Tuesday, 17 April 2018

2018 PENANG BHG. 03 (HOHO City Route)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 3: HOP ON HOP OFF CITY ROUTE

HARI PERTAMA (3)

Part 6: Penang Hop On Hop Off (HOHO)

Bas Hop On Hop Off adalah cara mudah untuk berkeliling George Town jika anda tak mempunyai kenderaan di Pulau Pinang. Dengan hanya menggunakan satu tiket kita boleh berkunjung ke lebih 50 buah tarikan pelancongan popular di Pulau Pinang.

Penang Hop On Hop Off
Perkhidmatan bas Penang Hop On Hop Off bermula dari pukul 9 pagi sehingga 8 malam setiap hari dengan perjalanan terakhir pada pukul 7 malam. Ia bergerak dalam 2 laluan: City Route dan Beach Route. Kedua-dua laluan ini bermula dari Persiaran Gurney, tetapi kita boleh naik dan turun dari bas ini di mana-mana perhentian dalam laluannya untuk melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar.

Peta Laluan Bas HOHO
City Route membawa kita berkeliling bandaraya George Town. Ada 13 perhentian dalam laluan ini yang meliputi banyak tarikan-tarikan pelancongan yang popular. Beach Route pula membawa kita menyusur pantai dari Persiaran Gurney sehingga ke Teluk Bahang. Ada 9 perhentian dalam laluan Beach Route.

Ada berbagai pakej tiket Bas HOHO: Single Trip, 24 Jam, 48 Jam dan 3 Hari. Tiket boleh dibeli di dalam bas ini sendiri dan juga secara online. Ada tariff tiket yang berbeza untuk warganegara Malaysia dan pelancong asing. Tiket untuk warga Malaysia dah pasti lebih murah berbanding tiket pelancong asing. Sela masa perkhidmatan bas dalam City Route adalah di antara 20-30 minit bergantung kepada keadaan trafik manakala sela masa dalam Beach Route pula adalah 1 jam 15 minit. Berdasarkan pengalaman kami, memang mudah menggunakan perkhidmatan ini.

Penang Bridges Tour
Di samping City Route dan Beach Route, HOHO juga mempunyai Penang Bridges Tour yang membawa pelawat menaiki ke kedua-dua buah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang). Penang Bridges Tour ini walau bagaimanapun hanya diadakan sekali sehari pada hari Sabtu dan Ahad. Tempahan untuk membuat Penang Bridges Tour perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal.

Part 7: HOHO City Route

Pada sebelah petang hari pertama ini, kami hanya menaiki bas HOHO mengikut City Route untuk mempelajari dengan lebih dekat laluan HOHO ini. Tour bersama HOHO ini kami mulakan dari perhentiannya yang pertama di Gurney Drive.

STOP NO.1: GURNEY DRIVE

Seperti yang pernah Myself ceritakan dalam entry sebelum ini, perhentian pertama HOHO bagi kedua-dua City Route dan Beach Route terletak sedikit ke hadapan dari Gurney Plaza di Gurney Drive. Perhentian ini juga adalah satu-satunya interchange bagi kedua-dua City Route dan Beach Route.

Perhentian No. 1 HOHO di Gurney Drive
Bas HOHO terdiri dari dua tingkat. Ada ruang tempat duduk yang terbuka di tingkat atas bas ini.
Bas HOHO berhawa dingin dan terdiri dari 2 tingkat. Kita bebas memilih untuk duduk di mana-mana saja dalam bas ini. Selalunya, ramai penumpang yang memilih untuk duduk di tingkat atas. Sebahagian ruang di tingkat atas sengaja dibuat terbuka untuk membolehkan penumpang menikmati pemandangan sekeliling tanpa halangan.

One Ticket To See It All
Kami sebaliknya memilih untuk duduk di tingkat bawah saja. Walaupun niatnya nak bercuti macam Orang Putih, kami ternyata tak cukup "Orang Putih" nak menahan kepanasan terik matahari Penang dengan duduk di ruang terbuka di tingkat atas bas.

Pemandangan di tingkat bawah bas HOHO
Bas memulakan perjalanan meninggalkan Persiaran Gurney
Peta keseluruhan laluan bas HOHO
Untuk hari ini, kita buat City Route sahaja
Memandangkan kami cuma nak berkeliling George Town tanpa membuat persinggahan di mana-mana, kami cuma membeli tiket Single Trip yang berharga RM10 seorang. Pemegang tiket Single Trip tak boleh membuat Hop On Hop Off. Kalau turun di mana-mana persinggahan, tiket perlu dibeli sekali lagi untuk menyambung semula perjalanan.

Tiket Single Trip

STOP NO.2: BOTANICAL GARDEN

Tiga perhentian HOHO City Route selepas Gurney Drive terletak di luar pusat bandaraya (Botanical Garden, Penang Hill dan Kek Lok Si) manakala semua perhentian berikutnya terletak di dalam bandar.

Penang Chinese Girls' School
Kuil Hindu berhampiran Botanical Garden
Lukisan pada Kuil Hindu
Perhentian No. 2 HOHO City Route adalah Botanical Garden yang lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Kebun Bunga.

Botanical Garden
Pemandangan Botanical Garden dari perhentian bas HOHO
Waktu kecil dulu, kami sering datang ke sini setiap kali berkunjung ke Pulau Pinang. Aktiviti yang ditunggu-tunggu adalah mandi di air terjun di taman ini. Teringin juga nak melawat ke air terjun ini semula sebenarnya, tetapi kami tak berkesempatan berbuat begitu dalam kunjungan kali ini.

Pintu Moongate berhampiran Botanical Garden ini adalah laluan untuk hiking memanjat ke Penang Hill.
Jabatan Taman Botani Pulau Pinang

STOP NO.3: PENANG HILL

Perhentian Ketiga dalam HOHO City Route adalah Penang Hill yang juga dikenali sebagai Bukit Bendera.

Tokong Cina
Masjid Negeri Pulau Pinang
Penang Hill adalah tarikan pelancongan paling popular di Pulau Pinang. Bukit setinggi 830 meter ini adalah puncak tertinggi di seluruh Pulau Pinang. Ada perkhidmatan funicular disediakan untuk pengunjung yang ingin naik ke puncak bukit. Oleh kerana perhentian ini sangat popular di kalangan pelancong, bas HOHO membuat persinggahan 10 minit di sini. Penumpang yang ingin membuat toilet break boleh berbuat demikian di sini kerana bas HOHO tidak mempunyai kemudahan tandas di dalamnya.

Penang Hill
Pemandangan landasan funicular di Penang Hill
Pemandangan sewaktu sebuah funicular sedang mendaki Penang Hill
Tugu Peringatan Perang berhampiran Stesen Bawah Penang Hill

STOP NO.4: KEK LOK SI

Persinggahan seterusnya adalah Kek Lok Si di Air Itam yang terletak tidak jauh dari Penang Hill sebenarnya. Ini adalah perhentian bagi penumpang-penumpang yang ingin melawat ke Kek Lok Si Temple yang terkenal itu.

Menuju ke Air Itam
Durian Balik Pulau yang dijual di Pasar Air Itam
Arah ke Kek Lok Si Temple
Perhentian No.4 HOHO: Kek Lok Si
Pemandangan lebih dekat Kek Lok Si Temple dari Perhentian No.4

STOP NO.5: TIMES SQUARE

Persinggahan-persinggahan HOHO yang seterusnya selepas Kek Lok Si adalah terletak dalam kawasan bandar. Sebaik masuk ke kawasan bandar, bas membuat persinggahan di Times Square.

Bangunan kedai-kedai lama di George Town
Pemandangan yang sama sewaktu kita datang ke Penang zaman muda-muda dulu.
Kedai Kopi
Restoran McDonald's di Birch House
Tempat bercanda zaman bersekolah kat Penang dulu

STOP NO.6: KOMTAR

Perhentian seterusnya adalah Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak). Bangunan setinggi 65 tingkat ini mengandungi kedai-kedai perniagaan dan pejabat di dalamnya. Siap dibina pada tahun 1986, ia masih merupakan bangunan tertinggi di Pulau Pinang pada hari ini. Komtar juga adalah hub pengangkutan bas utama di George Town.

KOMTAR
Pintu masuk utama ke Bangunan Komtar
Jambatan Kaca Rainbow Walk yang terletak di bumbung KOMTAR dapat dilihat dari sini.
Kedai-kedai dalam bangunan klasik berhampiran KOMTAR
Laluan pejalan kaki Skywalk seperti yang banyak terdapat di Hong Kong juga ada di George Town.

STOP NO.7: CHOWRASTA

Perhentian No.7 HOHO City Route adalah di Chowrasta Bazaar yang terkenal sebagai pasar jualan jeruk buah-buahan. Masa kecil-kecil dulu, family kita pasti akan datang ke sini untuk membeli buah pala dan jeruk mangga bila berkunjung ke Penang.

Chowrasta Bazaar
Seperti juga di Penang Hill, bas HOHO membuat persinggahan agak lama di sini untuk membolehkan penumpang membuat toilet break. Di samping Chowrasta Bazaar, ada juga beberapa tempat shopping lain yang berhampiran di kawasan ini seperti Penang Bazaar dan Prangin Mall.

Bergaya macam Orang Putih dalam Bas HOHO
Pintu masuk ke KOMTAR Walk
Pemandangan KOMTAR Rainbow Walk dari kawasan Chowrasta
Prangin Mall

STOP NO.8: UNESCO HERITAGE

Bandaraya George Town bersama-sama Bandaraya Melaka telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO Heritage Site pada tahun 2008. Oleh yang demikian, satu lagi persinggahan paling popular dalam HOHO City Route ini adalah UNESCO Heritage yang merupakan Perhentian No. 8. 

Selain dari bangunan kedai dan kediaman lama, kita juga boleh melihat rumah-rumah ibadat dan lukisan-lukisan menarik mengenai sejarah Pulau Pinang di kawasan ini.

Stop No.8: UNESCO Heritage
Salah sebuah lukisan dinding yang menarik di UNESCO Heritage
Pemandangan di kawasan UNESCO Heritage
Masjid Kapitan Keling
Tokong Cina
Banyak kedai di sekitar UNESCO Heritage dimiliki oleh peniaga-peniaga berketurunan India Muslim.
Balai Bomba
Karikatur besi mengenai Tentera Gurkha yang dibawa oleh penjajah British ke Pulau Pinang pada masa dahulu.
Di samping menceritakan sejarah Pulau Pinang, lukisan-lukisan dan karikatur di UNESCO Heritage memberikan photo ops yang menarik kepada pengunjung.

STOP NO.9: CLAN JETTIES

Persinggahan seterusnya adalah Clan Jetties yang terletak tidak jauh dari Terminal Feri ke Butterworth. Clan Jetties adalah sebenarnya perkampungan atas air yang dibina oleh pendatang-pendatang dari Tanah Besar China pada masa dahulu. Ada 6 buah Clan Jetty yang boleh dilawat di sini dan setiap satunya dimiliki oleh keluarga atau clan (yang juga dipanggil "kongsi") yang berbeza.

Salah sebuah Clan Jetty
Terminal Feri ke Butterworh

STOP NO.10: CRUISE

Persinggahan No.10 dinamakan Cruise kerana ia terletak berhampiran Swettenham Pier yang merupakan terminal pelabuhan kapal cruise. Ia juga adalah perhentian HOHO bagi penumpang yang ingin pergi ke pusat penjaja makanan Padang Kota dan kota bersejarah Fort Cornwallis.

Tanjong City Marina
Church Street Pier
Kapal cruise Queen Mary 2 yang sedang berlabuh di Swettenham Pier
Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang
Queen Victoria Memorial Clock Tower
Terminal kapal cruise Swettenham Pier terletak di belakang Queen Victoria Memorial dan bertentangan dengan pintu masuk utama ke Fort Cornwallis
Fort Cornwallis
Bangunan berkubah hitam di dalam Fort Cornwallis ini adalah gudang simpanan peluru Tentera British pada masa dahulu.
Pusat penjaja makanan Esplanade Park di Padang Kota
Padang Kota
Dewan Sri Pinang

STOP NO.11: ST. GEORGE

Perhentian No.11 terletak di hadapan St. George's Church yang merupakan gereja Anglican yang tertua di Asia Tenggara. Gereja yang dibina oleh Orang British ini masih digunakan sebagai tempat ibadat pada hari ini.

Ramai pelancong tempatan dan warga asing yang menyewa basikal untuk bersiar-siar di George Town.
St George's Church
Bangunan menarik berhampiran St George's Church

STOP NO.12: BLUE MANSION

Walaupun Perhentian No.12 dinamakan Blue Mansion, ia terletak betul-betul di hadapan sebuah perkuburan lama British yang dinamakan Northam Road Protestant Cemetery. Perkuburan ini bersejarah kerana di sinilah Orang British yang membuka Pulau Pinang, Captain Francis Light dikebumikan.

Northam Road Protestant Cemetery
Di sinilah Captain Francis Light dikebumikan.
Kalau dah nama perhentian ini Blue Mansion, mestilah bangunan Blue Mansion (Cheong Fatt Tze Mansion) juga terletak di sini. Tapi tak nampaklah pulak bangunan tersebut dari perhentian bas ini. Terselit-selit kat celah bangunan di kawasan inilah agaknya.

STOP NO.13: KELAWEI

Perhentian terakhir HOHO City Route sebelum kembali ke Gurney Drive adalah di hadapan sebuah Wat Thai di Jalan Kelawei yang terkenal dengan patung Sleeping Buddhanya. Dari luar, bangunan ini bersinar-sinar kerana dicat dengan warna kuning emas. Kuil Buddha Thai ini terletak bersebelahan dengan sebuah Kuil Buddha Burma (Myanmar).

Wat Thai di Jalan Kelawei
Kembali ke Perhentian No.1 di Gurney Drive
Menunggu untuk membuat perjalanan yang seterusnya.

Part 7: Makan Cendol di Gurney Plaza

Cuaca di Pulau Pinang memang lebih panas berbanding di Kuala Lumpur menyebabkan kami sentiasa kehausan. Selepas selesai membuat pusingan dengan Bas HOHO tadi, kami masuk ke dalam Gurney Plaza, konon-kononnya nak makan ais kerim di situ.

Gurney Plaza
Malangnya, kami tak berjumpa dengan kedai ais kerim yang mampu beli di sini. Yang ada cuma kedai ais kerim Baskin Robbins yang sangat mahal itu.

Atas saranan seorang petugas di Gurney Mall ini, kami membuat keputusan untuk minum Cendol. Kata petugas itu, ada sebuah kedai Cendol yang sedap di basement Gurney Plaza.

Inilah Kedai Cendol yang dimaksudkan
Penang Road Famous Teochew Chendul
Kedai Teochew Chendul yang sebenarnya terletak di Penang Road, berhampiran Chowrasta Bazaar. Sewaktu bas HOHO membuat persinggahan di sana tadi, memang kami dapat melihat ramai orang beratur nak makan Cendol di situ. Kedai ini adalah francais kedai asal sebenarnya, tapi Cendol yang dijual memang sedap.

Cendol yang sedap itu.
Lepas dah puas makan Cendol, kami terus berjalan balik ke hotel. Masih awal lagi ketika itu untuk makan malam. 

Pemandangan di depan Gurney Plaza selepas makan Cendol
Restoran-restoran outdoor di Gurney Plaza
Lagipun dengan badan yang masih letih dengan perjalanan yang panjang hari ini, kami membuat keputusan untuk makan malam di hotel saja pada malam itu.

Berjalan balik menuju ke hotel
Ada banyak restoran menjual makanan Cina begini di sepanjang Gurney Drive

Part 8: Dinner Di Gurney Hotel

Seperti yang dirancang, kami hanya dinner di restoran hotel pada malam itu. Sesuatu yang bagus tentang The Gurney Hotel ini ialah harga makanan di restorannya tidaklah semahal di hotel lain, walaupun hotel ini bertaraf 4 bintang. Harga makanan di sini termasuk GST adalah lebih kurang sama dengan harga makanan yang dijual di Secret Recipe.

Makanan yang dihidangkan juga memang sedap. Memang betul kata orang, Penang memang culinary heaven. Makanan di sini memang sedap-sedap, baik di hotel mahupun di gerai-gerai di tepi jalan.

Set Nasi Lemak Dengan Kari Ayam untuk Myself
Mee Goreng Mamak untuk Husband
Pemandangan lobi hotel dari restoran


 Bersambung ke Bhg.4...