Mac 2014
JAPAN (5th Visit)
Tokyo, Mount Fuji, Kyoto & Osaka
Bahagian 3 : Tokyo (2)
TOKYO DISNEYSEA (1)
HARI KETIGA (1)
Part 7 : Tokyo Dome Hotel
Hotel penginapan kami pada malam pertama di Jepun adalah Tokyo Dome Hotel. Ia terletak di sebelah Tokyo Dome yang merupakan sebuah stadium baseball terkenal di Jepun.
|
Pintu masuk ke Tokyo Dome Hotel |
|
Pemandangan bangunan Tokyo Dome Hotel dari pintu masuk utama |
|
Tempat parking kereta Hotel Tokyo Dome |
Oleh kerana bilik penginapan kami terletak di tingkat 33 dan cuaca pada hari ketiga perjalanan kami sangat baik, kami dapat memerhatikan pemandangan indah bandaraya Tokyo dari bilik kami.
|
Pemandangan bandaraya Tokyo dari bilik penginapan kami |
Sarapan pagi disediakan di Restoran Rilassa di Hotel Tokyo Dome seawal jam 6.30 pagi. Berdasarkan pengalaman lalu, Myself mengajak Husband turun makan awal untuk mengelak dari terpaksa berbaris panjang.
|
Lobi lif di Tokyo Dome Hotel. Lif hotel yang dilekatkan di luar bangunan dipasang dengan dinding kaca untuk membolehkan pemandangan bandaraya Tokyo dinikmati oleh pengunjung sewaktu menggunakan lif. |
|
Restoran Rilassa di Tokyo Dome Hotel |
Sarapan pagi disediakan secara buffet. Wan sentiasa membantu ahli rombongan mengenalpasti makanan-makanan (khususnya makanan Jepun) yang halal untuk dimakan di restoran ini dan juga di hotel-hotel lain di mana kami menginap.
|
Pemandangan sewaktu sarapan pagi di dalam Restoran Rilassa |
Sewaktu kami meninggalkan restoran, kami dapat melihat pengunjung berbaris panjang untuk masuk ke restoran. Husband yang pada mulanya teragak-agak bila Myself mengajak dia turun awal untuk bersarapan, terus bersetuju untuk turun bersarapan awal pada hari-hari berikutnya bila melihat betapa panjangnya barisan tersebut...
|
Barisan pengunjung yang menunggu giliran untuk masuk ke dalam restoran untuk bersarapan. |
Program pada pagi ini adalah berkunjung ke Tokyo Disneyland. Sambil menunggu masa untuk berlepas ke sana, kami bersiar-siar di sekitar hotel.
|
Pemandangan stadium Tokyo Dome dari dalam hotel |
|
Taman Tema Tokyo Dome yang juga terletak betul-betul di sebelah hotel |
|
Walaupun taman tema ini kecil, ia turut mempunyai sebuah roller coaster di dalamnya. |
|
Pemandangan bangunan hotel dari taman tema |
Part 8: Tokyo Disneyland
Bandaraya
Tokyo sebenarnya mempunyai 2 buah taman tema Disney: Tokyo Disneyland
dan Tokyo Disneysea. Kedua-dua taman ini dibina di kawasan yang sama dan
bersebelahan antara satu sama lain. Pakej percutian yang kami ikuti
hanya meliputi kunjungan ke Tokyo Disneyland.
|
Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea terletak bersebelahan antara satu sama lain. |
Sejak awal lagi, Myself sangat bercita-cita untuk berkunjung ke Disneysea. Ini adalah kerana Disneysea hanya terdapat di Tokyo dan tiada di taman-taman tema Disney yang lain di Hong Kong, France maupun di USA sendiri. Kami pernah berkunjung ke Tokyo Disneyland pada tahun 2009 dan baru saja 3 bulan yang lalu, kami juga telah berkunjung ke Hong Kong Disneyland.
Bila Myself mencadangkan kepada Husband supaya kami berkunjung ke Disneysea sewaktu ahli rombongan lain berkunjung ke Disneyland, dia tak begitu setuju. Ini adalah kerana harga pakej kami turut termasuk harga tiket ke Disneyland dan untuk berkunjung ke Disneysea, kami terpaksa mengorbankan tiket Disneyland kami dan membeli tiket sendiri untuk masuk ke Disneysea yang pastinya juga mahal harganya.
Namun begitu, rupa-rupanya takdir menentukan Myself dapat juga berkunjung ke Disneysea. Sewaktu bas membelok masuk ke perkarangan Disneyland, Husband tiba-tiba menukar fikiran dan bersetuju untuk berkunjung ke Disneysea.
Perjalanan dari Hotel Tokyo Dome ke Tokyo Disneyland memakan masa 1 jam 30 minit. Dalam bas, Wan telah memaklumkan kepada semua ahli rombongan supaya bersedia dengan kesesakan di dalam taman tema Disney memandangkan kami berkunjung ke sana dalam musim cuti sekolah di Jepun.
|
Perjalanan dari Hotel Tokyo Dome ke Tokyo Disneyland memakan masa satu setengah jam. |
|
Walaupun pada ketika itu baru pukul 9.30 pagi, parking di Disneyland telah mula penuh dengan kenderaan pengunjung. |
|
Disneyland di mana-mana juga sangat terkenal dengan customer service yang sangat bagus. Petugas di tempat parking ini sangat cekap mengarahkan kenderaan untuk ke petak parking masing-masing dan sentiasa tersenyum mesra. |
|
Seperti jangkaan Wan, memang ramai pengunjung ke Disneyland hari ini. |
|
Rombongan kami agak bertuah kerana bas dapat parking di petak yang paling hampir dengan pintu masuk ke Disneyland. |
|
Hotel
Disneyland yang cantik ini terletak betul-betul berhadapan dengan pintu
masuk ke Tokyo Disneyland. Kami diberitahu, walaupun kadar sewanya
mahal, bilik hotelnya sentiasa penuh. Untuk tinggal di sini, tempahan
perlu dibuat setahun lebih awal. |
DISNEY RESORT LINE
Selepas Wan
menguruskan ahli-ahli rombongan lain masuk ke dalam Disneyland, dia
menunjukkan kepada kami cara untuk pergi ke Tokyo Disneysea. Untuk ke
sana kami perlu menggunakan perkhidmatan keretapi Disney Resort Line
dari Stesen Tokyo Disneyland.
|
Pintu masuk ke Tokyo Disneyland. Kami tak masuk ke dalam Disneyland dalam kunjungan kali ini. |
|
Stesen Disneyland |
Untuk berkunjung ke Tokyo Disneysea dari Disneyland, kami terpaksa membeli tiket keretapi pergi-balik Disney Resort Line yang berharga 625 Yen (RM 20) seorang. Tiket boleh dibeli dari mesin yang diletakkan di luar platform.
|
Menayang tiket pergi-balik Disney Resort Line yang dibeli dari mesin di belakang tu. |
|
Pemandangan di dalam Stesen Tokyo Disneyland |
Keretapi Disney Resort Line bergerak sehala dalam satu pusingan lengkap. Ia mempunyai 4 buah stesen: Tokyo Disneyland, Bayside Station, Tokyo Disneysea dan Resort Gateway Station.
|
Disney Resort Line. Tingkap keretapi ini berbentuk kepala Mickey Mouse. |
|
Pemandangan di dalam gerabak keretapi Disney Resort Line |
|
Tempat pemegang dalam keretapi ini juga berbentuk seperti kepala Mickey. |
Perjalanan dari Stesen Tokyo Disneyland ke Stesen Tokyo Disneysea memakan masa kira-kira 10 minit. Sebaik keluar dari Stesen Tokyo Disneysea, kita akan bertemu dengan kaunter tiket Tokyo Disneysea.
|
Tiba di Stesen Tokyo Disneysea |
|
Kaunter tiket masuk ke Tokyo Disneysea |
Oleh kerana tema Tokyo Disneysea adalah lautan, kaunter tiketnya juga dibina menyerupai kapal selam. Harga tiket masuk ke Disneysea adalah 6,200 Yen (RM 188) seorang. Ia lebih mahal dari tiket masuk ke Disneyland yang berjumlah 5,600 Yen (RM 170) seorang. Harga tiket ini walau bagaimanapun berubah-ubah mengikut musim.
|
Kaunter Tiket Masuk ke Disneysea yang menyerupai kapal selam. |
|
Membeli tiket masuk ke Disneysea. |
|
Tiket masuk ke Tokyo Disneysea. Kami turut diberikan peta panduan dalam Bahasa Inggeris. |
Part
9: Tokyo Disneysea
Selepas pemeriksaan di pintu masuk, pengunjung ke
Disneysea akan bertemu dengan sebuah globe besar yang sentiasa berpusing
dan digenangi dengan air yang mengalir turun ke bawah. Globe ini
merupakan simbol kepada Tokyo Disneysea.
|
Globe
yang menjadi simbol kepada Tokyo Disneysea. Terletak di Disneysea
Plaza, ia sentiasa berputar dengan perlahan dan digenangi air yang
mengalir ke bawah. |
|
Disney Spirit di Tokyo Disneysea. Cekak Minnie Mouse ini dibeli sewaktu berkunjung ke Hong Kong Disneyland pada bulan Disember tahun lalu. |
|
"Bangunan
usang" berciri Itali ini adalah Hotel MiraCosta yang terletak di pintu
masuk sebenar ke Disneysea. Ia merupakan satu-satunya hotel yang
terletak di dalam perkarangan Disneysea ini. |
MEDITERRANEAN HARBOR
Seperti juga Disneyland, Disneysea juga terbahagi kepada beberapa seksyen yang kesemuanya bertemakan laut. Seksyen pertama yang kita temui adalah Mediterranean Harbour yang dibina menyerupai sebuah bandar pelabuhan di negara Itali.
|
Tokyo Disneysea terbahagi kepada 7 seksyen: Mediterranean Harbor, Mysterious Island, Arabian Coast, Mermaid Lagoon, Lost River Delta, Port Discovery dan American Waterfront. Pintu masuk utamanya yang menyerupai peranan Main Street di Disneyland adalah Mediterranean Harbor. |
Dari Disneysea Plaza, kita hanya dapat melihat Hotel MiraCosta yang dibina bagaikan sebuah bandar pelabuhan tua di Itali. Untuk masuk ke Mediterranean Harbor yang sebenar, kita perlu melalui terowong di bawah hotel ini yang juga mempunyai sebuah kedai cenderamata di dalamnya.
|
Bahagian belakang Hotel MiraCosta yang menghadap ke Disneysea Plaza |
|
Terowong di bawah Hotel MiraCosta yang perlu dilalui untuk masuk ke Mediterranean Harbor. |
|
Kedai cenderamata di dalam terowong di bawah Hotel Mira Costa |
|
Pemandangan di dalam kedai cenderamata di dalam terowong di bawah Hotel MiraCosta |
Sebaik melepasi terowong, pemandangan Mount Prometheus tersergam indah. Mount Prometheus adalah sebuah gunung berapi buatan manusia yang sentiasa berasap di puncaknya.
|
Mount Prometheus yang sentiasa berasap di kemuncaknya, dibina menghadap ke sebuah lagoon yang indah. |
|
Tidak seperti facade yang menghadap ke Disneysea Plaza yang dibina bagaikan bangunan kedai lama, facade Hotel MiraCosta yang menghadap ke Mount Prometheus dibina bagaikan istana Itali yang mewah. |
|
Pemandangan kedai-kedai dan restoran yang menghadap ke lagoon di hadapan Mount Prometheus |
|
Pemandangan pelabuhan Itali di depan Mount Prometheus. Kota di hadapan Mount Prometheus ini dibina bertentangan dengan Hotel MiraCosta di seberang lagoon sebelah sini. Ia mengandungi beberapa restoran dan tarikan di dalamnya, tapi kami tak sempat masuk ke sana. |
|
Suasana Mediterranean Harbor ini bagaikan sebuah bandar kecil di Itali yang penuh dengan pelancong Jepun. |
|
Senibina di Mediterranean Harbour ini amat mengkagumkan. Walaupun ia hanya facade sahaja, nampak macam bangunan betul. |
|
Adakah bandar sebenar di Itali yang menjadi ilham Mediterranean Harbor sebersih ini? |
|
Bandar
Mediterranean Harbor juga mempunyai tangga-tangga kecil begini yang
menimbulkan suasana seolah-olah bandar ini terletak di kawasan bukit di
tepi laut. |
|
Husband tak puas-puas nak menangkap gambar di Mediterranean Harbor. Cukuplah tu, banyak lagi tempat kita nak explore kat Disneysea ni!! |
|
Cantiknya pemandangan di sini. |
|
Restoran Zambini Brothers yang menghidangkan makanan Itali di Mediterranean Harbor. |
|
Replika runtuhan purba Roman juga turut dibina di Mediterranean Harbor. |
Seperti yang Myself ceritakan di awal tadi, customer service Disney di mana-mana memang tip-top. Tourist Guide kami, Wan pernah bekerja secara part-time di Disneysea satu masa dahulu. Jadi, sewaktu dalam perjalanan bas ke Disneyland tadi, dia bercerita tentang pengalaman beliau menjadi petugas Disney.
Menurut Wan, bukan mudah nak menjadi petugas Disney, walaupun bagi pekerja part-time seperti beliau dahulu. Sebelum diterima bekerja, semua calon akan diuji mengenai pengetahuan mereka tentang Disneyland dan karekter-karekter Disney.
Selepas berjaya, semua petugas Disney dilatih mengenai customer service. Latihan ini turut meliputi semua peringkat pekerjaan. Antara lain, petugas-petugas Disney diajar untuk mengambil gambar. Kerana itulah, semua pekerja Disney termasuk tukang angkat sampah tidak keberatan jika diminta untuk mengambil gambar pengunjung.
Wan memang benar kerana sewaktu di Disneysea, semua petugas Disney sangat membantu. Bila mereka melihat kami terkial-kial mencari angle menarik untuk mengambil gambar, mereka sedia membantu menunjukkan angle yang menarik. Mereka juga sering menawarkan diri untuk membantu kami mengambil gambar.
Tak keterlaluan jika Myself katakan, customer service petugas Disney di Jepun lebih bagus dari petugas Disney di Hong Kong. Cuma satu saja problem yang kami hadapi ~ tidak seperti petugas Disney di Hong Kong yang mahir berbahasa Inggeris, petugas Disney di Jepun tak pandai bercakap Inggeris. Namun begitu, mereka tetap bersungguh-sungguh nak membantu. Myself rasa mereka ni tak pandai bercakap Inggeris kerana 95% pengunjung ke Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea adalah orang Jepun sendiri.
Namun begitu, anda membuat kesilapan jika menganggap Disneyland dan Disneysea di Tokyo tidak sesibuk Hong Kong Disneyland kerana kurang pengunjung asing. Barisan untuk masuk ke attractions di sini berganda-ganda lebih panjang dari barisan di Hong Kong Disneyland, walaupun hampir semuanya terdiri dari pengunjung Jepun sendiri.
|
Bergambar di depan Mount Prometheus |
|
Gambar ini diambil sewaktu kami membeli air mineral dari "warung" ini di Disneysea. Susah sekali nak menerangkan kepada petugas ini untuk memberikan kami air mineral yang tidak disejukkan. Tapi masalah dapat juga diatasi sebab Husband cukup pandai bercakap dalam bahasa "ayam-itik" di Jepun ni. |
Bersambung ke Bhg.4 ...
CATATAN PERJALANAN TOKYO & OSAKA (2014):