Mac 2020
PAHANG, MALAYSIA
Cameron Highlands
Bahagian 5: Full Day Tour 2
MOSSY FOREST Part 2 & SUNGAI PALAS BOH TEA CENTRE
HARI KEDUA (2)
Part 12: Mossy Forest
Kita terus lagi berjalan exploring Mossy Forest di Cameron Highlands.
|
Pelantar pejalan kaki yang disediakan di Mossy Forest |
|
Lumut yang bertepek-tepek pada dahan pokok |
Hutan hujan memang banyak rahsia alam. Kalau kita perhati betul-betul ada banyak benda menarik yang terdapat di celah-celah rimbunan pokok. Jangan ternampak hantu sudahlah kan...
|
Adakah pokok yang pucuk daunnya berwarna merah ini Pokok Kayu Manis? |
|
Orkid Hutan |
|
Lumut yang berwarna-warni |
|
Keindahan alam |
|
Betapa indahnya ciptaan Tuhan |
|
Menikmati keindahan alam |
|
Bukan pemandangan di bawah saja yang indah... Pemandangan ke atas pun sama. |
|
Kenangan di Mossy Forest |
Ada sebuah menara pemerhatian dibina di penghujung laluan pelantar pejalan kaki ini. Kalau nak menikmati pemandangan yang indah, kenalah panjat naik ke atas. Tapi disebabkan menara ini kelihatan sangat tinggi, kami tidaklah naik ke atas sana. Cukup sekadar naik sedikit sahaja sampai ke landing tangga yang pertama.
|
Menara Pemerhatian |
|
Menangkap gambar lumut pada pokok |
|
Adakah kita berada di negeri Perak sekarang? |
|
Kita sedang berada pada aras ketinggian 2000 meter dari aras laut sekarang. |
|
Pemandangan menghala ke bawah |
|
Sayup tingginya. Macam mana kita nak panjat naik ke sana ? |
|
Cukuplah sekadar naik sampai landing yang pertama saja... |
|
Pemandangan puncak Gunung Brinchang yang penuh dengan menara telekomunikasi dari landing tangga. |
|
Satu lagi pemandangan indah yang diperhatikan |
|
Turun semula ke bawah |
|
Platform pemerhatian di bawah menara |
Selepas itu kami mula berjalan balik ke arah pintu masuk. Makin ramai pengunjung yang datang pada ketika itu. Sebagai langkah berjaga-jaga dari Covid-19 kami mula memakai face mask. Suspen juga bila nampak ada sekumpulan besar pengunjung berbangsa Cina yang cukup meriah di situ, macam pelancong dari Mainland. Lega bila mendapati yang rupanya mereka adalah Malaysian Chinese.
|
Langkah berjaga-jaga dari Covid-19 |
|
Pokok paku yang merupakan makanan favourite dinosaur di zaman dulu |
Kata orang, Mossy Forest ini sebiji macam hutan di dalam filem Lord of the Ring. Tapi disebabkan Myself tak pernah menonton movie itu, tak tahulah kebenarannya. Menurut ceritanya juga, penggambaran filem Puteri Gunung Ledang pun dibuat di Mossy Forest ini dulu.
|
Lumut |
|
Lumut lagi! |
|
Suasana di Mossy Forest |
|
Masa nak keluar ini barulah ada banyak tangga turun. |
|
Lumut yang berjurai-jurai |
Masa nak keluar ini kita ternampak pulak Pokok Periuk Kera dalam natural habitatnya. Pokok ini unik kerana ia mempunyai periuk dengan penutup yang boleh memerangkap serangga di dalamnya. Bahagian dasar periuk ini mengandungi pepsin yang berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap dan seterusnya menjadi nutrien kepada tumbuhan ini.
|
Pokok Periuk Kera |
|
Periuk kera adalah tumbuhan karnivor kerana ia memakan serangga |
|
Periuk Kera dikatakan mendapat nama begitu kerana kera sering meminum air yang terdapat di dalamnya. |
Mossy Forest ini juga adalah sebenarnya sebuah cloud forest kerana ada awan yang terbentuk di dalamnya disebabkan ketinggiannya. Tapi kalau nak tengok fenomena ini kena datang ke sini pada awal pagi yang sejuklah. Masa kami di sana tak nampak pulak awan yang dikatakan itu.
|
Seram juga tengok pokok-pokok besar yang ada di sini. Terasa macam ada Langsuir mengintai di celahnya. |
|
Bergambar di Mossy Forest |
|
Masih jauh lagi nak keluar |
|
Pengunjung-pengunjung ke Mossy Forest |
|
Berada di sempadan Pahang dan Perak |
|
Bunga-bunga Hutan |
|
Pokok yang diselaputi lumut tebal |
|
Sesetengah pokok di hutan ini ada lubang-lubang macam gua di bawahnya |
|
Ini adalah hiking trail lama yang telah ditutup kepada orang awam sekarang |
|
Lumut dan tumbuhan yang menjalar |
|
Ada tempat-tempatnya kita kena berjalan menunduk untuk mengelak kepala dari terhantuk kat dahan pokok. |
|
Makin ramai pengunjung yang datang |
|
Kami diberitahu kalau di kawasan tanah tinggi begini, pokok-pokok buluh memang kurus-kurus begini. |
|
Hampir tiba ke pintu keluar/masuk. |
|
Pintu Keluar/Masuk ke Mossy Forest |
|
Ramai juga pelancong asing yang datang ke Malaysia pada musim Covid-19 begini |
Sebelum meninggalkan Mossy Forest, ramai yang menggunakan kemudahan tandas di sini.
|
Tandas Awam di Mossy Forest |
|
Bekalan air di tandas ini adalah dari sumber air hujan. |
Part 13: Sungai Palas Boh Tea Centre
Selepas melawat Mossy Forest, Uncle Maniam membawa kami kembali ke Sungai Palas Boh Tea Plantation kerana dia nak menunjukkan Kilang Teh kepada kami. Laluan turun juga menggunakan jalan yang sama sewaktu datang ke Mossy Forest tadi.
|
Turun kembali ke Ladang Teh Boh Sungai Palas |
|
Ladang Teh |
|
Gigih betul mereka ini mengayuh basikal naik ke Mossy Forest |
|
Rumah kediaman pekerja ladang teh |
|
Tiba di Sungai Palas Boh Tea Centre |
|
Pengawal keselamatan di pintu masuk ke Sungai Palas Boh Tea Centre |
Tiba di pintu masuk ke Sungai Palas Boh Tea Centre ini, Uncle Maniam menunjukkan kepada kami sepohon teh yang besar. Kata Uncle Maniam, kalau pokok teh tak dipangkas selalu, ia akan menjadi besar seperti ini.
|
Pokok Teh besar di pintu masuk ke Sungai Palas Boh Tea Centre |
|
Pokok teh yang besar begini tidak mempunyai nilai kerana pucuk daunnya tak boleh dituai. |
|
Pemandangan Pokok Teh Besar dengan lebih dekat |
|
Pokok Teh perlu selalu dipangkas untuk kekal pada ketinggian seperti ini sahaja. |
|
Pemandangan Ladang Teh |
|
Pokok tunggal di tengah ladang |
Kami terus dibawa ke Kilang Teh. Kata Uncle Maniam, Kilang Teh Boh ini adalah satu-satunya kilang teh yang boleh dilawati di Cameron Highlands. Selepas memberi penerangan ringkas, Uncle Maniam meninggalkan kami kerana kereta tak boleh parking di sini. Dia akan datang menjemput kami semula pada waktu yang ditetapkan.
|
Pejabat Teh Boh |
|
Berjalan menuju ke Kilang Teh |
|
Tempat menunggu Guided Tour untuk lawatan ke Kilang Teh |
|
Kilang Teh Boh |
Kilang Teh Boh hanya boleh dilawati secara Guided Tour. Kebetulan ada sekumpulan pelajar sekolah sedang membuat lawatan ke situ. Jadi kita join sajalah dengan group budak-budak sekolah ini masuk melawat ke dalam kilang.
|
Tour Guide Kilang sedang memberi penerangan sebelum masuk melawat |
Kilang Teh Boh ini kelihatan lebih moden dari kilang teh yang pernah kami lawat di Sri Lanka. Fotografi tak dibenarkan di dalam kilang. Jadi kita gunakan gambar dari internet untuk mengabadikan kenangan melawat ke sini.
|
Pemandangan di dalam Kilang Teh Boh (Gambar dari Internet). Pelawat boleh melihat proses penghasilan teh yang berlangsung dari belakang dinding kaca. |
|
Penerangan tentang proses yang berlangsung juga boleh dibaca dari papan-papan keterangan yang dilekatkan pada dinding (Gambar dari Internet) |
Selepas melawat Kilang Teh, barulah kita masuk ke Tea House yang dibina berdinding kaca menghadap pemandangan ladang teh yang luas terbentang untuk minum teh.
|
Tea House |
|
Pintu masuk ke Tea House |
Tapi disebabkan kita datang dari arah kilang, kami tak masuk ke Tea House melalui pintu utama. Kami sebaliknya masuk dari pintu belakang. Di sini ada pameran beberapa artifak bersejarah yang digunakan dalam industri teh sepanjang zaman.
|
Guni-guni jerami yang digunakan oleh pemetik teh |
|
Mesin Penggulung Daun Teh |
|
Jualan ice cream perisa teh. Tapi kami tak beli. |
Di bahagian belakang bangunan ini juga ada sebuah kedai yang menjual pelbagai produk penghasilan Teh Boh. Disebabkan barangan Teh Boh yang dijual senang dijumpa di mana-mana tempat jua di Malaysia, kami tak beli apa-apa pun walaupun kami berdua adalah sebenarnya peminat tegar Teh Boh.
|
Pintu masuk ke Kedai Teh Boh |
|
Membeli-belah barangan Teh Boh |
|
Lorong menuju ke Tea House |
|
Pintu masuk ke Tea House |
Di samping minuman teh, ada jualan makanan ringan seperti kek dan pastri di sini. Kami selalu baca kat internet yang ramai pengunjung recommend makan scone di sini. Terpengaruh dengan saranan yang diberi, kami pun cubalah makan scone. Tapi disebabkan kita ni memang pure punya lidah Melayu, tak terasalah apa keistimewaan scone ini.
|
Kaunter Jualan Makanan dalam Tea House |
|
Pelbagai kek dan pastri untuk jualan |
|
Husband berurusan membeli Teh dan Scone |
|
Tak sabar nak minum Teh Boh yang ada Ummmphh!! |
|
Scone yang digembar-gembur tapi tak begitu kena dengan lidah Melayu kami |
|
Menikmati keindahan ladang di luar balkoni |
|
Minum teh dengan berlatarbelakangkan pohon-pohon teh |
|
Pemandangan Ladang Teh Sungai Palas |
|
Memang ramai pengunjung ke Tea House ini. |
Teh yang dijual di sini memang sedap. Mungkin sebab teh ini dibancuh dengan cara yang betul. Kalau kami yang bancuh teh, tak pernah jadi sesedap begitu. Lepas minum teh, kita nikmati lagi pemandangan indah suasana di ladang.
Pemandangan kawasan rumah pekerja juga dapat dilihat dari sini. Pihak pengurusan ladang bukan setakat menyediakan rumah kediaman untuk mereka sebenarnya. Terdapat juga sekolah rendah, klinik, surau dan kuil Hindu yang dibina untuk kemudahan mereka. Dewan serbaguna untuk kegunaan seperti majlis kenduri pun ada.
|
Kawasan kediaman pekerja ladang |
|
Walking Path dari kediaman pekerja ladang menuju ke Tea Centre |
|
Banyak juga tangga yang kena didaki tu! |
Kalau datang sendiri ke sini, tempat parking kenderaan awam disediakan dekat dengan kawasan kediaman pekerja ladang di bawah bukit. Lepas itu boleh berjalan naik mengikut jalan raya atau laluan pejalan kaki yang dibina dari kayu merentas ladang. Macam juga kat Mossy Forest tadi, lutut kena kuat nak memanjat tangga kalau guna laluan pejalan kaki itu.
|
Ada pelbagai kemudahan awam yang juga disediakan oleh pihak pengurusan ladang untuk kegunaan pekerja mereka di sini. |
|
Pemandangan sebahagian dari rumah pekerja |
|
Hebat Mamat ni kayuh basikal sampai ke sini! |
|
Posing sambil menunggu Uncle Maniam datang menjemput |
Tiba masa yang ditetapkan, Uncle Maniam datang menjemput kami untuk melawat ke destinasi yang seterusnya. Kami dan couple dari New Zealand tu memang sentiasa punctual. Tapi Mamat Spanish yang berdua tu memang selalu lewat.
|
Meninggalkan Ladang Teh Boh Sungai Palas |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN CAMERON HIGHLANDS (2020):