Thursday, 24 September 2015

2015 SRI LANKA BHG. 09 (Dutch Hamilton Canal)

September 2015

SRI LANKA
Colombo, Kandy & Nuwara Eliya

Bahagian 9 : Colombo (3)
ART STREET, MODARA TEMPLE & DUTCH HAMILTON CANAL

HARI KEEMPAT (3)

Part 39: Art Street

Selepas melawat Gangaramaya Temple, Shane membawa kami ke Liberty Plaza Arcade di mana Terence menunggu untuk membawa kami makan tengahari.

Bangunan baru Colombo City Hall.
Pemandangan sewaktu berselisih dengan Tuk Tuk lain.
Bangunan Nelum Pokuna Mahinda Rajapaksa Theatre ini adalah hadiah dari Republik Rakyat China kepada Kerajaan Sri Lanka.
National Art Gallery
Pintu masuk ke National Art Gallery
Sebelum ke Liberty Plaza Arcade, Shane membawa kami ke sebatang jalan berhampiran National Art Gallery. Di kiri kanan jalan ini, terdapat pelajar-pelajar sedang menjual hasil lukisan mereka. Memang kagum melihat hasil karya mereka yang memang sangat cantik.

Lukisan yang dijual di tepi jalan berhampiran National Art Gallery di Colombo.
Karya hasil lukisan yang dijual sangat mengkagumkan.

Part 40: Raja Bojun Restaurant

Tiba di Liberty Plaza Arcade, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Shane. Memang bagus sekali Subagaman Tuk Tuk Tour ini. Myself ingin recommend kepada anda untuk mengikut Subagaman Tuk Tuk Tour ini jika berkesempatan melancong ke Colombo.

Menuju ke Liberty Plaza Arcade.
Terence telah sedia menunggu kami di Liberty Arcade Plaza. Kami dibawa ke Restoran Raja Bojun yang terletak di aras bumbung bangunan ini untuk makan tengahari.

Pemandangan di dalam Restoran Raja Bojun. Telinga gajah tu bergerak-gerak sepanjang masa.
Makanan di sini adalah masakan tipikal Sri Lanka yang dihidang secara buffet.
Satu lagi pemandangan di dalam Restoran Raja Bojun. Perhatikan Waiter di restoran ini yang memakai uniform berkain berwarna oren.
Makanan yang dihidangkan di sini adalah makanan tipikal Sri Lanka. Ada antaranya yang Myself tak dapat mengagak langsung isi kandungannya. Mujurlah ada seorang Auntie Sri Lanka ni yang beratur bersama Myself di kaunter buffet makanan. Auntie ini cukup fasih berbahasa Inggeris dan dia cukup baik hati menerangkan hampir semua makanan yang dihidangkan kepada Myself.

Makanan tengahari di Restoran Raja Bojun.
Roti Seafood ini adalah makanan yang paling sedap di Restoran Raja Bojun ini. Tak payah cicah dengan dengan kuah dal tu sebab makan dia sendiri pun dah sedap.
Di restoran ini, kami terserempak lagi dengan Mr. Stanley dari Puchong yang kami temui sewaktu di Kandy dulu. Seronok betul dia berjumpa lagi dengan kami di sini.

Part 41: Modara Temple

Selepas makan tengahari, tiada aktiviti lain yang diatur untuk kami. Disebabkan kami dah melawat Masjid, Gereja dan Kuil Buddha, Terence mencadangkan supaya kami melawat Kuil Hindu yang popular di Colombo pula. Kami hanya mengikut cadangan Terence.

Satu lagi pemandangan Colombo.
Bendera Sri Lanka di tepi laut. Jalur hijau pada bendera ini melambangkan masyarakat Islam di Sri Lanka dan jalur oren pula melambangkan masyarakat Hindu di negara ini.
Kedai Todi Berlesen
Kawasan miskin di Colombo
Lagi kediaman penduduk miskin
Masjid Mutwal Jumma di Colombo
Gereja St. James
Pintu masuk ke Gereja St. James
Kuil Hindu yang kami lawati ini bernama Modara Temple. Kawasan di sekitar Temple ini memang jelas didiami orang Hindu kerana terdapat banyak hiasan-hiasan pokok pisang seperti yang biasa kita lihat dalam majlis-majlis keramaian Hindu di Malaysia.

Buah-buahan untuk persembahan dijual berdekatan dengan Kuil Modara.
Kuil Modara memang colourful. Namun ia ditutup pada ketika itu. Menurut pekedai di situ, kuil ini memang ditutup pada hari Sabtu dan Ahad. Secara kebetulan, lawatan kami bertepatan dengan hari Sabtu.

Hairan juga mendengar rumah ibadat pun ada hari kelepasan am. Tapi itulah cara mereka... Jadi kami hanya melihat kuil ini dari luar saja.

Modara Temple
Temple ini ditutup pada hari Sabtu dan Ahad rupanya.

Part 42: Dutch Hamilton Canal

Disebabkan tak ada program lain, Terence membawa kami pulang ke hotel. Tapi dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Dutch Hamilton Canal.

Jambatan pejalan kaki merentasi Dutch Hamilton Canal
Dutch Hamilton Canal sepanjang 90 km adalah sebuah terusan yang dibina oleh penjajah Belanda pada masa dahulu. Negara Belanda di Eropah memang banyak terusan. Jadi walau ke mana juga orang Belanda ini menjajah, mereka pasti nak membina terusan seperti di negara mereka. Di Indonesia yang merupakan jajahan terbesar orang Belanda, mereka juga ada membina terusan-terusan seperti ini.

Patung Buddha di tepi Dutch Hamilton Canal
Betul-betul di belakang pokok di mana terdapatnya patung Buddha tadi, ada pulak patung Kristian ini.
Dutch Hamilton Canal bermula dari kota Negombo dan berakhir di Lautan Hindi di kawasan Handala, berhampiran Colombo. Penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar terusan ini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan mereka menganut agama Kristian.

Seperti yang pernah diceritakan kepada kami sewaktu melawat Gereja Wolvendaal tadi, gereja Kristian di Sri Lanka juga menghormati agama Buddha. Di sepanjang terusan ini ada banyak patung-patung Kristian yang didirikan oleh nelayan. Namun di pintu masuk ke terusan dari laut, tetap didirikan sebuah patung Buddha.

Pemandangan di Dutch Hamilton Canal
Bot-bot nelayan berlabuh di Dutch Hamilton Canal
Gerai-gerai makanan di tepi Dutch Hamilton Canal
Penjual buah-buahan di tepi Dutch Hamilton Canal.
Pemandangan indah di tepi Dutch Hamilton Canal
Mengail ikan di Dutch Hamilton Canal.
Hasil tangkapan pengail ikan
Di tepi Dutch Hamilton Canal juga ada ramai penjual ikan.

Penjual ikan di tepi Dutch Hamilton Canal.
Penjual ikan di sini berjualan setiap hari kecuali hari Ahad kerana kebanyakan mereka beragama Kristian dan pergi ke gereja untuk bersembahyang setiap hari Ahad.
Di Dutch Hamilton Canal juga ada banyak burung Black Cormorant. Burung ini hidup dengan memakan ikan. Mereka bukan sekadar pandai menangkap ikan sambil terbang, bahkan juga boleh menyelam ke dalam air untuk memburu ikan yang berenang.

Burung-burung Black Cormorant sedang berenang dan seekor dua sedang landing di atas permukaan air.
Adik ini sedang memberi makan udang dan sotong kepada Black Cormorant di Dutch Hamilton Canal.
Burung Black Cormorant sedang menyelam di dalam air. Jauh tau dia ni menyelam sebelum muncul semula di permukaan air...
Nelayan sedang memeriksa pukat ikan.
Patung Jesus Christ di tepi Dutch Hamilton Canal.
Walaupun terusan ini bersejarah, hanya sebahagian kecil sahaja yang telah dipulihkan oleh Kerajaan Sri Lanka dengan bantuan dari Kerajaan Jepun. Sebahagian besar terusan ini berada dalam keadaan yang terbiar.

Sebahagian besar Dutch Hamilton Canal berada di dalam keadaan yang terbiar.
Jambatan dengan lukisan yang cantik menyeberangi Dutch Hamilton Canal.
Pemandangan Dutch Hamilton Canal berhampiran Hotel Pegasus Reef

Part 43: Anak Gajah Dalam Bilik

Sewaktu kami tiba kembali ke Hotel Pegasus Reef, kami dapati bilik kami sedang dikemaskan. Jadi kami menunggu di lobi kecil berhampiran bilik kami. Ketika itulah kami disapa oleh seorang petugas Hotel Pegasus Reef yang juga berketurunan Melayu Sri Lanka. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Muhajirin Hassan.

Kami berbual dengan Muhajirin mengenai kehidupan Orang Melayu di Sri Lanka. Menurut Muhajirin, Orang Melayu di Sri Lanka sangat close-knit. Mereka sangat aktif dan masih mempertahankan agama Islam dan budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Namun begitu, Bahasa Melayu Sri Lanka sudah sangat berbeza dengan Bahasa Melayu di Malaysia. Di sekitar Colombo juga ada beberapa Persatuan Melayu yang sangat aktif.

Kata Muhajirin, datuknya sendiri bernama Tengku Abdullah. Muhajirin tahu dia seorang kerabat Diraja, tapi tak tahu dari negeri mana. Orang-orang Melayu dulu dibawa oleh British ke Sri Lanka untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera. Malah di Colombo ada sebuah masjid yang dinamakan Malay Regiment Mosque untuk memperingati jasa mereka.

Kata Muhajirin lagi, dari semasa ke semasa ada lawatan-lawatan sosial persatuan-persatuan tertentu dari Malaysia yang melawat masyarakat Melayu Sri Lanka. Dalam lawatan-lawatan begini, hadiah yang sangat dihargai ialah Kamus Melayu kerana masyarakat Melayu Sri Lanka sangat eager untuk mempelajari Bahasa Melayu yang sebenar.

Seronok berbual dengan Muhajirin kerana kami mendapat insight tentang Orang Melayu di Sri Lanka. Tapi kami tak dapat berbual panjang kerana Muhajirin sedang bertugas ketika itu.

Bila kami balik ke bilik ada kejutan menanti kami. Seekor anak gajah yang cute menanti kami di atas katil...


Seekor anak gajah yang cute menanti kami di atas katil bila kami kembali ke bilik...
Close-up anak gajah yang cute di bilik kami ...
Close-up bahagian belakang anak gajah...

Part 44: Dinner Terakhir Di Pegasus Reef Hotel

Malam itu sewaktu kami keluar dari bilik untuk Dinner, terdengar bunyi yang sangat meriah. Jadi kami pun menyibukkan diri menengok apa yang meriah sangat tu...

Rupa-rupanya ada majlis perkahwinan sedang diadakan di sebuah dewan berdekatan lobi hotel. Yang paling menarik, ada persembahan tarian tradisional Kandy untuk menyambut kedatangan pengantin. Ramai pelancong asing yang menginap di Pegasus Reef (termasuklah kami) tidak ketinggalan menyaksikan majlis sambutan pengantin ini...

Majlis perkahwinan di dewan dekat lobi hotel.
Ramai penginap warga asing turut menyaksikan sambutan majlis perkahwinan ini.
Kedatangan pengantin disambut dengan Tarian Tradisional Kandy.
Tarian yang dipersembahkan lebih kurang sama dengan yang kami lihat di Cultural Show tempoh hari.
Selepas tarian tamat pengantin diiring masuk ke dewan
Di pintu dewan, pengantin dihalang pula oleh kumpulan gadis-gadis ini yang menyanyikan sebuah lagu.
Selepas Pengantin Lelaki memberikan sampul wang kepada mereka, barulah pengantin dibenarkan masuk ke dewan.
Pemandangan sewaktu pasangan pengantin masuk ke dewan dengan diiringi keluarga dan hadirin lain.
Setakat itu sajalah kami melihat upacara ini. Kita tak dijemput ke majlis ini. Takkanlah nak jadi Wedding Crasher pulak kan...

Selepas makan kami berjalan-jalan dulu sekitar hotel sebelum balik ke bilik. Ini malam terakhir kami di Sri Lanka, jadi kami rasa perlu menikmati pemandangan malam yang cukup indah di Pegasus Reef Hotel ini.

   
Bersambung ke Bahagian 10 ...


CATATAN PERJALANAN SRI LANKA (2015):