Wednesday, 8 April 2020

2020 CAMERON HIGHLANDS BHG. 07 (Time Tunnel)

Mac 2020

PAHANG, MALAYSIA
Cameron Highlands

Bahagian 7: Full Day Tour 4
TIME TUNNEL & CACTUS POINT

HARI KEDUA (4)

Part 17: Time Tunnel

Dari Raaju's Hill Strawberry Farm, kita bergerak pula menuju ke Time Tunnel.

Jalan curam menuruni bukit dari Raaju's Hill
Ketika itu petang Hari Ahad dan kami perhatikan memang banyak kereta naik ke Brinchang dari arah Tanah Rata. Kata Uncle Maniam, kebanyakan mereka nak menuju ke Kg Raja di mana dari sana ada jalan terus menuju ke Ipoh.

Banyak kereta sedang bergerak naik ke Brinchang
Tak seperti dulu di mana Cameron Highlands yang walaupun terletak di negeri Pahang hanya boleh dihubungi menerusi Tapah yang terletak di negeri Perak, ia kini dah mempunyai laluan langsung menuju ke Kuala Lipis di Pahang, Gua Musang di Kelantan dan Ipoh di Perak. Sebab itulah ia dah semakin meriah sekarang. Tengok peta di bawah...

Peta laluan hubungan langsung dengan Cameron Highlands
Time Tunnel yang terletak di Brinchang adalah sebuah muzium persendirian yang mempamerkan koleksi barang-barang lama.

Time Tunnel
Pintu Masuk
Time Tunnel ~ The Local Museum
Kereta lama
Masih dipakai kereta ini sebenarnya sebab Road Taxnya masih hidup
Barang-barang tradisional yang digunakan oleh Orang Asal
Kisah tentang sejarah Cameron Highlands
Peralatan menangkap ikan
Basikal yang rosak kena bom masa zaman Jepun dulu
Suasana di Time Tunnel
Banyak barang-barang kegunaan harian fesyen lama dipamerkan dalam Time Tunnel
Masa kita kecil dulu selalu jumpa benda-benda ini semua. Susah dah nak jumpa sekarang.
Pernah tak tengok iklan Susu Untuk Membesar ni dulu?
Kolam perhiasan di dalam Time Tunnel
Inilah alat kira-kira paling hebat zaman dulu sebelum kalkulator dicipta
Mug-mug lama
Mug Milo yang dipamer itu memang barang berharga masa kecik-kecik dulu. Susah nak dapat. Jealous tengok kalau ada kawan-kawan yang selalunya anak orang berada bawak mug Milo ke sekolah zaman itu.
Macam ini la rupa TV colour yang pertama kat rumah kami dulu. Tak semua rancangan disiarkan dalam warna pada masa siaran TV berwarna mula diperkenalkan.
Masa kita kat sekolah dulu, anak-anak orang kaya je yang ada koleksi pensel macam ini.
Piano model dulu
Barbie Doll dalam tahun 1970-an
Pemandangan di restoran Cina di Malaysia zaman dulu-dulu
Lama sungguh dah tak jumpa minuman botol kaca begini
Minuman berkarbonat adalah minuman mewah masa kita kecil-kecil dulu. Susah nak dapat minum, kecuali pada musim Hari Raya.
Kalau anda belum tahu, inilah suasana asal Kopitiam
Pemandangan tipikal sebuah dapur rumah di Malaysia zaman dulu
Rumah kami dulu pun ada almari lauk macam ini
Koleksi perhiasan rumah
Telefon kat rumah kita zaman dulu-dulu
Singa Maybank
Poster wayang zaman dulu-dulu
Jefri Zain ~ Singapore's Own Bond
Suasana perkampungan di zaman dulu-dulu
Kenangan di Time Tunnel
Suasana begini sering dilihat di perkampungan Cina di Perak zaman dulu-dulu
Disebabkan kami tinggal di komuniti yang ramai masyarakat Cina, Myself pandai main Chinese Checkers ni masa kecil-kecil dulu
Mahjong
Basikal penjual ais kerim zaman dulu-dulu

Part 18: Market

Seronok juga melawat ke Time Tunnel kerana banyak nostalgia lama ada di situ. Dari sana, kami bergerak ke destinasi terakhir dalam Full Day Tour kami ~ Cactus Point.

Join the crowd ~ bersama-sama dalam traffic jam menuju ke Brinchang
Gerai Nangka di tepi jalan
Kata Uncle Maniam, ini buah Kelapa Afrika
Berdikit-dikit, lama-lama naik bukit. Hahaha!!
Dalam perjalanan, Uncle Maniam membawa kami singgah di sebuah market tepi jalan yang Myself tak tahu namanya. Pelbagai hasil tempatan dijual di sini.

Sebuah pasar di Cameron Highlands
Pelbagai gerai jualan
Jagung
Kaktus
Strawberry
Sayur-sayuran
Sayur Goreng
Bunga-bungaan
Gadis dan Bunga

Part 19: Cactus Point

Cactus Point adalah sebuah pusat jualan kaktus. Tapi masa mula masuk tu, tak nampak pun kaktus yang dijual. Yang kelihatan adalah pelbagai bunga-bungaan.

Cactus Point
Suasana di dalam Cactus Point
Pelbagai bunga untuk jualan
Lavendar
Bunga Hati
Golden Grass
Bonsai
Ada banyak juga bunga-bunga yang kita tak tahu namanya. Tengok sajalah gambar yang di bawah...

Kat belakang sikit ke sana barulah kita bertemu dengan pelbagai spesies kaktus yang ditanam. Ada di antaranya yang bersaiz gergasi. Kata Uncle Maniam kepada kami, pokok kaktus sebesar itu dah ditanam berpuluh-puluh tahun.

Di sini juga ada sebuah ladang strawberi yang kecil.

Ladang strawberi
Jangan tak tahu... pokok kaktus sebenarnya bukan sekadar pohon berduri berbatang gemuk yang menyimpan air di dalamnya. Kaktus juga mengeluarkan bunga-bunga cantik yang berwarna-warni.


Part 20: Suasana Petang Di Copthorne Hotel

Program lawatan kami tamat pada pukul 4 petang dan Uncle Maniam menghantar kami pulang ke Hotel Copthorne.


Pulang ke Hotel Copthorne
Pasar Kea Farm
Sebaik sampai ke hotel, kami terus menggunakan kemudahan kerusi urut yang disediakan untuk mengurut badan. Maklumlah seharian berjalan hari ini, sakit pinggang dibuatnya, lebih-lebih lagi sewaktu memanjat tangga di Mossy Forest pagi tadi.

Kita urut dulu...
Bila masuk ke bilik, kita terus jamak Solat Zohor dan Asar. Lepas itu, disebabkan Husband mengadu kelaparan, kami keluar lagi ke kedai-kedai makan yang terletak dekat dengan hotel itu.

Pemandangan petang dari bilik hotel
Masih traffic jam dengan kenderaan yang menuju ke Ipoh dan Gua Musang
Satu lagi pemandangan indah dari bilik hotel
Kawasan Kea Farm dekat hotel
Bagus juga keluar berjalan kaki ke kedai makan itu petang-petang begini kerana dapatlah kita melihat keindahan suasana sebenar di Copthorne Hotel ini.

Pemandangan di perkarangan Copthorne Hotel
Bunga Orkid
Sayur yang ditanam di perkarangan hotel
Bunga-bungaan di laluan menuju ke kedai makan
Kami memilih untuk minum petang di sebuah restoran mamak yang bernama Restoran Prima Maju. Kita makan Roti Canai petang ini. Sedap Roti Canai yang disediakan.

Restoran Prima Maju
Mengambil Order
Juadah Kari di sini nampak menyelerakan
Minum Petang
Lepas minum petang, kita balik ke hotel.

Berjalan balik ke hotel
Tempat untuk bersantai
Segar mata memandang
Pemandangan bak di England
Pintu masuk ke hotel
1,628 meter dari aras laut
Suasana petang di lobi hotel

Part 21: Dinner Di Restoran Arab

Malam itu, kami keluar berjalan kaki lagi ke kedai makan tadi untuk mencari dinner pulak.


Suasana malam di Copthorne Hotel
Malam ini kami memilih untuk makan di sebuah restoran Arab pulak. Restoran ini bernama Zahrat Alsham.

Restoran Zahrat Alsham
Menu Hidangan
Suasana di dalam restoran
Biasalah kan... Makan kat restoran Arab begini bukanlah murah. Mujurlah makanan yang disediakan di restoran ini memang sedap. Jadi tidaklah kita rasa terkilan sangat bila membayar makanan mahal-mahal begitu.

Hidangan makan malam kami
Roti Arab yang dibalut dengan plastik


 Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN CAMERON HIGHLANDS (2020):