Saturday 4 April 2020

2020 CAMERON HIGHLANDS BHG. 04 (Mossy Forest 1)

Mac 2020

PAHANG, MALAYSIA
Cameron Highlands

Bahagian 4: Full Day Tour 1
SUNGAI PALAS BOH TEA PLANTATION & MOSSY FOREST Part 1

HARI KEDUA (1)

Part 9: Selamat Pagi, Cameron Highlands

Memang nyenyak kami tidur sepanjang malam di Cameron Highlands. Disebabkan cuaca yang dingin di sini, tak ada air-cond dipasang di dalam bilik. Yang ada cuma kipas siling.

Pemandangan pagi dari bilik penginapan
Pemandangan pagi di Cameron Highlands
Penginapan berbentuk apartment di Copthorne Hotel
Kawasan pertanian di cerun gunung
Greenhouse
Kawasan dekat hotel
Lereng-lereng tanaman
Ladang apa ni?
Close-up... Ladang Strawberry
Kami dah mendaftar nak mengikut sebuah pakej Full Day Tour hari ini. Tour dijadual bermula pada pukul 8.45 pagi. Jadi kita breakfast dulu sebelum memulakan tour. Pakej breakfast di sini ada 2 jenis: Set Breakfast atau International Buffet. Kami pilih International Breakfast sebab konon-kononnya nak try makan macam-macam benda.

Restoran Coffee Shop di Copthorne Hotel
Buffet Breakfast
Suasana di Coffee Shop
Jemput makan...
Lepas makan, kita bersiar-siar sikit kat perkarangan hotel...

Lepas bersiar-siar kami masuk menunggu kat lobi hotel. Kata wakil Travel Agent kat hotel tu pick-up kami lewat sikit sebab dia pergi mengambil peserta-peserta tour yang lain dulu. Pick-up kami adalah yang paling last sebab Hotel Copthorne inilah yang paling dekat dengan destinasi pertama kami pagi ini ~ Mossy Forest.

Menunggu di lobi hotel
Chandelier dengan design antik di siling lobi

Part 10: Sungai Palas Boh Tea Plantation

Hampir pukul 9 pagi, Land Rover yang nak membawa kami membuat Tour pada pagi ini pun tiba. Tour Guide kami adalah seorang lelaki India tempatan yang bernama Uncle Maniam. Kami berdua saja yang Malaysian. Turut bersama dalam tour ini adalah 2 orang lelaki muda dari Spain dan sepasang couple dari New Zealand.

Land Rover yang dipandu oleh Uncle Maniam dah tiba.
Meninggalkan Copthorne Hotel
Peserta-peserta tour kami yang lain dari Spain dan New Zealand
Menuju ke Mossy Forest
Disebabkan pick-up kami adalah yang terakhir, kami mendapat tempat duduk di bahagian belakang Land Rover. Tempat duduk di bahagian belakang ni pulak mengiring. Jenuh nak menahan diri dari melungsur ke arah pintu bila Land Rover mula mendaki gunung yang sangat curam menuju ke Mossy Forest yang terletak berhampiran puncak Gunung Brinchang.

Laluan menuju ke Mossy Forest adalah melalui Boh Sungai Palas Tea Centre
Curam laluan naik ke Mossy Forest ini
Berpegang kuat kat kerusi takut melungsur ke pintu belakang Land Rover
Gambar Husband dalam Land Rover
Kaki menahan kat kerusi takut tercampak keluar dari pintu
Tak lama kemudian kami sampai di Sungai Palas Boh Tea Plantation. Uncle Maniam membuat persinggahan sebentar di sini untuk membolehkan kami melawat ke Ladang Teh.

Mendengar penerangan tentang ladang teh yang disampaikan oleh Uncle Maniam bersama couple dari New Zealand (kiri) dan sepasang kawan dari Spain (kanan).
Di sini Uncle Maniam memberi penerangan tentang sejarah penanaman teh di Cameron Highlands. Pokok teh yang pertama ditanam oleh seorang British yang bernama J.A. Russel pada tahun 1929. Pokok teh boleh hidup beratus-ratus tahun dan masih boleh mengeluarkan hasil pada usia begitu. Malah pokok teh yang kami lihat di ladang ini adalah pokok generasi pertama tersebut yang ditanam pada tahun 1929. Kata Uncle Maniam lagi, ladang-ladang teh di Cameron Highlands mula dibuka kepada pelancong dalam tahun 1980-an begitu.

Ladang Teh Boh Sungai Palas
Notis mengenai larangan penggunaan drone kerana kawasan ini adalah zon larangan terbang.
Ada dua buah syarikat pengeluar teh yang besar di Cameron Highlands: Boh Tea dan Bharat Tea. Ladang Sungai Palas ini adalah milik Syarikat Boh. Selain dari ladang ini, Boh juga mempunyai sebuah lagi ladang teh yang bernama Fairlie Tea Plantation di Habu. Ladang Cameron Valley Tea yang kami lihat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands semalam pula adalah milik Bharat Tea.

Seperti pokok teh yang pernah kami lihat ditanam di Sri Lanka dulu, pokok teh yang ditanam di Cameron Highlands ini juga adalah dari spesies Broken Orange Pekoe. Kata Uncle Maniam, ladang Boh masih dimiliki dan diusahakan oleh keluarga Russel sehingga sekarang.

Bergambar di tengah ladang teh
Oleh kerana hari ini adalah Hari Ahad, tak ada pekerja yang dilihat memetik daun teh kerana mereka bercuti pada hari ini.
Kerja memetik daun teh bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Satu ketika dulu, tugas ini perlu dilakukan dengan tangan. Namun sekarang dah ada peralatan moden yang digunakan untuk memetik daun teh. Masa kami melawat ke ladang teh di Sri Lanka dulu, kami diberitahu daun teh di sana masih dipetik menggunakan tangan.

Satu ketika dulu, pemetik teh di Cameron Highlands adalah buruh-buruh yang dibawa masuk oleh British dari India. Namun sekarang, seperti juga di serata tempat dan di dalam industri lain di Malaysia, kebanyakan pekerja pemetik teh di Cameron Highlands terdiri dari buruh-buruh asing yang berasal dari berbagai negara seperti India, Nepal dan Myanmar. Buruh-buruh ini dibayar upah mengikut berat daun teh yang dikutip.

Ada beberapa buah rumah pekerja ladang dilihat berhampiran. Kata Uncle Maniam, semua pekerja pemetik teh diberikan kediaman secara percuma oleh syarikat teh.

Kediaman pekerja di ladang teh
Kediaman ini disediakan oleh syarikat teh secara percuma
Pokok teh ditanam di lereng-lereng gunung seperti ini
Bayangkan betapa kuatnya tenaga buruh-buruh pada masa dahulu (yang kebanyakannya perempuan dari India) mengangkut bakul daun teh turun dan naik ke lereng-lereng ini sebelum peralatan moden digunakan. Berat purata sebakul daun teh adalah sekitar 30 kg.
Jika melawat ke ladang teh, kita pasti perasan ada kertas-kertas kuning yang diletakkan di celah-celah pokok teh. Kertas kuning yang dilekatkan dengan bahan perekat ini adalah sebenarnya perangkap serangga. Serangga ini gemar menyedut jus dari daun teh. Daun-daun yang diserang oleh serangga ini akan rosak dan menjadi tak bernilai.

Kertas-kertas kuning yang diletakkan di celah-celah pokok teh
Kertas kuning ini diletakkan dengan bahan perekat untuk memerangkap serangga
Daun-daun teh yang sihat
Daun-daun teh yang telah dirosakkan oleh serangga
Husband bergambar bersama Uncle Maniam
Selepas menghabiskan masa seberapa seketika di ladang teh, kami mula bergerak menuju ke Mossy Forest. Malangnya tempat duduk kami di belakang Land Rover dah kena hijack pulak dengan couple dari New Zealand tu. Tak apalah, bagi chance la kat dia orang... Mungkin dia orang rasa sempit duduk bertiga kat tempat passenger Land Rover tu disebabkan saiz badan mereka yang besar. Itulah kelebihan orang Asia yang bersaiz badan comel macam kita.

Berani sungguh dia orang ni naik pick-up terbuka begini naik ke Mossy Forest
Ada juga yang memilih untuk hiking naik ke Mossy Forest

Part 11: Menuju Ke Mossy Forest

Mossy Forest adalah antara tarikan pelancong yang popular di Cameron Highlands, terutama di kalangan pelancong Mat Salleh. Laluan kenderaan untuk naik ke Mossy Forest pula memang kena melalui Ladang Teh Sungai Palas. Tengok peta ni...

Peta kedudukan Mossy Forest di Brinchang
Jalan ini agak sibuk dengan kenderaan yang turun-naik. Oleh kerana hari ini adalah Hari Ahad, kenderaan-kenderaan ini kebanyakannya membawa pelancong. Kalau di hari bekerja, mungkin ada juga kenderaan-kenderaan ladang teh yang menggunakan laluan ini.

Mamat dari Spain dan Uncle Maniam
Menikmati keindahan ladang teh
Jalan di lereng ladang teh

Ladang Teh
Masih pemandangan Ladang Teh Boh Sungai Palas
Patches of Tea
Arah ke Gunung Brinchang
Ladang teh saujana mata memandang
Geng-Geng Motor
Jalan menuju ke Mossy Forest selepas meninggalkan kawasan Ladang Teh menjadi curam, sempit, berliku dan berlubang-lubang. Kalau sayangkan kereta, Myself cadangkan janganlah drive ke sana. Sewalah kenderaan yang tahan lasak seperti Land Rover atau 4-Wheel Drive yang lain. Ramai sebenarnya orang yang bercadang nak memandu sendiri naik ke Mossy Forest tetapi terpaksa berpatah balik di tengah jalan disebabkan keadaaan jalan yang begitu.

Jalan menuju ke Mossy Forest
Kebun Sayur
Daun Bawang rasanya
Berselisih dengan kenderaan lain
Sayur Lobak
Curam dan sempit
Macam inilah keadaan sebahagian besar jalan menuju ke Mossy Forest
Semakin menghampiri Mossy Forest
Tiba di Mossy Forest
Mossy Forest
Pintu masuk ke Mossy Forest
Mossy Forest yang seluas 914 hektar adalah satu-satunya titik tertinggi di Semenanjung Malaysia yang boleh diakses dengan kenderaan. Masa kami tiba macam dah ramai orang ada di sana. Mencabar juga masa Uncle Maniam nak mencari parking.

Cabaran mencari parking di Mossy Forest
Suasana di pintu masuk ke Mossy Forest
Kenangan di pintu masuk ke Mossy Forest
Mossy Forest yang terletak di sempadan antara negeri Pahang dengan negeri Perak adalah hutan hujan yang tertua di Malaysia. Hutan ini juga bersambung dengan hutan di Taman Negara Endau-Rompin. Ada tiket dikenakan untuk pengunjung masuk ke Mossy Forest. Tiket ini berharga RM10 seorang bagi warga Malaysia dan RM30 untuk warga asing.

Pintu masuk
Satu ketika dulu ada walking trail di atas tanah yang disediakan untuk pengunjung menikmati keindahan Mossy Forest. Walau bagaimanapun disebabkan ramai pengunjung yang tidak bertanggungjawab merosakkan hutan dan lumut di sekitar laluan, pengunjung kini hanya boleh meneroka Mossy Forest menggunakan laluan khas yang dibina dari kayu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Suasana di laluan pelantar kayu ini ala-ala macam Bush Walking di Australia. Tapi lutut kena kuat kalau nak berjalan di pelantar kayu ini sebab laluannya naik-turun mengikut lereng semulajadi hutan di sini. Disebabkan hujan juga kerap turun di sini, laluan pejalan kaki ini juga licin. Perlu berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.

Laluan pelantar kayu yang disediakan di Mossy Forest
Laluan ini dibina dalam hutan di sebelah negeri Pahang yang bersempadan dengan negeri Perak.
Kalau dah namanya Mossy Forest, memanglah hutan-hutan di sini berlumut. Lumut ini pula dah berusia berjuta-juta tahun. Jadi janganlah gatal tangan nak memegang atau mencabut lumut ini. Nanti kita kena tunggu berjuta tahun lagi untuk mereka tumbuh semula.

Lumut yang dah berusia berjuta-juta tahun
Lutut memang kena kuat nak memanjat tangga begini
Pengunjung-pengunjung ke Mossy Forest
Panjat lagi... belum ada yang menurun setakat ini
Platform pemerhatian
Pemandangan dari platform pemerhatian
Cuba teka berapa usia pokok-pokok di sini?


 Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN CAMERON HIGHLANDS (2020):