Tuesday, 15 April 2014

2014 TOKYO & OSAKA BHG. 11 (Universal Studios 2)

Mac 2014

JAPAN (5th Visit)
Tokyo, Mount Fuji, Kyoto & Osaka


Bahagian 11 : Osaka (3)
UNIVERSAL STUDIOS JAPAN (2)

HARI KEENAM (2)

Entry Bhg. 11 ini masih menyambung kisah kami melawat ke Universal Studios Japan di Osaka..

JURASSIC PARK

Selepas San Francisco, kami melawat pula ke seksyen Jurassic Park. Kami tak naik apa-apa ride pun di sini. Cuma bersiar-siar sahaja.

Gerai Dino Dog di Jurassic Park
Ride ini adalah antara yang paling popular di Universal Studios Japan.
Jurassic Park The Ride ini adalah Wet Ride. Tak sesuai untuk orang yang tak suka kebasahan seperti kami.
Kononnya Jurassic Park ini penuh dengan dinosaur. Tapi seekor dinosaur pun kami tak jumpa di sini.
Kalau jumpa dinosaur, jangan pandai-pandai nak sentuh!
Restoran di Jurassic Park
Kesan ekor dinosaur di laluan pejalan kaki di Jurassic Park.

AMITY VILLAGE 

Ride terakhir yang kami naiki di Universal Studios Japan adalah Jaws di Amity Village.

Pemandangan di Amity Village
Di depan bangunan yang menempatkan ride ini, tergantung seekor jerung besar yang ditangkap oleh penduduk di Amity Village. Badan jerung ini masih lagi "berdarah".

Jerung yang ditangkap oleh penduduk Amity Village
Pengunjung-pengunjung ke Amity Village sedang berbaris untuk bergambar dengan jerung.
Walaupun harga yang dibayar mahal, kami rasa sangat berbaloi kami membeli Express Pass di Universal Studios ini. Dalam masa yang diberi, kami dapat menaiki 4 ride yang menarik di USJ ini. Mujur juga masa kami membeli Express Pass ini yang tinggal cuma Pass untuk 4 ride. Kalau kami beli Pass untuk 7 ride, kami rasa tak dapat habiskan kesemua 7 ride tersebut dalam tempoh yang diberi untuk melawat USJ ini.

Pintu masuk ke Jaws The Ride.
Walaupun menggunakan Express Pass, kami masih terpaksa beratur kira-kira 20 minit untuk naik Jaws The Ride ini. Barisan yang ramai di seberang sana adalah pengunjung-pengunjung yang tidak memakai Express Pass.
Dalam ride ini, kita dibawa menaiki bot mengelilingi pelabuhan Amity Village. Sepanjang perjalanan, bot kita akan "diserang" jerung dari kiri dan kanan.

Bot yang membawa kami mengelilingi pelabuhan Amity Village.
Skipper bot ini berceloteh dari mula sehingga akhir ride. Kami tak faham langsung apa yang diceritakannya sebab dia menggunakan Bahasa Jepun. Yang kami faham cuma "Sori.. No Kamera.."
Pengunjung tak dibenarkan mengambil gambar dalam ride ini. Kami juga sukar nak curi ambil gambar sebab dapat tempat duduk yang agak berdekatan dengan skipper bot ini. Jadi untuk mengabadikan kenangan, Myself terpaksalah cari gambar dari internet saja..

Antara jerung yang "menyerang" kami dalam ride ini.

UNIVERSAL WONDERLAND 

Selepas naik Jaws, kami kembali ke seksyen Hollywood. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Universal Wonderland yang memang "heaven" untuk kanak-kanak.

Universal Wonderland yang sangat meriah dengan kanak-kanak.
Memang seronok kanak-kanak bila melihat karekter-kerekter pujaan mereka di sini.
Snoopy Terbang di Universal Wonderland
Cawan Cupcake di Universal Wonderland
Kereta-kereta comel untuk dipandu oleh kanak-kanak
Snoopy sedang melayan para peminatnya.

MINUM PETANG DI HOLLYWOOD 

Setibanya kami kembali ke Hollywood, masa ada sejam lagi masa yang terluang. Jadi kami menghabiskan masa dengan minum petang di Beverly Hills Boulangerie. Pastri di sini memang sedap.


Minum petang di Beverly Hills Boulangerie
Cantik dan sedap (tapi harganya sangat mahal..)

Part 30: Universal Citywalk

Selepas keluar dari Universal Studios kami dibawa ke sebuah restoran India bernama Pina Khana untuk makan malam. Restoran ini terletak di Universal Citywalk yang merupakan sebuah pusat membeli-belah bersebelahan Universal Studios.

Universal Citywalk
Restoran Pina Khana di Universal Citywalk
Pemandangan di dalam restoran Pina Khana
Hidangan makan malam kami
Selepas makan, kami diberi sedikit masa untuk meninjau dan membeli-belah di kedai-kedai yang terdapat di Universal Citywalk. Myself perhatikan hampir semua kedai di sini agak "American". Cuma pekerja dan pengunjungnya sahaja yang majoriti adalah orang Jepun.

Kedai-kedai di Universal Citywalk sangat "American"
Restoran Bubba Gump Shrimp Co. di Universal Citywalk
Beraksi seperti Forrest Gump di depan Bubba Gump Shrimp Co.
Hard Rock Cafe Osaka juga terdapat di sini.
Bergambar di depan Hard Rock Cafe Osaka

Part 31: Bertolak ke Wakayama 

Pada malam itu juga, kami dibawa ke Wakayama yang merupakan persinggahan kami yang terakhir di Jepun. Perjalanan ke sana dari Universal Studios Japan mengambil masa kira-kira 2 jam.


Perjalanan ke Wakayama
Persinggahan rehat dalam perjalanan ke Wakayama
Bandar Wakayama terkenal dengan istananya yang dikatakan antara yang tercantik di Jepun. Hotel penginapan kami juga, Daiwa Roynet Hotel terletak berdekatan dengan istana ini.

Menunggu check-in di lobi Daiwa Roynet Hotel
Ramai di antara ahli rombongan kami yang mengambil kesempatan berkunjung ke Istana Wakayama pada malam itu selepas check-in ke hotel. Namun begitu, kami tidak berbuat demikian kerana cuaca sangat sejuk di luar pada malam itu dan Husband telah mula diserang batuk. 

Namun begitu, kami sangat bertuah kerana mendapat bilik yang menghadap ke Istana Wakayama. Seperti yang diceritakan kepada kami dalam perjalanan ke sini tadi, memang istana ini cantik sekali...

Pemandangan Istana Wakayama pada waktu malam dari bilik kami di Daiwa Roynet Hotel.
Pemandangan bandar Wakayama di waktu malam dari bilik hotel kami.


Bersambung ke Bhg.12 ...


CATATAN PERJALANAN TOKYO & OSAKA (2014):