Wednesday, 31 December 2014

2014 JAWA BARAT & JAWA TIMUR BHG. 09 (Surabaya - KL)

Disember 2014

JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA
Subang, Malang & Bromo

Bahagian 9: PULANG KE MALAYSIA

HARI KEENAM

Part 23: Hari Terakhir Di Surabaya

Hari terakhir kami di Surabaya yang bersamaan dengan 31 Disember 2014 adalah juga hari terakhir tahun 2014. Cuaca pagi ini mendung dan berawan.

Pemandangan dari bilik hotel kami, Hotel Ibis City Centre Surabaya.
Kami dijadualkan pulang dengan penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi ini. Seawal pukul 6.00 pagi, kami turun bersarapan kerana Pak Iskandar dan Agus akan menjemput kami pada pukul 6.30 pagi untuk dibawa ke Lapangan Terbang Internasional Juanda.

Buffet sarapan pagi di Hotel Ibis City Centre Surabaya
Kami adalah tetamu pertama yang bersarapan di sini pagi ini.
Myself memilih bersarapan dengan menu Nasi Uduk pagi ini. Nasi ini macam Nasi Lemak di Malaysia, hanya warnanya kuning kerana mungkin dicampur dengan kunyit.
Suasana awal pagi di restoran Hotel Ibis City Centre Surabaya.
Tepat pukul 6.30 pagi, kami meninggalkan Hotel Ibis City Centre Surabaya menuju ke Lapangan Terbang. Jalan raya di sekitar bandar Surabaya sudah mula sibuk dengan warganya yang keluar untuk pergi bekerja.

Jalan raya di Surabaya sudah mula sibuk ketika ini dengan warganya yang keluar bekerja.
Sesuatu yang diperhatikan di Surabaya ialah kota ini ada ramai penunggang motosikal.
Pemandangan pagi di Surabaya
Suasana di sebuah kawasan kediaman di Surabaya.
Seperti juga kota-kota besar lain di dunia, Surabaya juga membuat sambutan tahun baru 2015 lewat malam nanti. Sewaktu melalui sebuah jalan utama di kota ini, kami dapat melihat persiapan-persiapan sambutan sedang giat dilaksanakan.

Persiapan sambutan tahun baru di Surabaya
Mungkin di sinilah pusat sambutan perayaan Tahun Baru 2015 nanti.
Mungkin bunga-bungaan ini juga akan digunakan dalam perhiasan sambutan tahun baru.
Sebenarnya mengikut perancangan asal, kami akan membuat Surabaya City Tour pada pagi ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Namun demikian, disebabkan jadual penerbangan pulang kami telah diawalkan, terpaksalah kami melepaskan City Tour tersebut. Tak apalah, tak ada rezeki kami untuk berbuat begitu kali ini. Namun ini memberikan alasan kepada kami untuk datang lagi ke Surabaya. Mungkin kami akan mempertimbangkan percutian singkat ke Surabaya pada satu hari nanti sebab kami tetap menyimpan cita-cita nak melihat tugu Surabaya (Jerung dan Buaya) yang terkenal itu.

Ada banyak tugu yang menarik di Surabaya.
Pemandangan pusat membeli-belah Royal Plaza di awal pagi.
Satu lagi pemandangan pusat bandar di Surabaya.

Part 24: Bandar Udara Internasional Juanda

Perjalanan dari pusat bandar Surabaya ke Bandar Udara Internasional Juanda memakan masa kira-kira 45 minit. Penerbangan kami dari Lapangan Terbang ini adalah menerusi Terminal 2.


Pintu masuk kenderaan ke Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya.
Terminal 2, Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya.
Pintu ke kawasan Check-in di Juanda Airport.
Kaunter Check-in Air Asia di Juanda Airport.
Jika dibandingkan dengan Airport di Bandung, airport di Surabaya ini jauh lebih besar. Airport Tax di sini untuk perlepasan antarabangsa seperti ke Kuala Lumpur juga mahal ~ 200,000 Rupiah (RM65) ~ sama seperti di Bali.

Pemandangan di Juanda Airport
Ada banyak penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Juanda Airport, Surabaya
Pemandangan pintu masuk ke bangunan terminal.
Kaunter Informasi di Juanda Airport
Kawasan Drop-Off Area di depan bangunan terminal.
Pada 28 Disember 2014, sebuah pesawat Indonesia Air Asia yang sedang dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura telah terhempas di Laut Jawa. Sehubungan itu, Kerajaan Indonesia telah menubuhkan pusat krisis di Lapangan Terbang Juanda bagi menangani peristiwa tersebut. Peristiwa ini mendapat liputan yang luas di media-media Indonesia, sama seperti peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada awal tahun dahulu. 

Sehingga 31 Disember 2014 yang merupakan tarikh kami berlepas pulang ke Malaysia, 3 mayat dan beberapa serpihan pesawat telahpun ditemui di Selat Karimata yang memisahkan Pulau Sumatera dengan Kalimantan. Semua perkembangan terkini peristiwa tersebut diumumkan melalui pusat krisis yang dipanggil Posko Pelayanan Air Asia QZ8501 di Lapangan Terbang Juanda. Jadi sewaktu kami di sana, kami dapat melihat pusat krisis ini.

Laporan mengenai pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 yang dipaparkan di sebuah akhbar utama di Indonesia.
Pusat krisis tragedi Indonesia Air Asia QZ8501 dilihat dari Drop Off Area di Terminal 2, Lapangan Terbang Juanda.
Ketika itu masih awal pagi. Tak ramai petugas yang kelihatan berada di sana.
Khemah di luar bangunan ini hanya untuk kegunaan media dan pegawai-pegawai yang bertugas. Keluarga penumpang mempunyai tempat khas yang disediakan di dalam bangunan Terminal yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa.
Khidmat kaunseling turut disediakan kepada keluarga penumpang.
Berdasarkan kepada bilangan tripod di sini, kami menjangka di sinilah sidang media diadakan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Wartawan media sedang membuat interview di Lapangan Terbang Juanda.
Selepas puas meninjau suasana di luar, kami masuk ke Pintu Perlepasan. Pintu Perlepasan Antarabangsa di Lapangan Terbang ini terletak di tingkat atas.

Boarding Pass untuk kembali ke Kuala Lumpur
Pintu Perlepasan Antarabangsa terletak di tingkat atas di hujung sana.
Kaunter Pemeriksaan Imigresen
Passport kami dicap masuk di Lapangan Terbang Husein Sastranegara di Bandung dan dicap keluar di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya.
Seperti juga airport-airport lain di dunia, Airport Juanda ini juga "memaksa" pengunjung melalui Kedai Bebas Cukai untuk pergi ke Pintu Perlepasan.

Pengunjung "dipaksa" melalui Kedai Bebas Cukai ini untuk pergi ke Pintu Perlepasan.
Kami cukup tertarik dengan model Karapan Sapi di kawasan kedai bebas cukai ini. Karapan Sapi adalah perlumbaan kerbau tradisional yang berasal dari Pulau Madura. Pulau Madura ni terletak tidak jauh dari Surabaya.

Karapan Sapi - lumba kerbau tradisional yang berasal dari Pulau Madura.
Pemandangan dari sisi Karapan Sapi.
Sambil menunggu pesawat, kami sempat juga meninjau kedai-kedai yang menjual cenderamata di Lapangan Terbang ini. Antara yang paling menarik bagi kami ialah sebuah kedai yang menjual pelbagai makanan tradisional Jawa.

Kedai ini menjual pelbagai barangan cenderamata dan makanan tradisional.
Coklat yang mempunyai nama yang menarik ini sebenarnya adalah dodol yang disalut dengan coklat.

Part 25: Pulang Ke Kuala Lumpur 

Pesawat Air Asia kami mengalami kelewatan 45 minit dari jadual asal. Sewaktu menunggu pesawat, kami dapat melihat pelbagai aktiviti pusat krisis kehilangan Indonesia Air Asia QZ8501 dari tingkap kaca di pintu perlepasan.

Kawasan menunggu penumpang di Pintu Perlepasan.
Meninjau aktiviti yang berlaku di Pusat Krisis Indonesia Air Asia QZ8501 di bawah sana.
Pemandangan Pusat Krisis Indonesia Air Asia QZ8501 diperhatikan dari kawasan Pintu Perlepasan yang terletak di tingkat atas bangunan terminal.
Kenderaan media yang membuat liputan kehilangan pesawat Indonesia Air Asia QZ8501.
Kalungan bunga ucapan takziah yang diletakkan di luar Pusat Krisis Indonesia Air Asia.
Akhirnya, selepas 6 hari berada di Indonesia kali ini, tibalah masanya untuk kami berlepas pulang.

Pesawat Air Asia kami tiba di Surabaya dari Kuala Lumpur, lewat 30 minit dari jadual asal. Pesawat ini dioperasi oleh Air Asia Malaysia.
Bagasi penumpang sedang dimasukkan ke dalam pesawat.
Panggilan masuk ke dalam pesawat.
Pesawat Singapore Airlines yang sedang bersedia untuk berlepas dari Surabaya di sebelah pesawat kami.
Peramugara sedang membuat Safety Demonstration sebagai persediaan untuk berlepas.
Tidak seperti pesawat Air Asia yang membawa kami ke Bandung dulu, penerbangan ke Kuala Lumpur ini adalah Full Flight.
Menuju ke Runway untuk perlepasan.
Selamat tinggal, Lapangan Terbang Juanda!
Selamat Tinggal, Pulau Jawa!
Penerbangan dari Surabaya ke Kuala Lumpur memakan masa 2 jam 40 minit (macam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan di Sabah). Cuaca sangat berawan sepanjang penerbangan tersebut.

Menyusuri Pulau Jawa untuk terbang ke Kuala Lumpur.
Peramugara Air Asia sedang membuat sajian penerbangan.
Sajian penerbangan pilihan Husband.
Spaghetti Chicken Bolognaise ini sangat sedap.
Sajian penerbangan pilihan Myself.
Myself tak larat nak menghabiskan Asian Fried Rice ini kerana rasanya sangat masin bagi Myself.
Cuaca yang sangat berawan di sepanjang penerbangan.
Syukur Alhamdulillah, dah selamat tiba di Malaysia.
Sedang membuat penerbangan turun untuk mendarat di KLIA2.
Selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 1.30 tengahari, lewat 30 minit dari jadual.
Melintasi sebuah pesawat Air Asia lain yang sedang bersedia untuk berlepas.
Pesawat Air Asia yang sangat patriotik di KLIA2.
Jambatan yang perlu dilintasi nanti di terminal KLIA2 selepas keluar dari pesawat.
Bersedia untuk keluar dari pesawat.



CATATAN PERJALANAN LAIN (JAWA, INDONESIA):