Thursday, 26 May 2022

2022 BATU GAJAH BHG. 05 (Gaharu Tea Valley)

Mei 2022

PERAK, MALAYSIA
Batu Gajah

Bahagian 5: Gopeng
GAHARU TEA VALLEY

Part 10: Gaharu Tea Valley

Gaharu Tea Valley terletak keluar sikit dari Batu Gajah di pekan Gopeng, tetapi masih di kawasan berhampiran. Kalau keluar dari PLUS Highway di Persimpangan Gopeng menuju ke Batu Gajah / Kampar, mesti kita akan terperasan signboard Gaharu Tea Valley ini. Disebabkan curious nak tahu apa yang ada di sana, Myself dan Husband pernah singgah sekali untuk membuat lawatan.

Signboard Gaharu Tea Valley di Persimpangan Gopeng
Persimpangan Gopeng
Gaharu Tea Valley sebenarnya terletak di kedudukan yang agak tersorok dari jalan besar di belakang pekan Gopeng. Pintu masuknya ditanda dengan sebuah binaan yang seperti Tembok Besar China. "Tembok Besar China" ini dibina di sekeliling seluruh kawasan Gaharu Tea Valley untuk mengelakkan pencerobohan manusia dan haiwan liar yang boleh mengganggu tanaman.
 
Dah tiba di Gaharu Tea Valley
Pintu masuk ke Gaharu Tea Valley yang seperti binaan Tembok Besar China. 
Tempat parking kereta yang luas di Gaharu Tea Valley
Gaharu Tea Valley dimiliki oleh sebuah syarikat pembuat teh gaharu yang bernama Hoga. Sampai-sampai kat sini kita pergi dulu ke bangunan Visitor's Centre untuk membeli tiket. Tiket yang dikenakan sewaktu kami melawat ke sana ketika itu adalah RM10 seorang.

Pejabat Gaharu Tea Valley
Setiap pengunjung diberi sampel percuma Teh Gaharu keluaran Syarikat Hoga bersama setiap pembelian tiket masuk.
Maklumat tentang tempat-tempat yang boleh dilawati di Gaharu Tea Valley
Gaharu Tea Valley sangat besar. Tak mungkin kita boleh berjalan kaki melawat ke seluruh ladang. Oleh yang demikian, ada perkhidmatan van shuttle percuma disediakan untuk membawa pengunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar ladang.

Khidmat van shuttle percuma untuk membawa pengunjung di Gaharu Tea Valley.
Myself akui sebelum melawat ke Gaharu Tea Valley ini, Myself have no idea langsung tentang Teh Gaharu. Kita bayangkan tanaman Teh Gaharu ini sama macam pokok-pokok teh yang biasa kita tengok di Cameron Highlands. Rupa-rupanya memang jauh panggang dari api. Pokok Teh Gaharu sebenarnya adalah pokok-pokok besar yang sekali imbas pada pandangan mata Myself kelihatan seperti Pokok Getah. Jadi pemandangan Gaharu Tea Valley adalah sebenarnya seperti pemandangan ladang getah, janganlah expect nak tengok pokok-pokok teh macam di Sungai Palas di Cameron Highlands sana.

Pemandangan keseluruhan Gaharu Tea Valley. Pokok-pokok besar yang macam Pokok Getah itulah sebenarnya Pokok Gaharu.

Part 11: Viewing Stage @ Gaharu Tea Valley

Dari Visitor's Centre, van akan membawa kita sekeliling ladang yang agak curam dan berbukit-bukau. Driver van yang juga merangkap tour guide akan bercerita kepada kita sejarah dan proses-proses yang berlaku di ladang. Disebabkan kedudukan ladang yang terletak di tepi kaki gunung, cuacanya terasa nyaman sekali.

Memang tak sangka ada ladang gaharu yang sangat cantik di Gopeng begini. Ladangnya juga sangat besar. Kata tour guide merangkap driver van, ladang ini dimulakan sejak tahun 1992 oleh Mr. David Ho yang mendapat 200 batang anak-anak pokok gaharu dari negara Jepun. Pokok Gaharu walau bagaimanapun memakan masa yang lama nak matang, sehingga kira-kira 15 tahun. Pada mulanya dari 200 batang pokok itu, cuma 70 yang dapat tumbuh matang. Sekarang, ia dah pun mempunyai 200,000 batang pokok. 

Rumah yang kelihatan di tengah ladang itu adalah sebenarnya sarang burung. Tour Guide kami memanggil rumah itu sebagai  'banglo mewah' untuk burung-burung.
Suasana keindahan Gaharu Tea Valley
Pengunjung dibawa ke Anjung Tinjau untuk membolehkan kita menikmati pemandangan indah di sekitar ladang. Di sini juga kita akan diberi penerangan tentang Pokok Gaharu.

Anjung Tinjau
Penerangan tentang Pokok Gaharu
Pokok Gaharu
Pokok Gaharu sebenarnya mempunyai pelbagai nama lain. Ia dikenali sebagai Chen Xiang dalam Bahasa Cina, Ginko dalam Bahasa Jepun dan Oud dalam Bahasa Arab. Ia juga turut dikenali sebagai Agarwood. Selain diminum sebagai serbuk teh, minyak gaharu sering digunakan sebagai bahan kosmetik. Akar pokok gaharu juga mempunyai nilai perubatan. Di negara Arab, kayu gaharu dibakar untuk memberikan bauan yang wangi.

Dari sudut pandang kesihatan pula, Gaharu dipercayai boleh menjadi agen anti-penuaan dan anti-kanser disebabkan ia memiliki kandungan anti-oxidant yang tinggi. Gaharu turut digunakan secara tradisional untuk kesihatan jantung, menurunkan kandungan gula dan tekanan darah serta menstabilkan sistem saraf. Meminum Teh Gaharu dipercayai dapat membantu memberikan tidur yang lena, meningkatkan kecantikan semulajadi dan mengurangkan angin di dalam badan. Malah ia turut dikatakan boleh membantu meringankan penyakit asthma.


Part 12: Hugging Park @ Gaharu Tea Valley

Sebaik selepas habis penerangan di Viewing Stage, cepat-cepat kami berkejar ke van untuk pergi ke Hugging Park pulak. Maklumlah, ada ramai pengunjung ketika itu dan kami malas nak menunggu van lama-lama.

Hugging Park
Hugging Park istimewa kerana ada banyak lukisan haiwan yang dibuat pada pokok-pokok gaharu. Kaedahnya di sini ialah pelawat boleh memeluk pokok-pokok ini dan bergambar dengan haiwan. Tapi tak dinafikan yang lukisan pada pokok-pokok ini memang awesome!

Rimau Belang
Parrot
Kangaroo
Nak posing masuk muka kat celah-celah lubang ini pun boleh.
Panda
Singa
Dekat Hugging Park ini kita boleh juga melihat pokok-pokok gaharu yang telah matang. Dari penerangan yang diberi, pokok-pokok ini akan ditebuk oleh pekerja-pekerja ladang atau secara natural, lubang akan dibuat oleh serangga atau kumbang. Pokok-pokok gaharu seterusnya akan mengeluarkan resin pada luka-luka tadi dan resin inilah yang akan diproses menjadi aromatic oil dan perfume.

Buah Gaharu. Kalau tak silap buah inilah yang diproses menjadi Teh Gaharu.
Pokok Gaharu dewasa
Ladang yang cantik dan bersih
Lagi pemandangan di dalam ladang
Jalan di tengah ladang
Mengintai dari celah pokok
Sebelum meninggalkan Hugging Park, kita posing-posing jugalah dengan lukisan haiwan kat pokok ni. Tapi tak adalah kita nak buat aksi Hindustan peluk-peluk pokok macam itu. Hahahahhh!

Beginilah kaedah posing yang disarankan

Part 13: Lover's Trees @ Gaharu Tea Valley

Persinggahan terakhir adalah ke Lover's Trees.

Naik van ke Lover's Trees
Platform berhampiran Lover's Trees
Jom turun ke bawah sana...
Bumbung laluan
Suasana di laluan menuju ke Lover's Trees
Lover's Trees atau Pokok Cinta adalah sepasang pokok yang saling bertaut bagai pasangan bercinta yang tak dapat dipisahkan.

Pokok yang saling bertaut
Akar Pokok Cinta
Keterangan tentang Pokok Cinta
Pokok ini memang bagaikan saling berpelukan. Mengikut legendanya, pasangan yang membuat sumpah setia di bawah pokok ini akan mendapat restu dan cinta mereka akan kekal abadi. Itu kepercayaan orang bukan Muslimlah. Kalau orang Islam, tak bolehlah nak percaya kepada benda-benda begitu.

Setia bersama
Saling berpaut
Kekal abadi
Cinta selamanya...
Sehidup dan semati

Part 14: Hoga Mart @ Gaharu Tea Valley

Selepas dah melawat Pokok Cinta, kami kembali ke Visitor's Centre dengan van. Kita melawat ke kedai Hoga Mart di situ pulak.

Kembali ke Visitor's Centre
Hoga Mart
Hoga Deli
Menu di Hoga Deli
Pintu masuk ke Hoga Mart
Suasana di dalam Hoga Mart
Macam-macam produk berasaskan Gaharu yang dihasilkan oleh Syarikat Hoga dijual di sini. Ada mee segera, biskut gaharu, rempah sup gaharu dan sebagainya.

Produk gaharu yang dijual di Hoga Mart
Gaharu Cookies
Mee Segera Gaharu
Ada juga kami cuba minum Teh Gaharu percuma yang disediakan. Masa minum kat Hoga Mart ini, okay juga rasanya. Tapi bila minum sekali lagi kat rumah (sampel free yang diberi sewaktu pembelian tiket masuk ke Gaharu Tea Valley tadi), tak lalu pulak nak telan! Biasalah kan... kalau produk-produk kesihatan macam ini, memang rasanya tak sedap.

Teh Gaharu percuma yang disediakan untuk pengunjung
Membeli Mee Segera Gaharu yang dijual
Yang ini pun menyesal beli. Tak kena dengan selera kita yang lebih prefer makan junk food berbanding makanan kesihatan. Hahaha!!
Produk Teh Gaharu
Ada juga kami kami beli 2 biji telur yang direbus dengan Teh Gaharu. Yang ini pun tak lalu nak telan sebab kuat sangat bau gaharunya. Hahaha!!!

Telur yang direbus dengan air Teh Gaharu
Sukar nak menelan telur rebus ini sebab rasa gaharunya kuat sangat.
Secara kesimpulannya memang menarik melawat ke Gaharu Tea Valley. Pengalaman yang diperolehi juga unik dan menarik. Ia juga terletak tidak jauh dari Batu Gajah. Mungkin boleh dijadikan persinggahan kalau nak balik ke KL/Utara menggunakan PLUS Highway melalui Persimpangan Gopeng.

Meninggalkan Gaharu Tea Valley
Bye-bye!


 Bersambung ke Bahagian 6...


No comments: