Tuesday 24 November 2009

2009 SHANGHAI BHG. 02

November 2009

EASTERN CHINA
Shanghai, Suzhou & Hangzhou

Bahagian 2: Hangzhou & Shanghai (1)
WEST LAKE, SONG DYNASTY VILLAGE, LONGJING TEA PLANTATION & HUANGPU RIVER CRUISE

HARI KEDUA (2)

Part 11: Phoenix Temple Mosque 

Selepas makan, kami dibawa ke Phoenix Temple Mosque untuk bersolat. Paip air di masjid ini tak ada pemanas. Menggigil kami sewaktu mengambil wuduk.

Masjid ini adalah antara masjid yang tertua di China. Ia dinamakan Phoenix Temple kerana bentuk bangunan asal masjid ini dikatakan seperti burung Phoenix.

Topiari berbentuk kepala Phoenix di pintu masuk ke Phoenix Temple Mosque
Masjid ini terletak agak jauh ke dalam dari Gate Kepala Phoenix tadi.
Di perkarangan Phoenix Temple Mosque, terdapat sebuah plak yang menceritakan sejarah masjid ini.
Jam Matahari ini digunakan untuk menentukan waktu solat
Menara masjid ini masih digunakan untuk melihat anak bulan.
Pintu masuk ke ruang solat utama.
Tram yang berulang-alik di hadapan Phoenix Temple Mosque
Pemandangan pintu masuk ke Masjid Phoenix Temple

Part 12: West Lake

Tarikan utama pelancong ke Hangzhou adalah West Lake, sebuah tasik yang cantik dan menjadi inspirasi kepada Chinese Gardens.

Pintu masuk ke West Lake dari perhentian bas kami.
Basikal untuk disewa di West Lake.
Bot Kerajaan untuk kegunaan VIP yang berkunjung ke West Lake.
Pemandangan indah musim luruh di West Lake.
Pemandangan di jeti Boat Cruise

Boat Cruise di West Lake
Pagoda di seberang tasik.
Bot awam yang membawa penduduk tempatan berulang-alik menyeberang tasik ini.
Penduduk tempatan yang menyeberang West Lake dengan bot awam.
Jambatan Su Causeway di West Lake yang dibina oleh seorang Maharaja China.
Pemandangan ini dinamakan "Three Ponds Mirroring The Moon" dan ia diabadikan dalam Wang Kertas China (1 Yuan). Pada perayaan Mid-Autumn Festival, ketiga-tiga tanglung batu ini akan dinyalakan dengan api dan pemandangannya seolah-olah tiga bayangan bulan purnama di atas tasik yang digambarkan sebagai "Three Ponds Mirroring The Moon".
Tanglung yang ketiga. Disebabkan jarak mereka yang berjauhan, sukar untuk mengabadikan ketiga-tiga tanglung batu ini dalam satu gambar.
Daun pokok yang bertukar warna dalam musim luruh.

Part 13: Song Dynasty Village

Atas saranan Alan, semua ahli rombongan sepakat membuat optional tour ke Song Dynasty Village, sebuah replika kampung China purba.


Pintu masuk ke Song Dynasty Village yang dikawal oleh 2 orang tentera Maharaja
Gambaran perkampungan China purba di Song Dynasty Village
Kasut-kasut tradisional yang dipakai oleh wanita China pada masa dahulu.
Jika nak bergambar untuk kenangan, pakaian tradisional China boleh disewa di sini.
Patung Buddha yang dibina untuk hiasan di Song Dynasty Village
Lagi kedai tradisional di Song Dynasty Village
Air terjun buatan yang menarik di Song Dynasty Village
Kami diberitahu bahawa ada persembahan akrobatik yang dilaksanakan di atas kolam ini pada setiap musim panas.
Pemandangan yang sering dilihat dalam drama China purba di televisyen.
Di Song Dynasty Village ini juga, kami berkesempatan menyaksikan persembahan "The Romance of The Song Dynasty" yang penuh dengan Special Effects yang mengkagumkan.

Poster Persembahan The Romance of The Song Dynasty
Bergambar di luar teater Romance of Song Dynasty
Adegan kebesaran Maharaja China dalam The Romance of Song Dynasty
Aksi akrobatik yang dipertontonkan dalam The Romance of Song Dynasty
Penari-penari yang menggambarkan suasana pemetik teh di China. Special Effects air terjun di belakang sana bagaikan air terjun yang sebenar.
Sami-sami Buddha "sebenar" di hadapan sedang bermeditasi dengan Sami-sami Buddha "Special Effects" di belakang.
Satu lagi aksi akrobatik yang menarik
Tarian ini menceritakan kisah lagenda West Lake.
Aksi pertarungan merebut Tembok Besar China adalah antara Special Effects yang paling menarik.
"Special Effects" menarik dalam pertarungan merebut Tembok Besar China.

Part 14: Musilim Restaurant

Makan malam disediakan di Musilim Restaurant, sebuah lagi restoran Muslim yang kami kunjungi di Hangzhou. Seperti juga kebanyakan restoran Muslim yang kami kunjungi, masakannya adalah bercirikan Xinjiang, sebuah wilayah Muslim di Barat Negara China. 


Musilim Restaurant di Hangzhou.
Pemandangan di dalam Musilim Restaurant
Alan sedang mengaturkan tempat duduk untuk rombongan.
Selepas makan, kami dibawa ke hotel penginapan kami di Hotel Haiwaihai Xixi.

Check-in ke Hotel Haiwaihai Xixi
Lobi Hotel Haiwaihai Xixi.

HARI KETIGA

Part 15: Hotel Haiwaihai Xixi

Di Hangzhou, kami tinggal di Hotel Haiwaihai Xixi - susah betul nak sebut nama hotel ni.

Hotel Haiwaihai Xixi di Hangzhou.
Pemandangan bandar Hangzhou dari Hotel Haiwaihai Xixi.
Tour Guide kami, Alan rupanya tinggal di bandar Hangzhou. Sewaktu kami bermalam di hotel, dia mengambil kesempatan pulang ke rumah. Pada keesokan harinya, dia terlambat tiba di hotel. Sukar nak mendapatkan teksi, katanya.

Part 16: Longjing Tea Plantation

Bandar Hangzhou juga terkenal dengan tanaman teh hijau. Oleh itu, kami dibawa ke Longjing Tea Plantation, sebuah kebun teh berhampiran Hangzhou.


Terowong ke Longjing
Kebun teh di Longjing
Alan sedang memberi penerangan tentang pokok teh.
Dalam Bahasa Cina, Longjing bermaksud "Perigi Naga" (Dragon's Well).

Menghidu daun teh segar di Longjing
Dalam bangunan kebun teh ada beberapa buah bilik yang digunakan untuk demonstrasi minum teh di sekeliling courtyard ini.
Demonstrasi khasiat teh hijau oleh Tea Expert
Sedap betul si Kiran ni minum teh hijau - sampai 4 gelas.
Pemandangan berhampiran kedai souvenir di Longjing Tea Plantation

Part 17: Shanghai

Di penghujung trip barulah kami melawat Bandaraya Shanghai. Shanghai adalah bandar terbesar di China dan ketiga besar di dunia.

Kami bertolak dari Hangzhou ke Shanghai menggunakan Lebuhraya. Dalam perjalanan, bas berhenti di sebuah kawasan rehat.

Kawasan rehat di Lebuhraya Hangzhou - Shanghai
Toilet di Kawasan Rehat ni cukup unik, sampai tak tahu macamana nak guna...
Bandaraya Shanghai amat moden. Perkara pertama yang diperhatikan sewaktu tiba di bandaraya ini adalah lebuhrayanya yang dibina amat tinggi - jauh lebih tinggi dari lebuhraya di Tokyo.

Lebuhraya di Shanghai
Seperti juga bandaraya utama lain di dunia, Shanghai juga turut mengalami kesesakan lalu lintas.
Bila Myself memberitahu kepada dua anak saudara perempuan yang mengikut trip ni bahawa Shanghai adalah bandar yang ketiga terbesar di dunia selepas Tokyo dan New York City, mereka sibuk pulak bertanya apakah bandaraya yang keempat dan kelima terbesar di dunia.  

Nasib baik Husband bantu menjawab: Bandar keempat terbesar di dunia ialah Batu Gajah dan bandar kelima pulak Kajang (iaitu hometown kedua-dua budak ni). Barulah mereka tak lagi bertanya.


Bangunan-bangunan pencakar langit di Shanghai
Ketika itu, Shanghai sedang membuat persediaan untuk menganjurkan World Expo pada tahun 2010. Oleh itu, maskot Shanghai World Expo yang dinamakan Hai Pao sentiasa kelihatan di mana-mana.
Bangunan Dewan Bandaraya Shanghai
Walaupun Shanghai adalah sebuah bandaraya moden, elemen-elemen tradisional Cina seperti penyapu buluh yang dipakai oleh pekerja-pekerja ini jelas kelihatan di mana-mana.

Part 18: Masjid Fuyou 

Setibanya di Shanghai, Alan terus membawa kami ke Masjid Shanghai. Malangnya masjid tersebut sedang ditutup untuk kerja ubahsuai. Atas cadangan staf di masjid, kami pergi ke Masjid Fuyou.


Masjid Fuyou di Shanghai
Indoor Courtyard di dalam Masjid Fuyou
Tempat Wuduk di Masjid Fuyou
Pemandangan di dalam Masjid Fuyou
Ruang solat di Masjid Fuyou
Ruang solat wanita di Masjid Fuyou
Pemandangan bandar Shanghai berhampiran Masjid Fuyou
Kedai-kedai berdekatan Masjid Fuyou
Taman Pokok Buluh berhampiran Masjid Fuyou

Part 19: Oriental Muslim Restaurant

Makan malam disediakan di Oriental Muslim Restaurant. Restorannya kelihatan amat simple dari luar.

Oriental Muslim Restaurant
Menunggu makanan dihidangkan di Oriental Muslim Restaurant.

Part 20Huangpu River Cruise

Oleh kerana tiada event diaturkan untuk rombongan malam itu, kami sekali lagi memilih Optional Tour - menaiki bot (cruise) di Sungai Huangpu.

Menunggu Alan membelikan tiket cruise
Pemandangan di tingkat bawah bot Cruise
Bahagian atas boat yang open-air menjadi tumpuan penumpang bot yang ingin menikmati pemandangan malam kota Shanghai
Pemandangan malam kawasan yang dinamakan "The Bund".
Bot-bot persiaran di Sungai Huangpu
Pemandangan malam kawasan Pudong dari bot persiaran di Sungai Huangpu
Satu lagi pemandangan kawasan The Bund.
Bandar Shanghai memang kelihatan amat indah di waktu malam, diterangi cahaya lampu dari bangunan-bangunan tinggi di sepanjang Sungai Huangpu.


Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN (EASTERN CHINA) 2009: