April 2018
PENANG, MALAYSIA
George Town
Bahagian 9: THE HABITAT @ PENANG HILL (2)
HARI KETIGA (3)
Part 25: Langur Way @ The Habitat
Ada dua buah tarikan popular di kalangan semua pengunjung ke The Habitat: Langur Way dan Curtis Crest. Kedua-duanya adalah jambatan gantung yang membolehkan kita menikmati pemandangan sekitar dengan cara yang tersendiri.
|
Arah ke Langur Way |
|
Menuju ke Langur Way |
Langur Way adalah sebuah jambatan two-span stressed ribbon bridge yang dibina di celah-celah pokok yang tinggi di The Habitat. Jambatan ini dibina menghampiri ketinggian puncak-puncak pokok di sini. "Langur" adalah sebenarnya nama sejenis spesis monyet. Jadi, bila berjalan di Langur Way, kita seolah-olah akan mendapat pemandangan seperti yang dialami oleh monyet-monyet Langur bila mereka memanjat pokok-pokok ini.
|
Excited ni nak naik jambatan Langur Way... |
|
Bergambar di permulaan Langur Way |
|
Nampak lawa pulak topi kita dalam gambar ini. |
|
Turun tangga ke Langur Way |
Pengalaman naik Langur Way ini bolehlah dikatakan sama seperti naik Jambatan Gantung di Poring, Sabah tu. Cuma bezanya, tak seperti jambatan di Poring yang dibina secara tradisional dari tali, jambatan Langur Way pula dibina dari bahan-bahan binaan moden. Jadi Langur Way ini lebih tegap, taklah bergoyang-goyang bila kita naik ke atasnya macam kat Poring dulu.
|
Langur Way |
|
Menjenguk ke bawah dari Langur Way |
|
Langur Way dibina tinggi. Berjalan di sini kita akan mendapat pemandangan pada aras yang biasanya hanya dinikmati oleh monyet-monyet yang bergayut pada pokok setinggi ini. |
|
Jambatan Langur Way tegap dan tak bergoyang-goyang macam Jambatan Gantung kat Poring, Sabah itu. |
|
Mengambil gambar dari atas Langur Way |
|
Pemandangan dari Langur Way |
|
Masih banyak lagi hutan belantara kat Penang ini rupanya. |
|
Pemandangan yang biasanya hanya dinikmati oleh burung, tupai dan monyet. |
|
Persimpangan |
|
Sebahagian Langur Way ditutup untuk penyelenggaraan ketika itu. |
|
Bahagian jambatan yang telah kita lalui tadi. |
|
Pemandangan di penghujung Langur Way |
Kalau letih atau gayat berjalan di Langur Way tadi, tenangkan fikiran dengan bermain di sebuah lagi buaian gergasi di hujungnya.
|
Buaian Gergasi |
|
Seronok sebenarnya berbuai dengan buaian gergasi ini. |
Dari Langur Way, kami berjalan kaki menuju ke Curtis Crest pula. Dalam perjalanan, kita akan bertemu dengan pelbagai tarikan lain.
|
Taman Bromeliad |
|
Papan keterangan tentang pokok-pokok penawar penyakit dari hutan |
|
Sebahagian pokok-pokok penawar hutan |
|
Sebuah lagi buaian untuk berehat. Tapi yang ini taklah giant sangat saiznya. |
|
Duduk-duduk di atas buaian. |
|
Tong Kitarsemula |
|
The Habitat ini adalah sebenarnya sebahagian dari Hutan Simpanan Bukit Kerajaan. |
|
Geli juga kalau terserempak dengan Cicak Terbang Kelabu ini. |
|
Laluan pokok lumut. |
|
Pokok Mahang Gajah |
|
Papan keterangan tentang Burung Murai Gajah |
|
Peta The Habitat |
Part 26: Curtis Crest @ The Habitat
Akhirnya kita tiba ke kemuncak lawatan kita ke Habitat ini ~ Curtis Crest. Curtis Crest adalah sebuah jambatan gantung berbentuk bulat yang membolehkan kita mendapat pemandangan 360 darjah seluruh Pulau Pinang bila kita berjalan di atasnya.
|
Arah ke Curtis Crest |
|
Tak sabar-sabar dah ni nak pergi ke Curtis Crest |
|
Event Area berhampiran Curtis Crest |
|
Pemandangan Langur Way dari jalan masuk ke Curtis Crest |
|
Inilah bendanya yang dikatakan Curtis Crest itu. |
Kawasan sekitar Curtis Crest pada masa dahulu adalah laluan menuju ke rumah-rumah persinggahan pegawai British dan keluarga mereka. Oleh kerana kawasan ini berbukit dan sukar didaki, pegawai-pegawai British dan keluarga mereka akan duduk di atas kerusi-kerusi yang dinamakan doolies yang akan dipikul oleh khadam-khadam mereka yang terdiri dari orang tempatan dan buruh-buruh yang dibawa dari India.
|
Kena berjalan daki bukit pulak nak mendapatkan Curtis Crest ini. |
|
Kisah tentang doolies yang digunakan oleh pegawai British dan keluarga mereka untuk memanjat Penang Hill. |
|
Inilah rupa doolies yang digunakan oleh pegawai-pegawai British dulu. |
|
Banyak kerja penyelenggaraan sedang dibuat di The Habitat ketika ini. |
|
Sebuah lagi tangga yang perlu didaki untuk mendapatkan Curtis Crest |
|
Tangganya curam dan tak sekata |
|
Mengikut keterangan yang diberi, tangga ini adalah laluan doolies pada zaman British. |
Akhirnya, selepas bersusah-payah, sampailah kita ke Curtis Crest. Jambatan ini dinamakan sempena seorang British bernama Charles Curtis yang merupakan pengarah pertama Jabatan Botani Pulau Pinang.
|
Curtis Crest |
|
Petugas di Curtis Crest. Teropong itu boleh dipinjam secara percuma oleh semua pengunjung yang naik ke Curtis Crest. |
|
Terpongeh juga nak naik tangga Curtis Crest ini! |
Kami dinasihatkan oleh petugas di Curtis Crest untuk tidak memakai topi sewaktu naik ke atas. Ini adalah kerana angin selalunya bertiup sangat kuat pada aras ini. Dah banyak kes topi-topi pengunjung melayang ditiup angin. Oleh kerana kami sayangkan topi-topi kami, kami pun ikutlah nasihat yang diberi.
|
Pelancong-pelancong menikmati pemandangan dari Curtis Crest |
|
Pemandangan sewaktu naik tangga |
|
Mengambil gambar |
|
Berehat sambil berposing ketika naik ke atas |
|
Kenangan atas tangga. Ketika ini kita masih degil pakai topi lagi. |
|
Kabel pemegang jambatan Curtis Crest |
|
Hati berdebar ketika hampir sampai ke puncak |
Walaupun angin tak kuat sangat bertiup pada ketika itu, kekuatan angin masih terasa. Terus kita buka topi dan simpan dalam beg sebab takut melayang ditiup angin. Dahlah rasa gayat waktu berdiri atas jambatan, bayangkanlah bagaimana rasanya kalau melihat topi kesayangan dibawa pergi pula ditiup angin dari sini. Memang menangis tak berlagu!
|
Macam tak gayat je dia orang berjalan keliling Curtis Crest ni. |
|
Laju pulak Husband jalan ke depan tinggalkan kita yang gayat kat belakang ni. |
Tak seperti Langur Way tadi yang agak tegap, struktur Curtis Crest memang bergoyang bila ditiup angin. Bukan sekadar struktur bergoyang, kita pun ada kalanya bergoyang ditiup angin.
Ada papan keterangan yang diletakkan di sepanjang Curtis Crest menceritakan tentang pemandangan dan sejarah tempat yang dilihat. Legasi penjajah British sangat tebal di Pulau Pinang, jadi terasa sangat betapa dekatnya kita dengan cara hidup mereka bila membaca keterangan-keterangan yang diberi.
|
Crag Hotel |
|
Mengikut keterangan yang diberi, Crag Hotel adalah tempat di mana peladang-peladang tembakau Belanda dari Sumatera diberi rawatan penyakit malaria. Baik juga rupanya Orang British ni nak merawat Orang Belanda pada zaman dulu. Ingatkan mereka musuh ketat. |
|
Tinggi juga struktur Curtis Crest ini sebenarnya |
|
Mengambil gambar dari Curtis Crest |
|
Radar untuk penerbangan ni rasanya |
|
Pemandangan menghala ke Balik Pulau |
|
Baru separuh jalan kelilng Curtis Crest ni... |
|
Pemandangan di atas Curtis Crest |
|
Beginilah gaya kita berjalan kat atas Curtis Crest ini. |
|
Tangan tak lepas berpaut pada pemegang. Jalan pun rapat ke sebelah dalam saja memanjang, takut nak merapat ke sebelah luar tu. |
|
Pemandangan menghala ke bawah. Itu belum lagi pemandangan jurang dalam tu... |
|
Pemandangan bandaraya George Town dari Curtis Crest |
|
Convalescent Bungalow yang dibina untuk merawat pegawai British dan keluarga mereka yang tak mampu pulang ke England untuk mendapat rawatan penyakit yang dihidapi. |
|
Mengikut sejarahnya, ramai pegawai British dan ahli keluarga mereka yang masih muda sembuh selepas dirawat di Convalescent Bungalow. Ramai juga yang tua-tua memilih untuk meninggal dunia di sini sewaktu menerima rawatan. |
|
Gembira dan lega bila nak sampai ke penghujung |
|
Satu lagi pemandangan bandaraya George Town |
|
Tangga untuk turun ke bawah. Nak naik pun kita guna tangga yang sama. |
Walaupun rasa gayat sewaktu berada di atas sana, kita tetap rasa bangga dapat berjalan mengelilingi Curtis Crest. Dah turun ke bawah, barulah tekak terasa haus dan kering. Ada minuman sejuk dijual di sini, tapi semuanya mahal-mahal belaka. Sajalah dia orang ni mengambil kesempatan atas kesengsaraan kita bila jual air mahal-mahal begitu.
|
Ada minuman sejuk dijual dalam peti di sana. |
|
Binokular yang boleh digunakan secara percuma. Cuma perlu tulis nama saja untuk menggunakannya. |
Di sinilah Myself pertama kali minum air Tapping Tapir, tapi Husband kata dia pernah meminumnya sebelum ini. Ada bermacam perisa dan kami memilih Apple & Vanilla. Mujurlah rasanya sangat sedap dan refreshing, maka tak jadi kita nak marah sebab harganya mahal sangat. Kata Adik petugas di sini, perisa Apple & Vanilla adalah perisa yang paling laku di kalangan minuman Tapping Tapir ini.
|
Tapping Tapir |
|
Minum air Tapping Tapir |
|
Sedap dan refreshing, sampai habis kami minum. |
Dah dapat tenaga kembali selepas minum Tapping Tapir, kita berjalan keluar dari The Habitat. Laluan keluar dari The Habitat juga perlu melalui semula kedai cenderamata Shop On The Hill.
|
Turun tangga meninggalkan The Habitat |
|
Berjalan menuju ke Shop On The Hill |
|
Mencabar nak tangkap gambar kupu-kupu ini sebab dia macam jinak-jinak merpati... bila didekat dia lari. |
|
Melihat-lihat cenderamata yang dijual di Shop On The Hill @ The Habitat, walaupun kita tak beli apa-apa. |
|
Secebis memori The Habitat yang boleh dibeli untuk dibawa pulang |
|
Pemandangan dari luar Shop On The Hill |
Macam tak puas pulak rasanya melawat ke The Habitat ini. Tapi apakan daya, masih ada tempat lain di Pulau Pinang yang ingin kami kunjungi.
|
Laluan keluar dari The Habitat |
|
Turun sikit bukit di sini |
|
Pengunjung lain yang juga berjalan keluar |
|
Pintu The Habitat |
|
Menunggu shuttle datang untuk membawa kami kembali ke Dataran Bukit Bendera |
Sewaktu kami melangkah keluar, ada 4 sekeluarga Cina dari Malaysia dan sepasang couple Mat Salleh bersama. Memang dasar orang Malaysia ~ kami berdua dan keluarga Cina itu saja yang memilih nak naik shuttle. Couple Mat Salleh tu memilih nak jalan kaki saja balik ke Dataran Bukit Bendera.
|
Naik shuttle kembali ke Dataran Bukit Bendera |
Part 27: Turun Kembali Ke Bawah
Kami berkira-kira sama ada nak lunch di Bukit Bendera ataupun di Padang Kota. Namun akhirnya, kami memilih Padang Kota. Dah sampai Penang dan Padang Kota sinonim sebagai pusat makanan di sini, kenalah ada experience makan kat sana, bukan?
|
Suasana tengahari di Bukit Bendera |
|
Pemuzik Jalanan |
|
Kalau di waktu puncak, memang sampai ke sini barisan naik funicular. |
|
Pengunjung-pengunjung yang baru tiba |
|
Perkhidmatan funicular Penang Hill dimulakan pada tahun 1923. |
|
Barisan nak naik funicular untuk turun ke bawah. |
|
Funicular dah tiba di Upper Station |
|
Pemandangan di dalam funicular |
|
Penumpang-penumpang yang berdiri di bahagian depan. |
|
Memulakan perjalanan turun ke bawah |
|
Pemandangan dalam perjalanan turun ke bawah |
|
Tiba di Lower Station |
Bersambung ke Bhg.10...
CATATAN PERJALANAN PENANG (2018):