Tuesday 17 September 2024

2024 PANGKOR BHG. 05 (Pangkor Night Tour 1)

Ogos 2024

PERAK, MALAYSIA
Pulau Pangkor

Bahagian 5: Pangkor Night Tour 1
SURIA BEACH RESORT, HORNBILL FEEDING & SUNSET @ PANTAI TELUK NIPAH

HARI PERTAMA (5)

Part 11: Suria Beach Resort

Selepas melawat Jeti Perikanan di Sungai Besar Dalam, Mr. Kobu membawa kami kembali ke Suria Beach Resort. Maklum sajalah, kami belum check-in lagi ketika itu. Program lawatan seterusnya akan disambung lagi sekitar pukul 6.30 petang untuk membuat Pangkor Night Tour pula.

Kagum melihat kecekapan Mr. Kobu memandu di jalan yang sempit dan bengkang-bengkok balik ke Teluk Nipah. Kata Mr. Kobu, dia dah biasa memandu di situ. Mr. Kobu yang merupakan anak jati Pulau Pangkor turut bercerita yang jalan berturap di Pangkor hanya dibina 30 tahun dulu. Sewaktu dia masih kecil, jalan di Pulau Pangkor cuma jalan tanah yang boleh dilalui oleh basikal. Pada masa sekarang telah ada 20 km jalan berturap mengelilingi Pulau Pangkor.

Kera-kera yang melepak di tepi jalan dalam perjalanan menujun ke Suria Beach Resort
Ketika menghampiri kembali ke Teluk Nipah, Mr. Kobu menunjukkan sebuah pantai yang menjadi pusat konservasi penyu. Selama ini kita sangka, penyu hanya mendarat di pantai Terengganu, tak tahu pun yang Pulau Pangkor juga mempunyai pantai tempat pendaratan penyu.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Teluk Ketapang, Pulau Pangkor
Pantai tempat pendaratan penyu
Satu lagi pemandangan pantai tempat pendaratan penyu
Di sinilah anak-anak penyu ditetas dan dipelihara sebelum dilepaskan ke laut
Hotel penginapan kami, Suria Beach Resort terletak di Teluk Nipah. Berbanding suasana sewaktu kami tiba pada tengahari tadi, pantai di Teluk Nipah dah semakin meriah di petang-petang begini.

Tiba kembali di Teluk Nipah
Pantai di Teluk Nipah
Satu lagi suasana petang di Pantai Teluk Nipah
Kedai-kedai jualan di Pantai Teluk Nipah
Disebabkan hujung minggu dah bermula, pengunjung ke Teluk Nipah juga sudah semakin ramai
Ramai pengunjung yang menyewa motorsikal untuk bersiar-siar di Pulau Pangkor
Suria Beach Resort tidaklah terletak betul-betul di tepi pantai. Ia terletak di dalam sebuah lorong yang menyimpang sedikit dari jalan besar. Suasananya mengingatkan kami kepada Hotel Best Western yang menjadi penginapan kami sewaktu di Kuta, Bali dahulu tetapi lorong ini tidaklah sesempit lorong di depan Hotel Best Western.

Suria Beach Resort
Lobi di Suria Beach Resort yang berkongsi ruang dengan restoran hotel
Lobi di Suria Beach 
Registration Counter di Suria Beach Resort
Ruang menunggu di lobi hotel
Bilik-bilik penginapan di Suria Beach Resort
Bilik kami terletak di tingkat atas bangunan di depan sana
Tangga naik ke bilik kami. Tinggi betul! Dahlah hotel ini tak ada lif.
Terlupa pulak nak ambil gambar bilik penginapan kami. Maklumlah, penat kena membawa beg besar kami naik tangga ke bilik. Selepas berehat dan solat jamak, kami turun kembali ke lobi untuk menunggu Mr. Kobu membawa kami membuat Pangkor Night Tour pula.

Berjalan ke lobi untuk memulakan Pangkor Night Tour

Part 12: Hornbill Feeding

Satu aktiviti menarik yang tidak seharusnya anda lepaskan kalau berkunjung ke Pulau Pangkor adalah Hornbill Feeding. Ia terletak di lorong yang bersebelahan dengan lorong lokasi Suria Beach Resort.

Memulakan Pangkor Night Tour dengan Mr. Kobu
Selain kera dan ikan, Pulau Pangkor juga banyak dihuni oleh Burung Enggang (Hornbill). Teluk Nipah adalah tempat kediaman Burung Enggang di Pulau ini. Tempat aktiviti Hornbill Feeding ini adalah di depan Sunset View Chalet. Ia diadakan setiap hari pada pukul 6.30 petang.

Tempat di mana aktiviti Hornbill Feeding dilaksanakan
Burung-burung Enggang dalam aktiviti Hornbill Feeding ini adalah burung-burung Enggang liar. Setiap hari pada pukul 6.30 petang, mereka akan datang berkumpul dan bertenggek pada wayar elektrik di depan chalet ini untuk mendapat makanan free. Kita dinasihatkan supaya tidak berdiri di bawah wayar elektrik kerana bimbang terkena berak sang Burung Enggang.

Burung-burung Enggang yang bertenggek di wayar elektrik nak menunggu makan free.
Pengunjung yang menunggu aktiviti Hornbill Feeding
Burung-burung Enggang
Menunggu dengan sabar bila makanan nak diberi
Sang Enggang
Aktiviti Hornbill Feeding ini dikendalikan dengan percuma oleh pakcik yang Myself rasa adalah pemilik Sunset View Chalet. Kata Pakcik ini, dia membuat aktiviti ini pada mulanya hanya kerana nak bersedekah makanan kepada Burung Enggang. Dengan tidak disangka, aktiviti ini kini telah menjadi tarikan pulak kepada pengunjung di Pulau Pangkor.

Husband berbual dengan pakcik yang mengendalikan aktiviti Hornbill Feeding di depan Sunset View Chalet
Setiap pengunjung diberi giliran untuk memberi makan kepada Sang Enggang. Sebelum aktiviti dimulakan, kami diberi sedikit taklimat keselamatan. Walaupun aktiviti ini dibuat di sebuah lorong yang sempit, pengunjung perlu berhati-hati dengan motorsikal yang lalu. Kita juga ditunjukkan cara yang betul untuk memberi makan kepada Sang Enggang. Antaranya kita tak boleh meletakkan makanan betul-betul di depan muka kita, takut tercedera dipagut paruh Enggang yang kuat itu.

Taklimat keselamatan yang diberi sebelum memulakan aktiviti Hornbill Feeding
Bersedia nak memberi makan kepada Sang Enggang
Aktiviti bermula
Kata Pakcik Hornbill Feeding, burung yang di depan ini adalah anak Enggang
Makanan yang diberi kepada Burung Enggang adalah buah pisang yang dipotong-potong. Setiap orang diberi 5 keping potongan pisang untuk diberi kepada Enggang. Potongan buah pisang ini dilekatkan pada lidi dan perlu dipegang tinggi atas kepala kita. Memang terasa betapa kuatnya tenaga Sang Enggang sewaktu dia memagut pisang ini dari tangan kita.

Aksi kita memberi makan kepada Sang Enggang
Memang terasa betapa kuatnya tenaga Sang Enggang sewaktu dia memagut pisang dari tangan kita
Enggang memagut makanan dari atas topi Husband
Cara memberi makan kepada Enggang
Enggang berposing depan Husband
Disebabkan aktiviti ini sangat popular, kita dapat melihat pengunjung-pengunjung ke Pulau Pangkor yang datang dari seluruh dunia menyertainya.

Pelancong Mat Salleh
Pelancong dari China yang memberi makan Enggang secara berkumpulan

Part 13: Sunset @ Pantai Teluk Nipah

Disebabkan kami nak melihat pemandangan sunset yang indah, Mr. Kobu membawa kami ke Pantai Teluk Nipah. Banyak aktiviti pantai yang sedang berlangsung ketika itu kerana dah ramai pengunjung yang datang untuk menghabiskan cuti hujung minggu mereka di sini.

Pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor
Pemandangan di Pantai Teluk Nipah
Menunggu sunset di Pantai Teluk Nipah
Pelbagai aktiviti yang berlangsung di Pantai Teluk Nipah
Bermandi-manda di tepian pantai
Bermain buaian di tepi pantai
Pemandangan sunset di Pantai Teluk Nipah memang indah. Kita nikmati bersama keindahan suasana ini...

Sedang kita asyik memerhatikan keindahan matahari tenggelam, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pemandangan sebuah kapal ikan bilis yang mengeluarkan asap yang sangat hitam. Pada mulanya kami menyangka kapal ini sedang terbakar, tetapi bila melihat ia berlayar ke sana dan ke mari dengan kapal-kapal ikan bilis yang lain, barulah kita sedar yang ia sememangnya mengeluarkan asap hitam. Mencemarkan alam sungguh kepada pemandangan Pulau Pangkor yang indah permai ini. Haihh!!
 
Kapal ikan bilis yang mengeluarkan asap hitam di kejauhan
Pada mulanya kami menyangka kapal ini sedang terbakar
Melihat ia aktif berlayar ke sana dan ke sini barulah kita sedar yang ia sebenarnya bukan terbakar
Pencemaran alam sewaktu matahari terbenam
Kami terus menunggu di Pantai Teluk Nipah sehingga matahari benar-benar tenggelam...

Matahari dah semakin tenggelam
Jet ski
Kapal-kapal yang berlabuh di Teluk Nipah
Air laut dah semakin surut
Pemandangan terakhir matahari yang semakin tenggelam
Menangkap matahari...
Kita lihat lagi suasana di Pantai Teluk Nipah sewaktu matahari semakin tenggelam...

Selepas hari dah gelap barulah kami bergerak meninggalkan Pantai Teluk Nipah...

Meninggalkan Pantai Teluk Nipah
Suasana di Teluk Nipah bila malam menjelang

Menunggu Mr. Kobu mengambil kami untuk melawat ke destinasi yang seterusnya.


 Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN PULAU PANGKOR (2024):