Wednesday, 11 May 2016

2016 GUILIN BHG. 06 (Shangri La Park)

April 2016

GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo

Bahagian 6 : Yangshuo (4)
SHANGRI LA PARK

HARI KETIGA (1)

Part 18: Meninggalkan Yangshuo

Pada Hari Ketiga, kami meninggalkan kota Yangshuo untuk kembali ke Guilin. Sebelum itu, kita bersarapan pagi dulu di Starway Hotel Xin Fu An.

Pemandangan pagi dari bilik hotel.
Bersarapan pagi di Starway Hotel Xin Fu An
Macam semalam, dapat sebiji telur rebus sebagai Door Gift sewaktu bersarapan di restoran.
Penjual-penjual di pintu masuk hotel.
Group Photo sebelum meninggalkan Yangshuo.
Sarung kasut yang murah dan praktikal untuk dipakai di musim hujan.
Sarung kasut ini dijual pada harga 5 Yuan (RM 3) sepasang. Memang ramai yang memakai sarung kasut ini sewaktu berjalan di dalam hujan.
Menaiki bas untuk ke Guilin.
Meninggalkan Starway Hotel Xin Fu An di Yangshuo.
Hujan turun dengan lebat sewaktu kami meninggalkan Yangshuo. Menurut Francis, ramalan cuaca menyatakan hujan lebat akan melanda Guilin dua hari berturut-turut mulai hari ini.

Hujan lebat sewaktu meninggalkan Yangshuo
Ada rahmat di sebalik ramalan hujan lebat ini. Francis memberitahu kami yang agensi pelancongan di Guilin telah memberi free upgrade kepada kami dalam tour ini disebabkan ramalan hujan lebat tersebut. 

Mengikut perancangan asal, kami akan dibawa melawat beberapa destinasi pelancongan di Guilin dengan berjalan kaki. Program ini akan diupgrade kepada Four Lakes and Two Rivers Cruise yang juga akan membawa kami ke destinasi-destinasi tersebut menggunakan kapal cruise tanpa sebarang bayaran tambahan. Semua ahli rombongan menyambut baik berita ini. Bak kata pepatah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. 

Francis menyampaikan berita gembira mengenai free upgrade dalam tour kami.
Pemandangan perjalanan menuju ke Guilin.

Part 19: Shangri La Park

Dalam perjalanan ke Guilin, kami membuat persinggahan di Shangri La Park yang merupakan sebuah taman yang memaparkan budaya etnik minoriti yang tinggal di sekitar Guilin. Destinasi ini wajar menjadi persinggahan wajib jika anda berkunjung ke Guilin kerana ia sangat menarik.

Hujan masih turun dengan lebat ketika itu, tapi ia tak langsung mematahkan semangat kami untuk melawat ke sini. Sebelum datang ke Guilin, kami telah dimaklumkan oleh pihak Poto Travel yang Guilin sedang mengalami musim hujan. Oleh yang demikian, masing-masing dah sentiasa bersedia dengan payung, jaket dan baju hujan setiap kali kami turun dari bas untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik.

Pintu masuk ke Shangri La.
Papan keterangan tentang Shangri La agaknya. Tak tahu nak baca sebab ditulis dalam Tulisan Cina.
Menunggu Francis membelikan tiket masuk.
Mengikut Francis masuk ke dalam.
Kincir air tradisional di Shangri La
Disebabkan hujan dan angin yang bertiup, cuaca menjadi sedikit sejuk. Oleh yang demikian, ramai yang meminta untuk singgah di tandas dulu. Seperti juga tempat-tempat lain yang kami kunjungi dalam lawatan di sini, tandas di Shangri La juga cantik dan bersih. Tapi biasalah bila berkunjung ke negara-negara bukan Islam ni, paip air memang tak disediakan di dalam tandas.

Tandas di pintu masuk ke Shangri La.
Tandas di sini cantik dan bersih.
Pemandangan ke arah pintu masuk tadi.
Sambil menunggu ahli-ahli rombongan selesai menggunakan tandas, kami meninjau-ninjau kawasan di sekitar. Bangunan pintu masuk ke Shangri La ini dibina menggunakan senibina klasik China. Di satu sudut juga, ada sekumpulan pemuzik yang bermain alat-alat muzik tradisional.

Pemandangan di sebelah dalam pintu masuk utama.
Landskap yang cantik di pintu masuk.
Bunyi-bunyian muzik tradisi China menggamit kami ke sana sementara menunggu ahli-ahli rombongan lain selesai menggunakan tandas.
Kumpulan pemuzik tradisional China.
Menonton permainan muzik tradisional dengan lebih dekat.

SHANGRI LA CRUISE 

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah menaiki cruise di tasik/sungai yang terdapat di sini.

Pemandangan ke arah jeti cruise.
Berjalan ke jeti.
Menaiki bot cruise.
Meninggalkan jeti untuk memulakan cruise.
Pemandangan indah sewaktu memulakan cruise.
Pemandangan di dalam bot cruise.
Perjalanan cruise ini sangat menarik. Dalam pelayaran, bot akan melalui beberapa pondok tradisional yang dibina di tepi sungai. Ada penari-penari yang bersedia di sini, lengkap berpakaian suku kaum yang diwakili. Bila bot melalui pondok berkenaan, mereka akan menarikan tarian tradisional kaum yang diwakili.

Pemandangan keseluruhan Shangri La dari bot cruise.
Kabus yang meliputi gunung menambahkan keindahan suasana.
Bangunan dengan senibina etnik minoriti Dong.
Pondok etnik minoriti Miao.
Tarian tradisional kaum Miao.
Tarian akan dipersembahkan bila bot-bot cruise melalui pondok-pondok tradisional kaum-kaum etnik yang dipertunjukkan.
Pondok etnik minoriti Zhuang.
Tarian tradisional Zhuang.
Melambai-lambai bila bot berlalu.
Bot ini sebenarnya belayar keluar sikit dari Taman Shangri La. Di sini ada perkampungan sebenar yang didiami oleh orang-orang tempatan. Oleh kerana sungai adalah nadi kehidupan penduduk, kita dapat melihat aktiviti seharian mereka di sungai seperti membasuh pakaian dan menangkap ikan.

Bot berlayar keluar sedikit dari Taman Shangri La.
Perkampungan penduduk tempatan.
Membasuh baju di dalam hujan.
Jom belayar jauh ke dalam...
Lagi pemandangan gunung dan perkampungan yang indah.
Peraturan duduk di dalam bot.
Kemudian bot membelok masuk ke dalam sebuah gua. Teringat sewaktu bersampan di Inland Halong Bay di Tam Coc, Vietnam dulu.

Masuk bawah jambatan.
Belok masuk ke gua.
Pemandangan sewaktu bot masuk ke gua.
Pintu gua.
Wilayah Guangxi di mana Guilin berada ni sebenarnya terletak bersempadan dengan bahagian utara Vietnam. Kerana itulah pemandangan di sini kadang-kadang sikit-sikit sama dengan Vietnam Utara.
Berlayar ke dalam gua.
Pemandangan di dalam gua.
Dalam gua.
Masih di dalam gua.
Pintu keluarnya di sana.
Berlayar di celah batu untuk kembali ke sungai.
Masuk kembali ke sungai.
Bot layar tradisional di tepi sungai.
Keluar saja dari gua ada pula pemandangan pokok-pokok Peach Blossom yang berkembang mekar. Tapi kami terkejut bila diberitahu yang pokok-pokok Peach Blossom ni bukan pokok yang real, sebaliknya pokok tiruan yang dibuat dari plastik.

Peach Blossom
Taman Shangri La ini sebenarnya dibina berdasarkan konsep taman Cina bak syurga yang dinamakan "Shi Wai Tao Yuan" yang bermaksud "Land Of Peach Blossoms". Orang China percaya bunga Peach Blossom sentiasa berkembang di taman syurga. Jadi untuk memastikan Peach Blossom sentiasa berkembang di sini tak kira dalam musim apa sekalipun, pihak pengurusan taman meletakkan bunga palsu yang nampak sangat real di sini.

Terperanjat bila diberitahu yang pokok-pokok ni palsu.
Pokok-pokok palsu ini diletakkan di sini untuk memastikan Peach Blossom sentiasa berkembang tak kira musim.
Pondok-pondok di penghujung taman Peach Blossom.
Di hujung taman Peach Blossom, ada rumah-rumah tradisional yang dibina dari buluh. Rumah-rumah ini menggambarkan budaya etnik Yao. 

Tidak seperti kaum-kaum etnik lain yang tinggal di tepi sungai, kaum Yao tinggal di atas gunung. Jadi kebudayaan mereka agak primitif jika dibanding dengan kaum-kaum lain.

Rumah Kaum Yao.
Kaum Yao sedang membuat persembahan.
Tarian Kaum Yao.
Kaum Yao lebih primitif jika dibanding dengan kaum-kaum lain seperti Zhuang, Dong dan Miao.
Puteri Yao.
Rumah Kaum Yao ini dibina di atas sebuah pulau di dalam sungai. Bot akan mengelilingi pulau ini sebelum berpatah balik ke jeti di Taman Shangri La.

Pemandangan sewaktu bot berpatah balik ke jeti.
Air sungai di Guilin dan Yangshuo memang sangat cantik.
Francis duduk di depan bot sambil memberi penerangan tentang benda-benda yang kami lihat sepanjang Cruise.
Cantik dan damai.
Melalui kampung semula.
Jambatan tradisional.
Pokok buluh di tepi sungai.
Itik Mandarin.
Belum habis mencuci baju lagi.
Memancing dari atas rakit agaknya...
Berselisih dengan bot lain.
Pemandangan dekat bot-bot sedang berselisih.
Bila hujan berhenti, barulah nampak yang petugas-petugas bot sebenarnya memakai pakaian tradisional. Perhatikan sarung kasut yang dipakai petugas ni.
Dah hampir sampai kembali ke jeti.
Melintasi Rumah Zhuang kembali. Perhatikan Wedding Ball yang digantung sebagai perhiasan di Rumah Zhuang.
Petugas di Rumah Zhuang.
Bot dan Pagoda.
Jeti menurunkan penumpang tak sama dengan jeti mengambil penumpang.
Dah tiba di jeti.
Pemandangan di jeti.
Selepas menurunkan penumpang, bot-bot berpatah balik ke jeti asal untuk mengambil penumpang bagi memulakan cruise semula.

CULTURAL EXPERIENCE 

Cruise tamat di rumah tradisional Kaum Dong. Di sini, penumpang-penumpang dijamu dengan rice wine bagi mengalu-alukan kedatangan mereka. Francis awal-awal lagi dah memberi amaran kepada kami supaya jangan meminum minuman yang diberi kerana ia mengandungi arak.

Pengunjung dijamu dengan rice wine untuk mengalu-alukan kedatangan mereka.
Di Rumah Dong ini, kami diperkenalkan dengan beberapa aspek kebudayaan mereka.

Nyanyian Acapella tradisional Kaum Dong.
Signboard di Rumah Dong
Pakaian tradisional Kaum Dong.
Pameran perhiasan 4 kaum etnik utama di kawasan Guilin: Zhuang, Dong, Miao dan Yao.
Di luar Rumah Dong, ada patung-patung yang menggambarkan cara hidup tradisional penduduk etnik Guilin.

Pemandangan di luar Rumah Dong.
Patung petani memberi makan ternakan.
Patung wanita mendukung anak.
Pemandangan Rumah Dong dari luar.
Pemandangan dekat Rumah Dong.
Kemudian, kami dibawa oleh Francis berkunjung ke rumah Kaum Miao pula.

Rumah Kaum Miao.
Pakaian tradisional wanita Kaum Miao.
Pakaian tradisional lelaki Kaum Miao.
Di Rumah Miao ini, kami menyertai satu aktiviti tarian tradisional mereka. Mudah saja tariannya ~ berdiri ramai-ramai sambil berpegang tangan dalam bulatan. Lepas itu ikut mereka menari macam yang budak-budak tadika selalu buat tu...

Berdiri dalam bulatan sambil berpegang tangan.
Goyang-goyang tangan je dah kira menari...
Lepas tu bulatan berpecah menjadi satu barisan panjang. Jalan sambil pegang bahu ikut orang depan tu... Macam budak-budak sekolah rendah beratur masuk ke kelas tu...
Tepuk-tepuk tangan bila berselisih dengan orang lain...
Dah lama kita tak buat macam ni... Beratur macam budak-budak sekolah rendah nak masuk ke kelas...
Simple je aktivitinya... tapi sangat fun.

Kincir air tradisional dekat Rumah Miao.
Pemandangan di luar Rumah Miao. Walaupun nama kaum ni Miao, dia orang tak bela kucing tau..
Kemudian, kita ke Rumah Zhuang pula.

Sampai saja di Rumah Zhuang, Francis (yang juga berketurunan Zhuang) menyanyi melolong memanggil penghuninya.
Sekonyong-konyong muncullah wanita penghuni Rumah Zhuang ini di tingkat atas.
Di sini, kami menyertai pula satu adat Orang Zhuang di mana penghuni Rumah Zhuang ini akan membaling Wedding Ball ke bawah untuk direbut beramai-ramai. Wedding Ball ini adalah simbol cinta bagi Orang Zhuang.

Membaling Wedding Ball ke bawah.
Rebut ramai-ramai Wedding Ball tu kat bawah.
Wedding Ball yang ditangkap oleh Myself sewaktu dibaling ke bawah tadi. Mengikut adat Kaum Zhuang, Wedding Ball ini akan diberi oleh wanita kepada lelaki sebagai tanda membalas cintanya.
Kemudian, kami masuk pula ke sebuah pusat tenunan tradisional. Ada demonstrasi tenunan di sini di samping jualan hasil-hasil tenunan dan kraf seni halus yang lain. Apa yang menarik di sini ialah kerja-kerja tenunan juga dibuat oleh kaum lelaki dan bukan wanita semata-mata.

Pusat Kraftangan Seni Halus
Jualan kraf manik.
Menjahit hiasan pada tapak kasut.
Beg-beg duit.
Demonstrasi tenunan. Kerja menenun juga dibuat oleh kaum lelaki di sini.
Kagum tengok betapa tekunnya Pakcik ni menenun.
Menenun beg.
Lukisan 8 ekor kuda seperti ini sangat popular di kalangan orang Cina kerana ia dianggap membawa tuah jika digantung di rumah.
Patung-patung yang memakai pakaian tradisional.
Keluar saja dari pusat kraftangan ini, kita dapat pula melihat dengan dekat tembok tradisional Orang China yang dibuat dari batu dan genting.

Tembok tradisional China yang dibuat dari batu dan genting.
Tembok dan sungai.
Pemandangan dekat genting yang dipasang pada tembok.

KESENIAN PERTUKANGAN

Selepas melihat Seni Halus, kami diberi Free Time untuk bersiar-siar di sekitar Shangri La Park. Kesempatan ini diambil oleh Myself dan Husband untuk masuk ke sebuah bangunan berhampiran di mana pelbagai kesenian pertukangan dihasilkan.

Bangunan di seberang sana jambatan tu adalah Pusat Kesenian Pertukangan.
Pemandangan yang sangat tradisional.
Tanah di belakang Taman Shangri La ini ditanam dengan sedikit-sedikit sampel tanaman yang diusahakan oleh etnik minoriti di sini.
Pemandangan indah di Shangri La.
Penunjuk arah.
Peta bangunan di Shangri La.
Bangunan kesenian pertukangan.
Kolam ikan di tengah bangunan.
Pemandangan kolam.
Tempayan-tempayan yang berisi Rice Wine.
Alat pengisar beras tradisional untuk membuat Rice Wine.
Menapai beras untuk membuat Rice Wine.
Bau Rice Wine ini sangatlah menusuk ke hidung...
Tourists kena ikut laluan ini...
Seni ukiran dari pokok buluh.
Kolam di tengah bangunan ini sebenarnya dipenuhi ikan emas. Pengunjung juga boleh memberi makan kepada ikan ini.
Gemuk-gemuk ikannya...
Ukiran kayu untuk jualan.
Pemandangan dari tingkat atas.
Bangunan ini dibina macam istana warlords Cina lama.
Pemandangan ikan dari tingkat atas.
Gelang-gelang batu permata.
Tanduk kerbau.
Mengasah tanduk kerbau untuk dijadikan kraftangan.
Kraftangan dari tanduk kerbau untuk jualan.
Sikat rambut yang dibuat dari tanduk kerbau.
Membuat perhiasan dari manik.
Kraf lipatan kertas.

WIND RAIN BRIDGE

Pintu masuk dan keluar ke Shangri La Park dibuat berasingan. Selepas melawat ke seluruh taman, kami diminta berkumpul di sebuah jambatan berdekatan Pintu Keluar yang dinamakan Wind Rain Bridge.

Wind Rain Bridge
Penerangan mengenai Wind Rain Bridge.
Wind Rain Bridge ini dibina mengikut senibina Kaum Dong tanpa menggunakan paku.
Pemandangan dari Wind Rain Bridge.
Teringat kat Chapel Bridge di Lucerne, Switzerland dulu sewaktu melihat lukisan-lukisan yang digantung pada jambatan kayu ni.
Seperti kaum Red Indian di Amerika Utara, etnik-etnik minoriti di sini juga mempunyai Totem Pole masing-masing. Lazimnya Totem Pole etnik minoriti di sini dibuat berbentuk tanduk kerbau. Ini adalah kerana seperti di Filipina, kerbau dianggap penyambung nyawa kerana binatang ini banyak membantu dalam penanaman padi yang merupakan makanan ruji penduduk di sini.

Totem Pole yang lazimnya berbentuk kepala kerbau.
Pintu keluar dari taman.
Bas kami parking di sini.


Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):