Disember 2014
JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA
Subang, Malang & Bromo
Bahagian 4: Subang (3)
AIR PANAS SARI ATER
HARI KEDUA (3)
Part 6: Pulang Ke Hotel
Majlis sebenarnya berlangsung sehingga ke pukul 4 petang, tapi rombongan kami pulang ke Hotel sebaik selepas makan tengahari (masih nak mengikut style orang Malaysia pergi kenduri kahwin walau majlis berlangsung di Indonesia). Sewaktu pulang, kami semua sepakat untuk keluar balik dari Hotel seawal mungkin untuk berkunjung ke Air Panas Sari Ater yang terletak tidak jauh dari kota Subang.
|
Dalam perjalanan pulang ke Hotel. |
|
Dadang sedang memberi penerangan tentang aturcara lawatan ke Air Panas Sari Ater. |
|
Alun-Alun Kota Subang adalah sebuah dataran kota untuk kemudahan rekreasi penduduk tempatan. Setiap kota di Indonesia mempunyai Alun-Alun seperti ini. |
|
Pelbagai aktiviti diadakan di Alun-Alun. |
Part 7: Air Panas Sari Ater
Perjalanan untuk lawatan ke Air Panas Sari Ater bermula seawal jam 1 tengahari (Waktu solat Zohor di kota Bandung masuk sekitar jam 12 tengahari ketika itu). Air panas ini terletak di sebuah kawasan yang bernama Ciater.
|
Pemandangan dalam perjalanan menuju ke Ciater. |
|
Sawah padi yang ditanam berteres-teres dalam perjalanan ke Ciater |
|
Nanas dan Durian juga adalah antara hasil buah-buahan yang terdapat di sini. |
|
Kebun teh juga banyak terdapat di kawasan ini. |
Dalam perjalanan, bas kami berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak.
|
Stesen minyak dalam perjalanan ke Ciater |
|
Tidak seperti di Malaysia yang mengamalkan sistem layan diri, minyak diisi oleh petugas-petugas di stesen minyak. |
Perjalanan ke Air Panas Sari Ater diteruskan lagi. Namun cuaca tidak menyebelahi kami kerana hujan turun dengan sangat lebat sebelum kami sampai ke sana lagi.
|
Hujan lebat mula turun sewaktu kami masih dalam perjalanan ke Air Panas Sari Ater. |
|
Pintu masuk ke Air Panas Sari Ater |
|
Perhiasan di pintu masuk ke kawasan Air Panas Sari Ater |
|
Rombongan kami menunggu di sini sementara Dadang membelikan tiket masuk untuk kami. |
|
Oleh
kerana ketika itu hujan lebat, ada ramai pengusaha penyewa payung di
pintu masuk ke air panas. Caj sewaan yang dikenakan adalah sekitar
10,000 - 15,000 Rupiah (RM3.50 - RM5.00). |
Tarikan utama di sini ialah kolam pemandian air panas. Sebelum masuk ke kolam pemandian, Dadang mencadangkan kepada kami supaya bersiar-siar di sekitar taman kerana jika dah masuk ke kawasan kolam pemandian dan keluar dari sana atas sebarang sebab, kita perlu membeli tiket sekali lagi jika ingin masuk semula. Tiket masuk ke sana juga agak mahal ~ 150,000 Rupiah (RM30).
Di sini juga Husband sempat mencuba makanan Sosej Bakar dan sejenis makanan tempatan yang dinamakan Tahu Sumedang.
|
Mencuba Sosej Bakar |
|
Salah sebuah restoran di Air Panas Sari Ater. |
|
Gerai menjual Tahu Sumedang |
|
Proses penyediaan Tahu Sumedang |
|
Gerai Tahu Sumedang |
Kemudian, kami terus lagi berjalan-jalan menikmati pemandangan di kawasan Air Panas Ciater dalam hujan lebat.
|
Kawasan perkelahan keluarga yang unik di Air Panas Sari Ater. Tempat duduk bertikar ini boleh disewa dan duduk beramai-ramai sekeluarga di sini. |
|
Pancutan air panas yang menarik - dibuat berbentuk teko. |
|
Kuda-kuda tunggangan yang dipakaikan dengan baju hujan. |
Kami sebenarnya pernah berkunjung ke Air Panas ini sewaktu percutian keluarga ke Jakarta dan Bandung pada tahun 2007. Namun begitu, kami hanya membuat kunjungan singkat saja dan tak explore sampai ke dalam ketika itu. Jadi memang seronok bila terjumpa kembali Kolam Rendam Kaki yang pernah dikunjungi ketika itu.
|
Sewaktu kunjungan pada tahun 2007 dulu, kami cuma sampai di sini. |
|
Bergambar kenangan di Kolam Rendam Kaki lagi. |
Selepas puas berjalan di luar, barulah kami masuk ke dalam kawasan Kolam Permandian. Ramai ahli-ahli rombongan kami telah lebih dulu masuk ke dalam sana untuk berendam dalam air panas.
|
Pintu masuk ke Kolam Pemandian Air Panas |
|
Kolam kanak-kanak |
Mengikut
kata Tourist Guide kami Dadang, Air Panas Sari Ater ini adalah kawasan
air panas yang terbaik di Pulau Jawa. Ini adalah kerana Air Panas di
sini masih terjaga suhunya sekitar 39-42 darjah Celcius.
|
Kolam Pemandian untuk Orang Dewasa |
|
Anak-anak Saudara sedang berendam di dalam kolam air panas |
|
Yang tak mandi berendam, cuma duduk di sini saja. |
|
Kanak-kanak dilarang masuk ke kolam ini kerana airnya dalam sikit di sini. |
|
Jacuzzi di tepi kolam. |
|
Hujan lebat tak langsung menghalang pengunjung mandi-manda di sini. |
Tak semua ahli rombongan kami yang mandi berendam dalam air panas ini. Bagi yang tak mandi berendam, kami cuma merendam kaki dalam kolam kanak-kanak saja untuk menikmati kepanasan air di sini.
|
Pakcik dan Abang berendam dalam Kolam Kanak-kanak. |
Abang adalah antara orang yang paling memanfaatkan kunjungan ke Air Panas ini. Lutut Abang bengkak kerana penyakit Gout sehari sebelum berlepas ke Bandung dan terpaksa berjalan bertongkat. Kerana itulah dia bersungguh-sungguh merendam lututnya selama setengah jam dalam kolam air panas di sini. Usahanya berkesan kerana pada keesokan harinya, dia dah boleh berjalan seperti biasa tanpa bantuan tongkat.
|
Panas tau air dalam kolam ni.. |
|
Puas nak memujuk makcik-makcik dan sepupu ni untuk merendam kaki dalam air panas. Tapi bila mereka dah masuk berendam, seronok pulak sampai tak mahu keluar.
|
|
Makin ramai nak join posing dalam Kolam Kanak-kanak. |
|
Khidmat mengurut pun ada di sini. |
MAKAN MALAM DI DEWAN DAYANG SUMBI
Makan malam kami turut disediakan di Air Panas Sari Ater. Ia disediakan khusus untuk rombongan kami di dewan serba guna yang dinamakan Dewan Dayang Sumbi.
|
Dewan Dayang Sumbi |
|
Dinner di Dewan Dayang Sumbi |
|
Makanan disediakan khas untuk rombongan kami di sini. |
|
Tongseng Kambing - antara makanan yang dihidangkan. |
Selepas makan, kami pulang ke hotel. Bas parking di atas sebuah bukit yang agak jauh dari tempat makan, jadi terpaksalah menapak naik ke sana. Di kiri kanan tempat parking, ada banyak gerai-gerai yang menjual cenderamata dan bahan makanan tempatan. Jadi boleh juga cuci-cuci mata sikit sewaktu berjalan mendapatkan bas.
|
Pemandangan kedai-kedai jualan di tempat meletak kenderaan. |
|
Pelbagai barangan cenderamata dijual di sini. |
|
Kedai menjual Singkung (Ubi Kayu). |
Disebabkan hari kedua ini penuh dengan aktiviti, masing-masing kepenatan bila tiba ke hotel malam itu. Kami juga perlu berkemas kerana kami akan meninggalkan Subang pada esok hari..
Bersambung Ke Bhg. 5...
CATATAN PERJALANAN JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA (2014):