax Museum |
|
Patung lilin Mr. Bean yang nampak begitu real inilah yang menggamit kami masuk ke dalam. |
|
Pintu masuknya terletak di tingkat atas bangunan. |
|
Pemeriksaan tiket dan beg untuk masuk ke muzium. |
|
Kung Fu Panda di pintu masuk. |
|
Mari kita masuk ke dalam... |
Kalau dibandingkan dengan Madame Tussaud's, Star World Fun Wax Museum ini memang sangat kecil. Tapi patung-patung lilinnya kelihatan sangat hidup, kalah Madame Tussaud's. Terus-terang Myself katakan, tak menyesal membayar 30 Yuan untuk masuk ke sini kerana muzium ini sangat menarik. Bagi Myself, ia lebih menarik berbanding Madame Tussaud's walaupun konsep pamerannya serupa.
|
Queen Elizabeth bagi kita duduk kat sini... |
|
Inilah buktinya Husband menjadi photographer rasmi sewaktu perkahwinan Prince William dan Kate Middleton. |
|
Presiden China yang baru dilantik sedang berucap dengan diapit Vladimir Putin dan Barack Obama. |
|
Nelson Mandela |
|
Wawancara dengan Bill Gates. |
|
Marilyn Monroe |
|
Elvis |
|
Oppa, Gangnam Style! |
|
James Bond. |
|
Jet Li. |
|
Breakfast at Tiffany's bersama Audrey Hepburn. |
|
Menyibuk mencelah Mr. & Mrs. Smith. |
|
Jack Sparrow |
|
Soprano bersama Louis Pavarotti dan penyanyi perempuan China yang apa namanya, entah!! |
|
My Hero, Leonardo di Caprio. |
|
Tiger Woods. |
|
Siapa ni, entah!! |
|
Yang tertinggi dan yang terendah di dunia. |
|
Yang ini pun kita tak kenal. Kofi Annan kot? |
|
Ni Ho Chi Minh kot... |
|
Adegan dari cerita Cina. |
|
Ni pun adegan dari cerita Cina. |
|
Ingatkan toilet betul tadi... |
|
Rupa-rupanya toilet tipu... Patung lelaki tu siap kencing sambil bersiul dan geleng-geleng kepala. |
|
Dulu... baring-baring kat katil sambil hisap candu. Sekarang... baring-baring kat katil sambil main handphone. |
|
Alien tengah kena bedah. |
|
Husband menyibuk nak ambil gambar Alien tengah kena bedah. |
|
Sebelum pulang, kita bagi salam kat Einstein dulu... |
Part 17: Ti Kong Art Gallery
Keseronokan belum berakhir... Lepas keluar dari muzium, kami terpandangkan bangunan ini yang dari luar nampak macam sebuah kelab malam...
|
Ti Kong Art Gallery yang nampak macam Night Club dari luar. |
Bila pergi dekat-dekat dan meninjau-ninjau ke dalam, barulah tahu yang ia adalah sebuah Trick Art Museum yang bernama Ti Kong Art Gallery. Disebabkan kami tak pernah masuk ke Trick Art Museum, hatta di Malaysia sekalipun, kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam.
|
Pintu masuk ke Ti Kong Art Gallery |
Bayaran yang dikenakan ialah 40 Yuan (RM 24) seorang. Kat dalam sana, kami terkial-kial apa nak buat sebab semuanya ditulis dalam Tulisan Cina. Mujurlah ada seorang staff yang datang membantu menunjukkan cara-cara nak bergembira di sini. Dia jugalah yang membantu mengambilkan gambar-gambar kami bergumbira seperti ini di sana:
|
Angkat, Bang! Jangan tak angkat... |
|
Cuba style gini pulak... |
|
Bawalah daku pergi.... |
|
Punyalah kuat Husband melibas, sampai tercabut sayap dari tangan! |
|
Magic Show. |
|
Tak kenal siapa Mamat ni, tapi staff kat sini beriya-iya menyuruh bergambar dengan patung dia ni... Katanya Mamat ni sangat famous kat China... |
|
Sampai hati Husband nak suap kita jadi makanan Giant Panda... |
|
... Nak balas dendam, kita pakat dengan Gajah, curah air kat kepala Husband. |
|
Percubaan nak memanjat Tokyo Tower... |
|
Aksi ala-ala Hindustan kat China.. Abaikan expression muka Myself sebab kita memang tak pandai berlakon. |
|
Cantik sangat pemandangan kat Yangshuo ni sampai Husband tiba-tiba dah pandai melukis... |
|
Bergambar di jendela... |
|
Jealous la tu tengok kita nak kiss ikan tu!!! |
|
Bulan madu di awan biru, diterangi dek bulan sabit.. |
|
Arrrgh, Tolong!!! |
|
Huk ala!! Sampai terjatuh dalam lubang tengok mak Polar Bear tu datang! |
|
Lompat Cik Abang, lompat!! Aiyyaa!! |
|
Kalau kucing kita Tam Tam nampak gambar ni, mesti dia jealous tengok tuan dia ada pet baru. |
|
Bergurau dengan Jacky Cheung. |
|
Kenangan tergolek bersurfing di Hawaii... |
|
Superhero & Superheroine. |
|
Syok kongsi minum dengan zirafah sampai tak sedar ada naga nak gigit kita. |
|
Bila dah sampai kat China, kenalah bersalam dengan Chairman Mao Tze Tung. |
|
Kereta ku pandu laju-laju... |
|
Adoii!! ... Original betul aksi ni... Staf yang tolong ambil gambar tu cakap, ini first time orang posing macam ni kat sini. |
|
Gayat benor Husband tu... sampai merangkak menyeberang macam ni. |
|
Hulamak!! Terror la dia gliding macam tu! |
|
Muka sapa lagi poyo? Muka Husband ke muka ikan kat depan dia tu? |
|
Tergolek masa LRT terbalik. |
|
Ulang balik aksi siang tadi. |
|
Husband diselamatkan dek Princess China. |
Memang fun betul melawat Ti Kong Art Gallery ni. We really have a good time! Terima kasihlah pada staff yang membawa kami enjoy dari mula ke hujung gallery. Tanpa dia, tak mungkin kami enjoy begini. Kami je sebenarnya yang dapat khidmat escort begini, mungkin sebab dia tengok yang kami ni orang asing. Pengunjung-pengunjung China yang lain tu... pandai-pandailah nak mengenjoykan diri.
|
Pulang ke hotel. |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):