Mac 2014
JAPAN (5th Visit)
Tokyo, Mount Fuji, Kyoto & Osaka
Bahagian 10: Osaka (2)
UNIVERSAL STUDIOS (1)
HARI KEENAM (1)
Part 29: Universal Studios Japan
Program lawatan Hari Keenam (yang merupakan hari kedua akhir) di Jepun adalah berkunjung ke Universal Studios Japan (USJ) yang terletak hanya kira-kira setengah jam perjalanan dari Hotel Westin Osaka.
|
Pintu masuk ke Universal Studios Japan |
|
Pintu masuk kenderaan ke Universal Studios Japan |
Sebaik tiba di tempat parking bas, kami dapat melihat istana Harry Potter yang masih dalam pembinaan. Kami diberitahu Wizarding World of Harry Potter adalah seksyen terbaru Universal Studios yang dijangka akan dibuka pada tahun ini (2014). Nampaknya, kami telah tiba ke USJ ini terlalu awal, kalau datang ke sini pada akhir tahun mungkin ia telahpun siap untuk dikunjungi.
|
Istana Harry Potter yang masih dalam pembinaan dapat dilihat dengan jelas dari tempat parking bas di Universal Studios Japan. |
|
Berjalan ke pintu masuk dari tempat parking bas. |
|
Wizarding World of Harry Potter adalah tambahan terbaru kepada Universal Studios Japan. Ia dijangka akan dibuka pada tahun 2014. |
|
Pintu masuk ke Universal Studios Japan |
|
Globe yang menjadi ikon Universal Studios di mana-mana jua. |
Kami
diberitahu hari kunjungan kami ke USJ juga adalah hari terakhir cuti
sekolah di Jepun. Malah, pada masa yang sama, Universal Studios Japan
sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-13. Maka, bersedia sajalah
menghadapi kesesakan di dalam sana...
|
Kaunter tiket masuk ke Universal Studios yang sangat sesak dengan pengunjung. |
Mujurlah Apple Holidays telah membelikan tiket lebih awal untuk kami. Jadi tak perlulah menunggu untuk masuk ke dalam sana...
|
Tiket masuk ke Universal Studios |
|
Bahagian belakang tiket Universal Studios ditulis hampir sepenuhnya dalam Bahasa Jepun. Tak faham sepatah apa pun perkataan yang ditulis pada tiket ini. |
|
Bergambar dengan petugas USJ di pintu masuk |
|
Pintu masuk sebenar ke Universal Studios Japan |
PERSEDIAAN MENEROKA UNIVERSAL STUDIO
Pengalaman
sewaktu berkunjung ke Tokyo Disneysea dulu membuatkan kami lebih
bersedia sewaktu mengunjungi USJ. Untuk membolehkan kami lebih enjoy
menaiki ride di sini, kami membuat keputusan untuk membeli Express
Pass. Dengan adanya Express Pass ini nanti, tak perlulah kami beratur
panjang untuk menaiki ride yang menarik nanti.
|
Brosur mengenai Express Pass yang diberi kepada kami oleh seorang petugas Universal Studios. |
Ada 2 jenis Express Pass yang dijual di USJ. Satu pass adalah untuk 7 ride manakala yang sejenis lagi adalah untuk menaiki 4 ride. Walaupun jam ketika itu baru menunjukkan pukul 9.30 pagi, pass untuk 7 ride telah habis dijual. Jadi terpaksalah kami berpuas hati dengan membeli pass untuk 4 ride sahaja. Harga Express Pass untuk 4 ride ini adalah 3,200 Yen (RM 97) seorang.
|
Barisan panjang untuk membeli Express Pass |
|
Kami terpaksa beratur hampir sejam untuk membeli Express Pass. Mujurlah Woody Woodpecker ini datang dekat-dekat tempat kami beratur. Terhiburlah juga hati sewaktu tengah beratur. |
|
Topi-topi fancy untuk dijual dekat tempat kami beratur. |
|
Husband "meminjam" topi fancy Spiderman untuk bergambar sewaktu tengah beratur. Tak ada Orang Jepun buat perangai macam dia ni "pinjam" topi untuk bergambar... |
|
Salah seorang petugas di kaunter Express Pass yang memakai topi dinosaur Jurassic Park. Sekali pandang nampak macam kepalanya dah kena gigit dengan dinosaur tu. |
Kami terpaksa beratur kira-kira sejam untuk membeli Express Pass ini. Bila tiba giliran kami untuk membeli pass, kami membayar 10,400 Yen kepada petugas di kaunter kerana nak menghabiskan sebanyak mungkin duit syiling sebelum pulang ke Malaysia pada keesokan harinya (400 Yen dibayar dalam bentuk syiling dan 10,000 Yen dibayar dalam bentuk wang kertas). Petugas tersebut walau bagaimanapun terlupa untuk memulangkan baki 4,000 Yen kepada kami sebelum menutup mesin cashiernya.
|
Petugas yang melayan kami ini terlupa nak memulangkan baki 4,000 Yen kepada kami sewaktu membeli Express Pass. Mungkin dia panik kerana terpaksa bercakap Bahasa Inggeris dengan foreigners macam kami. |
Susah juga kami nak menerangkan kepada petugas itu yang dia masih belum memulangkan baki 4,000 Yen kepada kami kerana dia tidak pandai berbahasa Inggeris. Bila akhirnya dia memahami apa yang kami maksudkan, terpaksalah pulak dia memanggil penyelianya untuk menyemak jumlah jualan dengan wang yang terkandung dalam mesin cashier tersebut.
|
Kami cukup kagum melihat kecekapan supervisor ini mengira duit yang ada dalam mesin cashier tu. Cukup laju dia mengira! |
Bila akhirnya terbukti yang petugas tersebut lupa memulangkan duit baki kepada kami, terbongkok-bongkok dia memohon maaf kepada kami. Sebenarnya petugas ini bukan kena marah pun dengan penyelianya disebabkan kesilapan tersebut, tapi budaya Orang Jepun memang begitu bila mereka membuat kesilapan. Kesian pulak kami tengok dia beriya-iya mohon maaf, macamlah satu kesilapan besar yang membahayakan nyawa telah berlaku ketika itu...
|
Petugas ni beriya-iya minta maaf kepada kami atas kesilapannya. Tak apalah Dik, bukannya kesilapan besar yang mengancam nyawa... |
|
Express Pass yang kami beli dengan harga 3,200 Yen seorang. Hmm, kena pilih-pilih pulak ride yang nak pakai Pass ni.. |
Satu lagi persediaan yang kami buat awal-awal sebelum mula meng"enjoy"kan diri di Universal Studios ini ialah membeli bekalan untuk makan tengahari. Keperitan mencari makanan Halal di Disneysea dulu membuatkan kami awal-awal lagi mencari makanan di USJ.
Kami bertemu dengan Beverly Hills Boulangerie yang merupakan sebuah kedai pastri tidak jauh dari tempat membeli Express Pass tadi. Disebabkan hari masih awal, kedai pastri ini sangat lengang. Jadi mudahlah kami nak memilih roti dan pastri yang boleh dijadikan bekalan makan tengahari.
|
Beverly Hills Boulangerie |
|
Pemandangan di Beverly Hills Boulangerie. Kedai pastri ini lengang kerana hari masih awal lagi. |
HOLLYWOOD
Jika berkunjung ke Universal Studios, baik di Jepun ataupun di Singapura, seksyen pertama yang ditempuhi mestilah Hollywood. Seksyen ini dibina bagaikan bandar Hollywood yang merupakan pusat perfileman utama Amerika, yang juga merupakan lokasi sebenar studio perfileman Universal Studios.
|
Seksyen Hollywood di Universal Studios Japan. |
|
Berjalan di sini bagaikan berjalan di Hollywood yang sebenarnya. |
|
Hotel Universal Port yang terletak sangat hampir dengan Hollywood |
|
Bangunan yang dibina menyerupai sebuah studio perfileman ini menempatkan teater Shrek 4D di dalamnya. |
|
Kami tak masuk ke teater Shrek 4D ini kerana dah pernah menontonnya sewaktu di USS. |
|
Beverly Hills di seksyen Hollywood |
|
Walk of Fame |
|
Kami juga diberitahu ada 2 permainan di USJ ini yang tidak boleh dinaiki oleh mereka yang memakai tudung. Ini adalah kerana satu peristiwa pernah berlaku pada masa dahulu di mana kemalangan pernah berlaku apabila skaf pengunjung terlekat di roller coaster tersebut. Oleh yang demikian, pihak USJ tidak lagi membenarkan pengunjung yang memakai skaf (dan tudung kepala) menaiki permainan ini.
Kedua-dua permainan tersebut adalah Hollywood Dream dan Space Fantasy. Kedua-duanya adalah roller coaster. Jadi, kalau tak ada larangan pengunjung memakai tudung menaikinya sekalipun, Myself tak akan naik permainan ini.
|
Hollywood Dream ~ roller coaster yang sangat tinggi dan sangat menakutkan. |
|
Pintu masuk ke Hollywood Dream, sebuah permainan yang tidak boleh dinaiki oleh pengunjung yang memakai tudung atas sebab-sebab keselamatan. |
|
Permainan Space Fantasy ini juga tidak boleh dinaiki oleh pengunjung yang memakai tudung kepala atas sebab-sebab keselamatan. |
NEW YORK
Seksyen New York terletak di belakang seksyen Hollywood. Ia menempatkan dua tarikan utama USJ: Terminator 2 dan Spiderman The Ride.
|
Globe Universal di seksyen New York |
|
Pemandangan di seksyen New York |
|
Persembahan kecil di seksyen New York |
Kami menggunakan Express Pass kami yang pertama untuk menonton Terminator 2 di sini. Movie ini sama konsepnya dengan Shrek 4D yang pernah kami tonton di Universal Studios Singapore. Cuma bezanya, Shrek 4D sangat kelakar sedangkan Terminator 2 di Universal Studios Japan ini penuh dengan action.
|
Teater Terminator 2 |
|
Beratur untuk masuk ke teater Terminator 2 |
|
Segmen-segmen dari movie Terminator 2 ditayangkan sepanjang laluan masuk ke teater. |
|
Semua penonton diberikan cermin mata 3D sebelum masuk ke teater. |
|
Gambar dari internet ~ antara aksi yang dipertontonkan dalam Terminator 2. |
|
Bergambar dengan Cyborg di pintu keluar Terminator 2. |
Selepas keluar dari teater Terminator 2, kami berehat di tepi model New York Public Library untuk makan sandwich dan roti yang kami beli sebagai bekalan makan tengahari tadi. Oleh kerana ketika itu ramai pengunjung sedang makan tengahari dan kawasan ini agak terlindung, kami turut mengambil kesempatan menunaikan solat jamak Zohor dan Asar di sini.
|
Model New York Public Library |
|
Makan tengahari di tepi New York Public Library |
|
Kawasan ini agak lengang pada masa tersebut kerana ramai pengunjung pergi makan tengahari. Kesempatan ini kami ambil untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar di sini. |
Selepas makan tengahari, kami menggunakan Express Pass yang berikutnya untuk naik ride Spiderman. Spiderman ini adalah ride yang paling popular di USJ. Oleh itu, kalau tak ada Express Pass, memanglah terpaksa beratur berjela-jela panjangnya.
|
Spiderman The Ride |
|
Disebabkan ride ini sangat popular, pemegang Express Pass juga terpaksa beratur seketika untuk menaiki ride ini. |
|
Kenderaan Spiderman The Ride di Universal Studios Japan. |
Konsep ride ini sama dengan Transformers di Universal Studios Singapore. Kalau di USS kita diselamatkan oleh Transformers sewaktu terjatuh dari Empire State Building, di sini kita diselamatkan oleh Spidey dengan sarang labah-labahnya sewaktu terjatuh dari bangunan yang sama. Sama masa kat USS dulu, Huband masih tutup mata masa jatuh dari Empire State Building!
|
Gambar kami yang terpampang dalam akhbar Daily Bugle sewaktu menaiki Spiderman The Ride. |
|
Bergaya manja dengan Spidey |
|
Husband pun nak jugak bergambar dengan Spidey. |
|
Tandas berhampiran Spiderman The Ride ini ditulis sebagai Gotham Ice Company. Tapi Gotham City kan dari cerita Batman, bagaimana pulak boleh sesat kat tempat Spiderman? |
SAN FRANCISCO
Dari New York, kami beredar pula ke San Francisco. Tujuan ke sini adalah untuk menonton pertunjukan Backdraft.
|
Seksyen San Francisco di Universal Studios Japan |
|
Barisan panjang pengunjung yang nak membeli snack di San Francisco. |
|
Satu lagi pemandangan di San Francisco USJ, dibina menyerupai Fisherman's Wharf yang sebenar di San Francisco, USA. |
|
Restoran di San Francisco |
Backdraft adalah sebuah filem Hollywood yang diarahkan oleh Ron Howard pada tahun 1991. Ia mengisahkan tentang keberanian pasukan bomba di Chicago melawan kebakaran.
Backdraft yang dipertontonkan di Universal Studios Japan mempunyai konsep yang sama dengan pertunjukan Lights, Camera, Action di Universal Studios Singapore. Jika di pertunjukan Lights, Camera, Action di USS kita dipertunjukkan studio setting ribut taufan, Backdraft di USJ mempertunjukkan kepada kita studio setting kebakaran besar di sebuah gudang.
|
Studio pertunjukan Backdraft di San Francisco |
Sebenarnya, penonton tak dibenarkan mengambil gambar dalam studio Backdraft, tapi kami curi-curi juga ambil gambar. Tak faham arahan dalam Bahasa Jepun la kan...
|
Pre-show sebelum Backdraft bermula |
|
Pertunjukan di Studio Pertama |
|
Kebakaran bermula di Studio Kedua |
|
Api semakin marak |
|
Bangunan gudang mula runtuh dalam kebakaran Backdraft |
Bersambung ke Bhg.11 ...
CATATAN PERJALANAN TOKYO & OSAKA (2014):