Monday, 29 December 2014

2014 JAWA BARAT & JAWA TIMUR BHG. 07 (Coban Rondo)

Disember 2014

JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA
Subang, Malang & Bromo

Bahagian 7: Surabaya (2)

MALANG & BATU 

HARI KEEMPAT

Part 11: Kota Malang

Kota Malang adalah sebuah kota yang terletak di Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Ia terletak 90 km sebelah selatan Surabaya dan merupakan kota kedua terbesar di Jawa Timur selepas Surabaya.

Nama kota ini "Malang" sebenarnya bukan berasal dari perkataan yang bermaksud "Nasib Tak Baik", sebaliknya ia berasal dari perkataan Malangkusheswara yang merupakan seorang raja yang hebat yang pernah memerintah kota ini pada masa dahulu.

Peta yang menunjukkan tempat-tempat yang kami lawati di Jawa Timur : Surabaya, Malang, Batu dan Bromo
Program lawatan sewaktu di Malang adalah berkunjung ke Kota Wisata Batu yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari kota Malang. Program lawatan bermula pada pukul 8.30 pagi. Jadi seawal pukul 7.30 pagi, kami turun bersarapan di hotel.

Selamat Pagi, Kota Malang.
Sarapan pagi di Ibis Styles Hotel, Malang
Makanan tipikal Indonesia untuk sarapan pagi.
Kota Malang juga terkenal dengan jolokan Kota Pelajar. Terdapat banyak universiti di bandar ini. Kami dapat melihat tiga di antaranya dalam perjalanan menuju ke Kota Batu.

Perjalanan menuju ke Kota Batu.
Kampus Universitas Brawijaya terletak di tengah kota Malang
Fakultas Kedokteran Hewan Universitas Brawijaya
Universitas Islam Malang
Universitas Islam Malang juga dipanggil Unisma.
Pintu masuk ke Universitas Islam Malang
Pintu masuk ke Universitas Muhammadiyah Malang.
Kampus Universitas Muhammadiyah yang sangat cantik.

Part 12: Kota Wisata Batu 

Seperti juga Kota Bandung yang terkenal sebagai kota wisata di Jawa Barat, Batu pula terkenal sebagai kota wisata di Jawa Timur. Maka, tidak hairanlah jika jalan menuju ke Batu juga sesak dengan pengunjung yang ingin bercuti ke sana.

Pemandangan indah Gunung Arjuna dalam perjalanan menuju ke Batu.
Selamat Datang Ke Kota Wisata Batu.
Sebaik tiba di Kota Batu, tempat pertama yang ditunjukkan oleh Pak Iskandar kepada kami ialah rumah keluarga penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti.

Rumah keluarga Kris Dayanti
Ada banyak tarikan yang terdapat di Kota Batu. Namun tujuan kami berkunjung ke sini adalah untuk melawat Air Terjun Coban Rondo.

Pemandangan di Kota Batu
Nampak signboard Kota Wisata Batu ini saja dah cukup membuatkan pengunjung rasa gembira. Ada ketikanya pemandangan di sini mengingatkan kami kepada Genting Highlands di Malaysia.
Antara tarikan yang terdapat di Kota Batu.

Part 13: Air Terjun Coban Rondo 

Untuk sampai ke Air Terjun Coban Rondo, kenderaan kami terpaksa mendaki sebuah gunung yang dinamakan Gunung Panderman. Mengikut ceritanya, Panderman adalah seorang Jeneral tentera Belanda. Sewaktu diburu oleh pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia dahulu, dia telah melarikan diri ke gunung ini. Panderman telah terperangkap di gunung ini dan dibunuh oleh pejuang-pejuang tersebut. Kerana itulah kini, gunung ini dinamakan sebagai Gunung Panderman.

Pemandangan hutan di Gunung Panderman
Kesesakan lalulintas menuju ke Coban Rondo
Lagi pemandangan indah di Gunung Panderman
Haluan menuju ke Coban Rondo.
Jalan ke Coban Rondo kecil dan sesak. Memang mengerikan setiap kali kenderaan kami berselisih dengan kenderaan lain (terutamanya lori-lori besar) sewaktu mendaki ke Coban Rondo. Namun pemandu-pemandu Indonesia sangat sabar. Walaupun berdepan dengan traffic jam yang melampau teruknya, tak sesiapapun membunyikan hon untuk menggesa kenderaan di depan bergerak dengan lebih cepat.

Pemandangan indah sewaktu menghampiri Coban Rondo.
Kaunter tiket untuk masuk ke kawasan Coban Rondo
Wana Wisata Coban Rondo
Jalan sehala untuk masuk ke kawasan Air Terjun selepas kaunter tiket tadi.
Tapak perkhemahan di Coban Rondo.
Akhirnya kami tiba di Coban Rondo. Berdasarkan kepada bilangan bas yang ada di tempat parking, memang ramai orang yang berkunjung ke sini.

Kawasan parking kenderaan di Air Terjun Coban Rondo
Ada pelbagai aktiviti outdoor yang boleh dibuat di Coban Rondo sebenarnya. Tapi mungkin disebabkan ketika itu musim hujan, aktiviti-aktiviti ini kelihatan sepi.
Pintu masuk ke kawasan air terjun.
Berjalan masuk ke kawasan Air Terjun.
Coban bermaksud Air Terjun, manakala Rondo pula bermaksud Janda dalam Bahasa Jawa dan tempat ini ada lagendanya yang tersendiri. Mengikut kisahnya, sepasang suami isteri yang bernama Raden Baron Kusuma dan Dewi Anjarwati yang sedang dalam perjalanan ke Gunung Anjosmoro telah diganggu oleh Joko Lelono yang terpikat dengan kecantikan Dewi Anjarwati. 

Sewaktu Raden Baron Kusuma hendak bertarung dengan Joko Lelono, dia telah menyembunyikan isterinya, Dewi Anjarwati di Air Terjun ini. Kedua-dua Raden Baron Kusuma dan Joko Lelono tewas dalam pertarungan ini dan Dewi Anjarwati terus menunggu di Air Terjun (Coban) ini. Bermula dari situlah tempat ini dinamakan Coban Rondo.

Kisah Lagenda Coban Rondo.
Air Terjun Coban Rondo mempunyai ketinggian 84 meter. Dengan ketinggian air yang mencurah setinggi itu, tempias dari percikan airnya dapat dirasakan dari jauh lagi. Untuk mengelakkan dari kebasahan, ramai pengunjung yang hanya memerhatikan Air Terjun ini dari kejauhan sahaja. Cuma beberapa pengunjung sahaja (termasuk Myself dan Husband) yang "berani" kebasahan pergi dekat-dekat dengan Air Terjun ini.

Air Terjun Coban Rondo mempunyai ketinggian 84 meter.
Percikan air telah dapat dirasakan dari sini lagi.
Ramai pengunjung yang tidak bersedia untuk kebasahan hanya berhenti di sini saja.
Disebabkan airnya yang deras, pengunjung tidak dibenarkan mandi di sini. Malah terdapat amaran supaya meninggalkan tempat ini dengan segera jika hujan lebat turun.
Mengambil gambar dasar Coban Rondo
Sempat bergambar di sini sebelum pulang.
Air terjun ini kelihatan sedikit berlumpur. Mungkin ada tanah yang dibangunkan di kawasan punca air terjun sehingga air menjadi keruh.
Berjalan balik ke Tempat Parking Kereta.
Sebelum pulang, Abang Ipar sempat mencuba aktiviti menembak di sasaran yang disediakan. Dengan bayaran 10,000 Rupiah, setiap penembak dibekalkan dengan 5 peluru senapang paintball. Malangnya tak satu pun peluru tembakan Abang Ipar mengenai sasaran.

Shooting Target di Coban Rondo
Tak satupun sasaran tembakan Abang Ipar yang mengena.
Peluru Paintball yang digunakan.
Gerai menjual makanan di Coban Rondo
Agus (Driver) dan Pak Iskandar (Tourist Guide)
Pemandangan sewaktu meninggalkan Coban Rondo
Ladang sayuran berhampiran Coban Rondo.

Part 14: Ladang Apel

Kami menuruni Gunung Panderman semula untuk ke destinasi yang seterusnya di Batu ~ Ladang Epal (dipanggil Ladang Apel dalam Bahasa Indonesia) yang terletak di sebuah kawasan yang bernama Punten.

Menuruni Gunung Panderman untuk kembali ke Kota Batu.
Pemandangan indah dari Gunung Panderman.
Paragliding di Gunung Panderman.
Kota Batu sebenarnya terletak di atas kawasan pergunungan. Jadi di kota ini ada banyak nurseri bunga-bungaan, terutama di sepanjang jalan menuju ke Punten di mana letaknya Ladang Epal yang akan kami kunjungi.

Banyak nurseri bunga-bungaan dilihat dalam perjalanan ke Ladang Epal.
Pemandangan yang cantik dan segar.
Sebenarnya ada kenderaan khusus yang disediakan untuk pelawat yang ingin berkunjung ke Ladang Epal. Namun disebabkan pada ketika itu ada kumpulan besar pelancong yang telah membooking kenderaan-kenderaan tersebut, kami dibenarkan masuk ke Ladang Epal dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Tempat membeli tiket untuk masuk ke Ladang Epal. Kenderaan untuk masuk ke Ladang Epal juga disediakan di sini.
Warung makan di tempat tiket Ladang Epal. Banyak warung makan tepi jalan di Indonesia hanya menyediakan tempat duduk begini untuk pelanggan mereka. Tidak ada kerusi dan meja makan disediakan macam warung-warung di tepi jalan di Malaysia.
Kenderaan-kenderaan awam yang disediakan untuk pengunjung masuk ke Ladang Epal.
Pengunjung yang baru balik dari Ladang Epal.
Ladang Epal yang kami kunjungi terletak di sebuah kampung. Aktiviti parawisata ke Ladang Epal ini juga diusahakan secara kolektif oleh penduduk kampung. Lokasi sebenar ladang sebenarnya agak jauh juga dari tempat membeli tiket untuk masuk ke ladang ini tadi.

 Masjid yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Ladang Epal.
Pintu masuk sebenar ke Ladang Apel.
Memang teruja melihat banyaknya pokok epal di sini. Macam melancong ke New Zealand pula rasanya. Epal di ladang ini boleh dipetik dan dimakan tanpa had di ladang sendiri. Tapi kalau nak bawa balik, kena bayar mengikut berat epal tersebut. Kami walau bagaimanapun, cuma makan epal di ladang saja. Makan sebiji pun dah kenyang, tak perlulah nak bungkus bawa balik.

Pemandangan Ladang Epal yang begitu mengujakan.
Pekerja di Ladang Epal.
Perkampungan di kawasan Ladang Epal.
Berjalan menuju ke Ladang Epal.
Plastik diberikan kepada pengunjung yang bercadang nak membawa balik epal ke rumah.
Membaja pokok epal.
Buah epalnya kecil kalau dibanding dengan epal dari Australia dan New Zealand yang selalu kita beli di Malaysia.
Tekstur epal di sini juga agak kasar tetapi rasanya tetap sedap seperti epal dari Australia dan New Zealand.
Macam pemandangan di New Zealand.
Kami tak lama berada di Ladang Epal kerana dari kejauhan dah nampak awan mendung yang menandakan hujan akan turun. Tapi sebelum meninggalkan Ladang Epal, masih sempat melihat-lihat aktiviti perladangan lain di kawasan sekitar.

Hujan lebat yang menghampiri Ladang Epal.
Menyembur racun serangga
Kebun bawang dekat pokok epal.
Hasil tanaman bawang.
Bergegas meninggalkan ladang sebab hari nak hujan.

Part 15: Warung Bethania Batu 

Pak Iskandar kemudiannya membawa kami makan tengahari di Warung Bethania Batu yang terletak di tengah-tengah Kota Batu. Dia cukup puas hati dapat membawa kami ke sini kerana mengikut kata Pak Iskandar, warung ini sangat popular dan susah nak mendapat tempat makan di sini kerana artis-artis popular Indonesia suka berkunjung ke sini.

Warung Bethania Batu
Dinding Warung Bethania Batu penuh dengan autograf artis-artis Indonesia yang pernah makan di restoran ini.
Glenn Fredly adalah antara artis popular yang pernah berkunjung ke sini. Artis-artis lain yang Myself kenali termasuklah Kris Dayanti, Agnes Monica dan Anggun C. Sasmi.
Pemandangan di dalam Warung Bethania Batu.
Lagi pemandangan di Warung Bethania.
Boleh juga duduk bersila jika makan di restoran ini.
Sambil makan, kami menonton berita tentang pencarian pesawat Air Asia yang hilang semalam. Pada ketika itu, pesawat ini masih belum ditemui.

Part 16: Istana Oleh-Oleh Brawijaya 

Destinasi seterusnya ialah membeli-belah barangan cenderamata di sebuah kedai di Batu yang bernama Istana Oleh-Oleh Brawijaya. Pelbagai cenderamata menarik dapat dilihat dan dibeli di sini.

Istana Oleh-Oleh Brawijaya
Kedai ini sangat popular di kalangan pelancong yang berkunjung ke Batu.
Di luar kedai terdapat sebuah kafe dan gerai menjual kerepek tempatan.
Pintu masuk ke Istana Oleh-Oleh Brawijaya.
Kerepek Epal (Kripik Apel) adalah antara barangan specialty di sini.
Pakaian juga dijual di sini.
Pelik betul rupa telekung kanak-kanak yang dihiasi dengan karekter kartun begini.
Kerepek Belut.
Pemandangan di Tingkat Atas, Istana Oleh-Oleh Brawijaya.
Pemandangan dari Tingkat Atas, Istana Oleh-Oleh Brawijaya.

Part 17: Pulang Ke Malang

Selepas membeli-belah, kami bercadang untuk melawat ke Batu Secret Zoo, tapi disebabkan jalan raya yang sangat sesak di sana, kami menukar fikiran dan meminta Pak Iskandar membawa kami terus saja pulang ke Malang.

Jawa Timur Park di mana letaknya Batu Secret Zoo. Namun disebabkan keadaan trafik yang sangat sesak, kami membatalkan hasrat untuk berkunjung ke sana.
Tengok sajalah Zoo ini dari jauh.
Kembali ke Malang, kami melintasi sebuah jalan yang besar dan cantik yang di kiri dan kanannya berdiri megah rumah-rumah mewah. Myself tak ingat nama jalan ini, tapi menurut Pak Iskandar, kawasan ini dulu didiami penjajah-penjajah Belanda. Setelah Belanda meninggalkan Indonesia, kawasan ini sehingga kini didiami oleh orang-orang kaya tempatan.

Rumah-rumah mewah di sebatang jalan di Malang.
Pada masa dahulu, kawasan ini didiami oleh penjajah-penjajah Belanda dengan keluarga mereka.
Sebuah gereja Kristian di Malang.
Bandar Malang
Pak Iskandar kemudiannya membawa kami ke Alun-Alun Kota Malang. Seperti yang pernah Myself ceritakan dulu, Alun-Alun adalah Dataran Kota. Alun-Alun Malang penuh dengan pelbagai aktiviti. Selain tempat beriadah, terdapat juga ramai penjual yang menjual barangan mereka di sini.

Masjid berhampiran Alun-Alun Kota Malang.
Alun-Alun Kota Malang.
Selain dari berfungsi sebagai Taman Awam, ia juga pusat membeli-belah kerana ramai peniaga kecil berniaga di sini.
Rumah Burung Merpati di Alun-Alun Kota Malang.
Bank CIMB berhampiran Alun-Alun Kota Malang.
Kami menyeberang Alun-Alun menuju ke sebuah Mall yang bernama Ramayana. Kata Pak Iskandar, tempat ini terkenal dengan pakaian yang murah harganya. Kami perhatikan kebanyakan pakaian yang dijual adalah dari jenama Indonesia. Memang ini satu kelebihan negara Indonesia. Negara ini mempunyai jumlah penduduk yang ramai, jadi jenama-jenama tempatan mempunyai pasaran yang luas. Kerana itulah pakaian jenama mereka dapat dijual dengan harga yang murah. Dari pengamatan Myself, design jenama tempatan ini juga menarik dan boleh menandingi jenama antarabangsa.

Mall Ramayana
Pakaian jenama tempatan yang dijual menarik dan harganya juga murah, lebih-lebih kerana ketika itu ada jualan Krismas.
Kami kemudiannya balik ke Hotel seketika untuk berehat. Walaupun sewaktu di Ladang Epal tadi cuaca kelihatan gelap bagai nak turun hujan, ternyata cuaca di Malang agak baik pada hari itu. Malah, pergunungan di belakang Kota Malang dapat dilihat dengan jelas dari hotel.

Ibis Styles Malang
Pergunungan indah di belakang Kota Malang yang dapat dilihat dengan jelas dari hotel.
Pemandangan ketika Maghrib menjelang.
Aktiviti Hari Keempat lawatan ke Indonesia kali ini berakhir dengan makan malam. Kami dibawa makan malam di sebuah lagi Warung Bethania Batu, cuma kali ini restoran tersebut di tengah kota Malang. 

Warung Bethania Batu, Malang
Pintu masuk ke Warung Bethania Batu, Malang
Pemandangan di dalam Warung Bethania Batu, Malang
Satu lagi pemandangan di dalam Warung Bethania Batu di Malang.
Dinner di Warung Bethania Batu, Malang
Selepas Dinner, kami kembali ke hotel. Namun kami tak terus masuk ke dalam. Sebaliknya, bersiar-siar dulu menikmati pemandangan malam di sekitar hotel.

Pemandangan ini bolehlah diibaratkan macam "Kedai Mamak Versi Indonesia".
Dah puas berjalan di luar, barulah kami masuk ke Hotel. Namun sebelum masuk ke bilik, sempat meninjau Swimming Pool yang terletak di Tingkat 2.

Kolam Renang di Ibis Styles Hotel, Malang.
Kemudahan Gymnasium di tepi Kolam Renang.


Bersambung Ke Bhg. 8 ...


CATATAN PERJALANAN JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA (2014):