Mac 2020
PAHANG, MALAYSIA
Cameron Highlands
Bahagian 6: Full Day Tour 3
BUTTERFLY FARM & RAAJU'S HILL STRAWBERRY FARM
HARI KEDUA (3)
Part 14: Butterfly Farm
Selepas melawat Ladang Teh Boh Sungai Palas, kami dibawa melawat ke Taman Rama Rama. Cuma kami berdua dan Mamat Spanish yang berdua tu saja masuk ke dalam. Couple dari New Zealand pula memilih sekadar untuk menunjau-ninjau kedai yang menjual cenderamata di luar taman.
|
Taman Rama-Rama |
|
Kaunter Tiket |
|
Entrance |
|
Pintu masuk ke rumah rama-rama |
Tak macam lawatan kami ke Butterfly Garden di Cebu dulu, ada banyak rama-rama di sini. Cuba tengok betul-betul kat celah bunga dalam gambar-gambar di bawah ni... Mesti boleh nampak rama-rama.
Bermacam-macam spesies rama-rama ada kat sini...
Rama-rama yang tengah menghisap madu pun ada...
Rumah rama-rama kat sini sebenarnya taklah seberapa besar. Selebihnya adalah macam mini zoo. Mungkin juga sebagai tarikan untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil untuk melawat ke sini. Contohnya macam Rumah Ular ini...
|
Rumah Ular |
|
Antara spesies ular yang dipamerkan |
|
Tak stay lama kat sini sebab tak suka tengok ular-ular ni... |
Lebih seronok kita tengok kolam kecil yang ada angsa di dalamnya...
Bila dah lokasinya di Cameron Highlands, mestilah ada banyak bunga juga di sini...
|
Taman bunga-bungaan |
|
Orkid |
|
Pelbagai spesies Orkid |
|
Spesies Orkid yang agak biasa kita lihat |
|
Kincir Angin |
|
Menikmati keindahan bunga-bungaan |
|
Pelbagai spesies bunga |
|
Butterfly Farm |
Haiwan-haiwan yang dibela di Mini Zoo ini memang haiwan yang menarik perhatian kanak-kanak. Tapi orang-orang tua macam kita pun tertarik juga...
|
Kangaroo |
|
Comel je Kangaroo ni |
|
Kucing |
|
Kesian pulak tengok kucing ni duduk kat dalam sangkar |
|
Rumah Arnab |
|
Penghuni dalam rumah arnab |
|
Biri-biri |
|
Ruang Rehat |
|
Kura-Kura |
|
Rumah Racoon |
|
Racoon |
|
|
Jenuh acah suruh dia berpusing kat kita, tapi tetap tak mahu |
|
Hamster |
|
Tengah tidur |
Sebelum meninggalkan Taman Rama-rama, kita melawat pula Rumah Serangga.
|
Rumah Serangga |
|
Kumbang Gergasi |
|
Cicak Kubing |
|
Scorpion |
|
Tarantula |
Part 15: Lunch Dekat Copthorne Hotel
Tak seperti kami yang membuat Full Day Tour hari ini, couple dari New Zealand dan Mamat Spanish yang berdua itu cuma membuat Half Day Tour. Jadi selepas melawat Taman Rama-Rama, Uncle Maniam membawa mereka ke Copthorne Hotel untuk drop-off. Dari sana, seorang rakan sekerja Uncle Maniam akan membawa mereka kembali ke hotel penginapan mereka di Tanah Rata.
Selepas itu, Uncle Maniam membawa kami singgah di sebuah restoran berhampiran Copthorne Hotel untuk makan tengahari. Lunch tak termasuk dalam pakej yang kami ambil, jadi kenalah dibayar sendiri.
|
Singgah makan tengahari |
|
Lunch |
Part 16: Raaju's Hill Strawberry Farm
Kita teruskan lagi Tour selepas makan tengahari dengan melawat sebuah ladang strawberi. Ladang yang bernama Raaju's Hill Strawberry Farm ini sebenarnya terletak tidak jauh dari Copthorne Hotel.
|
Selamat datang ke Raaju's Hill |
|
Raaju's Hill |
Disebabkan iklimnya yang dingin, ada banyak ladang strawberi di Cameron Highlands. Kata Uncle Maniam, hasil dari ladang strawberi di sini tidak dieksport ke luar negara seperti hasil-hasil pertanian yang lain. Buah-buah strawberi ini hanya dijual di pasaran tempatan di Cameron Highlands untuk dibeli kebanyakannya oleh pelancong.
|
Ladang Strawberi |
|
Bunga ros di tepi ladang |
Tidak seperti pertanian strawberi tradisional di masa dulu di mana pokok-pokok strawberi ditanam menjalar di atas tanah, ladang-ladang stawberi kini ditanam dengan menggunakan teknik hidroponik. Selain memberikan hasil yang lebih banyak, pokok-pokok ini juga ditanam di atas pelantar-pelantar kayu yang membolehkan kerja mengutip buah strawberi kini lebih ergonomik. Tak adalah pekerja menderita sakit belakang lagi terpaksa membongkok di atas tanah mengutip buah strawberi seperti di masa dulu.
|
Masuk ke ladang strawberi |
Cuma sebahagian saja ladang strawberi di Raaju Farm ini yang boleh dilawati. Itu pun terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dibuka cuma kepada pengunjung yang membuat strawberry picking. Bayaran yang dikenakan adalah RM30 untuk kutipan minima 500 gram.
|
Teknik penanaman hidroponik |
Bagi yang tak membuat strawberry picking seperti kami, kita cuma dibenarkan melawat ke sebahagian kecil ladang saja. Tak banyak pun buah strawberi yang ada di situ.
|
Kawasan ladang kecil ini saja yang dibuka untuk dilawat oleh pengunjung yang tak membuat strawberry picking |
|
Uncle Maniam memberi penerangan tentang penanaman strawberi menggunakan kaedah hidroponik |
|
Bahan yang digunakan dalam tanaman kaedah hidroponik ini ialah tanah yang dicampur dengan sabut kelapa |
|
Sabut kelapa yang dicampur dengan tanah |
|
Sistem pengairan |
|
Pokok strawberi yang sedang berbunga |
|
Buah strawberi |
Kata Uncle Maniam lagi, cuma pelancong dari Malaysia dan Singapore saja yang suka melawat ke ladang strawberi. Orang Putih jarang yang nak melawat ke sini kerana buah strawberi cukup mudah ditemui di kampung halaman mereka yang beriklim dingin macam di Cameron Highlands ini. Orang Putih sebaliknya lebih gemar memilih aktiviti Jungle Walk kalau berkunjung ke Cameron Highlands.
|
Kawasan strawberry picking yang berbayar itu terletak di sebalik pagar ini. Memang banyak buah strawberi yang ada di sana. |
|
Kenangan di ladang strawberi |
|
Tumpang tangkap gambar buah strawberi yang baru dipetik |
Lepas melawat ladang strawberi, kita melawat pula ke pusat jualan strawberi. Ada buah strawberi dan jam strawberi buatan ladang ini sendiri dijual di sana.
|
Pusat jualan strawberi |
|
Buah strawberi dan jem strawberi |
|
Ada 2 jenis jem yang dijual: yang manis dan yang kurang gula |
|
Pemandangan di luar pusat jualan strawberi |
|
Belian hasil strawberi |
Iklan Raaju's Hill Strawberry Farm ini ada menyebut yang di ladang ini ada The Best Strawberry Milkshake In Town.
Dah sampai ke sini, kita cubalah minum milkshake yang famous ini.
Memang sedap! Tapi disebabkan kami baru lepas makan tengahari dan perut
masih kenyang, kami cuma membeli segelas milkshake yang dikongsi berdua.
Itu pun jenuh nak menghabiskannya.
|
Raaju's Cafe |
|
Self-Service Counter di dalam Raaju's Cafe |
|
Yang milkshake itu saja yang kami punya. Ice cream itu orang lain yang order. Kami cuma tumpang ambil gambar saja. |
|
Strawberrry Chocolate Cake |
|
Menu di Raaju's Cafe |
|
The Best Milkshake In Town @ Raaju's Cafe |
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN CAMERON HIGHLANDS (2020):