Wednesday, 25 April 2018

2018 PENANG BHG. 07 (Penang Hill)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 7: PENANG HILL

HARI KETIGA (1)

Part 20: Perjalanan Ke Penang Hill

Pengembaraan di Pulau Pinang diteruskan lagi pada hari ini. Rancangan pada hari ini adalah menaiki Bukit Bendera (Penang Hill) dan melawat ke Fort Cornwallis. Kalau ada kesempatan masa, kami juga bercadang nak melawat ke tepi pantai.

Pemandangan matahari terbit pada hari ketiga dari The Gurney Hotel
Pemandangan dari restoran hotel
Sarapan pagi
Ada kumpulan besar pelancong dari Negara China yang breakfast bersama kami. Pakaian sebahagian mereka macam nak buat konsert kat atas pentas.
Selepas breakfast di hotel, kami keluar menyusuri Persiaran Gurney ke Perhentian HOHO. Sebelum keluar, kita buat dulu arrangement dengan Travel Desk di hotel untuk menyewa kenderaan membawa kami terus ke Stesen Keretapi Butterworth esok. Maklumlah keretapi ETS yang membawa kami pulang ke Kuala Lumpur esok berlepas pada pukul 8.40 pagi. Kalau tak buat arrangement awal, terlepas pulak tren balik ke KL. Sewaktu membeli tiket ETS online hari itu, kami dapati tren macam nak penuh untuk perjalanan esok. Tertinggal keretapi nanti, memang naya kena cari alternatif lain balik ke KL.

Persiaran Gurney
Berjalan menuju ke Perhentian HOHO
Restoran Khaleel Nasi Kandar di mana kami dinner malam tadi
Hampir tiba ke Gurney Plaza
Bas HOHO yang membuat perjalanan pertama pagi ini tiba di Persiaran Gurney dari Depot.
Bas kami pagi ini
Sebuah lagi bas HOHO tiba. Yang ini untuk trip yang berlepas selepas kami kot.
Pemandangan di dalam bas
Tetap duduk di tempat favourite kami.
Memulakan perjalanan ke Penang Hill
Berselisih dengan bas Beach Route
Jom kita ke Bukit Bendera...

Part 21: Keretapi Bukit Bendera (Penang Hill Funicular)

Perjalanan dari Persiaran Gurney ke Bukit Bendera tak lama kerana hari itu Hari Isnin dan laluan ke Bukit Bendera menuju keluar dari pusat bandar George Town. Bila dah melawan arus, tidaklah perjalanan kita tersekat dengan traffic jam.

Tiba di Bukit Bendera
Kedai-kedai dekat perhentian bas di Penang Hill
Stesen Funicular
Salah satu tarikan Penang Hill ialah kita kena naik sebuah keretapi funicular yang macam Peak Tram di Hong Kong untuk sampai ke puncaknya. Funicular ini beroperasi seawal jam 6.30 pagi hingga 10 malam pada hari biasa dan sehingga 11 malam pada hujung minggu dan kelepasan am.

Kaunter tiket Penang Hill Funicular
Tiket perjalanan pergi-balik bagi warga Malaysia ialah RM9. Pada waktu-waktu sesak seperti hujung minggu dan musim cuti sekolah (dan juga pada hari-hari biasa), ramai yang akan membeli Fast Lane Ticket yang berharga RM40 seorang kalau tak mahu beratur panjang untuk naik funicular.

Tiket funicular
Disebabkan hari itu hari Isnin dan bukan musim cuti sekolah, stesen funicular Penang Hill tidak sesak. Beratur nak naik funicular pun tak panjang, tak macam pemandangan sewaktu kami lalu di sini semalam (Ahad).

Arah ke tren
Semua orang nak naik tren dipaksa tangkap gambar dulu sebelum masuk line. Gambar yang ditangkap boleh dibeli di atas Penang Hill. Biasalah tempat-tempat tourist ni... mesti ada benda begini.
Kalau musim sesak, memanglah berlingkar-lingkar kena beratur kat sini.
Ada tempat duduk disediakan dalam laluan menuju ke platform tren.
Iklan Penang Hill yang terletak 830 meter di atas aras laut
Beratur menunggu tren. Mat Salleh-Mat Salleh kat depan tu tetap nak pakai Fast Lane Ticket walaupun tak ramai orang ketika itu.
Masuk ke Plafform
Masuk ke dalam funicular
Pemandangan di dalam funicular
Kami jalan dulu, ya... you all tunggulah tren yang selepas ini!
Tren funicular yang digunakan pada hari ini adalah tren funicular generasi keempat. Generasi pertama digunakan pada zaman pemerintahan British dulu. Disebabkan kita pernah menggunakan dua generasi funicular sebelum ini memang terasa perbezaan funicular generasi keempat ini.

Penang Hill Funicular generasi keempat yang digunakan pada hari ini (Sumber: Internet)
Funicular generasi keempat ini memang laju. Lebih kurang 5 minit perjalanan, kita dah sampai ke atas. Sistem funicular ini yang bergerak 1,996 meter dalam masa 5 minit adalah sistem funicular yang paling laju, tercuram dan terpanjang di rantau ini.

Meninggalkan Lower Station untuk naik ke atas.
Pemandangan bandaraya Pulau Pinang dari dalam funicular
Pemandangan hutan dan jurang di kiri-kanan landasan
Kondo-kondo mewah
Pemandangan di dalam tren
Berselisih dengan funicular lain yang sedang turun ke bawah.
Meneruskan perjalanan naik ke atas
Funicular generasi ketiga yang sengaja ditinggalkan di sini untuk tatapan generasi kini.
Rasanya inilah Middle Station di mana pertukaran tren perlu dibuat sewaktu di zaman funicular generasi dulu digunakan.
Pemandangan menghala ke bawah
Satu lagi pemandangan sewaktu funicular naik ke atas.
Selain Middle Station, ada juga beberapa stesen kecil dalam laluan funicular ini. Kadang kala ada penduduk tempatan yang akan turun-naik tren dari stesen-stesen ini.
Terowong
Pemandangan selepas terowong
Ramai juga penumpang funicular ini pagi ini, tapi tidaklah sesak macam waktu peak season.
Hampir tiba ke Upper Station
Tiba di Upper Station
Berjalan keluar dari platform tren

Part 22: Bersiar-siar di Bukit Bendera

Penang Hill memang sejuk waktu kita datang melawat ke sini masa kecil-kecil dulu. Kalau bercakap mesti berasap mulut. Itulah kenangan indah di sini pada masa itu. Namun sekarang cuaca yang sejuk itu tak ada lagi sini. Adakah ia kesan Global Warming atau pembangunan pesat yang dijalankan? 

Walau apa pun, pemandangan dari Bukit Bendera kini Myself rasa semakin indah. Bukan sebab apa... kalau kecil-kecil dulu kita datang ke sini, tak pernah nampak pemandangan indah di bawah sana sebab berkabus. Disebabkan pemandangan yang berkabus itu dah tak ada lagi sekarang, pemandangan indah bandaraya George Town jelas kelihatan dari sini.

Kehijauan yang masih dikekalkan di Bukit Bendera
Pemandangan indah bandaraya George Town dari Bukit Bendera
Pembangunan pesat
Landasan funicular
Melintas funicular untuk keluar dari stesen
Tarikan dan kemudahan yang ada di Penang Hill
Stesen Funicular

SKY WALK

Keluar dari Stesen Funicular, kami terus menuju ke Sky Walk untuk menikmati pemandangan indah dari situ.

Sky Walk
Berjalan ke arah Sky Walk
Satu lagi pemandangan Sky Walk
Jom kita ke sana!
Plak perasmian Sky Walk
Pemandangan Stesen Funicular dari Sky Walk
Gayat juga wehh, berdiri lama-lama kat sini!
Kucing Sylvester yang setia memberi petunjuk pemandangan yang kelihatan dari sini.
Hiking Trail
Mengambil gambar pemandangan
Sebahagian George Town dan Jambatan Pulau Pinang
Tempat untuk berehat
Peta Bukit Bendera

BERJALAN KE DATARAN BUKIT BENDERA

Selepas dah puas menikmati pemandangan dari Sky Walk, kita berjalan pula ke Dataran Bukit Bendera.

Panas terik pulak pagi ini.
Penunjuk arah
Covered Walkway
Bunga-bunga cantik
Pemandangan indah
Teropong untuk yang nak menikmati pemandangan George Town dengan lebih dekat.
Pintu masuk ke Little Village
Little Village di Penang Hill. Menjenguk dari luar saja, tak masuk pun ke dalam.
David Brown's Restaurant. The highest restaurant in Penang, katanya.
Karikatur
Gambar kita yang dipaksa ambil di Lower Station tadi boleh dibeli di sini. Dah lupa berapa harga yang dijual, tapi jauh lebih murah dari gambar yang dijual di KL Tower tu.
Pelancong-pelancong di Penang Hill. Ada ramai rombongan Akak-Akak melawat ke sini pagi ini.
Larangan memberi makan kepada monyet dan anjing liar.
Rombongan Akak-Akak yang membelek setiap spesis bunga yang ditemui.
Menuju ke Dataran Bukit Bendera
Dataran Bukit Bendera
Gerai-gerai di Dataran Bukit Bendera
Penanda Arah
Pentas kecil di Dataran Bukit Bendera
Buggy yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Bukit Bendera
Penunjuk arah ke bandar-bandar besar dunia dari sini
Arah ke beberapa bandaraya besar di dunia

RONDA-RONDA NAIK BUGGY

Kami turut menyewa sebuah buggy untuk bersiar-siar di Penang Hill. Kos sewaan ialah RM30 untuk sebuah buggy, bukan mengikut bilangan penumpang yang naik.

Naik buggy di Penang Hill
Meninggalkan Dataran Bukit Bendera dengan menaiki buggy
Funicular generasi kedua yang diletakkan di Dataran Bukit Bendera untuk kenangan.
Pemandangan funicular generasi kedua dari sisi.
Penang Hill dibuka oleh Captain Francis Light pada tahun 1788 untuk dijadikan ladang strawberi. Bukit ini kemudian dikenali sebagai Bukit Bendera sempena sebuah bendera Union Jack yang dikibarkan di depan rumah kediaman Gabenor Pulau Pinang yang bernama Bel Retiro.

Bersiar-siar di Bukit Bendera
Bukit Bendera juga menjadi tempat istirahat bagi pegawai-pegawai British yang bertugas di Pulau Pinang. Disebabkan cuaca yang panas di bawah sana, ramai pegawai British dan keluarga mereka diserang penyakit malaria. Orang-orang British yang sakit ini sering dibawa ke Bukit Bendera yang cuacanya lebih sejuk untuk menjalani proses pemulihan.

Bel Retiro di atas bukit sana pernah menjadi kediaman Gabenor British. Bendera yang dipasang di depan rumah inilah yang memberikan nama dalam Bahasa Melayu 'Bukit Bendera' kepada Penang Hill.
Kata Pakcik Buggy, ada jalan raya yang dibina naik ke Bukit Bendera dari Kebun Bunga (Penang Botanical Garden). Jalan ini walau bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh penduduk-penduduk di sini sahaja.

Jalan raya di Bukit Bendera ini bersambung dengan Kebun Bunga. Laluan ini walau bagaimanapun, hanya boleh digunakan oleh penduduk di sini sahaja.
Pemandangan di sini tenang dan damai.
Hutan belantara
Jalan di sini cantik dan terjaga
Kerusi untuk berehat
Rumah-rumah agam di Bukit Bendera banyak didirikan oleh orang-orang British pada masa dahulu. Kini kebanyakannya dimiliki oleh orang tempatan.
Kata Pakcik Buggy, kebanyakan rumah di sini adalah Rumah Percutian yang dijaga oleh orang-orang gaji sahaja. Pemilik sebenarnya ramai yang tinggal di tempat lain.
Pemandangan Rumah Kediaman di Bukit Bendera
Pakcik Buggy menunjukkan kepada kami sebuah peti surat British yang masih ada di sini. Pada peti surat merah ini tertera singkatan 'VR' yang bermaksud Victoria Regina. Jelas sekali yang postbox ini didirikan di zaman pemerintahan Queen Victoria di Britain.

Postbox lama British yang masih dikekalkan.
Pada postbox ini tertera lambang 'VR' yang bermaksud Victoria Regina ('Queen Victoria' dalam Bahasa Latin).
Kami kemudian melintasi sebuah tarikan popular di Penang Hill yang dinamakan The Habitat. Tarikan popular di dalamnya adalah sebuah jambatan gantung berbentuk bulat dari mana kita dapat melihat seluruh Pulau Pinang. Kami berkesempatan melawat ke dalam The Habitat. Pengalaman ini akan Myself ceritakan dalam entry yang berikutnya.

The Habitat
Pintu masuk ke The Habitat
Lagi kediaman mewah di Bukit Bendera
Sunyi betul jalan di sini. Kalau tak naik buggy, seram rasanya nak berjalan sampai ke sini.
Pagar sebuah rumah kediaman di atas bukit
Berselisih dengan buggy lain.
Senibina kolonial British di Malaya yang tipikal
Sebuah lagi rumah besar
Kejadian tanah runtuh juga ada kalanya berlaku di Bukit Bendera
Selekoh tajam
Dah hampir tiba ke penghujung laluan
Masih meneruskan perjalanan
Perjalanan buggy berakhir di Taman Monkey Cup yang dipenuhi dengan pokok-pokok Periuk Kera di dalamnya. Kata Pakcik Buggy, kita tak boleh meneruskan perjalanan lebih jauh lagi kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Buggy kami berpusing balik di sini. Dalam perjalanan pulang, Pakcik Buggy menunjukkan kepada kami sebuah kafetaria yang bernama Kopi Hutan. Kata Pakcik Buggy, kafe ini menghidangkan Kopi Arabica yang sangat sedap.

Taman Monkey Cup
Kafetaria berhampiran Taman Monkey Cup
Kafetaria Kopi Hutan ini menghidangkan Kopi Arabica yang sedap. Malangnya, ia tidak dibuka hari ini.
Berpatah balik ke Dataran Bukit Bendera
Jom kita balik semula...
Tempat rehat
Lagi tempat untuk berehat
Berselisih dengan sebuah buggy lain
Landskap yang cantik
Kalau tak salah, inilah spesis pokok yang dibawa oleh British dari Burma (Myanmar) untuk ditanam di sini. Dah lupa nama pokok ini.
Tempat rehat untuk melepaskan lelah
The Habitat
Pemandangan dari buggy
Juga pemandangan dari Buggy
Sebuah buggy lain
Dah lupa nama pokok yang berbunga merah ini.
Laluan ini kini dinamakan sebagai Jalan Tuanku Yahya Petra
Anjung Tinjau
Pemandangan berhampiran Anjung Tinjau
Kalau tak salah jalan ke bawah itu menuju ke Convalescent Bungalow yang dibina untuk rawatan dan pemulihan pegawai British dan ahli keluarga mereka yang jatuh sakit pada masa dulu.
Tiba kembali di Dataran Bukit Bendera
Love Locks


 Bersambung ke Bhg. 8...