Sunday, 28 December 2014

2014 JAWA BARAT & JAWA TIMUR BHG. 06 (Surabaya)

Disember 2014

JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA
Subang, Malang & Bromo

Bahagian 6: Surabaya (1)
SURABAYA

Part 9: Terbang Ke Jawa Timur 

NAIK GARUDA KE SURABAYA 

Bandung terletak di Jawa Barat manakala Surabaya pula terletak di Jawa Timur. Penerbangan dari Bandung ke Surabaya memakan masa kira-kira 1 jam.

Peta penerbangan dari Bandung ke Surabaya
Walaupun terletak di pulau yang sama, jarak di antara kedua-dua kota Bandung dan Surabaya ialah kira-kira 600 km.
Pemandangan di dalam pesawat Garuda Indonesia Airlines GA 361.
Sebelum berlepas, semua penumpang diberi gula-gula pelbagai perasa oleh peramugari.

Gula-gula perasa buah-buahan yang diberi kepada penumpang sebelum pesawat berlepas.
Berita dalam akhbar (disebut Koran dalam Bahasa Indonesia) memaparkan kejadian banjir besar yang melanda Jakarta Timur. Pada ketika ini juga, negeri Kelantan di Malaysia turut dilanda banjir besar.
Walaupun cuaca agak mendung sewaktu kami berlepas dari Bandara Husein Sastranegara di Bandung, cuaca agak baik sepanjang penerbangan.

Cuaca agak baik sepanjang penerbangan dari Bandung ke Surabaya.
Kebesaran saiz Pulau Jawa sangat terserlah dalam penerbangan dari Bandung ke Surabaya
Peramugari Garuda Indonesia
Sedang terbang melintasi Jawa Tengah. Kami telah berkesempatan berkunjung ke Yogyakarta dan Candi Borobudur pada tahun lepas.
Lagi pemandangan Pulau Jawa yang indah dalam penerbangan.
Walaupun penerbangan ini hanya memakan masa kira-kira sejam, ada sajian penerbangan yang diberi kepada penumpang. Disebabkan kami dah makan tengahari sewaktu di Airport, kami hanya membawa balik sajian yang dihidangkan untuk dimakan di Hotel nanti.

Peramugari sedang menyajikan sajian penerbangan.
Sajian penerbangan dari Bandung ke Surabaya.
Kandungan sajian penerbangan yang diberi kepada penumpang.

BANDARA INTERNASIONAL JUANDA, SURABAYA

Mungkin disebabkan cuaca yang baik sepanjang penerbangan, pesawat kami tiba di Surabaya 12 minit lebih awal berbanding jadual.

Pemandangan sewaktu pesawat hampir tiba di Surabaya
Bila nampak laut di depan sana, barulah kami sedar yang rupa-rupanya bandaraya Surabaya terletak di tepi laut.
Walaupun cuaca baik sepanjang penerbangan, lain pula halnya sewaktu kami mendarat di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya. Pesawat kami terumbang-ambing (teroleng-oleng dalam Bahasa Indonesia) dengan begitu teruk sewaktu mendarat kerana hujan lebat disertai angin kencang yang sedang bertiup di Lapangan Terbang. Dahlah pada pagi tadi mendengar berita tentang pesawat Air Asia hilang dan disyaki terhempas di Laut Jawa kerana cuaca buruk, pengalaman pendaratan ini juga sangat mencemaskan bagi Myself.  

Walau apapun, bersyukur kepada Allah SWT kerana pesawat kami selamat mendarat di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya pada pukul 2.30 petang. Memang hebat pilot Garuda yang membawa pesawat ini.

Beginilah lebatnya hujan di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya sewaktu kami mendarat di sana. Memang hampir tak nampak apa-apa pun di luar sana.
Penumpang sedang bersiap-sedia untuk turun dari pesawat.
Walaupun kami dah selamat mendarat, masih ada satu masalah yang dihadapi. Disebabkan angin kencang yang bertiup (kelajuan 30 knot kata Pilot), Airbridge tidak dapat disambungkan ke pesawat. Kapten pesawat juga menjangka kami terpaksa menunggu kira-kira 3 minit bagi angin reda untuk membolehkan Airbridge tersebut disambungkan kepada pesawat.

Pemandangan di luar tingkap sewaktu menunggu angin reda untuk membolehkan Airbridge disambung kepada pesawat.
Penumpang menunggu Airbridge disambungkan untuk turun dari pesawat.
Seperti jangkaan kapten pesawat, kelajuan angin reda selepas beberapa minit. Airbridge disambungkan ke pintu pesawat dan penumpang dibenarkan keluar dari pesawat.

Berjalan masuk ke bangunan terminal
Sebahagian laluan menuju ke tempat tuntutan bagasi.
Tempat menunggu bagasi di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya
Syukur, bagasi dah selamat sampai.
Sebaik keluar dari tempat tuntutan bagasi, Kakak Ipar dan suaminya yang turut menyertai kami dalam percutian ke Jawa Timur ini telah sedia menanti. Mereka dah tiba pukul 11 pagi tadi dengan penerbangan terus ke Surabaya dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat Air Asia. Kasihan mereka terpaksa menunggu kami di Airport Surabaya sampai hampir 4 jam. Tapi nak buat macam mana, kan? Jadual penerbangan dari  KL ke Surabaya dan Bandung ke Surabaya memang tak sama masa tibanya.

Pemandu pelancong kami, Pak Iskandar juga telah sedia menanti bersama pemandu kami, Agus. Perjalanan kami diatur secara Private Tour, jadi pemandu pelancong dan pemandu adalah khusus bagi kami berempat sahaja.

Pemandangan di ruang ketibaan Bandara Internasional Juanda, Surabaya.
Husband bergambar bersama Kakaknya yang telah menunggu ketibaan kami di Airport Surabaya selama hampir 4 jam.
Kesibukan di Airport Surabaya.
Airport Juanda sangat sibuk pada petang itu. Menurut Pak Iskandar, kesibukan ini adalah disebabkan keluarga mangsa nahas pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 yang hilang pada pagi tadi telah mula berkumpul di sini bagi menanti khabar berita tentang orang yang tersayang.

Posko Layanan Air Asia QZ8501 yang didirikan di suatu sudut Airport Juanda. Pemandangan ini dilihat dari dalam kenderaan sewaktu keluar dari kawasan Airport.
Petugas-petugas yang sedang bersiap-sedia menanti di Posko Layanan Air Asia QZ8501.
Kawasan ini juga dipenuhi kenderaan-kenderaan media yang sedang membuat liputan tentang peristiwa kehilangan pesawat Air Asia tersebut.
Kenderaan berbaris untuk membayar parking sebelum keluar dari Airport.
Kadar bayaran parking kenderaan di Airport Surabaya.

Part 10: Menuju Ke Kota Malang 

Dari Surabaya, Pak Iskandar terus membawa kami ke kota Malang yang terletak 3 jam perjalanan kereta dari Surabaya. Seperti juga di Bandung dan Malaysia, Surabaya juga sedang mengalami musim tengkujuh. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat air bertakung di kiri kanan jalan.

Kota Surabaya juga sedang mengalami musim tengkujuh.
Satu pemandangan lain yang kami perhatikan di Surabaya ialah ada banyak lintasan keretapi di jalanan. Seperti di Malaysia, jalan keretapi di Surabaya banyak yang selari dengan jalan rayanya.

Sebuah lintasan keretapi di Surabaya.
Pemandangan sebahagian kota Surabaya dalam perjalanan ke Malang.
Kami dibawa ke Malang menggunakan Lebuhraya yang dipanggil Jalan Bertol di Indonesia. Tidak seperti lebuhraya di Malaysia yang selalunya 3 lorong sehala, lebuhraya ini cuma 2 lorong sehala.

Lebuhraya dari Surabaya menuju ke Malang
Kawasan pertanian yang dilalui sepanjang Lebuhraya menuju ke Malang.

WARUNG PODOJOYO

Selepas sejam perjalanan, kami keluar dari Lebuhraya untuk menuju ke sebuah restoran yang bernama Warung Podojoyo untuk makan tengahari, walaupun pada ketika itu hari telah lewat petang. Kalau tak salah, restoran ini terletak di sebuah bandar yang bernama Sidoarjo.

Sidoarjo.
Warung Podojoyo, Sidoarjo
Dalam Bahasa Jawa, Podojoyo bermaksud Berjaya Bersama. Bak kata Pak Iskandar, bila kita makan di sini, kita berjaya kenyang dan tuan warung pula berjaya mendapatkan wang kita. Makanya, memang Podojoyo (Berjaya Bersama). 

Pintu masuk ke Warung Podojoyo
Pemandangan di dalam Warung Podojoyo
Di sini, kami diperkenalkan dengan Ikan Susu yang merupakan makanan authentic di Jawa Timur.

Ikan Susu adalah makanan authentic yang diperkenalkan kepada kami di sini.
Husband menemani Abang Ipar membeli jagung bakar di depan Warung Podojoyo. Kata Abang Ipar, jagung bakar ini tawar - bukan jagung manis macam yang biasa terdapat di Malaysia.
Selepas makan, perjalanan kami diteruskan lagi ke Kota Malang melalui Lebuhraya.

Plaza Tol di Lebuhraya
Perjalanan menuju ke Malang

IBIS STYLES HOTEL, MALANG 

Kami tiba di Malang pada pukul 6 petang. Ketika itu, matahari telah mula terbenam. Disebabkan kesesakan jalan di Malang, kami sampai di hotel penginapan kami, Ibis Styles Malang pada  pukul 7 malam.

Kami tiba di Malang sewaktu matahari mula terbenam, pukul 6 petang.
Lobi Hotel Ibis Styles, Malang.
Pak Iskandar sedang membantu kami membuat pendaftaran bilik di Hotel Ibis Styles, Malang.
Menunggu pendaftaran bilik.
Lobi Hotel Ibis Styles Malang ini lebih kurang sama dengan lobi Hotel Ibis Styles di Yogyakarta dulu. Cuma suasana di sini tampak lebih ceria.
Bilik penginapan di Hotel Ibis Styles Malang. Biliknya agak kecil kerana hotel ini bertaraf 3 bintang.
Bilik mandi di Hotel Ibis Styles, Malang.

RUMAH MAKAN INGGIL 

Selepas berehat seketika, Pak Iskandar membawa kami keluar untuk makan malam di Rumah Makan Inggil. Restoran ini unik kerana dihiasi dengan pelbagai ciri senibina lama Jawa Timur.

Pemandangan dari luar Rumah Makan Inggil.
Sebaik melangkah masuk ke dalam restoran, kita terasa bagaikan berkunjung ke sebuah rumah kediaman tradisional Jawa Timur.
Pintu masuk ke ruang makan di Rumah Makan Inggil dihiasi dengan topeng-topeng tradisional Jawa.
Pemandangan di ruang makan Rumah Makan Inggil.
Sambil menjamu selera, pengunjung dihiburkan dengan nyanyian live lagu asli Jawa.
Penyanyi yang menghiburkan pengunjung di Rumah Makan Inggil. Foto sawah padi di belakang penyanyi ini nampak macam real.
Tarian tradisional Jawa di Rumah Makan Inggil.
Di luar bangunan restoran, terdapat sebuah kedai menjual cenderamata. Myself walau bagaimanapun, tak masuk ke sana.

Kedai menjual cenderamata di Rumah Makan Inggil.
Selepas makan, kami pulang ke Hotel untuk berehat sebelum meneruskan pengembaraan kami lagi pada pagi esok...

Selamat Malam, Kota Malang.


Bersambung Ke Bhg. 7 ...


CATATAN PERJALANAN JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA (2014):