Februari 2016
PHILIPPINES
Manila, Villa Escudero & Tagaytay
Bahagian 10: Manila City Tour
COCONUT PALACE, AMERICAN MILITARY CEMETERY & FIRST AIRPORT IN ASIA
HARI KEEMPAT
Part 31 : Hari Terakhir Di Manila
Percutian kami ke Manila berakhir hari ini. Sebenarnya tiada sebarang aktiviti yang dirancang pada hari ini selain dari perjalanan ke Ninoy Aquino Airport untuk pulang ke Malaysia. Namun sewaktu membuat confirmation dengan WOW Philippines semalam tentang airport transfer, kami diberitahu yang Jane menawarkan kepada kami untuk mengikut beliau membuat City Tour sebelum dia menghantar kami ke Airport.
Bagai orang mengantuk disorong bantal, kami terus menerima pelawaan Jane. Baik betul Minah Pinoy ini. Mungkin dia seronok menjadi Tourist Guide kami tempoh hari, jadi dia terus menawarkan kepada kami untuk mengikut City Tour secara percuma pula pada hari ini.
Pada hari terakhir ini, kami bangun sedikit awal untuk berkemas-kemas. Bukan banyak barang pun nak dikemas sebab kami manalah ada bershopping di Manila ni...
|
Selamat Pagi, Manila. |
|
Menangkap gambar di pagi-pagi hari. |
Selepas itu, kami turun ke bawah untuk breakfast kali terakhir di Cafe Ilang-Ilang.
|
Sarapan pagi di Cafe Ilang-Ilang |
|
Breakfast Buffet Halal di Cafe Ilang-Ilang |
Seperti biasa ada Chef yang bertugas di Halal Section. Pada pagi ini, Husband mengambil Omelette yang telah sedia ada di kaunter breakfast. Mungkin sebab Chef yang bertugas dah kenal kami, dia memberitahu Husband yang Omelette yang diambil itu ada daging di dalamnya. Terus diambilnya Omelette tersebut dari Husband dan menukarkannya dengan Omelette yang Halal. Bagus, kan?
Sempena perayaan Tahun Baru Cina, waitress di Cafe Ilang-Ilang memakai uniform ala-ala cheongsam dengan kain panjang. Dari jauh memanglah nampak sopan. Tapi bila mereka datang dekat, barulah nampak betapa seksinya uniform mereka ni... kainnya belah cukup tinggi sampai ke peha.
|
Adoi, seksinya!! |
Selepas sarapan, juga buat kali terakhir, kami berkunjung lagi ke Manila Bay di belakang hotel.
|
Pintu belakang hotel yang selalu kami gunakan untuk ke Manila Bay. |
Pemandangan di Manila Bay sangat indah pada pagi ini. Tapi tak seperti hari-hari sebelumnya, tak ada ikan melompat-lompat atau berkumpul beramai-ramai di permukaan air pada hari ini. Mungkin cuaca juga mempengaruhi aktiviti-aktiviti ikan di Manila Bay ini setiap hari agaknya.
|
Pemandangan pagi ini di Manila Bay |
|
Jeti di Manila Bay yang akan kami rindui selepas pulang ke Malaysia. |
|
Ada kapal yang lebih besar berlabuh di sini pagi ini. |
|
Coast Guard Philippines meneruskan latihan berdayung pada pagi ini |
Pemandangan istimewa di Manila Bay pagi ini adalah burung-burung camar yang berterbangan dan berehat-rehat di atas "tali pelampung". Myself tak tahu apa fungsi sebenar "tali pelampung" ini. Mungkin untuk menghalang kapal dari berlabuh terlalu rapat ke tepi agaknya.
|
"Tali pelampung" |
|
Burung-burung camar yang berterbangan di tengah Manila Bay. Mungkin mereka mengekori kumpulan ikan yang berenang di sana. |
|
Burung-burung camar yang bersantai di atas "tali pelampung". |
Manila Hotel kami tinggalkan dengan seribu kenangan yang manis. Kalaulah ditakdirkan kami akan kembali ke Manila satu hari nanti, kami tak kisah tinggal di sini lagi. Myself juga tak keberatan langsung nak recommend hotel ini kepada sesiapa saja yang berkunjung ke Manila.
|
Menguruskan check-out dari hotel. |
|
Bergambar kenangan dengan Miss Lovely yang memakai uniform pakaian tradisional Philippines pagi ini. |
|
Menunggu Jane di lobi hotel |
Part 32: Coconut Palace
Seperti yang dijanjikan, Jane datang menjemput kami di Manila Hotel pada pukul 9 pagi untuk memulakan Manila City Tour. Persinggahan pertama kami adalah Coconut Palace.
|
Pemandangan pagi di kota Manila |
|
Yacht Club |
|
Satu lagi pemandangan Yacht Club |
|
Folk Arts Theater |
Coconut Palace adalah kediaman rasmi Timbalan Presiden Filipina. 90% dari bangunan ini dibuat dari pokok kelapa.
|
Pemandangan dari jauh Coconut Palace |
|
Sofitel Philippines |
Presiden
Obama dikatakan memilih untuk menginap di hotel ini kerana beliau
sangat sukakan laut dan hotel ini terletak di tepi laut. Lagi pula, ada
tempat pendaratan helikopter di bumbung hotel ini. Jadi mudahlah US
Secret Service bertindak kalau berlaku apa-apa kecemasan yang memerlukan
Presiden dibawa keluar dari sini.
|
Di sinilah Presiden Barack Obama menginap sewaktu beliau melawat Filipina. |
|
Satu lagi pemandangan Hotel Sofitel Philippines |
Part 33: Amazing Show
Kami ditunjukkan sebuah bangunan yang dipanggil sebagai "Ghost Building" yang bermula dengan pertandingan Ratu Cantik Miss Universe 1994 yang telah diadakan di Manila. Sebagai persiapan untuk pertandingan tersebut, Imelda Marcos telah mengarahkan pembinaan sebuah bangunan di Philippines International Convention Center. Pembinaan bangunan ini juga diselimuti kontroversi ketika itu kerana ia dibina dengan sangat pantas dan beberapa rakyat Filipina terbunuh sewaktu pembinaannya.
|
Bangunan di Philippines International Convention Center ini telah dibina oleh Imelda Marcos untuk pertandingan Miss Universe 1994. |
Selepas pertandingan Miss Universe tamat, bangunan ini terbiar menjadi gajah putih sehinggalah satu pertunjukan yang dinamakan Amazing Show mengambilalih penggunaan bangunan ini. Amazing Show adalah pertunjukan oleh pondan sepertimana persembahan Cabaret yang pernah kami tonton sewaktu melawat Bangkok pada tahun 2012 dulu.
|
Bangunan ini kini menjadi venue persembahan oleh pondan yang dinamakan "Amazing Show" dengan tagline "The Philippines' Premier Theatrical Family Show". |
|
Poster Amazing Show. Betul ke persembahan ini sesuai untuk seisi keluarga? |
Part 35: American Military Cemetery
Kemudian, barulah kami pergi menjemput kumpulan pelancong yang sebenarnya telah mendaftar untuk mengikut City Tour ini. Mereka menginap di Golden Phoenix Hotel di Pasay City.
|
Pasay City yang membentuk sebahagian dari Manila. |
|
Di sinilah tetamu Jane yang telah mendaftar mengikut City Tour ini menginap. |
Tetamu Jane yang sebenarnya terdiri dari keluarga Dr. Jiang tiga beranak yang datang dari Taiwan dan seorang Pakcik berketurunan India rakyat Amerika yang Myself tak tahu namanya. Dr. Jiang beserta isteri dan anak lelaki mereka sangat baik dan ramah tetapi Pakcik American tu agak sombong orangnya. Ada saja perkara yang tak kena dan menjadi rungutan Pakcik American ni...
|
Mall of Asia |
|
Sebuah lagi bangunan yang membentuk kompleks Mall of Asia. |
|
Mengintai ke dalam Jeepney di depan kenderaan kami sewaktu di dalam traffic jam. |
Pakej Manila City Tour yang diambil oleh tetamu-tetamu Jane meliputi beberapa tempat menarik di Manila. Destinasi pertama dalam Manila City Tour ini adalah American Military Cemetery. Namun bila Pakcik American mendengar yang kami akan ke sana, dia terus berkata yang dia tak mahu pergi ke kubur "sebelum tiba masanya" ...
Bengang juga menengok kerenah Pakcik American ni. Ikut sajalah itinerari lawatan ni... Lagipun kan dia rakyat Amerika dan American Military Cemetery adalah sebahagian dari sejarah Amerika di Filipina... Takkan tak minat nak tengok sebahagian sejarah negara sendiri? Sabar je lah... Tak lama pun kami nak bersama dengan dia. Lepas melawat American Military Cemetery ni kami akan dihantar ke Airport, taklah jumpa dengan dia lagi!
Disebabkan dah ada dalam itinerari lawatan, Jane tetap membawa kami ke sana. Tapi cuma lalu sajalah dalam kawasan American Military Cemetery ni, tak turun singgah pun.
|
American Military Cemetery di Manila |
|
Pintu masuk ke American Military Cemetery |
|
American Military Cemetery ini dijaga oleh Kedutaan Amerika di Manila. Pelawat perlu mendaftar untuk masuk melawat ke dalamnya. |
Seramai 16,636 orang tentera Amerika yang terbunuh di Filipina dalam Perang Dunia Kedua disemadikan di sini. Di samping itu, 570 orang rakyat Filipina yang terbunuh ketika berkhidmat dengan pasukan tentera Amerika di Filipina pada Perang Dunia Kedua turut diberi penghormatan untuk dikebumikan di sini. Nama 32,520 orang tentera Amerika dan 3,762 orang rakyat Filipina yang bertugas dengan tentera Amerika yang juga disahkan terbunuh tetapi jasad mereka tidak ditemui turut diabadikan di tugu di pusara ini.
|
Pemandangan di dalam American Military Cemetery |
|
Pokok-pokok yang membarisi pusara. |
|
16,636 jasad tentera Amerika yang terbunuh dalam Perang Dunia Kedua di Filipina disemadikan di sini. |
|
570 jasad rakyat Filipina yang terkorban ketika berkhidmat dengan Tentera Amerika dalam Perang Dunia Kedua turut disemadikan di sini. |
|
Terdapat 24 buah American Military Cemetery di seluruh dunia dan pusara di Manila ini adalah yang terbesar di antara kesemua 24 pusara tersebut. |
|
Di pusara ini juga tersemadi 20 pasangan adik-beradik yang terkorban. |
|
Terdapat beberapa kubur yang ditandakan dengan bintang dan bukan salib kerana penghuninya beragama Yahudi. |
Walaupun terletak di Manila, tanah perkuburan ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Amerika dan ia dijaga dengan rapi sekali. Walaupun Pakcik American tadi tak mahu berkunjung ke sini, dia pulak yang beriya-iya menangkap gambar sewaktu kami berada di sini.
|
Di tugu inilah disemadikan nama-nama anggota tentera Amerika dan rakyat Filipina yang berkhidmat dengan tentera Amerika di dalam Perang Dunia Kedua yang telah disahkan terkorban tetapi jasad mereka tidak ditemui. |
|
Pemandangan tugu di American Military Cemtery dengan lebih dekat tetapi kami tidak singgah di sini. |
Walaupun mereka mungkin tidak seagama dengan kita, perasaan agak sayu bila berada di sini. Kalau di pusara lain, kita tahu penghuninya mati kerana pelbagai sebab seperti tua, sakit, kemalangan dan sebagainya. Tapi di sini, kesemua 17,000 orang yang disemadikan di sini mati terkorban dalam peperangan dan kesemua mereka mati pada usia yang muda. Inilah yang dikatakan kekejaman peperangan...
Part 35: First Airport In Asia
Philippine Airlines adalah syarikat penerbangan tertua di Asia dan lapangan terbang antarabangsa pertama yang dibina di Asia terletak di Manila. Untuk menyusuri sejarah ini, Jane membawa kami melawat ke bangunan lapangan terbang pertama di Asia ini. Bangunan lapangan terbang ini kini adalah sebuah restoran bernama Blackbird yang terletak di daerah Makati.
|
Lapangan Terbang pertama di Asia terletak di daerah Makati di Manila. |
|
Bangunan lapangan terbang ini kini adalah sebuah restoran yang bernama Blackbird. |
|
Inilah bangunan lapangan terbang pertama yang dibina di Asia. |
Perkhidmatan penerbangan komersil yang pertama di Asia berlepas dari lapangan terbang ini ke Baguio, sebuah kota yang terletak di utara Filipina pada tahun 1941. Ia dioperasi oleh Philippine Airlines. Lapangan terbang ini ketika itu dikenali sebagai Nielson Airport.
Penerbangan merentas Pasifik yang pertama juga adalah penerbangan sewa khas yang dioperasi oleh Philippine Airlines ke Amerika Syarikat dari lapangan terbang ini. Ia membawa tentera Amerika yang hendak pulang ke Amerika dari Filipina. Disebabkan teknologi kapalterbang yang masih belum maju ketika itu, penerbangan dari Manila ke Oakland di California ini terpaksa membuat persinggahan di Guam, Wake Island dan Honolulu dalam perjalanan ke sana. Penerbangan komersil pertama merentas Laut Pasifik juga berlepas dari lapangan terbang ini ke San Francisco pada penghujung tahun yang sama.
|
Kalau tak diceritakan sejarahnya, memang kita tak menyangka bangunan ini pernah berfungsi sebagai sebuah airport. |
Bangunan ini dibina bagaikan bentuk sebuah kapalterbang. Pintu masuk dan pejabat tiketnya terletak di badan bangunan kapalterbang ini. Sayapnya menempatkan ruang menunggu penumpang manakala kokpit bangunan kapalterbang ini pula berfungsi sebagai menara kawalan.
Pada ketika itu, ia mempunyai 2 buah runway. Namun begitu, kita tak lagi dapat melihat runway tersebut kerana kedua-duanya telah menjadi jalan raya yang sibuk di Manila ~ Ayala Avenue dan Paseo de Roxas.
|
Kokpit bangunan kapalterbang yang berfungsi sebagai menara kawalan airport. |
|
Ini pula ruang menunggu penumpang di sayap bangunan kapalterbang. Simple sangat rupanya. |
|
Nama Manila International Air Terminal masih dikekalkan di sini. |
|
Satu lagi pemandangan bangunan airport lama ini. |
Part 36: Perjalanan Ke Ninoy Aquino Airport
Selepas melawat lapangan terbang lama tadi, tibalah masa untuk menghantar kami ke lapangan terbang. Perjalanan dari Makati ke Ninoy Aquino Airport menggunakan lebuhraya Skyway hanya memakan masa 20 minit.
|
Hotel Peninsula Manila yang terletak betul-betul bertentangan dengan First Airport in Asia tadi. |
|
Pancutan air yang cantik di depan The Peninsula Manila Hotel |
|
Laluan masuk ke Lebuhraya Skyway |
|
Pemandangan di Lebuhraya Skyway. Laluan ke Airport agak lengang berbanding dengan laluan yang menuju masuk ke Makati. |
|
Pemandangan kota Manila dari Lebuhraya Skyway. |
|
Susur keluar ke Ninoy Aquino International Airport (NAIA). |
|
Dah sampai ke Ninoy Aquino International Airport, tapi ini bukan terminal kami. |
Masalah timbul selepas kami keluar dari Lebuhraya Skyway. Perjalanan menuju ke Terminal 1 Ninoy Aquino Airport tersekat dengan traffic jam yang sangat teruk. Merungut-rungut Pakcik American tu di dalam van. Katanya Jane sepatutnya menghantar kami ke Airport dulu, barulah membawa mereka membuat City Tour. Sabar sajalah mendengar rungutan Pakcik American ni... Mudah-mudahan cepatlah kami sampai ke Airport dan tak perlulah nak bersama dia lagi. Kalau Pakcik ini tahu yang kami sebenarnya mengikut Tour ini secara percuma, lagilah panjang rungutannya.
|
Pemandangan sewaktu keluar dari Lebuhraya Skyway |
|
Tersekat pulak dalam traffic jam yang teruk sewaktu dalam perjalanan menuju ke Terminal 1, NAIA. |
Myself mula cemas bila jam menunjukkan hampir pukul 12 tengahari dan kami masih tak sampai ke Terminal 1. Penerbangan kami berlepas pada pukul 1.20 petang. Walaupun kami dah buat web check-in, Bag Drop perlu dibuat paling lewat pada pukul 12.20 tengahari. Tak dapat dibayangkan kalau kami kami terlepas flight balik ke Kuala Lumpur ini...
Akhirnya kami tiba juga di Terminal 1 pada pukul 12.05 tengahari. Berkejar-kejar kami ke kaunter Malaysia Airlines. Mujurlah kaunter Malaysia Airlines ini dekat saja dengan pintu masuk. Sempatlah juga nak buat Bag Drop walaupun termengah-mengah berlari! Terima kasih, Jane! Thank you dan Salamat Po (Terima kasih dalam Bahasa Tagalog)! Dialah yang membuatkan Myself dan Husband cukup enjoy dengan trip singkat ke Philippines ini.
Myself juga sempat mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Dr. Jiang dan Pakcik American tadi: "Enjoy your stay in Philippines!" Dr. Jiang sekeluarga dan Pakcik American ini hendak terbang ke Pulau Cebu pada pagi esok. Mereka sebenarnya dah mengeluh panjang sewaktu menempuh traffic jam teruk menghantar kami ke Airport tadi. Kalau begini kata Pakcik American, mereka kena keluar ke Airport pukul 5 pagi esok untuk ke Cebu!
|
Berkejar masuk ke dalam airport sebab dah terlewat tiba. |
|
Tu dia kaunter Malaysia Airlines! Jom cepat lari, ada 10 minit je tinggal sebelum kaunter ditutup!! |
Dengan termengah-mengah, kami dapat juga membuat Bag Drop sebelum kaunter ditutup. Sewaktu beratur, kami disapa oleh seorang pegawai Kedutaan Malaysia di Manila yang sedang menghantar keluarga kenalannya pulang ke Malaysia dengan penerbangan yang sama dengan kami. Kata pegawai itu, kami membuat pilihan yang bijak datang ke Manila pada hujung minggu dan cuti am di Philippines. Traffic jam kurang sikit pada masa ini katanya.
Wah, begitu rupanya traffic jam sebenar di Manila! Selama 4 hari di sini, kami berdepan dengan traffic jam yang mencabar. Rupa-rupanya traffic jam yang kami alami ini dikira mild di Manila!
|
Membuat Bag Drop di Kaunter Malaysia Airlines |
|
Pemeriksaan imigresen terletak di belakang pintu sana. |
Seperti juga airport di New Delhi dan Colombo, hanya penumpang bertiket dibenarkan masuk ke bangunan terminal Airport di Manila. Jadi, suasananya taklah hectic sangat di dalamnya.
Disebabkan masa untuk pesawat kami berlepas tidak begitu lama lagi, kami terus saja menuju ke pintu perlepasan. Tak sempat pun nak tengok kedai-kedai souvenir di airport ni.
|
Kedai-kedai Duty Free di Terminal 1, Ninoy Aquino International Airport. |
|
Itu dia pesawat Malaysia Airlines kami! |
|
Sebuah pesawat yang baru berlepas dari NAIA. Tak tahu dia nak menuju ke mana. |
|
Arah ke Pintu Perlepasan |
|
Laluan menuju ke Pintu Perlepasan. |
|
Pintu Perlepasan kami adalah Gate 2. |
|
Pemandangan Terminal 1, Ninoy Aquino International Airport |
|
Pemeriksaan passport di Pintu Perlepasan. |
|
Pemeriksaan bagasi secara manual di Pintu Perlepasan. |
Part 37: Penerbangan Pulang
Pesawat kami berlepas dari Terminal 1, Ninoy Aquino International Airport, Manila pada pukul 1.20 petang. Lupa nak cerita, tiada perbezaan waktu di antara Manila dan Kuala Lumpur.
|
Terbang meninggalkan Manila untuk kembali ke Kuala Lumpur. |
|
Beginilah sesaknya kota Manila. Nampak tak perusahaan ternakan ikan di Teluk Manila sana? |
|
Mula merentasi Laut China Selatan. |
Seperti perjalanan sewaktu datang ke Manila, penerbangan pulang juga memakan masa 3 jam 30 minit. Oleh kerana cuaca sangat baik di luar sana, kami dapat melihat dengan jelas beberapa buah pulau terumbu karang yang cantik. Mungkin inilah sebahagian dari Kepulauan Spratly yang dituntut secara bertindih oleh beberapa buah negara Asia Tenggara (termasuk juga Malaysia) dan negara China.
|
Peta penerbangan pulang. |
|
Macam bentuk Amoeba pulau ni dari udara. |
|
Myself rasa, pulau-pulau ini mungkin sebahagian dari Kepulauan Spratly agaknya. |
|
Hidangan sajian penerbangan. |
|
Chicken Adobo - rasanya macam Ayam Masak Taucu tapi versi Philippines. |
|
Noodle With Prawns. |
|
Banyak juga kerusi kosong dalam pesawat ini. |
|
Awan tebal ketika menghampiri Semenanjung Malaysia. Pilot yang membawa pesawat ini sangat cekap, tak bergegar sangat pesawat sewaktu mengharunginya. |
Seperti yang dijadualkan, pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 5 petang. Alhamdulillah... berakhirlah percutian kami ke Philippines.
|
Pemandangan Tasik Kenyir dari udara |
|
Tak tahu area mana ni.... |
|
Membuat penerbangan turun ke Kuala Lumpur. |
|
Hampir tiba di KLIA. |
|
Selamat tiba di KLIA. |
CATATAN PERJALANAN PHILIPPINES 2016:
CATATAN PERJALANAN LAIN (PHILIPPINES):