Mei 2022
PERAK, MALAYSIA
Batu Gajah
Bahagian 4: Tanjung Tualang 3
KAPAL KOREK WARISAN TANJUNG TUALANG (3)
Part 7: The Can Tin @ TT5
Ingat tak Myself cerita tentang hasil perlombongan bijih timah Tanjung Tualang yang dibawa ke Pulau Pinang untuk dileburkan? Bijih timah ini diangkut ke Pulau Pinang dengan keretapi. Pada masa dahulu ada landasan keretapi yang dibina dari sini ke Pulau Pinang bagi tujuan itu. Malangnya landasan tersebut musnah dalam Perang Dunia Kedua. Kenangan pengangkutan keretapi ini kini diabadikan di kantin Kapal Korek Warisan yang dinamakan dengan begitu bergaya sebagai The Can Tin.
Can Tin ini adalah sebuah gerabak keretapi sebenar yang digunakan semasa perlombongan dulu. Ada juga sebahagian landasan keretapi yang masih dapat dilihat.
|
Sebahagian landasan keretapi lama yang masih tinggal di Tanjung Tualang |
|
Disebabkan kawasan kapal korek ini luas, pengunjung juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di sini. |
|
Gerabak keretapi lama yang digunakan untuk mengangkut bijih timah pada masa dahulu. |
Sewaktu melihat landasan ini, teringat satu lagi cerita yang pernah disampaikan oleh Datuk dulu. Penjajah British di Malaya dulu bukan saja ditentang oleh orang-orang Melayu, bahkan juga oleh pengganas komunis yang sebahagian besar mereka berketurunan Cina. Kalau orang Melayu memilih menentang British dengan menggunakan pendekatan damai, gerila komunis pula menentang British menggunakan pendekatan perang.
Dari semasa ke semasa, gerila komunis akan membuat serang hendap ke atas kepentingan British di Malaya seperti lombong-lombong bijih timah. Bila ini berlaku, bukan sahaja tentera dan rakyat British yang menjadi sasaran. Sesiapa juga yang bekerja di kepentingan British seperti Datuk dan rakan-rakan beliau juga akan diserang hendap.
Kata Datuk, dia tidak berbuat begitu tetapi ramai orang Melayu ketika itu menuntut dan mengamalkan ilmu kebal untuk perlindungan dari serangan komunis. Kata Datuk dulu juga, bukan sesuatu yang luar biasa bila mendengar penduduk kampung yang cedera parah sewaktu serangan komunis, tiba-tiba boleh sembuh seperti biasa, seolah-olah tak ada apa yang berlaku.
Pernah juga Myself dengar masa kecil-kecil dulu yang ada amalan kampung-kampung tertentu membela makhluk halus seperti Jin untuk membantu menjaga mereka dari komunis. Setiap bulan penduduk kampung akan bergilir-gilir membuat 'kenduri jamuan' untuk makhluk ini di rumah yang terpilih. Memang seram kita dengar. Tapi begitulah amalan rata-rata penduduk Malaya ketika itu. Maklumlah pada zaman dulu, pengaruh animisme masih kuat walaupun di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Syukurlah amalan ini telah ditinggalkan bila kita semakin mendalami dan memahami ajaran Islam yang sebenar. Ini juga adalah satu bukti kejayaan alim ulama di Malaysia dalam mengembangkan ajaran Islam yang sebenar.
Kata arwah Ayah, arwah Datuk juga mempunyai satu ilmu istimewa pada masa dahulu di mana dia kebal terhadap sengatan haiwan berbisa. Disebabkan dia bekerja sebagai Kapala (Pemandu Kapal Korek), dia dipandang sebagai seorang yang berduit di kalangan penduduk kampung. Oleh yang demikian dia selalu menjadi sasaran penyeluk saku bila berjalan di pekan. Dengan ilmu yang dimiliki, Datuk selalu menyimpan seekor kala jengking dalam poket seluar. Bila ada penyeluk saku cuba nak mencuri duit, mereka pasti akan digigit oleh kala jengking ini sedangkan Datuk sendiri tak pernah kena gigit dengan kala jengking yang disimpan dalam poket. Tak adalah pulak Datuk menurunkan ilmu ini kepada mana-mana anak cucu. Kalau tidak pasti kita tak akan digigit nyamuk walau masuk ke semak mana sekali pun, kan? Pernah kata arwah Ayah, arwah Datuk dulu memang tak mahu menurunkan ilmu ini kepada sesiapa pun kerana bimbang ia akan disalahguna.
|
Tempat permainan kanak-kanak |
|
Pemandangan kapal korek dari The Can Tin |
Part 8: TT5 Maze Park
Taman Sesat untuk orang dewasa yang dinamakan TT5 Maze Park terletak dekat dengan The Can Tin. Taman ini special kerana dibina berbentuk Love. Kami tak punya banyak masa lagi di TT5 ini ketika itu, jadi kita jenguk lebih kurang sajalah ke dalam sana. Haru pulak nanti kalau masuk ke dalam dan dibuatnya sesat berjam-jam tak jumpa jalan keluar.
|
TT5 Maze Park |
|
Pintu masuk ke TT5 Maze Park |
|
Suasana di dalam dekat pintu masuk |
|
Maze Park ini terdiri dari beberapa bahagian |
Kita cuma masuk setakat ruang Stone Maze dan Stone Gallery saja...
Sebelum meninggalkan Kapal Korek Warisan ini, kami singgah kembali ke Pejabat Tiket untuk melihat pameran yang ada di dalam Galeri di sana.
|
Gallery @ TT5 |
Sewaktu melawat ke dalam Kapal Korek tadi, kami diberitahu oleh Tour Guide yang kita boleh melihat sampel bijih timah dan amang di Galeri ini. Disebabkan nilainya, sampel ini tidak dipamerkan secara terbuka di dalam Galeri. Kena request kepada petugas di Galeri untuk melihatnya.
|
Petugas di Galeri menunjukkan sampel bijih timah dan amang kepada kami |
|
Amang dan Bijih Timah |
Kedua-dua Amang dan Bijih Timah ini seriously berat. Walau disimpan dalam bekas kecil begini pun terasa berat nak mengangkatnya. Bayangkan bagaimana kederat yang diperlukan oleh kuli-kuli bijih pada masa dulu mengangkut tong-tong simpanan bijih seberat 30 tan naik ke atas tongkang untuk dipindahkan ke dalam keretapi.
|
Bijih Timah |
|
Warna Amang lebih cerah berbanding warna bijih timah |
Selepas itu barulah kita melihat pameran-pameran lain yang ada di Galeri ini. Galeri pamerannya tak besar tapi menarik.
|
Dinding yang dipenuhi dengan gambar-gambar sejarah Kapal Korek |
|
Spesifikasi Kapal Korek TT No.5 |
|
Gambar sejarah Kapal Korek |
Di Galeri ini juga dipamerkan perabot-perabot lama yang dulunya digunakan di dalam kapal korek. Peralatan-peralatan kecil yang berkait dengan kapal turut dipamerkan di atas perabot ini.
No comments:
New comments are not allowed.