Mei 2022
PERAK, MALAYSIA
Batu Gajah
Bahagian 6: Batu Gajah 2
TAMAN HERBA NEGERI PERAK
Part 15: Taman Herba Negeri Perak
Taman Herba Negeri Perak adalah juga sebuah tempat menarik untuk dilawati di Batu Gajah. Ia terletak berdekatan dengan Kellie's Castle tetapi ramai orang yang tak sedar akan kehadirannya yang seakan tenggelam dengan populariti Kellie's Castle. Taman ini sangat menarik untuk dilawati bagi mereka yang cintakan tumbuh-tumbuhan.
Myself dan Husband pernah melawat ke sini satu ketika dulu. Jadi apa yang Myself ceritakan dalam entry ini adalah berdasarkan pengalaman kami melawat ke sini ketika itu. Ada tiket dikenakan kepada pengunjung untuk melawat ke Taman Herba ini. Tak tahu berapa caj yang dikenakan sekarang tetapi sewaktu kami melawat dulu, harga tiketnya adalah RM2 seorang.
|
Taman Herba Negeri Perak |
|
Pejabat Taman Herba |
|
Pemandangan dari kawasan Pejabat Taman Herba Negeri Perak |
|
Peta Taman Herba |
Ada Tram sebenarnya yang disediakan untuk pengunjung ke Taman Herba. Tetapi disebabkan kami datang pada hari bekerja dan bukan cuti sekolah, khidmat Tram ini tidak disediakan. Jadi kami memandu kereta saja bersiar-siar di kawasan Taman Herba.
|
Kolam di dalam Taman Herba |
|
Suasana di dalam Taman Herba |
|
Pohon Nyiur di tepi kolam |
|
Sebuah lagi pemandangan kolam di Taman Herba |
Part 16: Laman Rempah Ratus @ Taman Herba Negeri Perak
Taman Herba dibahagikan kepada beberapa segmen. Kami tidaklah melawat ke seluruh taman ketika itu. Myself hanya akan ceritakan apa yang dilihat di segmen-segmen yang kami lawati. Kita mulakan dengan lawatan ke Laman Rempah Ratus...
|
Laman Rempah Ratus |
Di kawasan ini kita dapat melihat pokok-pokok rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan. Pokok yang pertama kami jumpa adalah Kayu Manis. Selain digunakan untuk menyedapkan makanan, Kayu Manis juga mempunyai khasiat lain seperti membuang angin dalam badan dan menyembuhkan luka bagi wanita bersalin.
|
Pokok Raja Santung Tanah yang digunakan untuk merawat penyakit kulit, kudis dan bisul. Daunnya perlu dihancurkan dan digosok di tempat yang sakit. |
|
Pokok Mata Itek |
|
Pokok Mata Itek dipercayai dapat merawat cirit-birit, demam panas, batuk dan sakit dada. Caranya ialah akar pokok dibuat teh herba dan diminum. |
|
Daun Gandarusa Hitam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bengkak atau terseliuh. Ia juga boleh ditampal pada perut untuk merawat cacing, kembung perut dan muntah. |
|
Selain digunakan dalam masakan dan minuman, Pandan Wangi boleh digunakan untuk merawat kelemumur. |
Kemudian kita belajar pulak tentang khasiat Mengkudu Siam. Daun Mengkudu Siam boleh direbus dan diminum airnya untuk merawat kencing manis. Ia juga digunakan sebagai lapik tungku untuk membuang angin dan mengempiskan perut ibu selepas bersalin. Pucuknya juga dimakan sebagai ulam untuk melancarkan aliran darah dan awet muda. Banyak sungguh khasiat tumbuhan ini.
|
Mengkudu Siam |
Sambil belajar tentang herba-herba yang ditanam, sekali-sekala kita alihkan pandangan untuk menikmati keindahan pemandangan kolam yang berhampiran.
Berkunjung ke Taman Herba memang menginsafkan Myself tentang kekayaan bumi Malaysia. Pada zaman dahulu, Malaysia tidak mempunyai hospital dan kemudahan perubatan seperti sekarang. Oleh itu, penduduk Malaysia yang hidup di zaman itu memang bergantung kepada khasiat tumbuh-tumbuhan untuk rawatan. Bila belajar tentang khasiat tumbuhan herba di taman ini, Myself rasa hampir semua penyakit boleh diubati dengan herba jika kita tahu khasiat yang dimiliki. Tapi tak bolehlah makan buta-buta tumbuhan herba ini. Kena belajar juga tentang dosage dan kaedah penggunaannya.
|
Air Buah Pala yang ditumbuk halus direbus untuk merawat kembung perut, cirit-birit dan sembelit. Biji Buah Pala pula boleh diproses untuk dijadikan minyak urut untuk menghilangkan lenguh-lenguh anggota badan, loya dan pening kepala. |
Sebelum datang ke Taman Herba ini juga, memang serious Myself tak tahu yang Bunga Tanjung ada khasiat perubatan. Kita cuma tahu yang Bunga Tanjung sering digunakan sebagai perhiasan. Rupa-rupanya kulit batang Bunga Tanjung yang direbus dan dicampur dengan kulit asam jawa boleh dijadikan losyen kulit. Air rebusan daunnya yang disapukan di atas kepala boleh merawat demam. Air rebusan kulit batangnya diminum untuk merawat kudis buta. Ia juga digunakan untuk merawat ulser dan sakit mata.
|
Pokok Bunga Tanjung |
Tahukah anda yang Bunga Kebangsaan Malaysia, Bunga Raya juga mempunyai khasiat perubatan? Akar Bunga Raya ditumbuk lumat dan direbus untuk merawat penyakit yang dijangkiti melalui hubungan seks, melawaskan pembuangan air kecil dan penawar racun. Jika sekadar minum air rebusan akarnya, ia boleh merawat batuk, demam panas, kanser, jangkitan pada salur kencing serta masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak teratur bagi wanita.
|
Bunga Raya |
|
Pokok Kemuning |
|
Pinang Merah |
Sekali imbas, pohon Temu Lawak kelihatan seperti pohon Kunyit. Perbezaan ketara di antara keduanya ialah jika kunyit digunakan sebagai rempah dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan sakit perut, pening, mual dan kerap membuang air. Sebaliknya, pengambilan Temu Lawak dalam jumlah yang banyak dianggap lebih selamat bagi usus, bahkan boleh dimanfaatkan untuk meringankan pelbagai masalah pencernaan seperti perut kembung, sakit perut hingga irritable bowel syndrome (IBS).
|
Pohon Temu Lawak |
Part 18: Laman Warisan 2 @ Taman Herba Negeri PerakSeperti yang Myself ceritakan tadi, Taman Herba Negeri Perak terdiri dari beberapa segmen dan kami tak berkesempatan melawat kesemuanya. Maklum sajalah sebab kami datang ke sini di sebelah petang ketika waktu operasi taman hampir berakhir.
|
Segmen-segmen di dalam Taman Warisan Negeri Perak |
Lawatan seterusnya adalah ke Laman Warisan 2. Laman Warisan 2 ini adalah sebuah kawasan yang tertutup.
|
Laman Warisan 2 |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
|
Suasana di dalam Laman Warisan 2 |
Kebanyakan tanaman di Laman Warisan 2 ini ditanam di dalam pasu. Ada keterangan tertulis tentang khasiat mereka di sana.
|
Lukut-Lukut, Akar Dani dan Raja Santung Tanah. Lukut-Lukut digunakan untuk merawat luka terbakar. Akar Dani boleh memusnahkan cacing di dalam badan dan Raja Santung Tanah baik untuk merawat penyakit kulit. |
|
Sembuluh, Peniti dan Periuk Kera. Pokok-pokok ini boleh mengubati sakit perut. Selain sakit perut, tumbuhan Periuk Kera juga boleh mengubati penyakit semput dan lelah. |
Di sini juga ada beberapa tumbuhan yang mempunyai nama dan khasiat yang menakutkan. Umpamanya pohon Haba Neraka boleh menggugurkan kandungan. Ada amaran keras di sini supaya perempuan yang mengandung tidak mendekati langsung pokok ini kerana mungkin debunganya saja dah boleh menyebabkan keguguran. Mas Cotek pula digunakan sebagai ramuan ubat kuat lelaki.
|
Spider Lily, Mas Cotek dan Haba Neraka |
|
Petugas di Taman Herba yang memberikan penerangan kepada kami tentang tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di Laman Warisan 2. |
|
Melada Pahit, Hempedu Beruang dan Mata Ayam digunakan untuk merawat cirit-birit. |
Di Laman Warisan ini juga, kami dapat melihat semula beberapa tumbuhan yang telah kami temui di luar tadi. Umpamanya di sini juga ada tumbuhan Temu Lawak yang ditanam. Rupa pohon ini memang seakan-akan sama dengan pohon Kunyit. Di sini, kami diberitahu yang Temu Lawak juga digunakan untuk mengubati demam malaria dan penyakit buah pinggang. Ada juga pohon Bisa Ular yang sememangnya digunakan untuk merawat bisa patukan ular. Keladi Bisu pula boleh merawat penyakit kulit.
|
Temu Lawak, Bisa Ular dan Keladi Bisu |
|
Palas Tikus yang digunakan sebagai penjarak anak, Pandan Wangi untuk merawat kelemumur dan Ceraka Biru untuk merawat sengal tulang. |
|
Pokok Nyonya Makan Sirih, Lada Hitam dan Pucuk Paku. Nyonya Makan Sirih boleh digunakan untuk mengubat sakit telinga. Terfikir kenapa pokok ini diberi nama Nyonya Makan Sirih? Apalah agaknya cerita menarik di sebalik nama ini? |
|
Pohon Hujan Panas dan Kacip Fatimah digunakan dalam rawatan untuk wanita yang baru bersalin. Tongkat Ali pula terkenal sebagai ramuan penguat tenaga batin lelaki. |
|
Pohon Malberi, Lidah Jin dan Butang Baju |
|
Halia Angin dan Bawang Serai digunakan untuk membuang angin di dalam badan. Lidah Jin pula digunakan untuk rawatan sakit gigi. |
|
Puding Ulam, Jemuju dan Tembaga Suasa Kecil. Masa kecil dulu Myself selalu minum Air Jemuju yang dijual di kedai runcit India. Memang sangat berkesan untuk merawat sakit perut. |
|
Menarik melihat Pokok Ribu-Ribu yang dikatakan boleh mengubati kanser limpa. Ia ditanam di samping Senduduk Jalar dan Karas Gaharu |
|
Pepanggil, Gegeli dan Bunga Lonisera |
|
Ara Songsang, Nenas Kerang dan Anggerik Merpati |
|
Jelai, Rumput Teki dan Terung Susu Kambing. Kalau tengok kat gambarnya buah Terung Susu Kambing mempunyai bentuk yang menarik tapi tak ada pulak buahnya ketika itu. |
|
Macam tak percaya membaca yang Lalang juga ada khasiat untuk merawat batu karang. Serai Acheh pula boleh merawat demam kuning manakala daun Rama-Rama boleh merawat kudis. |
|
Dulu Myself selalu juga tengok pokok Balung Ayam ini di kampung. Wedelia Kuning dan Belongan pula rasanya kat sinilah baru Myself kenal. |
|
Segala pokok yang bernama Ali (contoh Tongkat Ali dan Pokok Payung Ali) mesti dikaitkan dengan tenaga batin lelaki. |
|
Pokok Mempisang memang kelihatan macam pokok pisang yang bantut. Pelaga dan Senggugut pula digunakan untuk mengubat penyakit wanita. |
|
Nenas Batu, Pokok Tanduk dan Bunga Tahi Ayam. Tak pernah tahu pun yang sebenarnya Bunga Tahi Ayam boleh merawat selsema. |
|
Senduduk Putih, Selada dan Galak Tua. Dari namanya boleh dibayangkan yang Galak Tua banyak diamalkan oleh lelaki-lelaki tua yang berjiwa muda. Hahaha!! |
|
Sepulih, Bemban dan Sireh. Bila baca khasiat Sireh, teringat yang masa kecil-kecil dulu pun Opah kita pernah letak sirih kat mata kita untuk mengubat sakit mata. |
|
Teh Pagar, Lili Hujan dan Sakat-Sakat |
|
Bawang Tanah, Pegaga Bukit dan Pegaga Gajah |
|
Puding Semangkuk, Sedingin dan Patawali. Biasa juga dengar nama pokok-pokok ini masa kita kecil-kecil dulu. |
|
Akar Seratus, Keladi Ular dan Sireh India. Nampak gayanya semua tumbuhan yang ada nama "Ular" memang berguna untuk merawat bisa patukan ular. Semua jenis Sireh pulak sangat bagus untuk mengubat sakit mata. |
|
Tapak Rek, Patah Tulang dan Pepijat. Selain merawat tulang yang patah, pokok Patah Tulang juga boleh merawat batuk dan selsema |
|
Remayung Hijau, Setawar Halia Merah dan Bunga Pakma |
|
Suasana di dalam Laman Warisan 2 |
Beginilah pokok-pokok ditanam di dalam Laman Warisan 2
|
Keterangan tentang pokok-pokok yang ditanam pun jelas. |
Part 19: Tapak Semaian @ Taman Herba Negeri Perak
Lawatan terakhir kami adalah ke Tapak Semaian. Di sinilah tumbuh-tumbuhan disemai untuk ditanam di Taman Herba ini sendiri. Tumbuh-tumbuhan ini juga boleh dibeli untuk dibawa pulang oleh pengunjung-pengunjung yang berminat.
Memang nampak cantik dan subur tanam-tanaman yang dijual. Maklum sajalah kerana mereka mendapat penjagaan profesional.
Bukan saja bunga-bungaan yang disemai di sini, pokok-pokok herba yang kita lihat tadi juga ada disemai untuk dijual.
Selepas melawat Tapak Semaian, kami terus balik ke rumah kerana Taman Herba dah hampir nak ditutup.
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN BATU GAJAH (2022):
No comments:
New comments are not allowed.