Friday, 3 April 2020

2020 CAMERON HIGHLANDS BHG. 03 (Lavender Garden)

Mac 2020

PAHANG, MALAYSIA
Cameron Highlands

Bahagian 3: Jalan-Jalan Cameron 2
CAMERON LAVENDER GARDEN

HARI PERTAMA (3)

Part 7: Lavender Garden

Persinggahan kami yang seterusnya pada Hari Pertama ini adalah ke Lavender Garden. Taman ini terletak agak jauh dari Rose & Orchid Garden tadi. Sepanjang jalan, kami dapat melihat traffic jam yang panjang di lorong sebelah jalan yang menuju masuk ke Cameron Highlands. Kata Parthi, jalan ini memang akan traffic jam pada hujung minggu begini kerana ia adalah laluan masuk dari arah Ipoh.

Lorong yang kat sebelah sana tu banyak sangat kereta yang datang dari arah Ipoh. Weekend la katakan...
Pemandangan yang menyegarkan di Cameron Highlands
Lavender Garden ini terletak di antara Tringkap dan Kuala Terla. Masa kami tiba jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Ada sejam lagi sebelum waktu tutup (7 malam). Jom kita masuk cepat-cepat ke dalam...

Walaupun namanya Lavender Garden, bunga lavender yang ditanam tak banyak sangat sebenarnya. Bunga-bunga lain lagi banyak. Tapi tak apa, sebab pemandangan bunganya tetap cantik.

Props yang diletakkan di taman ini untuk bergambar sedikit-sebanyak mengingatkan Myself kepada suasana di Chocolate Ville di Bangkok.

Antara tarikan pengunjung ke sini ialah Lavender Ice Cream. Kami pun cubalah makan ais kerim ini, tapi rasanya macam tak kena sangatlah dengan taste bud kami. Macam rasa sabun pun ada. Sebab itulah agaknya orang selalu buat sabun lavender. Walau bagaimanapun, kon ice cream ini memang sedap.

Spesis bunga lavender yang ditanam di sini berasal dari Taiwan dan Jepun.

Ada sebuah istana purple yang cantik dalam Lavender Garden ini. Istana ini adalah sebenarnya pejabat taman ini. Best juga kan, kalau ofis kita pun duduk dalam istana macam ini. Kalau orang tanya kita kerja kat mana, bolehlah jawab yang kita kerja dalam istana.

Sebelum masuk ke bangunan istana, kita melencong sikit ke taman yang terletak di tingkat atas. Tempat ini adalah spot favourite untuk pengunjung bergambar.

Macam tarikan pelancongan yang lain juga, ada sebuah kafetaria disediakan di sini. Hidangan istimewanya adalah makanan ringan seperti kek lavender.

Aktiviti di sini bukan sekadar melihat lavender dan bunga-bunga yang cantik. Nak petik bunga dan strawberry pun ada...

Ada bayaran dikenakan kalau nak memetik bunga dan strawberry di sini. Tapi tak check pulak berapa harganya sebab kami tak buat pun aktiviti-aktiviti itu. Memang tak dinafikan yang Cameron Highlands memang syurga untuk peminat bunga. Pelbagai bunga yang cantik dan berwarna-warni ada di sini.

Kalau ada sesiapa yang nak berkunjung ke Cameron Highlands dan mencari-cari tempat yang boleh dilawati, Myself recommend supaya anda datang ke sini. Bukan sekadar cantik, taman ini juga bersih dan terjaga rapi.

Untuk pekerja dan pengunjung ke taman ini yang beragama Islam, ada sebuah surau yang cantik turut disediakan di sini.

Kemudian barulah kita masuk ke dalam istana purple. Selain menjadi pejabat pentadbiran yang tak dibuka kepada umum, ada sebuah kedai cenderamata di dalamnya.

Ada juga lukisan-lukisan 3D di sini untuk bergambar. Fun with friends and family, begitu!

Kemudian tibalah masa untuk kami melangkah pergi. Taman ini pun dah nak ditutup pada masa itu.

Macam juga di tempat-tempat pelancongan yang lain, laluan keluar dari taman ini juga adalah menerusi kedai-kedai menjual cenderamata. Kalau tak kuat iman, mesti tergoda punya melihat cenderamata yang dijual.


Part 8: Pulang Ke Hotel

Walaupun ketika itu hari dah hampir nak malam, laluan perjalanan pulang kami masih traffic jam dengan kenderaan. Tapi traffic jam kat Cameron ini bukanlah tak bergerak langsung. Kenderaan masih boleh bergerak tetapi slow. Dalam keadaan cuaca yang dingin dan pemandangan yang cantik di sekitar, cuma driver sajalah yang rasa tension. Penumpang-penumpang kereta happy je..

Kesesakan sewaktu perjalanan pulang ke hotel
Sesuatu yang bagus mengenai penginapan kami di Copthorne Hotel di Cameron Highlands ini ialah ada beberapa buah kedai makan yang terletak betul-betul dekat pintu masuk ke hotel. Boleh berjalan kaki saja dari hotel pergi ke sana. Ke situlah kami pergi pada malam itu untuk mencari makan malam.

Kedai-kedai makan berhampiran Copthorne Hotel. Ada kedai makanan Melayu, Cina dan Arab.
Selain kedai makan, ada juga kedai runcit dan pusat urut reflexology di sini
Kedai pilihan kami untuk dinner
Selepas dinner, kami berjalan kaki balik ke hotel. Seperti yang diperkatakan oleh ramai orang, Cameron Highlands sekarang dah tak sesejuk Cameron Highlands di satu masa dulu. Namun kesejukan tetap terasa di waktu malam begini sewaktu kami berjalan balik ke hotel.

Copthorne Hotel, Cameron Highlands
Jangkasuhu di depan Copthorne Hotel ini sentiasa menunjukkan suhu 18'C kerana ia sebenarnya adalah iklan sebuah kafe di dalam hotel yang bernama 18 Celcius.
Kaunter Reception
Lobi Hotel
18 Celcius Cafe di Copthorne Hotel
Peta Cameron Highlands di lobi hotel
Peta kawasan Brinchang
Selamat Malam, Cameron Highlands


 Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN CAMERON HIGHLANDS (2020):