Saturday, 10 February 2018

2018 KERALA BHG. 03 (Alleppey)

Februari 2018

KERALA, INDIA
Kochi & Kerala Backwaters

HARI KEDUA (2)

Bahagian 3: Kochi (2)
PERJALANAN KE ALLEPPEY

Part 7: Menuju Ke Alleppey

Program kami pada Hari Kedua adalah membuat Cruise di Kerala Backwaters selama 2 Hari 1 Malam. Cruise ini berlayar dari sebuah bandar yang bernama Alappuzha yang terletak kira-kira 70 km dari Kochi. Di kalangan orang tempatan, Alappuzha lebih dikenali sebagai Alleppey (disebut: Al-ler-pay). Perjalanan ke Alleppey dijangka memakan masa kira-kira 2 jam dan kami bertolak dengan kereta ke sana pada pukul 10 pagi.

Menuju ke Alleppey
PVS Memorial Hospital. Macam rupa Hospital KPJ Kajang je, kan?
Bas awam di India tak dilengkapi dengan air-cond. Tingkap bas juga kebanyakannya hanya dipasang dengan kanvas untuk perlindungan di hari hujan.
Laju betul lori pisang tu dah ke depan.
Ada lori membawa seekor gajah lalu kat sini tadi. Tapi tak sempat nak ambil gambar...
Patung Kristian ini mengingatkan Myself kepada suasana di Colombo, Sri Lanka dulu.
Hah!! Baru nampak ada sebuah Kuil Hindu kat sini.
Bendera merah ini mewakili sebuah parti politik di India. Kata pemandu kami, Roji parti politik ini sedang membuat persidangan di Kochi.
Lori sampah
Masih mengekori lori pisang
Traffic Light
Cara pemanduan di Kochi sama saja dengan cara pemanduan yang kami perhatikan sewaktu melawat ke Delhi dulu. Pemandu di sana sangat gemar mencilok ke kiri dan ke kanan dan membunyikan hon. Hon-hon ini sebenarnya bukan dibunyi  untuk menggesa pemandu di hadapan supaya bergerak lebih cepat, sebaliknya untuk memberitahu pemandu tersebut yang kita berada di belakang dan bersedia nak memotong pada bila-bila saja.

Pemandangan selepas keluar dari kawasan bandaraya
Gereja
Pesanan yang menarik untuk pemandu di jalan raya: Drive, Don't Fly.
Banyak betul pesanan untuk pemandu di jalanraya di Kochi. Tapi dari gaya pemanduan mereka, rasa-rasanya tak siapa pedulikan pesanan yang diberi.
Menyeberang sebuah jambatan
Kedai di tepi jalan
Kochi sebenarnya terletak di tepi laut. Di sekelilingnya juga ada tasik dan sungai-sungai. Sistem sungai dan tasik-tasik inilah yang sebenarnya membentuk apa yang dinamakan sebagai Kerala Backwaters, yang menjadi tarikan utama kepada pelancong datang ke sini.

Salah sebuah sungai yang membentuk Kerala Backwaters
Kerala University of Fisheries & Ocean Studies
Pintu masuk ke Kerala University of Fisheries & Ocean Studies
Hotel Le Meridien
Sekali imbas, macam iklan Jusco di Malaysia
Masjid
Lebuhraya
Kerja-kerja pembinaan
Lebuhraya yang menghubungkan Kochi dengan Alleppey macam jalan luar bandar di Malaysia. Kerana itulah Myself agak terperanjat bila melihat ada tol dikenakan untuk menggunakan jalan ini. Kalau tol dikenakan di jalan raya yang kualitinya macam ini di Malaysia, dah pasti ia akan menjadi isu yang besar.

Alappuzha adalah nama sebenar bagi bandar Alleppey.
Menghampiri Plaza Tol
Pemandangan di Plaza Tol
Toll Booth
Melintas sebuah lagi jambatan
Nampak macam pelantar minyak pulak tiang elektrik di tengah sungai ini.
Lebuhraya
Sebuah bandar kecil yang dilalui dalam perjalanan dari Kochi ke Alleppey
Tuk Tuk
Tuk Tuk adalah pengangkutan awam yang penting di India
Kedai buah-buahan
Pemandangan dalam perjalanan ke Alleppey
Belakang lori ini tertera peringatan untuk pemandu membunyikan hon
Gereja
Tak tahu bangunan apa ni sebenarnya
Bas memotong kenderaan kami
Masjid

Part 8: Masjid Sheikh Rifae

Islam telah tersebar di Kerala menerusi pedagang-pedagang Arab sewaktu Nabi Muhammad SAW masih hidup lagi. Orang yang dikatakan bertanggungjawab membawa sinar Islam ke sini adalah Malik bin Dinar yang telah mendirikan masjid yang pertama di India. Masjid ini dinamakan Cheraman Juma Masjid dan terletak di Kodungallur Taluk. Disebabkan hubungan langsung Kerala dengan Tanah Arab, umat Islam di Kerala berpegang kepada Mazhab Syafie seperti umat Islam di Malaysia, tidak seperti kebanyakan umat Islam lain di India yang mengikut Mazhab Hanafi.

Kami tak berkesempatan untuk melawat ke Cheraman Juma Masjid. Walau bagaimanapun, kami sempat singgah melawat ke Masjid Sheikh Rifae yang terletak di sebuah bandar yang bernama Eramalloor dalam perjalanan ke Alleppey. Kami tak tahu apa sejarah masjid ini, cuma setakat singgah untuk melawat saja sebab nak tengok sebuah lagi masjid selepas melawat Masjid Thottathumpadi di Kochi pagi tadi.

Masjid Sheikh Rifae di Eramalloor
Pintu masuk ke masjid
Menara Masjid
Nama Masjid dalam Bahasa Malayalam agaknya
Tidak seperti di Masjid Thottathumpadi, perempuan tak dibenarkan masuk ke masjid ini. Jadi, cuma Husband seorang sajalah yang masuk ke dalam. Pemandu kami Roji yang beragama Islam pun pelik kenapa pengurusan masjid tak membenarkan perempuan masuk ke dalam. Tapi tak mengapalah, kita hormat kepada peraturan mereka dan tunggu saja di luar sambil Husband masuk melawat ke dalamnya.

Pemandangan dari luar pagar masjid
Tempat Wuduk
Pintu Masjid
Pemandangan di dalam masjid
Satu lagi pemandangan di dalam masjid.
Betul-betul di sebelah masjid ini ada sebuah kedai menjual kain. Pemilik dan pekerjanya semua beragama Islam. Sambil Husband melawat ke dalam masjid, Myself, Kakak Ipar dan Anak Saudara meninjau kain yang dijual di dalamnya. Atas semangat nak menolong saudara seagama, kita beli jugalah satu set kain pakaian di sini untuk dihadiahkan kepada keluarga di Malaysia.

Dhirza Designs
Kedai ini terletak di sebelah Masjid Sheikh Rifae
Pemandangan di dalam kedai
Kedai ini menjual kain ela sahaja
Memasang manik kepada kain
Teliti sungguh pekerjaannya
Meninggalkan Eramalloor

Part 9: Alleppey

Selepas meninggalkan Eramalloor, perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Alleppey.

Gereja
Kuil Hindu ini dihias dengan sedemikian rupa sempena Perayaan Thaipusam
Kuthiyathode
Kereta berhias yang sedang ditarik ini mungkin digunakan dalam perayaan Thaipusam semalam.
Kedai Jus Buah-buahan Haji Ali
Dah hampir tiba ke Alleppey
Kedai Buah-buahan
Projek yang mungkin dibiayai oleh Kerajaan Abu Dhabi. Tapi tak tahu apa projek ini kerana semua keterangannya hanya ditulis dalam Bahasa Malayalam
Seperti yang Myself ceritakan tadi, cara pemanduan di India memang sangat merbahaya. Sepanjang jalan dari Kochi ke Alleppey, beberapa kali kami terjerit bila kereta kami dipintas kenderaan yang memotong dari belakang dengan cara yang sangat merbahaya. 

Tiga keperluan untuk memandu di India: Good Eyes, Good Ears dan Good Luck!
Ada kalanya juga, kita terdiam dan hanya memandang cemas bila pemandu kami yang bernama Roji ini juga membuat perangai yang sama, memotong kenderaan lain dengan cara yang sangat merbahaya. Sering sangat kita lihat apa yang dikatakan sebagai near miss, tapi itu adalah perkara biasa di sini. Memang betul kata seorang rakan, tiga perkara yang perlu untuk memandu di India adalah: Good Eyes, Good Ears dan Good Luck!

Mengintai peluang nak memotong lori besar ini
Sayur-sayuran
Pekan kecil yang sibuk
Banyak betul motorsikal di sini
Kedai di perkampungan
Suspen bila penunggang motorsikal di kiri tu terlanggar sedikit kereta kami sewaktu nak melintas mengikut Tuk Tuk tu.
Barisan Tuk Tuk
Jalan-jalan di perkampungan kelihatan memang tak berturap
Ada polis di sini...
... rupa-rupanya ada lori eksiden
Poonkavu
Gereja Kristian lagi
Masih belum tiba di Alleppey
Thumpoly
Bye Pass ??
Akhirnya kami tiba di Alleppey. Bandar ini kecil saja, tetapi ia adalah pintu masuk terdekat ke Kerala Backwaters dari Kochi.

Tembikai
Dah lama tak nampak pandangan sebegini di Malaysia
Woww, Hot Male!!
Cantik pokok kat depan tu
Banyak buah-buahan dijual di Alleppey ni
SDV High School For Boys
Bangunan sekolah
Pekan Alleppey
Masih pemandangan di Pekan Alleppey
Kemudian bila kita semakin menghampiri Kerala Backwaters, memang teruja melihat bot-bot persiaran membarisi sungai dan terusan di sini.

Terusan di Alleppey
Ada banyak tumbuhan air di dalam terusan ini
Persimpangan
Kereta Polis
Dah mula kelihatan pemandangan bot-bot persiaran di Alleppey
Pengusaha-pengusaha bot persiaran melambai-lambai menggamit kita menggunakan perkhidmatan bot mereka di sepanjang terusan ini.
Seperti di Kochi, Tuk Tuk juga banyak terdapat di Alleppey
Pemandangan Tuk Tuk dari belakang
Sebuah institut pengajian tinggi di Alleppey
Lorong sempit menuju ke pangkalan Boathouse


 Bersambung Ke Bhg. 4...


CATATAN PERJALANAN KERALA (2018):