September 2015
SRI LANKA
Colombo, Kandy & Nuwara Eliya
Bahagian 10 : PULANG KE MALAYSIA
HARI KELIMA
Part 45: Perjalanan ke Airport
Tak kenal maka tak cinta... Itulah rumusan yang paling tepat untuk menggambarkan percutian kami ke Sri Lanka ini. Sebuah negara yang under rated, tapi banyak keistimewaan yang tersembunyi di sini.
Selepas 4 hari berada di sini, tibalah masa untuk pulang. Seawal jam 8 pagi, Terence datang menjemput kami untuk dibawa kembali ke Lapangan Terbang Bandaranaike.
|
Melintasi Pelabuhan Perikanan Handala sewaktu meninggalkan Pegasus Reef Hotel menuju ke Lapangan Terbang. |
|
Pemandangan ombak yang mengganas ini pasti akan kami rindui bila kembali ke Malaysia. |
|
Pemandangan ini takkan dirindui sebab banyak terdapat di Malaysia |
Perjalanan dari Pegasus Reef Hotel ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike memakan masa kira-kira 40 minit. Kami melalui kawasan kampung sebelum masuk ke jalan utama menuju ke Lapangan Terbang.
|
Pemandangan di kawasan perkampungan dalam perjalanan ke Airport. |
|
Melintasi Dutch Hamilton Canal |
|
Ada ramai penjual daging yang kami temui dalam perjalanan ke Airport. |
|
Lagi penjual daging. |
|
Penjual King Coconut |
|
Penduduk Sri Lanka pada umumnya sangat berpegang kepada ajaran agama. Memandangkan hari ini hari Ahad, kami bertemu ramai kanak-kanak yang sedang dalam perjalanan ke Sunday School untuk mendalami agama Kristian di Gereja. |
|
Jalan utama menuju ke Bandaranaike International Airport di Colombo. |
Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang juga, kami melihat sekumpulan remaja sedang bermain kriket. Oleh kerana pengaruh British sangat tebal di Sri Lanka (kerana negara ini dijajah British selama 300 tahun), kami menyangka kriket adalah sukan kebangsaan mereka seperti di India. Sangkaan kami meleset bila Terence memberitahu yang sukan kebangsaan mereka adalah Bola Tampar (Volleyball). Namun begitu, kriket juga tetap merupakan antara sukan yang popular di Sri Lanka.
|
Remaja di Sri Lanka bermain kriket. |
|
Lintasan keretapi dalam perjalanan ke Airport |
Kami berpisah dengan Terence di Lapangan Terbang Bandaranaike. Menurut Terence, dia tidak ada assignment lain pada hari itu selain menghantar kami pulang ke Airport. Namun begitu, pada esok hari dia akan memulakan rutin perjalanan sekali lagi kerana ada satu keluarga dari Bahrain yang akan menggunakan khidmat beliau.
|
Lapangan Terbang Bandaranaike, Colombo |
Kaunter Air Asia masih belum dibuka sewaktu kami tiba di Airport, jadi terpaksalah kami menunggu sebentar. Dengan tidak disangka kami bertemu lagi dengan Mr. Stanley dari Puchong yang juga rupa-rupanya sama penerbangan pulang dengan kami.
Menurut Mr. Stanley, ahli-ahli rombongannya yang lain telah pulang ke Singapura semalam. Dia juga sepatutnya pulang semalam tetapi Air Asia telah membatalkan penerbangan pada hari tersebut dan dia telah ditukarkan ke penerbangan yang sama dengan kami. Inilah satu risiko jika kita travel menggunakan Air Asia ke destinasi yang boleh dikatakan kurang popular. Jika bilangan penumpang kurang, mereka akan membatalkan penerbangan tersebut dan memindahkan kita ke penerbangan lain yang lebih ramai penumpang.
|
Menunggu kaunter Air Asia dibuka di Lapangan Terbang Bandaranaike. |
|
Peramugari Sri Lankan Airlines |
|
Bertemu lagi dengan Mr. Stanley di sini. |
|
Bagasi kami sedang dicheck-in. |
|
Berjalan menuju ke Pemeriksaan Imigresen |
Sewaktu kami melalui pemeriksaan imigresen, ada satu kumpulan besar kanak-kanak sekolah rendah yang membuat lawatan ke Airport ini lalu di depan kami. Rasa-rasanya mereka ini datang dari berbagai sekolah yang berkumpul menjadi satu rombongan. Budak-budak ni asyik melambai kepada kami. Untuk membuktikan rakyat Malaysia juga friendly seperti rakyat Sri Lanka, kami pun terpaksalah membalas lambaian mereka.
|
Rombongan kanak-kanak sekolah membuat lawatan ke Airport Bandaranaike. |
|
Rombongan kanak-kanak tadi berkumpul di hujung sana untuk melihat kapalterbang di luar sana. |
Seperti juga airport-airport lain di dunia, ada banyak kedai souvenir dan barangan Duty Free di Bandaranaike Airport.
|
Kedai-kedai di Lapangan Terbang |
|
Promosi Agama Buddha di Bandaranaike Airport |
|
Kuasa pengembara-pengembara Muslim memang tak dapat dinafikan oleh mana-mana Lapangan Terbang utama di dunia kini. Prayer Room sentiasa ada untuk kemudahan kita bersolat. |
|
Mesti mereka ini sangat keletihan sehingga tertidur begini... |
Duit Sri Lanka sukar diperolehi di Malaysia. Nilainya juga sangat rendah jika ditukar kembali ke Ringgit Malaysia. Jadi untuk menghabiskan saki-baki Sri Lankan Rupee yang ada, kami singgah di kedai teh di Airport untuk membeli pelbagai jenis teh untuk diberikan sebagai cenderamata kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.
|
Kedai-kedai teh mempunyai ruangan yang special di Bandaranaike Airport. |
|
Pelbagai jenis teh dijual di sini. |
|
Teh pelbagai perisa yang dibeli sebagai cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. |
Sambil menunggu pesawat, kami juga membeli sandwich untuk mengalas perut. Maklumlah pesawat kami berlepas dari Colombo pada pukul 11.55 pagi. Mesti sejam selepas itu baru sajian penerbangan diberi kepada penumpang. Takut kelaparan pulak nanti menunggu sajian penerbangan itu.
|
Kedai Relaks Inn di Bandaranaike Airport |
|
Pelbagai jenis roti dan snek dijual di sini |
|
Sandwich dan Mango Nectar untuk mengalas perut. |
Kemudian barulah kami bergerak menuju ke pintu pelepasan pesawat.
|
Kawasan pintu pelepasan |
|
Penumpang Mat Salleh dengan anaknya. |
|
Pemandangan di Bandaranaike Airport |
|
Pintu Perlepasan kami. |
|
Inilah pesawat kami - Air Asia X D7 183. |
|
Pesawat ini baru tiba dari Kuala Lumpur. Selepas menurunkan penumpang di sini, dia akan berpatah balik membawa kami pulang ke Kuala Lumpur. |
Penerbangan pulang dari Colombo ke Kuala Lumpur memakan masa 3 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan pulang ini sangat baik sehingga pesawat kami dapat terbang dengan begitu lancar dan selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 6 petang.
|
Pemandangan di belakang pesawat. Kami berjaya mendapat seat berdua di ekor pesawat dalam perjalanan pulang ini. |
|
Anak-anak kapal sedang menyajikan Sajian Penerbangan. |
|
Peta penerbangan pulang kami (Ihsan Flightradar24) |
|
Berdepan kembali dengan jerebu selepas menikmati udara yang segar dan bersih di Sri Lanka... |
CATATAN PERJALANAN SRI LANKA (2015):