Thursday, 5 May 2016

2016 GUILIN BHG. 02 (Guilin - Yangshuo)

April 2016

GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo 

Bahagian 2: Arrival

GUILIN - YANGSHUO

HARI PERTAMA (2)

Part 3: Guilin Liangjiang Airport 

Tour Guide kami di Guilin yang memperkenalkan dirinya sebagai Francis telah sedia menanti di Airport.  

Husband berbual dengan Tour Guide kami, Francis sementara menunggu ahli rombongan yang lain selesai mengambil bagasi.
Oleh kerana perjalanan kami yang seterusnya adalah menuju ke Yangshuo yang terletak 1 jam 30 minit perjalanan dengan bas ke sana, Tour Leader meminta Francis membuat persinggahan di masjid untuk membolehkan kami menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di sana.

Walau bagaimanapun, Francis memberitahu kami yang tak ada masjid dalam laluan perjalanan nanti. Oleh yang demikian, dia mencadangkan supaya kami bersolat saja di Airport sebelum bertolak ke Yangshuo. Disebabkan Airport di Guilin ini tidak menyediakan Prayer Room, Francis berurusan dengan pegawai lapangan terbang untuk mencarikan tempat yang sesuai untuk kami bersolat. Atas usaha Francis, kami dapat bersolat di ruang simpanan troli yang terletak di hujung bangunan terminal.

Bersolat di ruang simpanan troli di Guilin Liangjiang Airport.
Selepas semua ahli rombongan selesai bersolat barulah Francis membawa kami ke bas untuk meneruskan perjalanan ke Yangshuo.

Menuju ke bas untuk ke Yangshuo.

Part 4: Perjalanan Ke Yangshuo 

Yangshuo terletak kira-kira 80 km dari Guilin dan perjalanan ke sana memakan masa kira-kira satu setengah jam. Dalam perjalanan ke sana, Francis yang fasih berbahasa Inggeris memberi penerangan sepintas lalu mengenai Guilin dan Yangshuo.

Francis memberi penerangan di dalam bas mengenai Guilin dan Yangshuo.
Plaza Tol berhampiran Lapangan Terbang Guilin.
Pemandangan di Plaza Tol
Guilin dan Yangshuo sebenarnya terletak di utara Guangxi Province, sebuah wilayah di selatan negara China. Ibukota bagi Wilayah Guangxi adalah Nanning yang terletak 380 km ke selatan Guilin. Guilin adalah kota ketiga terbesar di Wilayah Guangxi, selepas kota Nanning dan Liuzhou.

Tidak seperti Beijing dan Shanghai, Guangxi adalah sebuah kawasan miskin di negara China yang bergantung kepada pertanian. Pergunungan Nan di sekelilingnya memisahkan Guangxi dari wilayah China yang lain. Ia hanya disatukan dengan wilayah China selainnya pada kurun ke-2 Masehi apabila Empayar Han yang memerintah negara China ketika itu membina Ling Canal yang menyambungkan Sungai Yangtze ke Sungai Xi melalui Sungai Xiang.

Sejak dulu lagi, Guilin terkenal dengan keindahan pergunungannya yang sering diabadikan dalam lukisan-lukisan Cina klasik. Sehingga kini, Guilin dan kawasan di sekitarnya tidak mempunyai bangunan pencakar langit dan industri-industri yang mencemarkan alam. Apa yang ada di Guilin hanyalah sungai dan tasik yang jernih, bukit-bukit yang menghijau, perkampungan-perkampungan yang indah dan penduduk yang ramah.

Pemandangan dalam perjalanan menuju ke Yangshuo.
Lebuhraya menuju ke Yangshuo.
Pemandangan di Lebuhraya.
Keindahan kawasan perkampungan berhampiran kota Guilin,
Guilin dan Yangshuo dikelilingi gunung-gunung karst yang mempunyai pelbagai bentuk yang pelik dan menarik.
Keindahan pemandangan di kawasan pergunungan ini banyak diabadikan dalam lukisan-lukisan klasik Cina.
Ada kalanya pemandangan di sini sangat mirip dengan pemandangan di sekitar kota Ipoh di Malaysia.
Kawasan sawah dan pergunungan.
Sebuah gunung yang mempunyai bentuk yang pelik berhampiran kota Guilin.
Sebahagian besar penduduk Wilayah Guangxi terdiri dari suku kaum Zhuang (disebut: Chuang) yang merupakan etnik minoriti yang terbesar di negara China selepas suku kaum Han yang membentuk 90% dari keseluruhan rakyat China. Francis juga berasal dari etnik Zhuang.

Etnik Zhuang terkenal dengan budaya mereka yang gemar berbalas nyanyian seperti orang Melayu berbalas pantun. Dalam perjalanan kami ke Yangshuo, Francis turut menyanyikan sebuah lagu rakyat Zhuang kepada kami. Seperti majoriti orang Zhuang yang lain, suara Francis memang sedap kerana nyanyian adalah sebahagian budaya mereka dan mereka telah diajar menyanyi semenjak kecil lagi
.

Francis sedang menyanyikan lagu rakyat Zhuang kepada kami.
Sebuah lagi Plaza Tol yang dilalui dalam perjalanan ke Yangshuo.
Gadis pengutip tol di Lebuhraya.
Lori membawa khinzir di Lebuhraya.
Bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin ramai ke sini, Kerajaan China melaksanakan projek pembesaran jalan raya dari Guilin ke Yangshuo. Disebabkan ketika ini musim hujan, jalan raya di kawasan pembinaan ini sangat lecak dan kenderaan terpaksa bergerak perlahan ketika melalui kawasan tersebut.

Projek pembesaran jalan di antara Guilin dan Yangshuo.
Pemandangan di kawasan pembinaan.
Disebabkan Guilin sedang mengalami musim hujan ketika itu, keadaan jalan di kawasan pembinaan sangat teruk berlopak dan berlumpur.
Tidak seperti kawasan pembinaan jalan raya di Malaysia yang dipasang dengan lampu amaran, kawasan pembinaan jalan di sini hanya ditandakan dengan bendera berwarna kuning dan merah sahaja ~ murah dan efektif.
Lagi pemandangan gunung yang indah dalam perjalanan ke Yangshuo.
Gunung lagi!

Part 5: Tiba di Yangshuo

Kami tiba di Yangshuo pada pukul 7.30 malam.


Tiba di Yangshuo.
Motorsikal unik di kota Yangshuo.
Menuju ke tempat makan malam di Yangshuo.
Sebaik tiba di Yangshuo, kami dibawa terus ke New West Street International Hotel untuk makan malam. Menurut Francis, ada dua buah restoran Muslim yang kecil di Yangshuo dan dinner kami pada malam itu disediakan oleh salah sebuah restoran ini. Oleh kerana dinner kami tidak dapat disediakan di restoran sendiri pada malam itu atas sesuatu sebab, pemilik restoran telah menyewa sebuah bilik di hotel ini bagi tujuan tersebut.

New West Street International Hotel di Yangshuo.
Lobi di New West Street International Hotel di Yangshuo.
Menurut Francis, hotel ini adalah hotel yang terbesar di Yangshuo.
Satu lagi pemandangan di lobi hotel.
Kedai cenderamata di lobi hotel.
Berjalan menuju ke bilik makan yang disewa khas untuk kami.
Makan malam pertama di Yangshuo.

Part 6: Starway Hotel Xin Fu An 

Selepas selesai makan malam, barulah kami dibawa ke hotel penginapan kami di Yangshuo yang bernama Starway Hotel Xin Fu An. Ia terletak di tengah bandar Yangshuo, tidak jauh dari West Street yang merupakan sebuah Shopping Street yang terkenal di bandar ini.

Starway Hotel Xin Fu An di Yangshuo.
Hotel ini terletak di tengah bandar Yangshuo.
Francis dan Tour Leader sedang menguruskan penginapan kami.
Menunggu Francis dan Tour Leader menguruskan penginapan.
Travel Desk di Starway Hotel Xin Fu An.
Ada Wifi percuma disediakan untuk penginap di hotel ini. Namun satu-satunya applikasi sosial yang dapat digunakan ialah Whatsapp dan Wechat. Penggunaan applikasi sosial lain seperti Facebook, Instagram dan seumpamanya disekat dan tidak dibenarkan penggunaannya oleh Kerajaan China.

Wifi percuma di Starway Hotel Xin Fu An.
Starway Hotel Xin Fu An adalah sebuah hotel yang diklasifikasikan sebagai Local Four Star Hotel. Walaupun dianggap sebagai hotel 4 bintang di China, standard perkhidmatannya tidaklah seperti hotel 4 bintang di Malaysia. Namun ia tetap selesa menjadi penginapan kami sewaktu berada di kota Yangshuo.

Bilik penginapan di Starway Hotel Xin Fu An.
Bilik penginapan kami mengadap ke sebuah jalan raya utama di kota Yangshuo. Kedai-kedai perniagaan di depan hotel dibuka sehingga ke larut malam dan bunyi muzik dari kedai-kedai perniagaan ini dimainkan dengan begitu kuat sehingga waktu kedai ditutup. Namun disebabkan kami dah cukup kepenatan dengan perjalanan yang panjang pada hari ini, ia tidak langsung mengganggu tidur kami pada malam itu.

Pemandangan kedai dari bilik penginapan kami yang dibuka sehingga ke larut malam.


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):