September 2015
SRI LANKA
Colombo, Kandy & Nuwara Eliya
Bahagian 3: Kandy (1)
KANDYAN CULTURAL SHOW
HARI PERTAMA (3)
Part 6: Kandyan Cultural Show
Kami tiba di bandar Kandy pada pukul 5.00 petang. Bandar Kandy agak sibuk ketika itu kerana waktu bekerja baru tamat dan ramai penduduk Kandy sedang meninggalkan tempat kerja masing-masing untuk pulang ke rumah.
|
Kami akhirnya tiba di Kandy. |
|
Pemandangan di bandar Kandy |
|
Bandar Kandy agak sibuk ketika ini kerana waktu bekerja baru selesai dan penduduk-penduduk Kandy sedang bergegas pulang ke rumah. |
|
Salah sebuah Stupa Buddha yang banyak dilihat di Kandy. |
|
Polis Trafik sedang mengawal kesesakan lalulintas di Kandy. |
|
Hospital Kerajaan terbesar di bandar Kandy |
|
Pintu masuk ke hospital kerajaan |
|
Patung Buddha di tengah bandar |
|
Pemandangan patung Buddha dari dekat. |
|
Pusat Bandar Kandy |
|
Patung Buddha lagi... |
|
Patung seorang jeneral tentera di tengah bandar Kandy. |
|
Jeneral ini juga adalah seorang ahli politik yang penting di Sri Lanka. |
|
Tak tahu apa sejarah salib yang diletakkan di tengah bandar ini. |
|
Queen's Hotel di tengah bandar Kandy ini adalah bekas kediaman Gabenor British pada masa dahulu. Ia kini merupakan sebuah hotel mewah. |
Walau ke negara mana sekalipun kami mengembara, antara yang pasti akan kami cuba lakukan ialah menonton persembahan kebudayaan di sana. Bagi kami, ini adalah cara yang termudah untuk memahami sepintas lalu cara kehidupan dan kebudayaan negara yang kami lawati. Di Kandy juga, kami tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Kandyan Cultural Show yang diadakan di sebuah teater di Young Men's Buddhist Association di sini.
Kandy pada masa dahulu merupakan pusat sebuah kerajaan beraja di Sri Lanka. Tarian-tarian yang dipersembahkan dalam Kandyan Cultural Show adalah tarian-tarian yang pada masa dahulu dipersembahkan di istana raja di Kandy. Disebabkan populariti persembahan kebudayaan Kandy, ia sering dianggap sebagai persembahan kebudayaan bagi Sri Lanka walaupun sebenarnya ada juga persembahan-persembahan kebudayaan dari daerah selain Kandy di Sri Lanka.
Sekali lagi, timing Terence perfect sekali. Kami tiba di teater ini tepat pada pukul 5.30 petang, iaitu waktu persembahan ini dijadual untuk dimulakan.
|
Bangunan Young Men's Buddhist Association di mana persembahan Kandyan Cultural Show diadakan. |
|
Pemandangan di sekitar bangunan Young Men's Buddhist Association. |
|
Pintu masuk ke teater persembahan. |
|
Pemandangan di dalam teater persembahan Kandyan Cultural Show. |
Kandyan Cultural Show dimulakan dengan persembahan gendang yang mengalu-alukan kedatangan penonton. Pada masa dahulu, gendang dipalu di istana raja untuk mengalukan kedatangan tetamu-tetamu Diraja.
Apa yang menarik dalam persembahan ini ialah ia dipenuhi dengan pergerakan-pergerakan akrobatik yang agresif. Selama ini Myself menyangka hanya persembahan kebudayaan dari negara China saja yang ada aksi-aksi begini. Tak sangka sungguh yang persembahan kebudayaan Sri Lanka juga penuh dengan aksi akrobatik.
|
Tarian ini dinamakan Tarian Pooja. Menurut keterangan yang diberi, persembahan ini diadakan untuk mendapat restu dari Sang Dewi. |
|
Peacock Dance menggambarkan pergerakan Burung Merak yang dianggap sebagai simbol persahabatan di Sri Lanka. |
|
Aksi akrobatik yang mengkagumkan dalam Peacock Dance. Ia dilakukan tanpa bantuan special effects. |
|
Ini juga satu aksi tarian akrobatik dalam Kandyan Cultural Show. Sayang gambar pergerakannya kabur... |
|
Tak tahu nama tarian yang menarik ini... |
|
Tarian ini juga ada banyak aksi akrobatik yang sukar dirakamkan dengan kamera. |
|
Kita close-up sikit penari ini.. |
|
Balancing Act |
|
Kalau negara yang banyak menanam padi, mesti ada tarian menampi beras macam ini. |
Selesai persembahan di dalam dewan, penonton dipelawa pula menonton persembahan Fire Walking di luar dewan. Untuk mendapatkan pemandangan yang bagus, kami berebut naik ke tingkat atas bangunan bersebelahan sebelum persembahan dimulakan.
|
Penonton keluar dari dewan untuk menyaksikan Fire Walking. |
|
Pemandangan malam bandar Kandy sebelum persembahan Fire Walking dimulakan. |
|
Bara api dinyalakan. |
|
Penari-penari bergerak ke arah api. |
|
Menari-nari di tepi api. |
|
Bermain dengan api. |
|
Persembahan memakan api. |
|
Dah ditelannya api itu... |
|
Melompat ke dalam api. |
|
Berjalan di atas api. |
Persembahan Fire Walking ini tidak panjang, tapi sangat mengkagumkan...
Selepas persembahan Fire Walking ini tamat, ramai penonton mendongak ke langit. Kami pun ikutlah berbuat begitu sebab nak tahu apa yang menarik sangat tu. Dari jauh, kami nampak macam sekumpulan burung yang sedang terbang di langit. Tapi bila dilihat dengan lebih teliti, "burung-burung" itu sebenarnya adalah kelawar yang keluar mencari serangga untuk dijadikan makanan malam itu...
|
Semua orang mendongak ke langit. Kami pun buat begitu... |
|
Dari jauh memang nampak macam burung terbang. |
|
Bila diperhati betul-betul barulah nampak yang sebenarnya "burung-burung" ini adalah kelawar. |
Part 7: Tiba di Hotel
Selepas persembahan Kandyan Cultural Show tamat barulah kami dibawa oleh Terence ke hotel penginapan kami, Earl's Regent Hotel.
|
Meninggalkan teater Kandyan Cultural Show |
|
Kedai-kedai di bawah teater Kandyan Cultural Show. |
|
Pemandangan malam di bandar Kandy. |
Hotel penginapan kami terletak di pinggir bandar Kandy. Disebabkan hari semakin malam, kami tak nampak pemandangan di kiri kanan dalam perjalanan sehinggalah sampai ke hotel.
|
Lobi Earl's Regent Hotel |
|
Welcome Drink |
Di Earl's Regent Hotel, kami disambut oleh staf yang bertugas pada malam itu. Dialah yang menguruskan pendaftaran dan seterusnya mengiring kami sampai ke bilik.
|
Selepas melalui hari yang panjang dengan pelbagai aktiviti, memang nampak katil ini begitu menggamit sekali... |
|
Berposing dengan gajah di dalam bilik kami. |
Makan malam juga disediakan di Earl's Regent Hotel. Menurut staf tadi, makan malam bermula pada pukul 7 malam. Tapi bila kami sampai di restoran, rupa-rupanya makan malam bermula pada pukul 7.30 malam.
|
Makan malam masih belum sedia lagi. |
|
Menunggu di tepi kolam renang untuk makan malam. |
Disebabkan malas nak balik ke bilik, kami hanya menunggu di tepi kolam renang. Di sinilah kami berkenalan dengan Mr. Stanley, seorang penginap di hotel ini yang juga berasal dari Malaysia. Dia datang ke Sri Lanka bersama isterinya dengan menyertai rombongan anjuran adik iparnya seramai 30 orang. Selain dari Mr. Stanley dan isterinya, semua ahli rombongan mereka berasal dari Singapura.
|
Di sinilah kami berkenalan dengan Mr. Stanley yang datang dari Puchong bersama isterinya. Mereka menyertai rombongan kumpulan dari Singapura yang diketuai adik iparnya. |
|
Makan malam di Earl's Regent Hotel, Kandy. |
|
Hidangan makan malam. |
|
Sedapnya jus oren ni... |
Bersambung ke Bahagian 4 ...
CATATAN PERJALANAN SRI LANKA (2015):