September 2015
SRI LANKA
Colombo, Kandy & Nuwara Eliya
Bahagian 6 : PULANG KE COLOMBO
HARI KETIGA
Part 23: Suasana Pagi Di Jetwing St. Andrew's
Program hari ini hanyalah perjalanan pulang ke Colombo dengan persinggahan di beberapa lokasi menarik dalam perjalanan pulang. Seperti biasa, program pertama dimulakan dengan bersarapan di hotel.
|
Suasana pagi dari balkoni bilik hotel. Suhu pagi ini 15 darjah Celcius. |
|
Cuaca di Nuwara Eliya sangat sejuk. Walaupun kita buka "HOT" sampai maksimum, air paip ini tetap mengambil masa untuk menjadi panas. |
|
Laluan ke restoran pagi ini dihiasi dengan gerbang bunga-bungaan ini. Mungkin ada majlis perkahwinan di sini hari ini. |
|
Memang benar jangkaan kami. Satu majlis perkahwinan akan diadakan pada pukul 11 nanti. Dewan makan di mana kami dinner semalam sedang dihias untuk majlis tersebut. |
|
Memandangkan bilik sebelah sedang dipersiap untuk majlis perkahwinan, kami terpaksa breakfast di bilik ini. |
|
Potato Masala di tengah tu memang sangat sedap. |
|
Tosai, versi Sri Lanka. |
|
Kaunter buffet sarapan pagi. |
|
Sarapan pagi kami. |
Selepas sarapan, kami menjenguk lagi ke bilik sebelah. Kelihatan macam bilik tersebut telah siap dihias. Secara kebetulan, semalam kami ada bertanya kepada Terence tentang majlis perkahwinan di Sri Lanka. Kata Terence, kalau di Sri Lanka ini, majlis perkahwinan di sebelah perempuan selalunya berlangsung di sebelah pagi. Majlis resepsi pengantin lelaki pula dibuat di sebelah malam. Oleh kerana majis ini akan berlangsung pukul 11 pagi, ini mesti majlis pengantin perempuan.
|
Pelamin yang simple tetapi menarik. |
|
Ruang makan untuk tetamu juga telah disiapkan. |
Part 24: Perjalanan Yang Panjang Ke Colombo
Perjalanan kami hari ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Menurut Terence, beliau akan membawa kami pulang ke Colombo mengikut jalan lain dari semalam. Perjalanan pulang ini juga panjang, memakan lebih 6 jam.
|
Suasana pagi di Nuwara Eliya |
|
Muram dan berkabus kerana hujan. |
"Nuwara Eliya" bermaksud "Bandar Bercahaya". Mungkin bandar ini cantik kalau mentari bersinar terang. Tapi disebabkan kami tiba di dalam musim hujan kerana peralihan angin monsun, ia nampak suram. Tapi suhunya memang sejuk di bawah 20 darjah Celcius.
|
Disebabkan cuacanya yang dingin, Nuwara Eliya menjadi tempat percutian pegawai British yang bertugas di Sri Lanka pada masa dahulu. Kerana itulah banyak bangunan mengikut style Inggeris di sini. |
|
Lagi bangunan bercirikan British |
|
Pemandangan di pinggir bandar. |
|
Selamat Tinggal, Nuwara Eliya! |
Pemergian
kami dari Nuwara Eliya diiringi kabus dan hujan renyai. Kata Terence,
cuaca di Nuwara Eliya memang begini sepanjang tahun. Kabus dan hujan
akan meliputi Nuwara Eliya bermula dari 4 petang sehinggalah ke pukul 10
pagi keesokan harinya.
|
Hujan dan kabus adalah pemandangan biasa di Nuwara Eliya, kata Terence. |
|
Pemandangan hutan yang berkabus. |
|
Mengekori lori balak turun ke bawah |
|
Gigih betul pakcik ini berjalan dengan berkaki ayam sambil mengangkat beban. |
|
Peringatan tentang keadaan jalan menuju ke bawah. |
|
Ladang Teh Palmerston |
|
Bunga-bungaan yang banyak ditanam di tepi ladang teh. |
|
Air terjun kecil di tepi jalan. |
|
Had kelajuan bagi bas dan lori. |
|
Had kelajuan bagi kenderaan ringan. |
|
Kebun Teh Logie Estate |
|
Bandar Talawakkelle |
|
Pemandangan Ladang Teh yang cantik |
|
Pintu masuk ke sebuah Ladang Teh |
|
Jalan yang cantik di tepi ladang teh. |
|
Upper Kotmale Dam |
ST. CLAIR'S FALLS
|
Ini juga adalah satu laluan menuju ke pendakian Adam's Peak. |
SEVEN VIRGINS RANGE
Semakin menurun ke bawah, pokok-pokok teh makin hilang dari pandangan dan diganti dengan hutan.
|
Pemandangan pokok teh dah semakin berkurangan. |
|
Kerja perlebaran jalan berdekatan ladang teh. |
|
Pemandangan pokok teh kini diganti dengan hutan. |
Kami kemudiannya ditunjukkan pula oleh Terence sebuah banjaran gunung yang dinamakan Seven Virgins Range. Gunung ini juga menyimpan sebuah kisah sedih di mana pada tahun 1974, sebuah kapalterbang yang membawa Jemaah Haji dari Indonesia telah terhempas di sini sewaktu dalam perjalanan ke Tanah Suci.
|
Di Seven Virgins Range inilah sebuah pesawat yang membawa Jemaah Haji dari Indonesia terhempas dan mengorbankan semua 182 penumpang dan 9 anak kapal pada tahun 1974. |
Part 25: Plantation Hotel, Kitulgala
Menjelang tengahari, kami tiba di Kitulgala. Bandar ini terkenal dengan aktiviti White River Rafting.
|
Pilihanraya Pesiden Sri Lanka baru saja berakhir. Kertas-kertas hijau yang digantung merentang jalan itu mewakili sebuah parti politik yang bertanding. |
|
Poster Pilihanraya di bandar Kitulgala. |
|
Kitulgala terkenal dengan aktiviti White Water Rafting. |
|
Poster White Water Rafting terdapat di mana-mana sahaja di kawasan ini. |
Di Kitulgala, kami singgah di Plantation Hotel untuk makan tengahari. Hotel ini terletak di tepi Sungai Kelani, sungai yang kedua terpanjang di Sri Lanka.
|
Pintu masuk ke Plantation Hotel |
|
Pemandangan di Plantation Hotel |
|
Reception Counter |
|
Lobi Plantation Hotel |
|
Lagi pemandangan di Lobi Hotel |
|
Menuju ke kawasan restoran |
Kami menjadi excited pulak bila melihat ada satu majlis perkahwinan sedang diadakan di sini. Tak sangka selepas miss majlis perkahwinan di Hotel Jetwing St. Andrew's tadi dapat pula melihat satu majlis di sini.
|
Majlis perkahwinan sedang berlangsung di Plantation Hotel. |
|
Inilah pasangan pengantin dengan pakaian tradisional mereka. |
|
Ruang makan untuk majlis resepsi |
|
Sengaja lalu mencelah di buffet jamuan pengantin untuk merasai suasana. |
Hotel Plantation ini juga dibina bersebelahan dengan Sungai Kelani dan menjadi laluan White Water Rafting. Kagum melihat pemandangan ini kerana Myself tak pernah melihat orang membuat aktiviti tersebut sebelum ini.
|
Turun ke bawah untuk melihat White Water Rafting. |
|
White Water Rafting di Sungai Kelani |
|
Mengambil gambar bermain White Water Rafting |
|
Pemandangan sewaktu rakit melintasi Plantation Hotel. |
|
Macam seronok je bermain White Water Rafting ini. |
Oleh kerana kami tiba agak awal di Plantation Hotel, buffet makanan tengaharinya masih belum sedia. Jadi Terence membawa kami melawat Automobile Museum di Hotel ini.
|
Automobile Museum di Plantation Hotel |
Automobile Museum ini adalah koleksi kereta-kereta mewah pemilik Plantation Hotel ini. Beliau sebenarnya telah meninggal dunia dan kereta-kereta ini sekarang dimiliki oleh balu beliau.
|
Pemandangan koleksi kereta antik dan mewah di Automobile Museum. |
|
Kereta paling awal di Sri Lanka menggunakan nombor pendaftaran CE,CY, CL,CO dan CN sempena perkataan CEYLON. Selepas itu barulah sistem nombor seperti sekarang digunakan. |
|
Kereta mewah Husband... |
|
Kereta Rolls Royce kita... |
Bila buffet makan tengahari dah sedia, barulah kami pergi semula ke restoran untuk menjamu selera. Sambil makan kami memerhatikan gelagat orang-orang membuat White Water Rafting yang tidak putus-putus di Sungai Kelani ini.
|
Restoran di Plantation Hotel. |
|
Menjamu selera di Plantation Hotel. |
|
Tak putus-putus orang membuat White Water Rafting di sini |
|
Wanita Arab ini sedang menunggu untuk mengambil gambar ahli keluarganya yang membuat White Water Rafting lalu di sini. |
|
Macam enjoy je membuat White Water Rafting ni... |
|
Dah selamat mendarat di tepi. |
Kalau di Kandy dulu kami ditunjukkan lokasi penggambaran filem Indiana Jones, di Plantation Hotel ini pula kami ditunjukkan lokasi penggambaran filem Bridge On The River Kwai. Filem ini adalah sebuah filem berlatar belakangkan Perang Dunia Kedua. Myself tak pernah tengok filem ini.