September 2015
SRI LANKA
Colombo, Kandy & Nuwara Eliya
Bahagian 7 : Colombo (1)
INDEPENDENCE MEMORIAL HALL, SHAIKH USMAN WALIYULLAH SHRINE AND MASJID & WOLVENDAAL CHURCH
HARI KEEMPAT (1)
Part 28: Pegasus Reef Hotel
Kami tinggal selama 2 malam di Pegasus Reef Hotel sewaktu melawat Colombo. Hotel ini terletak di Handala, kira-kira 11 km dari Colombo. Ia terletak di tepi pantai Lautan Hindi.
|
Pintu masuk ke Hotel Pegasus Reef di Handala, Colombo. |
|
Bergambar di depan hotel |
Menurut Terence, hotel ini bukanlah sebuah hotel baru. Namun disebabkan maintenance yang begitu bagus, suasana bangunan dan persekitarannya menyebabkan ia kelihatan bagaikan sebuah hotel baru.
|
Tiba di Hotel Pegasus Reef |
|
Lobi Hotel Pegasus Reef |
|
Travel Desk |
|
Lobi dan Bar di Pegasus Reef |
Seperti juga di dua hotel penginapan kami sebelum ini, ada staf hotel yang menguruskan pendaftaran kami sebaik kami tiba. Dia jugalah yang mengiring kami sehingga ke bilik penginapan.
|
Welcome Drink di Pegasus Reef sambil mengisi borang pendaftaran. |
|
Bilik penginapan kami |
|
Pemandangan dari bilik kami. |
|
Hotel-hotel kat Sri Lanka ni memang menyediakan pengesat kaki kat tepi katil. |
Hotel Pegasus Reef nyata adalah destinasi popular untuk mengadakan majlis perkahwinan di kawasan Colombo. Sejak dari kami mula sampai sehinggalah sampai masa kami meninggalkan hotel ini untuk kembali ke Malaysia, sentiasa nampak pasangan pengantin mengadakan photo shoot di sini.
|
Pengantin mengadakan photo shoot di Hotel Pegasus Reef. |
|
Kata pasangan ini, mereka nak berbulan madu di Kuala Lumpur selama 3 hari. Kesian pulak kami mendengarnya sebab Kuala Lumpur sedang teruk dilanda jerebu sekarang. |
|
Pengapit-pengapit pengantin sedang berselfie |
|
Macam adegan dari filem Hindustan pulak. |
|
Menghias kereta pengantin |
|
Pengantin yang menggunakan kereta ini dah pasti datang dari keluarga orang berada. |
|
Perkahwinan mengikut cara Barat
|
|
Kereta-kereta pengantin yang telah siap dihias.
|
Kalau hotel ini menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan mereka, mestilah suasana di hotel ini hebat, bukan? Mari kita lihat apa yang ada di Hotel Pegasus Reef ini.
|
Pemandangan ke arah tempat letak kereta dari lobi hotel. |
|
Pemandangan ke arah pantai. |
|
Pemandangan ke arah kolam renang |
|
Inilah pemandangan bilik kami yang terletak di Tingkat 1. Sebiji macam pemandangan bilik kami di Hilton Istanbul Bosphorus di Turki dulu. |
|
Pemandangan menghala ke pantai dari kolam renang. |
|
Kerusi di tepi kolam renang. |
|
Pemandangan sewaktu bersantai di tepi kolam renang. |
Jom kita jalan-jalan ke pantai pulak..
|
Laluan menuju ke pantai |
|
Kolam untuk membersihkan kaki di tepi pantai. |
|
Jambatan di kolam mencuci kaki |
|
Pokok kelapa rendang di tepi pantai |
|
Dah nampak laut kat depan sana. |
|
Dari jauh lagi dah nampak ombak menghempas. |
|
Pemandangan di pantai Pegasus Reef Hotel. |
|
Melihat ombak di pantai Pegasus Reef. |
Ombak Laut Hindi di pantai Pegasus Reef sangat ganas sehingga pengunjung dinasihatkan supaya tidak berenang di sini. Walaupun ada pemecah ombak didirikan di tengah laut, ombak yang sampai ke pantai masih sangat ganas kerana Sri Lanka adalah sebuah pulau yang tidak terlindung dengan mana-mana daratan. Kalau kita hanyut di sini, besar kemungkinan kita akan ditemui di benua Afrika.
|
Bendera merah dipasang sebagai amaran supaya tidak berenang di sini. |
|
Pemecah ombak banyak didirikan di pantai sekitar Colombo |
|
Kekuatan hempasan ombak menyebabkan pasir di pantai terhakis sedalam ini. |
|
Pemandangan ombak melepasi pemecah ombak |
|
Ombak di sini lebih kuat dari yang pernah kami lihat di Bali, Indonesia. |
|
Sampah yang dibawa ombak ke pantai. |
|
Ombak sekuat ini menyebabkan kami langsung tak berani mendekati gigi air sekali pun. |
|
Pemandangan Pelabuhan Perikanan Handala dari pantai Pegasus Reef |
|
Pemandangan bandaraya Colombo dari pantai Pegasus Reef. |
|
Mencuci pasir di kasut sebelum balik ke bilik |
Part 29 : Colombo
Bandaraya Colombo adalah ibu negara Sri Lanka. Ia kaya dengan bangunan-bangunan kolonial seperti Georgetown di Pulau Pinang.
|
Pemandangan Pelabuhan Colombo |
|
Gereja St. Anthony |
|
Kedai Kasut Bata ada di mana-mana saja. |
|
Kawasan Pettah di Colombo |
|
Masjid Jami Ul Alfar yang berwarna merah ini sangat terkenal di Colombo. |
|
Sekali imbas macam pemandangan di Pulau Pinang |
|
Seperti di Melaka, bangunan-bangunan merah begini dibina oleh penjajah Belanda. |
|
Banyak sungguh bangunan kolonial begini di Colombo. Kebanyakannya dibina oleh British dan Belanda. |
|
Bangunan tinggi di sebelah kiri itu adalah World Trade Centre. |
Mengikut ceritanya, nama Colombo diberi oleh penjajah Portugis pada masa dahulu sempena buah mangga hijau (yang disebut colomberk dalam bahasa tempatan) yang dilihat di situ. Selain British dan seperti juga Malaysia, Sri Lanka pernah dijajah Belanda dan Portugis pada masa dahulu.
|
Papan Tanda Di Colombo |
|
Tuk Tuk |
Pemandu Tuk Tuk mempunyai reputasi sebagai pemandu yang "ganas", seperti imej yang pernah dibawa oleh pemandu bas mini di Kuala Lumpur pada satu masa dahulu. Mereka juga terkenal sebagai pemandu yang tidak mengikut peraturan jalan raya dan juga sering menipu tambang yang dikenakan kepada penumpang.
Disebabkan Tuk Tuk dan Colombo bagaikan tak boleh dipisahkan, kami turut menyertai satu program yang dinamakan Subagaman Tuk Tuk Tour. Peserta program ini akan dibawa mengelilingi kota Colombo dengan menaiki Tuk Tuk selama kira-kira 2 jam dengan persinggahan di beberapa destinasi menarik di Colombo.
Terence telah mengaturkan supaya Tuk Tuk kami datang ke Independence Memorial Hall pada pukul 10 pagi. Dari sini, kami akan mengikuti Tuk Tuk Tour ini sehinggalah ke restoran untuk makan tengahari.
|
Inilah rupa Tuk Tuk kami |
Memang excited melihat Tuk Tuk kami tiba di Independence Memorial Hall. Oleh kerana Tuk Tuk ini khas untuk pelancong, memanglah ia cantik dan menarik.
|
Shane dan Terence sedang berbincang tentang program perjalanan kami hari ini. |
|
Mari kita naik Tuk Tuk. |
|
Dah mula jalan dah.... |
Pemandu Tuk Tuk kami bernama Shane. Dia cukup excited bila mendapat tahu yang kami datang dari Malaysia. Ini adalah kerana dia pernah bekerja di sebuah kilang pakaian di Johor Bahru selama 3 tahun pada satu masa dahulu.
Seronok betul naik Tuk Tuk ni. Oleh sebab Tuk Tuk ni terbuka, angin sentiasa menghembus kita bila Tuk Tuk ni berjalan. Walaupun Tuk Tuk kita tak begitu laju (maklumlah pelancong punya Tuk Tuk), Tuk Tuk tempatan yang lain sentiasa memotong kita dengan "ganas". Suspen juga sebab rasa macam nak berlanggar.
|
Berselisih dengan Tuk Tuk lain |
|
Tuk Tuk ni tak ada seat belt. Kalau rasa-rasa nak tercampak tu, pegang saja kuat-kuat pada besi di depan tempat duduk. |
Pemandangan bandar Colombo dari Tuk Tuk ini juga sangat menarik.
|
Pemandangan di belakang Tuk Tuk kami. |
|
Tuk Tuk ini juga dilengkapi dengan pelbagai keperluan untuk kegunaan pelancong seperti ice-box yang berisi air mineral, tisu dan payung. |
Part 32 : Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid
Persinggahan pertama kami dalam Subagaman Tuk Tuk Tour ini ialah Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid. Bila berada di negara-negara bukan Islam, memang seronok bila kita melawat Masjid. Namun begitu perasaan seronok ini bertukar bila kami melangkah masuk ke dalam masjid ini...
|
Pemandangan di luar Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid |
|
Papan tanda Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid. |
|
Pintu masuk ke dalam masjid |
|
Pemandangan di dalam pintu masjid. |
|
Burung merpati di perkarangan masjid |
|
Pemandangan dekat burung merpati |
Di masjid ini kami disambut oleh seorang pakcik yang berketurunan Melayu Sri Lanka. Dari jauh lagi dia dapat mengagak yang kami berketurunan Melayu seperti beliau dan dia langsung bertutur dalam Bahasa Melayu dengan kami.
|
Inilah pakcik berketurunan Melayu Sri Lanka yang menyambut kami di sini. |
Walaupun Pakcik ini bercakap dalam Bahasa Melayu, kami agak sukar memahami pertuturan beliau kerana Bahasa Melayu di Sri Lanka ini dah jauh berbeza dengan Bahasa Melayu kita di Malaysia. Pakcik ini dan keluarganya datang ke Sri Lanka sewaktu zaman perang dulu, dan disebabkan suasana di sekitar, Bahasa Melayu yang dipertuturkan di sini dah banyak bercampur dengan bahasa-bahasa tempatan seperti Sinhalese dan Tamil. Walau bagaimanapun, bila kita mendengar pertuturannya dengan teliti, kita dapat memahami dan berkomunikasi dengan Pakcik ini.
|
Tempat menyimpan kasut di pintu masuk ke Masjid. |
Kami kemudiannya disapa oleh Muazzin di masjid ini yang merupakan seorang lelaki Muslim tempatan yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dialah yang menerangkan kepada kami keistimewaan masjid ini.
Rupa-rupanya masjid ini dianggap sebagai sebuah keramat kerana di sini terdapat kubur seorang wali Allah yang bernama Shaikh Usman. Dia adalah seorang pendakwah yang datang dari Yemen.
|
Makam Shaikh Usman |
Menurut ceritanya, kawasan masjid ini pada masa dahulu adalah sebuah hutan cengkih. Pada suatu hari, seorang wanita tempatan yang berketurunan Sinhalese lalu di sini membawa periuk yang berisi minyak kelapa untuk dijual di pasar. Malangnya, kaki wanita ini tersadung akar pokok sehingga menyebabkan minyak kelapa yang dibawanya tertumpah.
Wanita itu cukup sedih kerana tanpa minyak kelapa untuk dijual, dia tidak mungkin akan mendapatkan wang bagi menyara keluarganya. Entah tiba-tiba, muncullah seorang lelaki berjubah hijau (Shaikh Usman) yang menyuruh beliau berhenti menangis.
Tuan Shaikh menyuruh wanita tersebut meletakkan periuk dekat dengannya. Bila Tuan Shaikh menekan ke tanah dengan kakinya, muncullah minyak dari tanah tersebut. Minyak tersebut diambil oleh wanita tadi untuk dijual di pasar.
Sebelum wanita tersebut beredar ke pasar, Tuan Shaikh dikatakan telah berpesan kepadanya untuk menceritakan kejadian yang berlaku kepada pelanggan Muslim yang membeli minyak beliau. Pesanan ini dituruti oleh wanita tadi, maka tersebarlah berita tentang kehebatan Tuan Shaikh Usman.
Setelah Shaikh Usman meninggal dunia, dia dikebumikan di sini dan sebuah masjid didirikan untuk memperingati beliau. Kubur Shaikh Usman dianggap keramat dan diziarahi oleh penduduk-penduduk tempatan dari berbilang agama sehingga sekarang untuk meminta hajat.
|
Wanita ini yang Myself rasa beragama Hindu sedang menyalakan api di luar pusara. |
|
Colok yang ditinggalkan oleh penganut Buddha yang datang berziarah. |
Selepas menziarah kubur ini, kami dijemput oleh Muazzin tadi ke satu sudut. Di sini ada seorang Muazzin lain membacakan doa untuk Shaikh Usman dan kami turut duduk mengaminkan doa beliau. Kemudian, datang seorang lelaki lain yang memperkenalkan dirinya sebagai Imam di masjid ini. Selepas Husband bersalaman dan berbual lebih kurang dengan mereka, kami mula beredar untuk meninggalkan masjid. Atas saranan dari Imam, kami turut bersedekah sedikit wang kepada Muazzin yang membacakan doa tadi.
|
Pakcik inilah Muazzin kedua yang membacakan doa untuk Shaikh Usman |
|
Lelaki berjubah putih yang duduk membelakang ini adalah Imam Masjid |
Sewaktu kami bersiap untuk pergi, tiba-tiba datang satu keluarga Muslim yang datang memberi penghormatan kepada keramat ini. Memang pelik ritual yang mereka lakukan sebagai menghormati keramat ini.
|
Meletakkan kalungan bunga pada pusara Shaikh Usman |
|
Kemudian lelaki ini membantu anaknya menyalakan api di sini. Minyak yang digunakan untuk menyalakan api adalah minyak kelapa. |
Memang tak selesa melihat perbuatan mereka yang syirik memuja keramat ini. Kami juga pelik kenapa Imam dan pegawai-pegawai masjid yang lain tidak menegur dan menghalang perbuatan ini. Tuan Shaikh yang dikebumikan di sini juga pasti tidak suka pusaranya diperlakukan begini. Namun, pegawai-pegawai di masjid ini sangat bangga dengan perbuatan ini kerana bagi mereka Tuan Shaikh sedang dihormati oleh pengunjung-pengunjung yang Islam dan yang tidak beragama Islam.
Sebelum kami melangkah pergi juga, Pakcik Melayu yang menyambut kami serta pakcik penjaga kasut tanpa segan-silu meminta kami memberikan tip kepada mereka. Perkara ini menyebabkan Myself terkenangkan pengalaman sewaktu di Egypt dulu di mana penjaga masjid dan penjaga kasut juga meminta tip atas khidmat mereka yang tak seberapa tu. Tapi orang di Sri Lanka ini lebih mirip sikap mereka kepada orang di India berbanding di Egpyt. Kalau kita tak mahu beri tip, mereka akan berlalu dan takkan memaksa kita berbuat begitu. Kalau kat Egypt dulu, selagi kita tak beri tip, selagi itulah mereka akan mengikut dan memaksa kita.
Atas dasar nak bersedekah, kami beri sajalah sedikit wang kepada Pakcik Melayu dan Pakcik Penjaga Kasut. Tapi jelas kelihatan mereka tak berpuas hati dengan jumlah yang kami beri. Kami pun buat tak tahu, terus melangkah keluar dari masjid.
|
Makcik ini pulak datang meminta sedekah dari kami di luar Masjid. |
|
Ramai pulak geng-geng makcik ni yang tumpang sekaki. Tapi mereka ini baik, tak memaksa kita memberi sedekah kepada mereka. |
Part 33: Church of Wolvendaal
Selepas melawat Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid, kami dibawa pula melawat ke Church of Wolvendaal yang merupakan sebuah gereja peninggalan Belanda di Colombo. Tapi sebelum sampai ke sana, Shane membawa kami melihat-lihat beberapa pemandangan menarik di Colombo...
|
Bangunan peninggalan Belanda zaman dulu ini kini telah menjadi sebuah Shopping Mall. |
|
Macam lalu kat tepi panggung Coliseum di Kuala Lumpur pulak... |
|
Inilah salah sebuah mode pengangkutan di Colombo pada masa dulu. |
|
Mengikut kata pemandu Tuk Tuk kami Shane, St. Anthony's Church ini juga sering dikunjungi penduduk berbilang agama untuk meminta hajat di sini. |
|
Dalam hati kami berdoa supaya tak ada umat Islam yang datang ke Gereja St. Anthony ini untuk meminta hajat seperti di Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid tadi. |
|
Oleh kerana ini kawasan Kristian, banyaklah patung-patung sebegini di sini. |
CHURCH OF WOLVENDAAL
Church of Wolvendaal adalah sebuah gereja Kristian Protestant yang dibina oleh Belanda di atas bukit yang tertinggi di Colombo. Ia sebuah gereja lama yang masih digunakan sehingga sekarang.
|
Church of Wolvendaal, Colombo |
|
Nama rasmi Church of Wolvendaal ialah Dutch Reformed Church of Sri Lanka. |
|
Kubur-kubur lama di tepi gereja. |
Gereja ini dinamakan Gereja Wolvendaal kerana banyak serigala yang menghuni kawasan gereja ini pada masa dahulu. Bagi tujuan pertahanan dari serangan (maklum sajalah orang zaman dulu suka berperang), dinding gereja ini dibina setebal 5 kaki (1.5 meter).
|
Dinding gereja ini dibina setebal 5 kaki untuk tujuan pertahanan. |
|
Pemandangan dari depan Gereja Wolvendaal. |
|
Pintu masuk rasmi ke bangunan gereja. |
Pada masa dahulu, bangunan gereja ini akan jelas kelihatan kepada sesiapa sahaja yang masuk ke Pelabuhan Colombo. Perkara ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan yang kebanyakannya beragama Buddha kerana ia seolah-olah memberi gambaran seakan Sri Lanka adalah sebuah negara Kristian. Untuk memujuk penduduk tempatan, pihak gereja telah membina sebuah Stupa di hadapan bangunan gereja supaya sesiapa yang memasuki Pelabuhan Colombo akan melihat binaan Stupa ini terlebih dahulu sebelum mereka melihat gereja.
|
Stupa yang dibina oleh pihak gereja. Pada masa dahulu ia terletak betul-betul di hadapan gereja. Tetapi kini, ada banyak bangunan yang telah dibina di antara Stupa dengan gereja. |
Sekarang kita melawat ke dalam gereja pula...
|
Pemandangan di dalam gereja. |
Gereja Wolvendaal ini kelihatan kosong di dalamnya kerana ia adalah sebuah gereja Protestant. Agama Kristian secara umumnya terbahagi kepada 2 mazhab yang besar: Katholik dan Protestant. Penganut Katholik menganggap Jesus Christ sebagai Anak Tuhan dan gereja mereka selalunya dipenuhi dengan patung-patung. Penganut Protestant pula menganggap Jesus Christ sebagai jelmaan Tuhan sendiri dan kerana itulah gereja mereka selalunya kosong seperti di Gereja Wolvendaal ini.
|
Kerusi-kerusi rotan di dalam Gereja Wolvendaal. |
|
Tempat duduk yang dikhaskan untuk Gabenor dan pembesar-pembesar Belanda yang datang beribadat pada masa dahulu. |
|
Baptismal Font ini dibuat dari kayu pokok cengkih. |
|
Tempat khutbah paderi gereja. |
|
Pipe Organ ini telah rosak dan tidak dapat diperbaiki kerana pihak gereja tidak menemui sesiapa pun yang mempunyai kemahiran untuk memperbaikinya sekarang. |
|
Satu lagi pemandangan di dalam gereja dari sudut yang lain. |
Shane kemudiannya membawa kami ke bahagian belakang dewan gereja. Lantai di bahagian ini terdiri dari panel-panel logam yang jelas ada ruang kosong di bawahnya. Di bawah panel-panel logam ini adalah kuburan beberapa pengikut gereja yang mayat-mayat mereka disemadikan di sini.
|
Pintu belakang gereja ini mempunyai set kunci antik yang menarik. |
|
Lantai di bahagian belakang gereja ini dibuat dari panel-panel logam. Di bawah panel-panel ini ada keranda pengikut-pengikut gereja yang disemadikan di sini. |
Memang tak selesa berjalan di sini kerana kita tahu ada mayat-mayat yang disemadikan di bawah lantai ini. Umat Islam diajar untuk menghormati mayat dan salah satu caranya ialah tidak memijak kuburan mereka. Tapi nampaknya, penganut gereja tidak kisah akan perkara ini kerana ada kerusi-kerusi diletakkan di atas kuburan ini.
Sejarah ringkas orang yang disemadikan di kuburan di dalam gereja ini dapat dibaca dari panel-panel kuburan mereka. Umpamanya, jika panel ini mempunyai gambar hourglass, ia menandakan orang yang disemadikan di sini mati muda (seperti kanak-kanak). Jika ada gambar tengkorak pula, ia menandakan orang tersebut mati kerana penyakit teruk seperti malaria.
|
Sejarah orang yang disemadikan di dalam gereja ini dapat dibaca dari panel kuburan mereka di atas lantai. |
|
Gambar hourglass seperti ini menandakan penghuni kubur ini mati pada usia yang muda seperti kanak-kanak. |
|
Gambar tengkorak ini pula menunjukkan penghuni kubur ini mati kerana wabak penyakit. |
Bersambung ke Bahagian 8 ...
CATATAN PERJALANAN SRI LANKA (2015):