Thursday, 2 April 2020

2020 CAMERON HIGHLANDS BHG. 02 (Rose & Orchid Garden)

Mac 2020

PAHANG, MALAYSIA
Cameron Highlands

Bahagian 2: Jalan-Jalan Cameron 1
TANAH RATA & ROSE AND ORCHID GARDEN

HARI PERTAMA (2)

Part 4: Tanah Rata @ Cameron Highlands

Kami tiba di Cameron Highlands pada pukul 2 petang. Disebabkan perut dah lapar, kami membuat keputusan untuk makan tengahari di sebuah restoran di depan bangunan Cameron Fair.

Restoran di depan Cameron Fair. Tak tahu apa nama restoran ini.
Suasana di dalam restoran
Hidangan makanan tengahari yang sedap di restoran
Kenangan di dalam restoran
Walaupun Cameron Highlands adalah sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, tak ada khidmat Grab di sini. Jadi selepas makan tengahari, kami berjalan menuju ke Stesen Teksi Tanah Rata untuk mencari teksi ke hotel penginapan kami, Copthorne Hotel yang terletak lebih tinggi di sebuah kawasan yang bernama Kea Farm berhampiran Brinchang.

Tanah Rata, Cameron Highlands
Cameron Highlands
Pemandangan di pekan Tanah Rata
I Love CH
Papan keterangan yang menceritakan sejarah Cameron Highlands
Mural yang menarik di pekan Tanah Rata
Food Court di Tanah Rata
Berjalan menuju ke Stesen Teksi
Terminal Freesia
Stesen bas utama di Tanah Rata dinamakan Terminal Freesia. Stesen Teksi juga terletak di sini. Disebabkan laluan ke hotel kami agak sesak ketika ini, mahal juga bayaran teksi yang dikenakan. Teksi di Cameron Highlands tidak menggunakan meter. Kena tanya dulu berapa caj yang dikenakan sebelum naik teksi. Tapi dari pengalaman kami, caj yang dikenakan agak standard untuk ke mana-mana destinasi.

Perjalanan ke Copthorne Hotel
Pemandu teksi kami adalah seorang lelaki India bernama Parthi yang merupakan anak jati Cameron Highlands. Dia cukup fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Kata Parthi, dia dibesarkan di sebuah ladang teh di Cameron Highlands.

Kea Farm
Traffic jam begini adalah pemandangan biasa di Cameron Highlands setiap hujung minggu begini dan di waktu cuti sekolah.
Pasar di Kea Farm. Hujan renyai sedang turun ketika ini di Cameron Highlands.
Hotel penginapan kami di depan sana ~ Copthorne Hotel

Part 5: Copthorne Hotel

Hotel penginapan kami adalah sebuah hotel 4 bintang yang bernama Copthorne Hotel. Ia terletak di sebuah kawasan yang agak kurang meriah di Cameron Highlands. Myself rasa sebenarnya mungkin lebih seronok kalau menginap di kawasan Tanah Rata di bawah sana. Tapi disebabkan event yang ofis atur akan berlangsung di sini dan kita tak bawak kereta ke Cameron Highlands, menginap sajalah di sini untuk kemudahan.

Copthorne Equatorial Hill Resort Cameron Highlands
Pemandangan lobi hotel yang dibina ala-ala gaya Inggeris
Kaunter pendaftaran
Tangga naik ke Spa
Bilik penginapan kami
Balkoni
Pemandangan di luar balkoni
Selain penginapan berbentuk bilik hotel, ada juga penginapan berbentuk apartment di Copthorne Hotel ini.
Pemandangan kawasan pertanian dari bilik hotel
Ladang Strawberry
Kebun sayur
Pemandangan lebih dekat kebun sayur
Teres-teres tanaman pertanian

Part 6: Rose & Orchid Garden

Masa dalam teksi menuju ke hotel tadi, Parthi menawarkan nak membawa kami melawat ke Rose & Orchid Garden dan Lavender Garden pada petang itu. Disebabkan kami tak punya apa-apa rancangan dan kedua-dua tempat ini tak termasuk dalam Full Day Tour yang dah kami booking untuk hari esok, kami terus bersetuju.

Rose & Orchid Garden ini sebenarnya terletak tak jauh dari Copthorne Hotel tapi kedudukannya yang agak ke dalam di bawah bukit dari jalan utama menyebabkan kita mungkin tak menyedari kewujudannya.

Pemandangan Copthorne Hotel dari Rose & Orchid Garden
Pintu masuk ke Rose & Orchid Garden
Membeli tiket masuk
Jom masuk ke dalam
Ada bayaran RM6 dikenakan untuk melawat ke dalamnya. Masa kat pintu masuk Myself rasa tak nampak sangatlah apa yang istimewanya di sini...

Jom tengok gambar-gambar yang kami ambil di dalam taman ini...

Ada juga berbagai spesies bunga kebangsaan kita, Bunga Raya yang ditanam di sini.

 Koleksi Bunga Orkidnya menarik juga...

Ada sebuah kolam ikan di dalam taman ini...

Cuaca yang dingin di kawasan pergunungan begini menyebabkan bunga dan tanaman-tanaman lain kelihatan segar dan menarik.

Semakin jauh kita masuk ke dalam, semakin terserlah keistimewaan Rose & Orchid Garden ini...

Bunga-bunga yang ditanam merimbun mengingatkan Myself kepada English Garden yang dilihat di Hamilton Gardens di New Zealand dulu. Kebetulan cuaca di Cameron Highlands ketika itu pun ada la iras-iras sikit macam summer di New Zealand dulu.

Banyak bunga yang ditanam kita tak tahu pun namanya. Cuma enjoy saja melihatnya sebab cantik...

Susunan bunga-bunga yang ditanam juga menarik. Dah nama taman ini Rose & Orchid Garden, mestilah juga ada koleksi bunga-bunga ros di sini.

Pemandangan ke luar dari taman ini juga tampak menarik. Suasana traffic jam di Cameron Highlands pun dapat dilihat dengan jelas dari sini.

Di sebahagian taman ini ada sebuah kebun sayuran yang mempunyai tanaman kobis. Memang giant saiz kobis yang tumbuh di sini.

Di taman ini juga ada sebuah Pet Farm. Mungkin diadakan untuk hiburan kanak-kanak yang datang melawat ke taman ini bersama keluarga mereka.

Lepas dah puas melihat bunga-bunga cantik ini, kami mula melangkah keluar. Laluan keluarnya adalah melalui sebuah kedai cenderamata yang juga menjual bunga-bunga hidup di dalam pasu.

Overall, seronok juga melawat ke Rose & Orchid Garden ini. Kata Pemandu Teksi merangkap Tour Guide kami pada petang itu yang bernama Parthi, taman bunga ini adalah yang terbaik di Cameron Highlands. Ketika nak balik mendapatkan teksi, Parthi menyuruh kami berhati-hati ketika lalu berhampiran sepohon Bunga Trumpet kerana ada banyak ulat bulu bergantungan di situ. Boleh gatal satu badan kalau terkena ulat bulu ini...

Besar-besar ulat bulu yang bergantungan pada pokok ini
Ulat bulu


 Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN CAMERON HIGHLANDS (2020):