Februari 2018
KERALA, INDIA
Kochi & Kerala Backwaters
Bahagian 2 : Kochi (1)
BERSIAR-SIAR DI KOTA KOCHI
HARI KEDUA (1)
Part 4: PGS Vedanta Hotel
Hotel penginapan kami, PGS Vedanta Hotel adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di kawasan Ernakulam di tengah-tengah pusat bandar Kochi. Kami menginap di sini selama 2 malam, satu malam sebelum membuat Kerala Backwaters Cruise dan semalam lagi selepas kembali dari membuat Kerala Backwaters Cruise.
|
Suratkhabar percuma The Times Of India dimasukkan di bawah pintu di awal pagi. |
|
Berita mengenai perayaan Thaipusam yang diraikan semalam di dalam suratkhabar. Perayaan Thaipusam di sini dinamakan sebagai Thai Pooyam. Tapi disebabkan kami tiba agak lewat malam tadi, tak dapat melihat bagaimana ia diraikan di Kochi. |
|
Korridoor di depan bilik penginapan |
|
Lobi Lif di tingkat penginapan kami |
|
Swimming Pool hotel yang terletak di tingkat dua. |
|
Husband bergambar di tepi swimming pool |
|
Pemandangan bilik-bilik penginapan dari tepi swimming pool. |
Sarapan pagi di hotel ini bermula dari pukul 7.30 pagi. Restoran untuk sarapan pagi terletak di tingkat bawah di sebelah lobi. Ada pilihan makanan India dan juga Western. Yang paling best, semua makanan di restoran hotel ini adalah Halal.
|
Pemandangan di lobi hotel |
|
Kaunter reception di Hotel PGS Vedanta |
|
Ruang menunggu di lobi hotel |
|
Perhiasan kepala Buddha di lobi hotel |
|
Kepala Buddha ini unik kerana dibuat dengan optical illusion. Walau dipandang dari sisi mana sekali pun, ia bagai berpaling mengikut kita. Seram juga dibuatnya! |
|
Pemandangan kepala Buddha dari sisi. |
|
Gramophone |
|
Restoran sarapan pagi |
|
Pisang Kukus |
|
Antara sajian Indian Food untuk sarapan pagi. Dari kiri ke kanan: Sambar, Dosa (kat Malaysia dipanggil Tosai), Bhaji dan Poori. |
|
Pilihan sarapan pagi Myself |
|
Suasana di restoran sewaktu sarapan pagi |
|
Bergambar kenangan di restoran |
Lepas sarapan, kita berjalan-jalan kat luar hotel.
|
Pemandangan PGS Vedanta Hotel dari luar |
|
Bergambar dengan patung singa di depan pintu hotel |
|
Cita-cita nak cuba makan di Restoran Pappan's Kitchen di depan hotel ini tak kesampaian sehingga kami meninggalkan Kochi. |
|
Stesen MRT (dipanggil Kochi Metro di sini) yang terletak betul-betul di depan pintu masuk ke hotel. |
Part 5: Kochi City
Kochi adalah bandar terbesar di Wilayah Kerala dan yang ke-75 terbesar di India. Sekali imbas, bandar Kochi kelihatan betul-betul macam bandar Kajang yang terlebih sibuk dan bising pada pandangan Myself.
|
Pemandangan di bandar Kochi dari depan pintu masuk ke Hotel PGS Vedanta. Jambatan yang tinggi di tengah jalan ini adalah landasan MRT Kochi Metro. |
Jujur Myself katakan sebelum tiba di sini, Myself tak ada bayangan langsung akan rupa kota Kochi. Jadi memang terperanjat bila melihat yang Kochi ada perkhidmatan MRT yang dinamakan Kochi Metro. Salah sebuah stesen Kochi Metro yang bernama Lissie Station terletak betul-betul di depan hotel kami. Tapi tak boleh menggunakan perkhidmatan Kochi Metro ini untuk datang ke sini dari airport kerana perkhidmatannya tak sampai ke situ. Tapi kalau nak menggunakannya dari Hotel PGS Vedanta ke shopping mall terbesar di Kochi yang bernama Lulu Mall memang ada direct connection.
|
Pintu masuk ke Stesen Lissie yang terletak di seberang Hotel PGS Vedanta |
Kalau dulu Myself terkagum melihat ketinggian landasan LRT di Bangkok, landasan Kochi Metro ini lebih tinggi dari itu. Kalau dipandang dari bawah, memang tak nampak langsung tren yang berulang-alik di atas jambatan landasan ini.
|
Landasan tren Kochi Metro memang sangat tinggi sampai tak kelihatan tren yang berulang-alik di atasnya. |
|
Pengangkutan beroda tiga ini dipanggil Tuk Tuk di Kochi. Kalau di Delhi dulu, ia dipanggil Auto. |
|
Bas awam di Kochi |
Disebabkan hotel kami terletak di tengah-tengah pusat bandar, ada juga sebuah perhentian bas dekat dengan hotel. Myself perhatikan perkhidmatan bas awam di Kochi memang sangat efisien, walaupun bas yang digunakan cukup buruk dan lama.
|
Stesen bas yang sibuk dekat hotel |
|
Menunggu bas untuk ke sekolah dan tempat kerja. |
|
Cantik uniform yang dipakai. |
|
Navel Base?? Atau Naval Base? |
Disebabkan Stesen Lissie ini tinggi dan merentang jalan raya, kami bercadang nak melihat pemandangan Kochi dari atas sana. Namun kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut bila diberitahu yang kita tak dibenarkan menangkap gambar dalam stesen Kochi Metro. Tapi sempat jugalah Husband snap satu dua gambar dalam stesen sebelum dilarang oleh pihak sekuriti di situ.
|
Pemandangan Stesen Lissie yang sekali imbas nampak macam Stesen MRT Kajang |
|
Pintu masuk ke Stesen Lissie di tepi Hotel PGS Vedanta |
|
Pemandangan di tepi stesen |
|
Pemandangan dari luar |
|
Beriya rupanya kena melalui pemeriksaan sekuriti untuk menggunakan Kochi Metro. |
|
Kaunter pembelian tiket Kochi Metro |
Kami kemudiannya membuat keputusan untuk berjalan saja di sepanjang Banerji Road yang terletak di depan hotel untuk menikmati pemandangan bandaraya Kochi. Sewaktu berjalan di sinilah kami mengenali bandar Kochi yang sebenarnya. Seperti yang Myself katakan tadi, bandar Kochi sangat sibuk dengan pelbagai kenderaan dan manusia di sini. Suasananya juga hiruk-pikuk dengan bunyi hon kenderaan. Kalau nak bercakap sesama sendiri di tepi jalan di Kochi, memang kena menjerit untuk mengatasi kebisingan bunyi hon dan kenderaan ini.
|
Walaupun Banerji Road adalah salah sebuah jalan utama di Kochi, laluan kakilimanya tidak berturap elok. |
|
Pemandangan di Banerji Road |
Sesuatu yang kami perhatikan sepanjang perjalanan kami di Kerala ialah tak ada orang yang merokok di tepi jalan. Tak tahulah sama ada merokok dilarang di tempat awam ataupun masyarakat di sini memang tak merokok. Kami juga rasa selamat berjalan kaki di sekitar Kochi. Tapi seperti juga di merata tempat lain di India, kebersihan kurang diberi perhatian dan sampah memang dibuang di merata-rata tempat.
|
Bas awam di Kochi memang tak ada air-cond walaupun cuaca di sini lebih panas dan kering berbanding di Malaysia. |
|
Persimpangan jalan di Banerji Road |
|
Poster dan iklan wayang banyak terdapat di merata-rata tempat di Kochi. |
|
Mammootty adalah aktor yang sangat popular di Kochi |
|
Husband mintak nak bergambar sekali lagi dengan Mammootty. |
|
Pondok polis trafik di Kochi |
|
Dr PK Abdul Gaffour Memorial Cultural Complex |
|
Mencabar sebenarnya nak melintas jalan di Kochi kerana kenderaan di sini dipandu laju. |
|
Iklan Hot Male di tengah bandar Kochi |
|
Persimpangan jalan di Kochi |
|
Kat sini barulah rasa selamat sikit nak berjalan sebab ada railing. |
|
Ramai yang dilihat memakai kain Dhoty begini untuk pergi bekerja. |
|
Jalan di Kochi sangat bising dengan bunyi hon kenderaan. |
Part 6: Thottathumpadi Masjid
Kami bertemu dengan sebuah masjid yang bernama Thottathumpadi Masjid tidak jauh dari hotel penginapan kami. Disebabkan curious nak melihat rupa masjid di India, kami masuk ke dalam.
|
Thottathumpadi Masjid |
|
Nama masjid dalam tulisan Malayalam agaknya. |
|
Pintu masuk ke masjid |
|
Nama sebenar masjid ini adalah Thottathumpadi Muslim Jamaath Masjid. |
|
Tempat Wuduk Masjid |
|
Pemandangan ke dalam Tempat Wuduk |
Sesuatu yang Myself sering perhatikan ialah selain dari di negara-negara Asia Tenggara, perempuan sangat jarang berkunjung ke masjid. Jadi jemaah lelaki selalunya memang akan memandang semacam kalau ada wanita yang nak masuk ke masjid. Disebabkan kami tak pasti sama ada budaya ini juga diamalkan di sini, hanya Husband saja yang masuk melihat ke dalam masjid. Myself hanya menunggu di luar bersama Kakak Ipar dan Anak Saudara. Husband ditemani oleh seorang jemaah masjid yang bernama Jamal sewaktu melawat ke dalamnya.
|
Ruang Solat di tingkat bawah |
|
Satu lagi pemandangan di ruang solat di tingkat bawah |
|
Encik Jamal yang baik hati membawa Husband melawat ke dalam masjid. |
|
Pemandangan di ruang solat di tingkat atas. Yang dalam bungkusan di tepi tiang itu adalah bekas-bekas derma yang akan diedarkan kepada jemaah selepas solat. |
|
Satu lagi pemandangan di tingkat atas masjid |
|
Pemandangan dari tingkat atas masjid |
|
Husband bergambar dengan Siak Masjid |
|
Bergambar dengan Muazzin pulak. Pak Imam dah balik ke rumah, katanya. |
Sedang Husband melawat ke dalam masjid, seorang petugas masjid menunjuk-nunjuk kepada kami sebuah bilik di bucu masjid. Beriya-iya dia memberi isyarat supaya kami masuk ke sana. Rupa-rupanya dia menyuruh kami masuk ke ruang solat wanita. Tak sangka ada juga ruang solat untuk wanita di sini. Namun begitu ruang solat wanita ini sangat kecil kalau dibanding dengan ruang solat lelaki yang disediakan sampai 2 tingkat.
|
Ruang Solat Wanita di Masjid Thottathumpadi. Ruang yang disediakan sangat kecil, hanya boleh memuatkan kira-kira 20 orang jemaah saja. |
|
Kerusi yang disediakan untuk jemaah yang uzur nak solat berdiri |
Selepas melawat Masjid Thottathumpadi, kami berjalan balik menuju ke hotel.
|
Berjalan balik ke arah hotel |
|
Kena berhati-hati kalau nak mencuba minuman di tepi jalan begini kerana kita tak pasti sumber bekalan air yang digunakan. Takut sakit perut, tak enjoy bercuti di Kerala nanti. |
|
Stesen Lissie |
Disebabkan masih ada waktu yang terluang, kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di kawasan lain berdekatan hotel. Kawasan ini ada beberapa hotel yang lebih murah kadar sewanya berbanding PGS Vedanta.
|
Ojeen Food Court di belakang Hotel PGS Vedanta |
|
Makanan Halal sangat mudah didapati di Kochi |
|
Hotel Dunes Continental berhampiran Hotel PGS Vedanta |
|
Mesra Cafe |
|
Hotel Star Emirates ini juga terletak berhampiran hotel kami |
|
Bus Pariwisata?? Mesti ada ramai pelancong dari Indonesia yang berkunjung ke sini. |
|
Lorong kembali menuju ke hotel |
Bersambung ke Bhg.3...
CATATAN PERJALANAN KERALA (2018):