Tuesday, 17 May 2016

2016 GUILIN BHG. 09 (4 Lakes 2 Rivers Cruise)

April 2016

GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo 

Bahagian 9: Guilin (3)
FOUR LAKES TWO RIVERS CRUISE & HERB SHOP

HARI KEEMPAT (1)

Part 29: Sarapan Pagi Di Baigong Hotel

Selamat Pagi, Guilin.
Gambar kelihatan kelabu kerana tingkap hotel ni kelabu dan ditambah dengan pemandangan berkabus di luar sana.
Hari Keempat di China juga dimulakan dengan bersarapan pagi di Hotel Baigong.

Ruang legar di depan lobi lif di tingkat penginapan kami, Tingkat 14.
Restoran untuk sarapan pagi terletak di Tingkat 16.
Ada sarapan Western Style disediakan di hotel ini. Telur rebus disediakan dalam buffet saja di sini, bukan macam di Yangshuo di mana telur rebus diberi sebagai Door Gift.
Bertegur sapa sebelum memulakan sarapan.
Lepas sarapan pagi, kita berjalan-jalan dulu meninjau suasana di luar hotel. Kota Guilin kurang sibuk kerana hari ini masih merupakan cuti umum di China sempena Hari Pekerja. 

Pemandangan dekat hotel.
Pemandangan di depan hotel. Di seberang sana adalah sebuah hospital perubatan tradisional Cina yang sangat besar.
Satu lagi suasana di depan hotel.
Jalan utama berhampiran Hotel Baigong.
Bas kami parking di belakang hotel. Selepas semua orang dah bersedia, kami terus mendapatkan bas di sana.

Mendapatkan bas di belakang hotel.
Bas bersedia di belakang hotel.

Part 30: Four Lakes Two Rivers Cruise 

Program pagi ini adalah menaiki Four Lakes Two Rivers Cruise. Cruise ini membawa pengunjung bersiar-siar di empat buah tasik dan sebahagian dari dua batang sungai yang membentuk sistem waterway di Guilin.

Piramid kaca di Guilin Central Square ini mengingatkan kami kepada Muzium Louvre di Paris dulu.
Pemandangan di pusat bandar Guilin.
Memandangkan cruise ini sangat popular di kalangan pelancong ke Guilin lebih-lebih lagi semasa cuti umum begini, Francis telah mengatur supaya kami datang awal ke sana. Segalanya berlangsung mengikut perancangan, kecuali hujan gerimis yang turun pada pagi ini.

Jeti Cruise kami di Tasik Shan.
Pemandangan di jeti cruise.
Naik ke bot cruise.
Pemandangan ke dalam bot dari pintu masuk.
Bot Cruise ini agak besar dan boleh memuatkan kira-kira 40 orang penumpang. Ia sangat bersih dan selesa. Bot ini juga mempunyai tingkap kaca yang besar untuk membolehkan penumpang menikmati pemandangan luar tanpa halangan. Di belakang bot, ada ruang terbuka untuk membolehkan sesiapa yang berminat menikmati pemandangan dari sana.

Inilah bot yang disediakan untuk Four Lakes Two Rivers Cruise.
Malangnya, Francis tak dapat turut bersama kami di dalam cruise ini kerana setiap bot mempunyai Tour Guidenya sendiri. Lebih malang lagi, Tour Guide di dalam bot ini hanya bertutur dalam Bahasa Mandarin. Demi memastikan kami tetap dapat menikmati cruise tersebut, Francis telah menerangkan tempat-tempat yang akan kami lalui di dalam cruise sewaktu dalam bas tadi.

Pemandangan di dalam bot cruise.
Bergambar kenangan di dalam bot cruise.
Tour Guide di dalam bot yang memberi penerangan dalam Bahasa Mandarin.

SUN AND MOON PAGODA

Cruise kami bermula di Shan Lake (disebut Shan Hu dalam Bahasa Cina). Nama "Shan Hu" bermaksud "Fir Lake" kerana di tebing-tebing tasik ini terdapat banyak pokok fir. Mercu tanda utama di sini adalah Sun And Moon Pagoda yang dibina di pinggir tasik.

Sun and Moon Pagoda
Sun Pagoda yang berwarna kuning keemasan disalut dengan tembaga. Ia mempunyai ketinggian 9 tingkat manakala Moon Pagoda di belakangnya pula mempunyai ketinggian 7 tingkat. Kedua-dua pagoda ini dihubungkan oleh sebuah terowong di bawah air.

Pemandangan sewaktu bot menuju ke Sun And Moon Pagoda.
Pagoda Sun yang berwarna kuning dikatakan membalikkan sinaran matahari pada waktu siang manakala Pagoda Moon yang berwarna lebih malap dikatakan membalikkan cahaya bulan pada waktu malam.
Pemandangan kota Guilin dari Tasik Shan. Payung-payung yang disediakan di pinggir tasik adalah untuk kegunaan pemancing ikan.
Pemandangan di Tasik Shan

TASIK RONG 

Projek Four Lakes Two Rivers telah dilaksanakan oleh Kerajaan Tempatan Guilin bermula tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada tahun 2002. Ia melibatkan 2 batang sungai (Li River dan Peach Blossom River) serta 4 buah tasik: Rong, Shan, Gui dan Mulong. Projek ini melibatkan penyambungan semua tasik dan sungai sehingga membentuk satu lingkaran aliran air mengelilingi kota Guilin.

Bila Guilin menjadi semakin moden, banyak jambatan dibina merentasi sistem air ini. Pada hari ini, Guilin mempunyai 19 buah jambatan yang mana setiap satunya mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik.


Merentasi sebuah jambatan.
Jambatan ini direkabentuk mengikut senibina sebuah jambatan di Eropah.
Pemandangan sewaktu melintasi jambatan.
Ukiran-ukiran yang cantik di bawah jambatan.
Pemandangan selepas jambatan.
Tasik Rong (disebut Rong Hu dalam Bahasa Cina dan bermaksud Tasik Banyan) adalah tasik yang paling popular di kalangan semua tasik di Guilin.

Jambatan kaca di Tasik Rong.
Hotel mewah di pinggir Tasik Rong.
Sebuah pavilion di tepi tasik.
Jambatan antik di Tasik Rong
Ancient Banyan Twin Bridge
Yingbin Bridge
Ukiran di bawah Yingbin Bridge
Lize Bridge ini dibina seperti Golden Gate Bridge di San Francisco.
Bot-bot berlabuh di bawah Lize Bridge.
Bot Cruise di bawah Lize Bridge.
Masih pemandangan di Tasik Rong.
Rongxi Bridge
Ada lukisan yang menarik di bawah Rongxi Bridge ini.
Lukisan di bawah Rongxi Bridge ini menggambarkan keindahan pemandangan Guilin.
Lukisan sebuah keluarga yang sedang bersiar-siar di tepi tasik di Guilin.
Lukisan pelancong yang sedang bersiar-siar menikmati keindahan Guilin.
Jambatan dekat Tasik Mulong.
Tasik-tasik di Guilin ni bersambung-sambung dan disebabkan kita tak faham Bahasa Cina, susah nak pastikan nama-nama tasik yang dilalui. Kemudian, bot masuk pula ke kawasan Tasik Mulong (disebut Mulong Hu dalam Bahasa Cina yang bermaksud Wooden Dragon) dan Tasik Gui (disebut Gui Hu dalam Bahasa Cina dan dinamakan begitu kerana dikatakan Gui Flower banyak tumbuh di tepi tasik ini). 

Tasik Mulong agaknya.
Tidak seperti kawasan Tasik Rong dan Tasik Shan yang terletak dalam kawasan bandar, Tasik Mulong dan Tasik Gui ni dah keluar dari kawasan bandar. Jadi memang tak jumpa peta dalam Bahasa Inggeris yang menerangkan kawasan di sebelah sini.

Satu lagi pemandangan di Tasik Mulong.
Rakit-rakit Cormorant Fishing.
Ada pertunjukan Cormorant Fishing di sini pada setiap malam.
Pemandangan di Tasik Mulong
Di sana sini di tepi tasik ada banyak dibina pavilion seperti ini.
Menangkap ikan di tepi tasik.
Tak tahu apa kaedah yang digunakan.
Beriadah di tepi tasik.
Menghampiri jambatan cantik di Mulong Lake.
Bawah jambatan ni pun ada lukisan.
Cantik lukisannya.
Satu lagi pemandangan di bawah jambatan.
Pemandangan selepas jambatan.
Kawasan tasik di sebelah sini lebih "kampung" berbanding kawasan di Tasik Rong dan Shan.

Pemandangan dekat jambatan.
Tak banyak bangunan diperhatikan di tepi Tasik Mulong dan Tasik Gui.
Pokok Banyan yang sangat besar.
Stesen minyak di tepi tasik. Untuk kegunaan bot agaknya.
Sebuah lagi jambatan melintasi tasik.
Beriadah di tepi tasik.
Tiba di sebuah lagi jambatan.
Jambatan ini merentasi Gui Lake.
Pemandangan di bawah jambatan.
Ada banyak taman yang didirikan di tepi tasik di Guilin.
Zhongshan Middle Road Bridge
Tulisan Cina di bawah jambatan. Sajak la agaknya ni...
Bot membuat perhentian yang agak lama bila kami tiba di Mulong Pagoda. Bukit di belakang pagoda ini dinamakan Folded Brocade Hill. Ia dinamakan demikian kerana pokok-pokok yang tumbuh pada bukit ini dikatakan seperti lipatan kain brocade walaupun imaginasi Myself tak sampai ke gambaran seperti itu.

Folded Brocade Hill
Mulong Pagoda.
Bot-bot persiaran berhenti agak lama di sini untuk membolehkan penumpang bergambar dengan berlatarbelakangkan Mulong Pagoda.
Hujan turun sepanjang pagi ini... sekejap lebat, sekejap renyai dan sekejap berhenti.
Pemandangan indah Mulong Pagoda dan Folded Brocade Hill.
Di kawasan inilah tasik-tasik Guilin bertemu dengan Li River.

BOAT LIFT

Oleh kerana Tasik Rong, Shan, Gui dan Mulong adalah tasik-tasik buatan manusia, aras tasik ini tak sama dengan aras air di Sungai Li. Oleh yang demikian, sebuah Boat Lift perlu dibina untuk membolehkan kapal-kapal dari tasik belayar ke sungai dan sebaliknya.

Boat Lift berhampiran Mulong Pagoda.
Boat Lift ini diperlukan untuk memindahkan kapal dari tasik ke sungai dan sebaliknya disebabkan aras air di sungai dan tasik tidak sama.
Menunggu dengan sabar giliran bot kami untuk menggunakan Boat Lift.
Boat Lift ini hanya boleh memuatkan dua buah bot pada satu-satu masa. Jadi bot-bot persiaran seperti kami perlu menunggu giliran untuk menggunakannya.

Bila tiba giliran, barulah bot kita bergerak menuju ke Boat Lift.
Boat Lift ini adalah sebenarnya sebuah lif untuk mengangkat dan menurunkan bot ke aras yang dikehendaki. Ia sebenarnya adalah kotak yang berisi dengan air. 

Ia mempunyai dua kunci air. Untuk keselamatan, pintu air di bahagian depan akan ditutup bila ada bot masuk ke dalamnya. Bila bot dah selamat berada di dalamnya, pintu belakang pula ditutup.

Kemudian, bila bot dah selamat berada dalam kepungan ini, mekanisma Boat Lift akan mengangkat atau menurunkan bot ke aras yang diingini. Bila dah sampai ke aras tersebut, pintu hadapan akan dibuka dan air dari luar akan masuk ke dalam Boat Lift. Bila aras air dah sama dengan bot, barulah bot akan belayar keluar dengan selamat.

Bot masuk ke dalam Boat Lift.
Boleh nampak kan, aras sungai di depan tu lebih rendah dari aras air tasik yang separas dengan Boat Lift buat masa ini.
Mekanisma pada Boat Lift sedang menurunkan bot ini perlahan-lahan sehingga ke aras sungai.
Nampak dah kan, aras sungai dah hampir sama dengan aras air dalam Boat Lift sekarang.
Peralatan-peralatan hidraulik yang menurun dan menaikkan bot di dalam Boat Lift.
Pemandangan ke luar dari bahagian tepi bila bot berada di dalam Boat Lift.
Boat Lift ini boleh mengangkut dua buah bot pada satu-satu masa.
Pintu Boat Lift di belakang ditutup untuk memastikan air dari Tasik Mulong tak masuk sewaktu Boat Lift ini menurunkan bot kami ke Sungai Li.
Memang seronok kerana ini pengalaman pertama kami menggunakan Boat Lift seperti ini.
Air dalam Boat Lift dah sama aras dengan air di Sungai Li sekarang.
Bot dah belayar keluar ke Sungai Li sekarang.
Keseluruhan proses Boat Lift memakan masa kurang dari 10 minit. Satu pengalaman menarik bagi kami menggunakan Boat Lift ini kerana ia tiada di Malaysia.

SUNGAI LI 

Selepas melalui Boat Lift, bot berlayar di Sungai Li pula. Disebabkan hujan lebat, cuaca sedikit sejuk dan pemandangan sekitar sangat berkabus.

Jambatan antik di Sungai Li
Bot belayar melintas Fubo Hill yang juga dikenali sebagai Wave-Subduing Hill kerana aliran air di Sungai Li dikatakan "melembut" bila bertemu dengan bukit ini.

Bukit ini juga dinamakan Fubo Hill kerana seorang panglima perang Dinasti Han yang bernama General Fubo pernah sampai ke sini dalam ekspedisinya ke selatan negara China. Bila tiba di sini, General Fubo dikatakan telah mencurahkan semua mutiara yang dibawa bersama ke dalam sungai. Makanya, bukit ini dinamakan sempena nama beliau.


Wave-Subduing Hill yang juga dikenali sebagai Fubo Hill.
Pulau kecil di tengah Sungai Li.
Jeti di tepi Sungai Li
Tidak seperti ketika belayar di dalam tasik tadi, aliran Sungai Li sedikit berombak ditiup angin. Walaupun hujan turun renyai sekejap-sekejap, Myself dan Husband menghabiskan masa berdiri di belakang bot menikmati pemandangan indah sewaktu bot belayar di Sungai Li.

Menikmati pemandangan indah sewaktu bot belayar di Sungai Li di dalam hujan renyai.
Sebuah lagi jeti di depan sana.
Membasuh pakaian di tebing sungai.
Bot persiaran di belakang bot kami.
Pemandangan lebih dekat bot persiaran.
Bot ini lain sikit dari bot kami.

LIBERATION BRIDGE 

Liberation Bridge adalah jambatan pertama yang dibina menyeberangi Li River di Guilin. Ia dibina pada tahun 1939. Ia musnah dibom oleh tentera Jepun yang menakluk Guilin pada tahun 1944. Setelah pengeboman oleh tentera Jepun, sebuah jambatan sementera yang dinamakan "Chung Cheng Pontoon" dibina untuk menggantikan jambatan ini sebelum jambatan kekal seperti yang dilihat pada hari ini dibina pada tahun 1951.

Liberation Bridge
Kawasan di sekitar jambatan kini dijadikan taman awam dengan pelbagai tarikan.

Lampu pejalan kaki yang cantik berhampiran Liberation Bridge.
Pemandangan indah berhampiran Liberation Bridge.
Di tengah-tengah kesejukan hujan renyai ini, ada pulak warga Guilin yang berenang di Li River ni. Ini mengingatkan kami kepada pengalaman mengikut cruise di Selat Bosphorus di Istanbul dulu. 

Kami kemudiannya diberitahu yang warga Guilin memang suka berenang di Sungai Li. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana air di Sungai Li jernih dan bersih.

Berenang di Sungai Li.
Berenang dan membasuh baju di bawah jambatan.
Kuda tembaga di tepi jambatan.

ELEPHANT TRUNK HILL

Elephant Trunk Hill adalah salah sebuah pemandangan yang menjadi ikon kepada Guilin. Ia adalah sebuah bukit karst setinggi 55 meter yang berbentuk seperti seekor gajah yang sedang minum air di Sungai Li.

Menuju ke Elephant Trunk Hill.
Mengikut lagendanya, bukit ini adalah jelmaan gajah milik Emperor of Heaven. Bila Emperor of Heaven ingin menakluk bumi, gajah ini dipaksa bekerja keras membawa Emperor ke sana dan ke sini sehingga akhirnya Sang Gajah jatuh sakit.

Sang Gajah kemudiannya diselamatkan oleh sekumpulan petani dan dirawat sehingga sembuh. Sang Gajah yang merasa terhutang budi kepada petani yang merawatnya enggan pulang ke pangkuan Emperor of Heaven di kayangan dan ingin tinggal di bumi.

Emperor of Heaven menjadi marah apabila Sang Gajah enggan pulang ke kayangan. Maka pada suatu hari sewaktu Sang Gajah tengah minum air di sungai, Emperor of Heaven telah melibas pedangnya mengenai Sang Gajah sehingga menyebabkan Gajah bertukar menjadi batu.

Bila dipandang dari sini, memang nampak macam gajah sedang menyedut air dari sungai dengan belalainya.
Bentuk gajah lebih jelas bila dipandang dari arah sini.
Gua di bawah "belalai" gajah ini dinamakan Moon Over The Water Cave. Bila bulan terang, bayang gua ini dikatakan kelihatan seperti bayang bulan yang penuh.

Gua ini dinamakan Moon Over The Water dan bila bulan mengambang, ia dikatakan seperti bayang bulan purnama.
Kami diberitahu ada sebuah gua di dalam Elephant Trunk Hill tetapi gua ini tidak dibuka kepada orang awam kerana ia telah dipajak oleh sebuah syarikat awam tempatan untuk memeram rice wine di dalamnya.

Gua di dalam bukit ini digunakan untuk memeram rice wine.
Cruise kami tamat di jeti berhampiran Elephant Trunk Hill. Memang seronok sangat naik cruise ini. Myself tak tahu berapa harga sebenar cruise ini kerana ia dah termasuk dalam pakej tour kami, tapi Myself memang recommend sesiapa saja yang berkunjung ke Guilin untuk menaikinya. Memang menarik dan banyak pemandangan indah dapat dilihat sepanjang cruise, walaupun dalam hujan-hujan begini.

Bergambar di dalam hujan.
Banyak bot cruise yang berpatah balik di sini.
Berakit di Li River.
Bagi yang adventurous, boleh mencuba rakit terbuka ini di Li River.
Pandangan di penghujung cruise.
Bot polis merempit di Li River.
Bot kembali ke Liberation Bridge.
Tiba di jeti. Francis menunggu kami di sini.

Bersiap-sedia untuk keluar dari bot.
Selamat kembali ke daratan.

Part 30: Herb Shop

Lawatan seterusnya adalah ke Government Shop yang terakhir dalam tour kami, Herb Shop yang menjual pelbagai herba perubatan China.

Pemandangan berhampiran jeti di mana Four Lakes Two Rivers Cruise berakhir.
Hujan masih turun renyai-renyai.
Menunggu bas di tepi jalan.
Dalam perjalanan ke Herb Shop, Francis bercerita tentang perubatan tradisional Cina. Menurut Francis, kos perubatan moden sangat mahal di China. Tidak seperti di Malaysia di mana kos perubatan di hospital Kerajaan boleh dikatakan percuma, rakyat China yang ingin mendapat rawatan moden perlu membiayai penuh kos rawatan yang diterima. Disebabkan faktor inilah, ramai rakyat China beralih kepada pengubatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit.

Pengubatan tradisional China telah diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya. Ada banyak perubatan China seperti acupuncture, reflexology dan sebagainya yang kini diiktiraf seluruh dunia sebagai perubatan alternatif kepada perubatan moden. Herba-herba Cina juga banyak yang terbukti dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Perjalanan ke Kedai Herba.
Sebuah perumahan moden di Guilin.
Pelbagai pengangkutan motorsikal.
Kedai Herba yang kami kunjungi bernama Zangbaoge. Sebaik tiba di sini, kami disambut oleh seorang petugas rakyat China yang bertutur dalam Bahasa Indonesia.

Kedai Herba Zangbaoge.
Naik ke tingkat atas.
Perhiasan di kedai ini banyak bermotifkan negeri Tibet kerana teknik perubatan di kedai ini berasal dari sana.
Jarang sangat nak jumpa tulisan Rumi kat Guilin ni.
Pintu masuk utama ke Herb Shop.
Gambar pemandangan indah di Tibet.
Pameran ubatan herba yang terdapat di kedai ini.
Kami dibawa ke sebuah bilik di mana kami diberi penerangan tentang ubat-ubat herba yang terdapat di sini. Penerangan diberi sambil kaki kami direndam dalam air ubat herba. Selepas direndam, urutan kaki reflexology juga diberi secara percuma. Mungkin disebabkan pusat herba ini sering menerima kunjungan pelawat Muslim, pusat herba ini memastikan yang pengunjung perempuan diurut oleh petugas perempuan manakala yang lelaki pula diurut oleh petugas lelaki.

Di bilik inilah kami diberi penerangan tentang ubatan herba sambil menjalani urutan reflexology percuma.
Penerangan tentang ubatan herba diberi kepada kami dalam Bahasa Indonesia.
Bersedia untuk membuat rendaman kaki.
Petugas-petugas sedang mengisi air panas dalam bekas rendaman.
Panas wooh air rendaman kaki ni!!
Lepas 10 minit, semua orang lain dah boleh mula rendam kaki, Myself je yang masih tak sanggup kerana tak tahan dengan kepanasan air ni. Nampak sangat yang kulit kaki Myself ni halus, kan?!!
Urutan relexology selepas rendaman kaki.
Sambil kaki diurut, datang pulak beberapa orang doktor perubatan tradisional. Salah seorang yang nampak paling senior awal-awal dah aim Husband sebab mungkin dia dapat mengesan penyakit yang dihidapi oleh Husband.

Doktor yang sebelah kiri tu awal-awal dah aim pada Husband.
Kata doktor dari Tibet tu, dia dapat mengesan yang Husband mempunyai masalah hati. Siap buat demo lagi bagaimana yang dia tahu Husband mempunyai masalah hati. Namun ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kami.

Sewaktu berkunjung ke Sri Lanka tempohari, Husband ada membeli dan memakan ubat Ayurvedic yang dibeli di sana. Bila Husband membuat routine medical check-up, doktor mendapati penyakit tak berjangkit yang dihidapi Husband telah berkurangan. Namun begitu, dia juga mengesan terdapat peningkatan sejenis enzim dalam hati Husband. Atas nasihat doktor, Husband kemudiannya menghentikan pengambilan herba Ayurvedic tersebut kerana ia sebenarnya tak sesuai untuk Husband.

Beriya-iya Doktor Tibet ni menyuruh Husband membeli herba yang dicadangkannya untuk mengubati penyakit Husband, sehingga ke tahap sampai menakut-nakut dan memaksa-maksa. Terpaksalah Husband berdrama brutal dengan Doktor Tibet tu. Si Doktor hanya mengalah bila Husband berkata kepadanya: "Why should I trust you when I only met you 10 minutes ago while I have been seeing my doctor for the past 7 years?" 

Respek kat Husband sebab dia memang pandai buat drama setiap kali kami pergi ke oversea. Teringat bagaimana dia berdrama dengan pengusaha kuda di Gunung Bromo di Indonesia dan juga kepada penjaga bangunan City Hall di Colombo, Sri Lanka dulu. Juga tak lupa macam mana dia boleh bertutur menggunakan body language masa kat Jepun bila bahasa menjadi penghalang komunikasi.

Lepas urut kaki, kita urut-urut bahu pulak.
Ramai ahli kumpulan kami (termasuklah juga kami) yang membeli ubat rendam kaki ni. Harganya lebih kurang 80 Yuan (RM 50).


Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):