Saturday, 21 April 2018

2018 PENANG BHG. 05 (UNESCO Heritage)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 5: UNESCO HERITAGE & MASJID KAPITAN KELING

HARI KEDUA (2)

Part 13: UNESCO Heritage (1)

George Town UNESCO Heritage sebenarnya berpusat di sekitar sebatang jalan yang bernama Lebuh Armenian (Core Zone). Di samping bangunan-bangunan lama yang cantik, di sinilah kita dapat melihat lukisan-lukisan hebat pada dinding-dinding bangunan yang terkenal itu.

Di kawasan-kawasan sekitar Core Zone yang dinamakan Buffer Zone pula terdapat karikatur-karikatur yang dibuat dari besi yang menceritakan sejarah dan budaya Pulau Pinang. Cara terbaik untuk menikmati lukisan-lukisan dan karikatur ini adalah dengan berjalan kaki. Berbekalkan peta yang kami perolehi dari hotel, kami berjalan menjejak lukisan dan karikatur ini bermula dari Pasar Chowrasta sehinggalah ke Lebuh Armenian.

Karikatur pertama yang kami temui berhampiran Pasar Chowrasta.
Susah-susah je nak pesan: "One tall double decaf espresso". Panggilan mudahnya di Malaysia: "Kopi-O-Kau!"
Oleh kerana hari ini adalah Hari Ahad, banyak kedai ditutup hari ini.
Basikal Link Bike yang boleh disewa di merata tempat di George Town.
Dark Mansion ~ Glow In The Dark Museum
Kedudukan sesetengah lukisan dan karikatur agak tersembunyi dan mudah terlepas dari pandangan.
"Not only the 'pau' taste same, you also look same!" ~ Dalam makna kata-kata ni...
Susah nak menikmati karikatur pada dinding yang dah hitam ni.
Char Kuey Teow dan makanan 'char-char' yang lain adalah antara makanan popular di Pulau Pinang.
Hah! Kat sana ada satu lagi karikatur...
Berjalan menuju ke karikatur itu...
Ini cerita sejarah Rope Walk, tempat di mana tali-tali kapal yang besar-besar tu dipintal pada zaman dulu.
Upside Down Museum
Pasti ini adalah rumah-rumah kediaman yang mewah pada zaman dulu.
Kat atas dinding sana ada satu karikatur...
Ini kisah industri unik di Lebuh Carnavon pada masa dulu ~ tempat di mana 'barangan Si Mati' (rumah, kereta dan mungkin iPhone pada masa sekarang) yang dibuat dari kertas untuk dibakar bersama Si Mati dibuat. Adat ini diamalkan di kalangan masyarakat berketurunan Cina.
Sejarah nama Lebuh Carnavon
Pelbagai jenis basikal yang disewa oleh pelancong
George Town World Heritage Inc. adalah badan yang bertanggungjawab menjaga Warisan UNESCO di sini.
Jejak Warisan
Selepas berjalan beberapa ketika dari Pasar Chowrasta, kami tiba di Lebuh Armenian.

Taman awam berdekatan Lebuh Armenian
Pemandangan di taman awam.
Lebuh Armenian
Lebuh Armenian kelihatan sedikit sunyi pada hari ini kerana banyak kedai ditutup pada hari Ahad.
Bangunan 2 tingkat ini pernah berfungsi sebagai Rumah Orang Tua pada masa dahulu sehingga dibom oleh Tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Scary pulak rupa karikatur kucing tu.
Masjid Melayu Lebuh Aceh
Lebuh Cannon berlubang teruk dibedil dengan meriam oleh Tentera British sewaktu Rusuhan Tahun 1867. Panik kartun yang naik Lanca tu bila penarik Lanca terjatuh ke dalam lubang masa lalu kat sini.
Sesetengah lukisan menarik di Lebuh Armenian ini terletak di dalam bangunan kedai. Kami bertuah bila seorang penjaga kedai menjemput kami masuk ke bahagian belakang kedainya untuk melihat lukisan yang menarik di situ.

Ada beberapa lukisan menarik di dalam kedai ini
Lukisan kucing naik scooter
Kucing naik beca
Gabungan lukisan dengan benda sebenar seperti ini adalah antara ciri unik lukisan-lukisan yang terdapat di George Town UNESCO Heritage.
Banyak lukisan yang juga terletak di lorong-lorong belakang. Kenalah perihatin dan rajin nak explore kalau nak mencari lukisan-lukisan ini. Selalunya kalau nampak ada orang berkumpul dan bergelak ketawa, mesti ada lukisan yang menarik di situ.

"Meoww!! Kiss, kiss!"
Kedai Souvenir
Lukisan Adik membuat Kuih Kapit. Peralatan membuat Kuih Kapit di depan itu adalah peralatan sebenar yang diguna pada masa dulu.
Suasana di Lebuh Armenian
Burung Hantu bertenggek atas pokok
Cannon Square
Khoo Kongsi di Cannon Square ini adalah rumah kediaman ("kongsi") keluarga Khoo yang datang dari negara China pada masa dahulu.
Pemandangan di Khoo Kongsi
Ada sebuah muzium di Khoo Kongsi ini tetapi kami tak masuk ke dalam.
Bangunan cantik di Lorong Armenian
Warisan kebudayaan Cina banyak dikekalkan di kawasan ini kerana mereka adalah penghuni teramai di kawasan ini pada masa dulu.
Pendatang dari China membawa bersama mereka budaya kongsi gelap. British pernah membedil meriam untuk menewaskan kumpulan kongsi gelap di sini dulu.
Tokong Cina yang kecil-kecil juga banyak terdapat di sini kerana setiap keluarga memiliki tokong mereka sendiri.
Hock Teik Cheng Temple
Ada karikatur menarik dekat Hock Teik Cheng Temple ini.
Karikatur ini menceritakan satu perarakan besar pernah diadakan di sini pada Tahun Harimau mengikut Kalendar Zodiak Cina untuk membuang nasib malang.
Lorong kecil di sebelah kiri ini ada beberapa lukisan menarik.
Penjual roti
Menyibuk nak jadi sebahagian dari lukisan
Tolak kasi roboh!
Aiyaa! Tak sampai nak letak sana...
Lukisan di belakang sebuah kedai pizza.
Tolong tolak kasi roboh!
Kedai souvenir dan sewa basikal.
"Lu boleh cakap Hokkien ka?"... Di sebelah kanan adalah lukisan Lanca yang merupakan mode pengangkutan utama di Penang pada masa dulu.
Jalan-jalan cari lukisan.
Cheah Kongsi

Part 14: Lunch & Masjid Kapitan Keling

Matahari dah meninggi tapi kami masih belum makan tengahari. Mulanya kami bercadang nak makan tengahari di kawasan Lebuh Armenian tapi tak nampak pun walau sebuah restoran makanan Halal. Kedai-kedai makanan Halal di sekitar juga banyak ditutup pada hari ini, mungkin disebabkan Hari Minggu.

Disebabkan dah lapar, kita pun mulalah jadi garang macam singa. Asyik nak marah je kat Husband bila dia sibuk mencari-cari lukisan dan tak kisah pun nak bersegera mencari tempat makan.

Kami kemudiannya membuat keputusan untuk berjalan ke arah Masjid Kapitan Keling yang berhampiran. Selalunya dekat-dekat masjid memang ada kedai makan dan memang betul telahan kami. Berhampiran Masjid Kapitan Keling kami bertemu dengan sebuah bakeri yang bernama Wheat Connection yang juga menjual makanan seperti Nasi Goreng dan Pasta. Di situlah kami lunch untuk hari ini.

Wheat Connection
Pemandangan di dalam bakeri Wheat Connection
Nasi Goreng
Roti Jala
Lepas dah dapat makanan yang sedap di Wheat Connection terus kita bertukar dari Singa Garang menjadi Kucing Manja. Terus kita ajak Husband sambung balik mencari lukisan di Lebuh Armenian semula. Tapi sebelum itu, kita tunaikan dulu kewajipan kepada Allah SWT dengan bersolat jamak Zohor dan Asar di Masjid Kapitan Keling.

Masjid Kapitan Keling di George Town UNESCO Heritage
Sejarah Masjid Kapitan Keling
Masjid Kapitan Keling didirikan di atas sebidang tanah yang diberikan oleh British kepada masyarakat Tamil Muslim dari  India yang juga dikenali sebagai Orang Chulia. Nama "Kapitan Keling" adalah sempena Caudeer Mohuddeen, pemimpin komuniti tersebut yang telah membina masjid ini. 

Pemandangan dari luar Masjid Kapitan Keling
Menara di perkarangan masjid
Di sebelah pintu masuk ke masjid ini ada sebuah restoran Nasi Kandar yang bernama Nasi Kandar Beratur. Restoran ini adalah salah sebuah restoran Nasi Kandar yang popular di Pulau Pinang dan memang ramai orang yang beratur untuk membeli Nasi Kandar ini.

Ramai orang tengah beratur nak membeli Nasi Kandar di kedai ini.
Nama kedainya pun Nasi Kandar Beratur
Senibina Masjid Kapitan Keling memang sangat cantik. Seluruh bangunan dan perkarangan masjid juga dijaga rapi.

Pintu masuk ke masjid
Senibina dan perkarangan Masjid Kapitan Keling cantik dan dijaga rapi
Arah ke tandas dan tempat wuduk wanita
Bangunan tandasnya pun nampak antik dan cantik
Courtyard Masjid
Ruang Solat Lelaki
Pemandangan dalam Ruang Solat Lelaki
Kubah masjid dari bahagian dalam
Tiang-tiang masjid
Pemandangan di Ruang Solat Wanita
Pemandangan menghala ke luar dari depan bangunan masjid
Dewan Makam Noordin
Pokok di perkarangan masjid ini ditanam oleh Prince Of Wales (Prince Charles) dan isterinya Duchess of Cornwall (Camilla) dari Britain sewaktu mereka melawat ke sini pada 7 November 2017.

Part 15: UNESCO Heritage (2)

Selepas makan dan bersolat kami menyambung semula penjelajahan kami mencari lukisan-lukisan di George Town UNESCO Heritage. Sebenarnya ada 52 karikatur dan 15 buah lukisan yang bertaburan di seluruh kawasan ini. Tak mungkin nak mencari kesemuanya dalam masa yang singkat.

Berjalan kembali ke Lebuh Armenian
Lorong basikal
Beca yang telah dijadikan pasu bunga
Tokong Cina
Beca yang boleh disewa untuk bersiar-siar di UNESCO Heritage. Tak seperti di Melaka, beca ini tidak dipasang dengan muzik yang memekakkan telinga.
Bersiar-siar dengan beca dan basikal di UNESCO Heritage
Di penghujung Lebuh Armenian ini ada sebuah tarikan bersejarah lain yang dinamakan Clan Jetty yang ada perhentian bas HOHO di sana. Oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk sekadar mencari lukisan dan karikatur di sepanjang Lebuh Armenian sahaja sehingga sampai ke Clan Jetty. Cukuplah sekadar itu kerana kita nak juga melawat ke tempat-tempat lain di Penang ini dan tak terdaya rasanya nak terus explore UNESCO Heritage yang boleh tahan besar kawasannya ini dalam cuaca yang panas terik begitu.

Menysuri semula Lebuh Armenian
Macam-macam basikal sewa boleh dilihat di sini
Kedai Durian
Ramai orang bertumpu di sana. Mesti ada lukisan yang menarik di situ...
Kids On Bicycle
Kids On Bicycle adalah lukisan paling famous di UNESCO Heritage ini. Berebut-rebut orang nak bergambar dengannya.
Berjalan menuju ke Clan Jetty
Motor bertayar besar ini juga boleh disewa untuk bersiar-siar
Dah pudar lukisan Skippy ini...
Kedai makan di Lebuh Armenian. Tapi makanan di sini Tak Halal.
Tak tahu apa nama lukisan monyet tu tapi lukisan kucing di sebelahnya bernama Love Me Like Your Fortune Cat.
Love Me Like Your Fortune Cat.
Teringat kat Tam Tam kat rumah la tu...
Brother and Sister
Sekali lagi menyibuk nak jadi sebahagian dari lukisan.


 Bersambung ke Bhg.6...