Saturday, 28 May 2022

2022 BATU GAJAH BHG. 07 (Kellie's Castle 1)

Mei 2022

PERAK, MALAYSIA
Batu Gajah

Bahagian 7: Batu Gajah 3
KELLIE'S CASTLE (1)

Part 20: Kellie's Castle (1)

Waktu kita kecil dulu, pekan Batu Gajah memang sepi. Kebanyakan penduduknya bekerja sebagai peniaga, pelombong ataupun pegawai kerajaan. Penduduk di kawasan luar pekan pula ramai yang bekerja di ladang getah. Kalau nak merasa suasana yang happening, kenalah pergi ke Ipoh. Cuma bermula sekitar tahun 2000, tiba-tiba banyak pulak muncul tempat-tempat menarik di sekitar Batu Gajah. Yang paling glamour dah pasti Kellie's Castle. Inilah tempat terakhir yang Myself nak perkenalkan kepada pembaca dalam entry mengenai Batu Gajah ini...

Kellie's Castle dari kejauhan. Siapalah pulak buang sampah merata-rata di situ? Mencemarkan keindahan kampung kita je ni, haihh!!
Jom singgah melawat kejap...
Kami memang akan lalu di depan Kellie's Castle setiap kali balik ke Batu Gajah. Tapi setakat lalu pandang sebelah mata sajalah... Biasalah begitu kan... kalau benda-benda yang depan mata kat kampung kita sendiri, sebesar bangkai gajah pun tak pandang. Kalau kat oversea tu, benda-benda kecik pun nak singgah tengok. So, di suatu hari nan indah sewaktu dalam perjalanan nak balik ke rumah di Batu Gajah, Myself dan Husband singgah melawat ke Kellie's Castle.

Pintu masuk ke Kellie's Castle
Tiket masuk ke Kellie's Castle
Ambil-ambil gambar suasana di kedai makan
Kedai makan
Suasana di kedai makan
Sejarah Kellie's Castle dalam Bahasa Omputeh.
Kellie's Castle dibina pada tahun 1910 oleh seorang British yang bernama William Kellie-Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di Agra, India. Buruh binaan Kellie's Castle turut dibawa khas dari Madras, India. Orang British di Malaya pada zaman dulu memang sukakan senibina Moghul yang banyak mereka perhatikan di India. Maka tak hairan memang banyak bangunan British di Malaysia pada masa dulu dibina mengikut gaya senibina itu seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan berbagai-bagai lagi.

Kellie's Castle yang dibina mengikut senibina Moghul di India
Macam di tourist attraction yang lain, semua pelawat yang masuk ke Kellie's Castle diminta bergambar dulu di depan green screen dan gambar kita akan di superimposed dengan pemandangan Kellie's Castle. Pelawat tak diwajibkan membeli gambar ini tetapi kami belilah juga sebab gambarnya lawa.

Kena lalu dan tunjuk tiket kat sini dulu. Lepas itu tangkap gambar pulak sebelum masuk.
Jambatan menyeberang sungai untuk masuk ke Kellie's Castle
Posing dulu dengan istana yang dibina di atas bukit
Nama asal Kellie's Castle ialah Kellas House sempena nama kampung halaman William Kellie-Smith di Scotland, namun kini ia lebih dikenali sebagai Kellie's Castle. Batu-bata bangunan tiga tingkat ini pula dilekat menggunakan bancuhan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Tiada besi atau paku digunakan dalam pembinaannya. Jubin dindingnya pula diimport dari Itali.

Satu lagi pose bersama Kellie's Castle
Kellie's Castle sebenarnya cuma 70% siap. Pembinaannya dihentikan apabila Kellie-Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 kerana pneumonia. Perniagaan Kellie-Smith turut merosot apabila 70 orang pekerjanya dari India mati dijangkiti Spanish Flu. Isteri Kellie-Smith yang bernama Agnes membuat keputusan untuk terus menetap di England apabila anak lelakinya Anthony terkorban dalam pertempuran ketika Perang Dunia Pertama, manakala anak perempuannya yang bernama Helen pula tiba-tiba menghilangkan diri.

Sejarah Kellie's Castle
Peta lokasi Kellie's Castle
Kellie's Castle Locks. Boleh letak kunci-kunci cinta kat sini.
Tangga naik ke Kellie's Castle
Jom kita naik ke atas
Pemandangan Kellie's Castle dari sisi
Pemandangan laluan masuk dari atas bukit
Pengunjung-pengunjung ke Kellie's Castle
Kellie's Castle yang kita lihat kini sebenarnya terdiri dari 2 bahagian: sebuah Rumah Agam besar setinggi 3 tingkat di bahagian depan (Kellie's Castle) dan runtuhan sebuah rumah kuning yang terletak di belakang Rumah Agam (Kellas House). Kellas House adalah rumah kediaman keluarga Kellie-Smith sewaktu Rumah Agam sedang dalam pembinaan. Disebabkan Rumah Agam tidak sempat disiapkan, keluarga Kellie-Smith hanya berkesempatan tinggal di Kellas House sebelum mereka meninggalkan Malaya.

Pemandangan keseluruhan kompleks Kellie's Castle yang terdiri dari Kellas House (bangunan kuning di sebelah kiri) dan Rumah Agam di sebelah kanan.
Kekayaan William Kellie-Smith memang sangat terserlah bila kita melawat Kellie's Castle. Ketika di Tanah Melayu, Kellie-Smith bersama pemilik hartanah bernama Alma Baker telah memenangi konsesi untuk meneroka 360 hektar hutan di Batu Gajah, Perak. Menerusi keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama antara Baker dan Kellie-Smith, dia membuka ladang getah dan lombong bijih timah yang dikenali sebagai Kinta Kellas Tin Dredging Company. Syarikat Kinta Kellas masih beroperasi selepas kematian Kellie-Smith. Sebahagian kepentingannya telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia selepas kita mencapai kemerdekaan. Myself sendiri pernah melihat beberapa buah kapal korek milik Kinta Kellas beroperasi di sekitar kawasan Batu Gajah sewaktu kecil dulu di sekitar tahun 1970-an.

Part 21 : Kellas House @ Kellie's Castle

Kellas House adalah rumah pertama Tuan Kellie-Smith yang diduduki bersama keluarganya. Ia dibina pada tahun 1905. Sebahagian rumah ini telah musnah dibom oleh Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Pemandangan keseluruhan runtuhan Kellas House
Sebahagian lagi runtuhan Kellas House
Pemandangan bahagian dalam runtuhan Kellas House
Berdasarkan runtuhan yang tinggal, rumah ini rasanya tidaklah besar sangat
Rumah Kellas ini juga tidaklah besar sangat kerana William Kellie-Smith tinggal di sini bersendirian sebelum beliau berkeluarga dengan cuma ditemani orang-orang gaji. Nama beliau ketika itu adalah William Smith. Pada tahun 1903, William pulang ke Scotland untuk melawat ibunya yang sedang nazak. Tatkala pulang ke Malaya, dia telah bertemu dan jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Agnes yang kemudian dikahwininya. Setibanya di Malaya, William memutuskan untuk menggunakan nama keluarga ibunya, Kellie bagi mengingatinya. Sejak itu beliau dikenali sebagai William Kellie-Smith.

Kuarters pekerja dapur di Kellas House
Pintu ke ruang dapur
Dapur untuk membakar roti
Husband bergambar di ruang makan Kellas House
Husband menunjukkan Ruang Makan di Kellas House. Lantai pada ruang ini bukan original. Ia telah dibina semula pada tahun 2003.
Sebahagian Kellas House dah hampir roboh dan terpaksa ditopang dengan struktur penahan.
William Kellie-Smith dan isterinya Agnes terus mendiami rumah ini sehingga kelahiran anak perempuan mereka yang dinamakan Helen. 11 tahun kemudian, mereka dikurniakan pula dengan seorang anak lelaki yang dinamakan Anthony. Selepas kelahiran Anthony, empayar perniagaan William semakin berkembang sehingga beliau memutuskan untuk membina sebuah Rumah Agam baru bersebelahan dengan Kellas House untuk kediaman keluarganya.

Pintu belakang Kellas House
Satu lagi suasana Kellas House yang masih tinggal
Dinding marmar di atas sana adalah sebenarnya dinding Bilik Air yang telah runtuh

Part 22: Rumah Agam (Tingkat Bawah) @ Kellie's Castle

Lepas dah melawat Kellas House, barulah kita melawat ke Rumah Agam (Mansion) pulak. Walaupun bangunan ini tidak siap sepenuhnya, gaya Roman, Moorish dan Indo-Saracenic yang digunakan sangat ketara.

Berjalan masuk ke Rumah Agam dari runtuhan Kellas House
Gabungan gaya Roman, Moorish dan Indo-Saracenic sangat ketara dalam senibina Rumah Agam.
Disebabkan William Kellie-Smith sangat mengkagumi agama Hindu dan seni rekaan India, terutama yang pernah dilihatnya di Madras (dikenali sebagai Chennai sekarang), dia mengupah 70 orang pembina mahir dari kota itu untuk membina rumah idamannya ini. Kebanyakan bahan mentah bagi hiasan rumah ini seperti marmar juga dibawa masuk dari India. Terdapat juga jubin dinding dari Itali dan bata aprikot yang dibuat di Malaya sendiri.

Batu-bata aprikot dari Malaya digunakan dalam pembinaan Rumah Agam di Kellie's Castle
Ada balkoni yang dibina pada setiap tingkat Rumah Agam dan kesemuanya dikatakan berhantu. Cerita Urban Legend yang sering Myself dengar sewaktu di sekolah rendah dulu ialah ada hantu Orang Putih yang berkeliaran di sini. Maklumlah kerana pemilik rumah ini adalah Orang Putih. Tetapi sesuatu yang menjadi kemusykilan dalam kisah ini ialah tidak seorang pun ahli keluarga William Kellie-Smith mati di rumah ini. Yang mati di sini adalah orang-orang tempatan yang disiksa Jepun di zaman perang dulu. Jadi macam mana pulak boleh ada hantu Orang Putih kat sini?

Kisah legenda Balkoni Serambi Berhantu
Bergambar di Balkoni Serambi yang dikatakan berhantu itu
Senibina yang mengkagumkan di Balkoni Serambi
Mengintai dari celah tiang
Sewaktu pembinaan Rumah Agam, simen belum diperkenalkan di Malaya. Batu-bata dilekatkan dengan cara tradisional menggunakan bancuhan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Macam resepi masakan pulak! Cara ini memang digunakan di seluruh dunia. Umpamanya sewaktu kami melawat kota pertahanan Fort Santiago di Manila dulu, kami juga diberitahu, batu-bata pada dinding kota tersebut dilekatkan dengan putih telur ayam. Malah, penjajah Spanish memaksa semua penduduk Philippines ketika itu menderma sebiji telur ayam bagi setiap kepala untuk pembinaan Fort Santiago.

Lepas dah puas bergambar di Balkoni Serambi, kita masuk melawat ke bilik-bilik yang terletak di Tingkat Bawah Rumah Agam.

Jom masuk melawat ke Tingkat Bawah...
Berbagai maklumat tentang Kellie's Castle boleh dibaca di sini.
Satu-satunya bilik yang fully furnished di dalam seluruh Kellie's Castle adalah Ruang Tamu yang terletak di Tingkat Bawah ini. Tetapi ruang ini bukanlah diisi dengan perabot oleh William Kellie-Smith sendiri kerana rumah ini tidak siap sewaktu ditinggalkan. 

Potret William Kellie-Smith
Menurut keterangan yang tertulis, seorang cucu William Kellie-Smith (anak kepada Helen) telah datang melawat Kellie's Castle pada satu ketika dulu dan beliau telah menyerahkan gambar-gambar lama kediaman keluarganya di Kellas House yang telah runtuh itu kepada Kerajaan Negeri Perak. Berdasarkan gambar yang diberi inilah pihak berkenaan mengambil inisiatif mengisi bilik ini dengan perabot untuk menggambarkan suasana sebenar kediaman Keluarga Kellie-Smith ketika itu.

Ruang Tamu di Tingkat Bawah Rumah Agam
Ruang Tamu ini dihias berdasarkan gambar lama Ruang Tamu di Kellas House yang pernah didiami oleh William Kellie-Smith dulu.
Pasti jenuh dia orang nak mencari perabot-perabot yang sepadan dengan gambar lama itu untuk diletakkan di sini dulu.
Pemandangan ke sebelah sana Ruang Tamu
Siling Ruang Tamu
Keterangan tentang Ruang Tamu
Lantai yang belum disiapkan
Pelan Lantai Rumah Agam Kellie's Castle
Ada pintu di sana... Jom kita tengok apa yang ada di sebalik pintu ini.
Keluarga Kellie-Smith menganut agama Kristian Roman Katholik. Ini adalah Family Altar mereka untuk bersembahyang.
Kita jalan lagi ke depan sana. Sambil itu, kita jenguk suasana Ruang Tamu tadi dari tingkap di sebelah tepi pulak.

Balkoni di sebelah depan
Pintu gerbang seperti yang terdapat pada Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur.
Pemandangan Ruang Tamu dari tingkap di tepi bangunan
Kemudian kita tiba di Bilik Bacaan (Reading Room). Mengikut keterangan yang tertulis, bilik ini juga dikatakan berhantu. Konon ceritanya ramai pengunjung mendengar "suara dan bunyi" bagaikan sebuah majlis formal sedang diadakan di sini. Apabila seseorang melangkah ke bilik ini, suara-suara itu akan beralih ke bilik lain dan begitulah seterusnya sehingga bunyi-bunyi aneh itu menghilang pergi ke hujung bangunan di akhir tangga spiral. Tetapi sewaktu kami di sana, tak dengarlah pulak sebarang bunyi seperti yang dikata. Lagipun ramai orang sedang melawat Kellie's Castle bersama kami ketika itu. Mungkin Hantu pun naik seram mendengar suara pengunjung Kellie's Castle yang datang beramai-ramai masa itu. Tapi kalau kita datang seorang-seorang mungkin boleh dengar suara aneh itu. Seram, kan?

Bilik Bacaan
Suasana di Bilik Bacaan
Lubang udara di Bilik Bacaan
Perancangan asal bagi Rumah Agam ini dikatakan terdiri dari 14 buah bilik. Sistem air-cond juga belum dicipta masa itu. Jadi William memastikan dinding rumah ini mempunyai penebatan yang baik dari haba matahari dengan mengadakan lubang-lubang pengudaraan di seluruh bangunan.

Bilik Serba Guna
Serambi di luar Bilik Serba Guna
Penghujung Balkoni Serambi Berhantu
Bilik yang paling hujung di tingkat bawah ini adalah Ruang Makan.

Ruang Makan
Papan keterangan tentang Ruang Makan
Tingkap dan pintu di Ruang Makan yang dipasang dengan bingkai kayu jati
Siling yang belum siap di Ruang Makan
Pemandangan ke luar tingkap
Menikmati pemandangan di belakang rumah
Pemandangan ini adalah tanah ladang milik William Kellie-Smith yang terpaksa dijual pada tahun 1906.
Rumah Agam di Kellie's Castle ini juga penuh dengan ruang rahsia. Salah sebuah di antaranya ialah bilik gelap di bawah tanah yang dikatakan sebagai bilik fotografi bila rumah ini diiklankan untuk dijual selepas kematian William Kellie-Smith. Ada tangga spiral yang sempit dibina menuju ke bilik ini. Disebabkan nak tahu apa yang ada di situ, kita turunlah ke bawah menggunakan tangga spiral yang sempit ini. Tetapi bilik ini memang sangat gelap, tak ada apa pun yang kelihatan di dalamnya.

Keterangan tentang Tangga Spiral dan Bilik Fotografi
Tangga spiral menuju ke Bilik Fotografi


Bersambung ke Bahagian 8...