Sunday 3 January 1999

1999 NAGOYA & TOKYO, JAPAN

November 1999

JAPAN - 1st. VISIT
Nagoya & Tokyo
 
Kali pertama berkunjung ke Jepun adalah kerana mengikuti kursus "Industrial Waste Recycling" anjuran Association of Overseas Technical Scholarship (AOTS). Kursus selama 3 minggu ini diadakan di Chubu Kenshu Center, Toyota City dan dihadiri oleh peserta dari 3 buah negara: Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Part 1: Chubu Kenshu Center (CKC) 

Chubu Kenshu Center (CKC) terletak di Toyota City, tidak jauh dari Nagoya yang merupakan bandar keempat terbesar di Jepun. Pusat latihan ini lengkap dengan bilik-bilik seminar dan asrama.

Chubu Kenshu Center, Toyota City
Antara kenangan yang tidak dilupakan di CKC adalah mengalami gempa bumi. Sewaktu kami tiba di CKC, peserta diajar apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku gempa bumi. Antara tindakan yang boleh diambil ialah menyorok di dalam almari pakaian untuk mengelakkan benda-benda yang mungkin terjatuh sewaktu gempa bumi tertimpa di atas kepala.

Ketika itu Myself baru saja bersiap untuk tidur. Tiba-tiba semua benda yang berada di bilik bergegar. Ketika sedang teragak-agak nak bersembunyi dalam almari, gegaran tadi berhenti. Namun selepas peristiwa itu, memang fobia sewaktu nak melelapkan mata setiap malam selama berada di CKC.


Bilik penginapan di CKC
AOTS menganjurkan kursus kepada peserta-peserta yang datang dari seluruh dunia. Maka, tidak hairanlah sekiranya mereka amat memahami budaya dan agama setiap peserta.

Kaunter receptionist di Chubu Kenshu Center
Masih ingat lagi rasa agak kaget sewaktu kakitangan AOTS menyerahkan pamplet waktu solat kepada Myself sewaktu mula tiba di CKC. Mungkin staf tersebut dapat mengagak Myself beragama Islam kerana memakai tudung kepala.

Kafetaria di CKC mempunyai satu seksyen yang khusus menyediakan makanan Halal untuk peserta yang beragama Islam.
Disebabkan kedudukannya yang agak terpencil, CKC turut menyediakan perkhidmatan shuttle kepada mana-mana student yang nak berkunjung ke pusat bandar Toyota City ataupun Josui Station.

Toyota City
Stesen Keretapi Josui berdekatan CKC. Dari stesen inilah kami menaiki keretapi ke Nagoya.
Bandar Toyota City adalah lokasi ibu pejabat bagi syarikat pembuat kereta Toyota. Di sekitar Toyota City, terdapat kilang-kilang kecil sederhana yang membekalkan barang-barang untuk dipasang dalam kereta Toyota. Sewaktu berkursus, kami turut berpeluang melawat kilang membuat kereta Toyota Camry.

Gambar pemandangan di dalam kilang Toyota. Sebenarnya fotografi tak dibenarkan dalam kilang. Jadi gambar ini diambil dari internet.

Part 2: Nagoya

Bandar Nagoya adalah bandar keempat terbesar di Jepun selepas Tokyo, Osaka dan Yokohama. Ia terkenal sebagai bandar perusahaan automobil kerana di sinilah letaknya ibu pejabat bagi Toyota, Honda dan Mitsubishi Motors.

Daerah Sakae di Nagoya. Di sini terdapat pusat-pusat membeli-belah yang mewah dan mahal.
Pada hari kedua di Nagoya, peserta kursus menjalani program orientasi untuk mengenali bandaraya Nagoya. Kami dibawa menaiki keretapi dari stesen Josui di Toyota City menuju ke Shiyakusho yang terletak di tengah-tengah bandar Nagoya, berdekatan dengan City Hall.

Stesen Shiyakusho (City Hall)
Di stesen ini, kami diberikan peta dan panduan keretapi di mana kami perlu mencari sendiri tempat-tempat menarik yang ditetapkan di Nagoya.

NAGOYA CASTLE

Istana Nagoya (Nagoya Castle) dibina oleh  Oda Nobunaga, seorang shogun yang terkenal di Jepun.


Nagoya Castle. Terdapat ukiran dolphin emas di bumbung istana.


Pintu masuk ke dalam istana.
Tembok luar Nagoya Castle dibina slanting untuk menyukarkan musuh memanjat masuk ke dalam istana.

Muzium di dalam Istana Nagoya
Replika Dolphin Emas yang dipasang di bumbung istana.
Di luar istana, terdapat sebuah taman yang cantik, lebih-lebih lagi dengan pemandangan daun yang berwarna-warni pada musim luruh. Taman ini dinamakan Ninomaru Gardens.

Ninomaru Gardens di perkarangan Nagoya Castle.
Sewaktu di Ninomaru Gardens juga, kami berkesempatan mencuba Japanese Tea Ceremony. 

OSU KANNON

Osu Kannon adalah pasar membeli-belah yang menjadi tumpuan kami sewaktu di Nagoya. Pelbagai barangan dijual di sini. "Kannon" adalah perkataan Jepun yang merujuk kepada patung Buddha, dan kawasan ini dinamakan Osu Kannon sempena nama sebuah kuil Buddha yang terdapat di sini.

Kuil Buddha Osu Kannon
Menurut lagendanya, di kuil ini terdapat sebuah patung Buddha yang ditemui oleh 2 orang nelayan di Nagoya. Patung Buddha ini dengan tidak semena-mena termasuk ke dalam jaring tangkapan ikan mereka sewaktu menjala. Patung tersebut kemudiannya dihadiahkan kepada kuil ini. 

Kami walau bagaimanapun tak jenguk masuk ke dalam kuil ini. Cukup sekadar melihat dari luar saja sambil makan nasi yang dibeli di 7-Eleven berhampiran.


Osu Kannon Shopping Street

NAGOYA CENTRAL PARK 

Nagoya Central Park terletak di tengah bandar Nagoya. Pada hujung minggu kawasan ini dipenuhi dengan remaja-remaja Jepun bermain muzik ala-ala di Harajuku, Tokyo. Memang bingit telinga kerana muzik dimain dengan sekuat hati.

Pintu masuk ke Nagoya Central Park. Ada underground shopping center di sini.
Pada hujung minggu, ramai remaja Jepun berkumpul bermain muzik di Central Park.
Pemandangan indah di Central Park, Nagoya.

Part 3: Tokyo 

Salah satu program sewaktu berkursus adalah lawatan ke bandaraya Tokyo. Jarak di antara Tokyo dan Nagoya adalah lebih 300 km, jadi kami dibawa ke sana dengan menaiki keretapi peluru yang dinamakan Shinkansen dalam bahasa Jepun.

Shinkansen Hikari yang membawa kami dari Nagoya ke Tokyo.
Kami diberitahu terdapat 3 kelas perkhidmatan Shinkansen: Nozomi, Hikari dan Kodama. Kami ke Tokyo dengan menaiki Shinkansen Hikari di mana perjalanan sejauh lebih 300 km ini hanya memakan masa kira-kira 2 jam. Jika Shinkansen Nozomi digunakan, perjalanan yang sama hanya memakan masa kira-kira 45 minit. Lajunya!!

Disebabkan kelajuannya, sukar sekali untuk menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan keretapi dari Nagoya ke Tokyo. Untuk mengelak dari terkena migrain, pandangan perlu ditumpukan kepada objek yang jauh di luar tingkap. Antara pemandangan menarik yang dilihat dalam perjalanan adalah Gunung Fuji. Walaupun ketika itu masih musim luruh, kemuncak Fujiyama telah mula diliputi salji yang memutih.


Pemandangan Gunung Fuji dilihat dari Shinkansen dalam perjalanan dari Nagoya ke Tokyo
Di Tokyo, kami menginap di Ark Hotel yang terletak di daerah Shibuya. Hotel ini amat sempit, membayangkan betapa mahalnya nilai hartanah di bandaraya terbesar di dunia ini.

Pintu masuk ke Ark Hotel, Tokyo
Pemandangan dalam bilik Ark Hotel. Inilah pandangan lebar keseluruhan bilik - hanya semuat satu katil single sahaja.

TOKYO TOWER

Kami dibawa ke Tokyo Tower yang merupakan mercu tanda bagi bandaraya Tokyo.


Pemandangan Tokyo Tower dari bawah
Nama rasminya adalah Nippon Denpato (Menara Pemancar Radio Jepun) Ia didirikan bagi keperluan penyiaran stesen-stesen TV di Tokyo.

Pintu masuk ke Tokyo Tower
Rekabentuk Menara Tokyo dibuat mengikut Menara Eiffel di Paris, Perancis.  Bahagian atas menara direka untuk menahan kekuatan angin kencang hingga  100 m per saat, manakala bahagian bawah menara menahan kekuatan angin kencang hingga  80 m per saat.  

Menara ini dicat dengan warna oren dan putih untuk mematuhi peraturan keselamatan penerbangan.


Lif untuk naik ke Menara
Pemandangan dari dalam lif ketika naik ke Observation Deck
Menara ini mempunyai dua Observation Deck dan AOTS hanya menaja kami meninjau Observation Deck di bawah sahaja. Sekiranya cuaca cerah, anda dapat melihat pemandangan seluruh kota Tokyo sehingga ke Gunung Fuji. Namun disebabkan cuaca berkabus sewaktu kami berada di sana, hanya pemandangan sebahagian kota Tokyo dapat dilihat.

Pemandangan bandaraya Tokyo dari Tokyo Tower

ASAKUSA

Lawatan seterusnya adalah ke Asakusa yang terkenal dengan Sensoji Temple.  

Menurut ceritanya, Sensoji Temple dibina oleh 2 beradik yang bekerja sebagai nelayan. Pada suatu hari mereka menemui patung Buddha (yang dinamakan Kannon) dalam pukat yang mereka pasang. Walau bagaimana sekalipun mereka mencuba memulangkan patung ke dalam sungai, ia tetap kembali kepada mereka. Maka untuk menghormati patung itu, dibinalah Sensoji Temple.

Pintu masuk ke Sensoji Temple
Burung merpati di perkarangan Temple
Bersebelahan kuil ini ada sebuah arked membeli- belah yang dinamakan Nakamise Shopping Street. Di sini banyak dijual barangan cenderamata yang menarik.

Nakamise Shopping Street

PENGAKHIR KATA ..

Demikianlah sedikit sebanyak coretan kenangan kunjungan pertama ke Negara Matahari Terbit pada Musim Luruh 1999. Tidak terlintas pun di fikiran ketika itu bahawa Jepun akan menjadi antara negara yang paling kerap dikunjungi kelak.. 



CATATAN PERJALANAN LAIN (JAPAN):

     

Friday 12 September 1997

1997 PADANG & BUKIT TINGGI, INDONESIA

Mei 1997

SUMATERA BARAT, INDONESIA

Padang & Bukittinggi


KUALA LUMPUR KE BUKITTINGGI 

Lawatan kedua ke Indonesia adalah ke Padang dan Bukit Tinggi yang terletak di Sumatera Barat. Lawatan ini adalah rombongan ketiga yang diatur oleh "orang kampung" selepas lawatan ke Medan dan Haadyai.

Seperti perjalanan ke Medan dulu, perjalanan ke Padang  juga adalah dengan menaiki Pelangi Airways. Cuma bezanya, kali ini kami berlepas dari Kuala Lumpur (masih dari Lapangan Terbang Subang). 

Penerbangan dari Kuala Lumpur dengan pesawat Fokker Pelangi Airways memakan masa 1 jam 15 minit.

Airport Padang yang berbumbung Minangkabau.
Sebaik tiba di Padang, guide kami yang bernama Dodi telah menunggu. Terus saja menaiki bas ke bandar Padang. 

Di bandar Padang ada terusan besar yang dinamakan Terusan Banjir.


Terusan Banjir.
Di sekitar bandar Padang ada public transport kereta kuda yang dipanggil Bendi.

Bendi
Bas membawa kami bersiar-siar sampailah ke kawasan yang dinamakan Muara. Tak tahu kenapa nama tempat ni "Muara". Mungkin kerana ia terletak di muara sungai.

Muara, Padang. Kawasan ni terkenal dengan lagenda Siti Nurbaya.
Selepas berkenalan lebih kurang dengan bandar Padang, bas membawa kami menuju ke Bukittinggi. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah di Lembah Anai yang mempunyai sebuah air terjun di sana.

Lembah Anai

BUKITTINGGI

Di Bukittinggi, kami menginap di Hotel Denai.


Hotel Denai
Selepas sarapan, kami dibawa ke Ngarai Sianok. Kata pemandu pelancong kami, Dodi tempat ni macam Grand Canyon di Amerika.

Ngarai Sianok.
Lobang Jepang
Dalam Ngarai Sianok, ada terowong yang digunakan oleh tentera Jepun waktu Perang Dunia Kedua dulu. Terowong ini boleh dilawati. Tapi tak ramai ahli rombongan yang berani masuk ke dalam. Ada la 3 atau 4 orang je yang masuk ke dalam termasuk Myself.

Pemandangan dalam Lobang Jepang
Bagi yang adventurous masuk ke dalam terowong, bas menanti di hujung terowong bersama ahli-ahli rombongan lain.

Destinasi seterusnya ialah Istana Pagaruyung. Dalam perjalanan kami dapat melihat Gunung Merapi. Sebenarnya masa terbang masuk ke Padang, kapalterbang kami terbang di atas gunung ni, yang sememangnya berasap masa tu.


Gunung Merapi
Istana Pagaruyung
Istana Pagaruyung adalah Rumah Adat bagi masyarakat Minangkabau di Indonesia (dan Malaysia??). Dalam istana ni ada sebuah papan yang tertulis adat pegangan yang menjadi rujukan orang Minangkabau.

Bahagian dalam Istana Pagaruyung
Macam juga istana Melayu lama di Malaysia, istana ini dibina tanpa menggunakan paku. Di halamannya juga ada rumah-rumah kecil yang digunakan sebagai kediaman pegawai istana pada masa dulu dan juga kebuk untuk menyimpan padi.

Sebuah lagi istana yang dilawati ialah Istana Selinduang Bulan. Dah tak ingat apa sejarah istana ni.


Istana Selinduang Bulan
Tengah ahli rombongan sibuk admire istana ni, ada seorang pakcik menjenguk dari dalam istana. Dia kata dia penjaga istana dan minta bayaran untuk masuk. Disebabkan kami tak mahu sebarang konfrontasi dengan pakcik tu, kami pun berlalu sajalah dari situ. Lagipun selepas melawat Istana Pagaruyung, rasa macam tak payahlah masuk ke dalam istana ni pulak.

Kami makan tengahari di sebuah restoran unik bernama Pondok Flora. Restoran ni dibina atas kolam ikan. Sambil makan boleh jenguk ikan dalam kolam di bawah.

Rumah Makan Pondok Flora
Lepas makan, kami pergi pula ke pusat sulaman di Pandai Sikek. Di sini ada kedai menjual hasil sulaman dan juga factory buat sulaman di belakangnya. Suasananya lebih kurang sama dengan kilang batik di Kelantan.

Signboard di Pandai Sikek
Tenunan di Pandai Sikek
Lepas melihat dan shopping tenunan di Pandai Sikek, kami balik ke Bukittinggi untuk makan malam di restoran Simpang Raya.  

Lepas makan dan sebelum balik ke hotel, ahli-ahli rombongan mencuba naik Bendi (kereta kuda) jalan-jalan di sekitar pekan. Terjerit makcik-makcik tu beramai-ramai bila kereta kuda terlanggar bonggol jalan. Maklumlah, tayar kereta kuda tu keras, bukan macam tayar kereta.

BUKITTINGGI 

Bukittinggi terkenal dengan Jam Gadang. Jam ini dibina oleh penjajah Belanda. Di sekelilingnya ada banyak Bendi yang boleh disewa sekiranya ingin bersiar-siar sekitar bandar.


Jam Gadang - "Big Ben" bagi Bukittinggi
Pada hari ketiga, kami sepatutnya meninggalkan Bukittinggi menuju ke Danau Maninjau. Sebelum bertolak, rombongan kami diberi peluang untuk membeli-belah di Pasar Bukittingi. Specialty di sini adalah fabrik.

Pasar Bukittinggi
Pasar Bukittinggi terbahagi kepada dua bahagian: Pasar Atas dan Pasar Bawah. Kami cuma concentrate di Pasar Bawah saja. 

Dalam perjalanan ke Danau Maninjau, kami singgah sebentar di pusat silver works Kerajinan Amai Setia yang terletak di sebuah tempat yang bernama Kotogadang.


Barangan perak di Kerajinan Amai Setia, Kotogadang
Berbeza dengan perjalanan ke Danau Toba dulu yang menaiki gunung, perjalanan ke Danau Maninjau adalah menuruni lurah melalui jalan bengkang-bengkok yang dinamakan Kelok 44.

Kelok 44 - Jalan bengkang-bengkok ke Danau Maninjau.
Danau Maninjau
Di Danau Maninjau, kami menginap di Hotel Maninjau Indah yang terletak di tepi tasik.

Hotel Maninjau Indah
Di sini tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain menikmati pemandangan indah Danau Maninjau. Antara pemandangan yang istimewa di sini adalah "fish farm" di sekitar hotel.

Ladang ternakan ikan berhampiran hotel.

PADANG 

Kembali ke Padang, singgah sebentar meninjau perusahaan Keropok Malinjo.

Perusahaan Keropok Malinjo di Padang.
Kemudian berehat pula di Pantai Padang yang ketika itu sunyi sepi, macam tiada pengunjung.

Pantai Padang yang sunyi dan sepi
Kemudian bermalam di Hotel Natour Muara sebelum kembali ke Malaysia keesokan harinya.