April 2018
PENANG, MALAYSIA
George Town
Bahagian 8: THE HABITAT @ PENANG HILL (1)
HARI KETIGA (2)
Part 23: Dataran Bukit Bendera Lagi
Selepas naik buggy kami kembali lagi ke Dataran Bukit Bendera. Tujuannya adalah nak melawat ke Jambatan Love Locks tu. Bukan sebab apa, cuma kerana jambatan ini ada iras-iras macam Jambatan Makartsteg di Salzburg, Austria hari itu.
|
Astaka yang terletak di Dataran Bukit Bendera ini adalah Food Court sebenarnya. |
|
Bunga-bunga Raya |
|
Bunga Raya Putih |
|
Bunga Raya Kuning dan Merah |
|
Menikmati keindahan bunga |
|
Love Locks |
|
Macam Jambatan Makartsteg yang kami tengok di Salzburg dulu |
|
Kunci-kunci Cinta |
|
Besar betul kunci cinta yang dia orang letak atas lampu jalan tu! |
Kemudian kita melawat pula gerabak funicular generasi kedua yang diletakkan di sini dengan lebih dekat. Mengikut keterangan yang diberi, funicular ini beroperasi selama 50 tahun dari tahun 1923 sehingga 1977.
|
Gerabak funicular generasi kedua. |
|
Mengikut sejarahnya, funicular ini beroperasi dari tahun 1923 sehingga 1977. |
|
Kita adalah antara generasi yang pernah merasa naik funicular ini masa kecil-kecil dulu. Nampak benar kita dah tua, kan?! |
|
Pemandangan funicular dari depan |
|
Sejarah Keretapi Bukit Bendera |
Part 24: The Habitat
Bagi Myself, kenangan paling indah berkunjung ke Penang Hill kali ini adalah bila berpeluang masuk ke The Habitat. The Habitat ialah sebuah taman hutan hujan tropika semulajadi yang juga mempunyai beberapa tarikan istimewa di dalamnya.
|
Kaunter jualan tiket masuk ke The Habitat di Dataran Bukit Bendera |
Husband yang sebenarnya beriya teringin nak melawat ke sana. Kita cuma mengikut saja. Lagi pun rasanya mungkin ini sajalah sekali kita akan masuk ke sana. Bukan apa, sebab tiketnya mahal sangat ~ RM50 seorang. Boleh bankrap rasanya kalau selalu masuk ke sini. Tapi tak apalah, sebab Husband yang bayar tiket masuk tu.
|
Membeli tiket masuk ke The Habitat |
Ada perkhidmatan shuttle disediakan untuk pengunjung yang membeli tiket The Habitat di Dataran Bukit Bendera. Ingatkan shuttle yang disediakan adalah buggy, rupa-rupanya sebuah kereta four wheel drive.
|
Pemandangan dalam shuttle sewaktu menuju ke The Habitat |
|
Inilah kereta shuttle yang membawa pengunjung dari Dataran Bukit Bendera ke pintu masuk The Habitat. |
Lupa pulak kita nak ambil gambar pintu masuk ke The Habitat ini. Tapi tak apa, kita gunakan gambar yang kita ambil masa ronda-ronda dengan buggy tadi.
|
The Habitat |
|
Pintu masuk ke The Habitat |
Shuttle cuma menurunkan kami di depan pintu masuk. Kemudian kita kenalah berjalan sehingga ke sebuah bangunan kedai cenderamata yang bernama Shop On The Hill.
|
Laluan menuju ke Shop On The Hill |
|
Tiket The Habitat kami |
|
Posing dulu kat sini. |
|
Shop On The Hill |
Pelawat sebenarnya boleh masuk secara percuma dari pintu besar tadi sehingga ke Shop On The Hill. Dapatlah juga merasa sedikit suasana hutan The Habitat ini dengan berjalan sehingga ke sini kalau merasakan tiket yang dijual terlalu mahal.
|
Pemandangan di dalam Shop On The Hill |
|
Pelbagai cenderamata dijual di sini. |
|
Tiket diperlukan kalau nak meninjau lebih jauh ke belakang Shop On The Hill ini. |
|
Scan tiket dulu... |
|
Pemandangan yang seterusnya. |
|
Ini macam lif tradisional yang digunakan untuk mengangkut barang pada zaman dulu-dulu. |
|
Jom kita jalan lagi ke sana... |
Kemudian kita sampai ke Fragrant Garden. Bak namanya, memang kawasan ini mempunyai bau-bauan tumbuhan yang segar.
|
Taman Tumbuhan Beraroma |
|
Boleh duduk di sini untuk menikmati kesegaran aroma tumbuh-tumbuhan di sekitar. |
|
Kita pun nak cuba merasai pengalaman itu... |
|
Antara tumbuhan-tumbuhan hutan yang beraroma segar itu. |
|
Kat sana pun ada satu lagi tempat duduk disediakan. |
|
Husband mengambil gambar tumbuh-tumbuhan. |
Selepas Taman Tumbuhan Beraroma, ada pula Taman Halia. Disebabkan kita dah pernah melawat ke Taman Kinabalu di Sabah dulu di mana kita dibawa masuk ke denai hutan kat sana, kita kenallah juga pokok-pokok halia ni. Tapi dalam banyak-banyak spesis halia tu, kita cuma kenal halia yang biasa dipakai dalam masakan dan lengkuas saja...
|
Taman Halia |
|
Pokok-pokok halia |
|
Tumbuhan yang ini namanya Tinjau Belukar |
|
Tinjau Belukar |
|
Kata Pakcik Buggy kami tadi, pokok paku-pakis ini adalah makanan dinosaur pada zaman dulu... tapi dinosaur yang herbivor tu la, bukan yang karnivor. |
|
Pokok yang ini boleh dipanjat, macam yang biasa dia orang buat kat taman-taman rimba di Australia tu... |
|
Anjung Tinjau kat atas pokok |
|
Malangnya, tak boleh dipanjat hari ini sebab rantai-rantai memanjatnya sedang dibuat penyelenggaraan. |
|
Kawasan
ini dipanggil Fern Cottage. Laluan ini pernah diabadikan dalam lukisan
seorang pelukis British yang bernama Charles Dyce pada tahun 1846. |
|
Keterangan mengenai sejarah Fern Cottage |
|
Haiwan-haiwan yang tinggal di atas pokok |
|
Sambil jalan tu, jenguk-jenguk jugalah ke atas kot-kot boleh nampak monyet dan kawan-kawan di situ... |
|
Purple Garden ~ Taman Ungu |
|
Sentuhan warna ungu di Purple Garden |
|
Warna-warna ungu di celah kehijauan |
|
Canopy |
|
Mesti ini tempat yang bagus untuk melihat burung kerana ada gambar burung kat situ... |
|
Bulatan Rama-Rama |
Ada satu pengalaman kami yang kelakar kat sini. Memanglah masa di Habitat ini kami akan membaca setiap papan keterangan kat situ. Kebetulan ketika itu, kami membaca papan keterangan tentang haiwan-haiwan yang merayap kat tanah.
|
Haiwan-haiwan yang merayap kat tanah |
Tiba-tiba kami mendengar satu bunyi yang pelik dan kuat. Makin lama, makin kuat bunyi itu menghampiri kami. Myself dan Husband dah saling berpandangan. Apa bendanya itu? Dahlah ketika itu cuma kami berdua yang ada di situ.
Sekonyong-konyong muncul seorang Auntie berbangsa India yang merupakan pekerja maintenance kat situ. Dia menolak troli peralatan maintenancenya di atas jalan yang tak rata itu. Itulah sebenarnya bunyi yang kami dengar...
Bila Husband memberitahu beliau betapa leganya kami bila mendapati bunyi itu bukan bunyi haiwan liar yang merayap kat situ, berdekah-dekah Auntie tu ketawa. "Sorry, sorry," kata Auntie itu. Tapi tak henti-henti dia ketawa. Begitulah bila orang dari kotaraya macam kami masuk ke dalam hutan. Panik habis bila dengar bunyi-bunyi pelik yang tak tahu sumbernya!
|
Ketawa besar Auntie ni bila diberitahu yang kami menyangka troli yang dibawanya adalah bunyi haiwan liar. |
|
Batu semulajadi yang sengaja ditinggalkan di tengah jalan. |
Kemudian kita sampai pula ke Taman Orkid. Ingatkan taman ini macam Taman Orkid yang kat tepi Tasik Perdana di Kuala Lumpur tu. Kita expect adalah banyak bunga-bunga orkid bersusun kat tepi-tepi jalan. Di sinilah orang kotaraya macam kami tertipu sekali lagi.
Kawasan ini dinamakan Taman Orkid kerana ada pokok orkid hutan di sini. Orkid-orkid hutan sebenarnya banyak yang tumbuh di celah-celah pokok. Bunga orkid hutan juga kecil, tak seperti orkid-orkid hibrid yang banyak kita lihat di taman-taman di bandar itu. Memang mata kena tajam sikit kalau nak melihat orkid-orkid hutan ini.
|
Taman Orkid |
|
Sesetengah bunga orkid hutan menumpang hidup di atas pokok-pokok yang tinggi. |
|
Satu spesies orkid yang kami temui |
|
Bulatan Tupai Gerabak |
|
Tupai Gerabak ini dipanggil Black Giant Squirrel dalam Bahasa Inggeris |
|
Sebatang lagi pokok yang boleh dipanjat untuk menikmati pemandangan dari situ. |
Di beberapa tempat di Habitat ini, ada disediakan buaian-buaian gergasi yang boleh digunakan oleh pengunjung untuk berehat sambil menikmati pemandangan. Ia juga memberikan photo op yang menarik kepada pengunjung. Seperti kebanyakan pengunjung lain ke Habitat, kami juga tak melepaskan peluang mencuba naik Buaian Gergasi ini.
|
Tangga turun ke Buaian Gergasi |
|
Itulah buaiannya di bawah sana... |
|
Mari kita turun ke sana... |
|
Buai laju-laju... |
|
Buaian Gergasi ini juga sering dikunjungi oleh Ulat Gonggok. Berhati-hati, jangan sampai terpijak mereka. |
|
Arah ke jambatan gantung Langur Way. |
|
Bulatan Burung Cecawi Anting-Anting. Panjang betul nama burung ni! |
Untuk yang berminat, The Habitat juga menyediakan Complimentary Guided Walk. Ada petugas-petugas alam sekitar yang akan membawa kita berjalan di sekitar The Habitat sambil menunjukkan haiwan dan tumbuhan yang mungkin tak terlihat oleh orang biasa. Memang menarik kalau dapat mengikut Guided Walk ini, namun malangnya kami tak berkesempatan untuk berbuat begitu dengan kekangan masa yang ada.
|
Ada Guided Walk percuma disediakan di The Habitat untuk yang berminat |
Walaupun kami tak menyertai Guided Walk yang disediakan, Guide di situ tetap menunjukkan kepada kami seekor labah-labah besar yang membuat sarang berhampiran. Terperanjat juga melihat saiz labah-labah tu... Terasa juga rugi tak dapat menyertai Guided Walk ini. Pasti banyak benda yang boleh ditemui kalau berpeluang mengikut mereka ni.
|
Nampak tak labah-labah gergasi dekat ranting tu? Perhati betul-betul, mesti boleh nampak. |
|
Mereka berdua ini adalah Guide bagi Complimentary Guided Walk. |
|
Berjalan lagi di The Habitat |
|
Bulatan Lotong Kelabu (Dusky Leaf Circle) |
|
Lotong Kelabu |
|
Nampak tak yang daun-daun pokok ini tak melindungi satu sama lain dari mendapat cahaya matahari? Ini adalah satu ciri istimewa hutan hujan khatulistiwa. |
|
Walaupun pokoknya tumbuh berlapis-lapis, semua masih mendapat cahaya matahari secara langsung |
|
Bunga-bunga hutan |
|
Juga bunga-bunga hutan |
|
Excited jumpa sekuntum lagi bunga orkid hutan |
Bersambung ke Bhg.9...
CATATAN PERJALANAN PENANG (2018):