Mac 2014
JAPAN (5th Visit)
Tokyo, Mount Fuji, Kyoto & Osaka
Bahagian 9 : Osaka (1)
SHINSAIBASHI
HARI KELIMA (2)
Part 24: Osaka
Osaka adalah bandaraya yang kedua terbesar di negara Jepun. Ia terletak 500 km ke selatan Tokyo dan hanya kira-kira sejam perjalanan dari Kyoto.
|
Pemandangan bandaraya Osaka. Seperti juga di Tokyo, jalanraya di Osaka dibina berlapis-lapis. |
|
Pemandangan Pelabuhan Osaka |
Part 25: Shinsaibashi
Setibanya di Osaka, rombongan kami terus dibawa ke Shinsaibashi, sebuah kawasan membeli-belah yang terkenal di Osaka.
Terdapat sebatang sungai yang merentasi Shinsaibashi. Kami diberitahu sekiranya pasukan baseball tempatan Osaka memenangi sebarang pertandingan, ramailah penyokong mereka yang akan terjun ke dalam sungai ini untuk meraikannya. Sukan baseball mempunyai ramai pengikut di Jepun sepertimana permainan bolasepak sangat digemari di Malaysia.
|
Sungai yang merentasi daerah Shinsaibashi di Osaka. Ramai yang akan terjun ke dalam sungai ini bagi meraikan kemenangan pasukan baseball tempatan dalam mana-mana pertandingan. |
Bas kami berhenti di atas sebuah jambatan di Shinsaibashi. Tidak jauh dari perhentian bas kami, terdapat sebuah Host Club. Pada mulanya kami tertanya-tanya apa dia Host Club ni. Rupa-rupanya ia adalah sebuah bar di mana wanita-wanita yang kesunyian boleh mengupah pelayan-pelayan lelaki muda untuk menemani mereka sepanjang malam. Selain Host Club, ada juga Hostess Club di mana lelaki-lelaki yang kesunyian boleh mengupah pelayan-pelayan wanita muda untuk menemani mereka.
|
Host Club berhampiran tempat di mana bas menurunkan kami. |
Shinsaibashi sebenarnya terdiri dari beberapa batang jalan yang semuanya dijadikan pedestrian street. Kami dibawa ke Doutonbori Street di mana terdapat sebuah restoran ketam di permulaan jalan ini yang menjadi petunjuk tempat untuk berkumpul semula selepas membeli-belah dan bersiar-siar di sini.
|
Restoran ketam di permulaan Doutonbori Street di Shinsaibashi, tempat yang ditetapkan untuk kumpulan kami berkumpul semula selepas membeli-belah dan bersiar-siar. |
Terdapat pelbagai jenis kedai di Shinsaibashi dari yang menjual pakaian berjenama yang mahal sehinggalah yang menjual cenderamata-cenderamata kecil yang murah (mengikut standard harga Jepun). Di sini juga terdapat pelbagai jenis restoran.
|
Bergambar kenangan di Shinsaibashi |
|
Kedai pachinko (mesin-mesin perjudian kecil) di Shinsaibashi. |
|
Pintu masuk ke pachinko. |
|
Restoran menjual Fugu (ikan buntal) di Shinsaibashi. Ikan buntal adalah sejenis makanan mewah di Jepun. Disebabkan ikan buntal mempunyai racun, semua tukang masak Fugu perlu mempunyai lesen untuk memastikan mereka mahir membuang racun dari ikan tersebut sebelum dimasak. |
|
Kobe Beef juga merupakan hidangan mewah di Jepun. Daging lembu Kobe dikatakan sangat lembut dan empuk kerana lembu-lembu ini diberi minum sake (arak beras) setiap hari. Hidangan Kobe Beef di restoran ini dijual pada harga 4,580-5,680 Yen (RM 139 - RM 172) setiap set. |
|
Sebuah restoran makanan tradisional Jepun. Restoran ini mungkin sangat popular kerana sangat ramai orang yang beratur untuk masuk ke dalamnya. |
Semakin malam menjelang, Shinsaibashi semakin sesak dengan pengunjung. Keadaan ini mengingatkan kami kepada Shinjuku di Tokyo dalam kunjungan kami ke Jepun yang lalu.
|
Semakin malam menjelang, Shinsaibashi semakin sesak dengan manusia. |
Di Shinsaibashi juga, kami dapat melihat pelbagai jenis manusia yang menggambarkan pelbagai lapisan masyarakat Jepun. Antara yang menarik perhatian kami adalah dua orang remaja Jepun yang memakai kostum Cosplay.
|
Pelbagai gaya dan lapisan masyarakat Jepun dapat dilihat sewaktu berkunjung ke Shinsaibashi. |
|
Remaja yang memakai kostum Cosplay ini sangat menarik perhatian ramai pengunjung ke Shinsaibashi. |
|
Wajah dekat remaja Cosplay. |
Disebabkan cuaca sangat sejuk pada malam itu, kami membuat keputusan untuk masuk ke restoran Mcdonald's berhampiran.
|
Restoran Mcdonald's di Shinsaibashi |
|
Burger di Mcdonald's ini tidak halal, jadi kami cuma minum teh dan makan French Fries sahaja. |
|
Tidak seperti Mcdonald's di Malaysia, semua pengunjung perlu mengemaskan sendiri meja masing-masing selepas makan dan membuang sampah dan sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan. |
Bila malam menjelang juga, suasana malam di Shinsaibashi semakin indah dan meriah dengan iklan-iklan neon yang dipasang di dinding bangunan. Berbanding di Malaysia, iklan-iklan neon ini sangat vibrant dan menarik perhatian kerana teknologi tinggi yang digunakan.
|
Iklan -iklan neon di Shinsaibashi |
|
Lampu-lampu iklan di Shinsaibashi sangat terang dan jelas. |
|
Restoran Starbucks di Shinsaibashi. |
Satu-satunya kenderaan yang dibenarkan di Shinsaibashi adalah basikal. Basikal-basikal mempunyai tempat parking yang khusus di sini.
|
Tempat parking basikal di tengah-tengah jalan di Shinsaibashi. |
|
Tempat parking basikal di tepi jalan. |
Kami tak membeli apa-apa pun di Shinsaibashi kerana tak menemui sebarang benda yang menarik pada pandangan kami di sini. Sebaliknya kami hanya berjalan-jalan melihat gelagat manusia dan suasana sekeliling sahaja di sini sehinggalah tiba masa untuk pergi makan malam.
|
Pemandangan sungai di Shinsaibashi pada waktu malam. |
Part 26: Makan Malam Di Shinsaibashi
Kami dibawa makan malam di sebuah restoran Jepun di Shinsaibashi. Dari tempat berkumpul di Doutonbori Street, kami berjalan kaki ke restoran.
|
Berjalan kaki ke restoran |
|
Kedai menjual basikal dalam perjalanan ke restoran. |
Sewaktu kami tiba di restoran, ia telah penuh dengan satu rombongan pelancong dari Singapura. Kami terpaksa menunggu sebentar sehingga kumpulan pelancong Singapura ini selesai makan malam.
|
Restoran makan malam di Shinsaibashi |
Hidangan makan malam kami pada hari itu adalah nasi goreng dengan stimbot makanan laut.
|
Hidangan makan malam kami - nasi goreng dengan stimbot makanan laut. |
|
Stimbot makanan laut |
Part 27: The Westin Osaka Hotel
Hotel penginapan kami di Osaka ialah The Westin Osaka. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya, bersebelahan dengan bangunan Umeda Sky Building yang sangat terkenal di Osaka.
|
Pemandangan Hotel Westin Osaka (kanan) yang bersambung dengan Umeda Sky Building (kiri). |
|
Bilik penginapan kami di Hotel Westin Osaka |
|
Pemandangan bandaraya Osaka di waktu malam dari bilik hotel kami. |
|
Pemandangan bandaraya Osaka di waktu siang dari bilik penginapan kami. |
|
Lobi Hotel Westin Osaka |
Sarapan pagi di Hotel Westin Osaka disediakan di Restoran Amadeus.
|
Beratur untuk masuk ke Restoran Amadeus |
|
Pemandangan di dalam Restoran Amadeus |
Sebahagian besar dinding Restoran Amadeus dibina dari kaca. Ia juga dibina menghadap taman hotel yang indah.
|
Restoran Amadeus dibina menghadap ke taman hotel yang indah. |
|
Pintu keluar ke taman hotel dari Restoran Amadeus |
|
Landskap yang cantik di taman Hotel Westin Osaka |
|
Tenang dan mendamaikan di tengah-tengah kesibukan bandaraya Osaka. |
|
Seperti juga kebanyakan Japanese Garden lain yang kami temui, taman di Hotel Westin Osaka tidak besar, tapi sangat cantik. |
|
Air terjun buatan di taman Westin Osaka |
|
Pemandangan Umeda Sky Building dari taman hotel. |
|
Pemandangan bangunan hotel dari taman Westin Osaka. |
Part 28: Bunga Sakura Di Osaka
Tidak seperti di Tokyo, kami menemui banyak bunga sakura sewaktu di Osaka. Bunga sakura ialah bunga kebangsaan Jepun dan ia sangat istimewa kepada orang Jepun.
|
Bergambar di bawah pohon sakura di Osaka |
Di Jepun, bunga sakura adalah bunga yang pertama akan berkembang selepas musim dingin tamat. Oleh itu, jika orang Jepun melihat bunga sakura muncul, mereka tahu bahawa musim dingin benar-benar telah berakhir.
|
Pokok sakura yang berlatarbelakangkan Umeda Sky Building dan Hotel Westin Osaka. |
Hayat bunga sakura juga tidak panjang, hanya kira-kira seminggu dari ia mula berkembang sehinggalah ia layu dan jatuh ke bumi. Selepas sakura layu dan jatuh ke bumi, seluruh pokok sakura hanya akan ditumbuhi dengan daun-daun. Bunga-bunga lain hanya akan berkembang selepas bunga sakura ini layu. Kerana itu jugalah orang Jepun mempunyai adat menikmati keindahan sakura yang dinamakan Hanami.
|
Keindahan bunga sakura turut dinikmati oleh burung ini. |
Setiap tahun, Jabatan Meteorologi Jepun akan menjejak perkembangan bunga sakura dari selatan negara itu sehinggalah ke utara. Lazimnya, bunga sakura akan mula berkembang bermula dari bulan Februari di pulau Okinawa di selatan Jepun dan bermula dari bulan Mei di pulau Hokkaido di utara Jepun.
|
Kembang sakura dari dekat. |
|
|
Bersambung Ke Bhg.10 ...
CATATAN PERJALANAN TOKYO & OSAKA (2014):