Saturday, 17 February 2018

2018 KERALA BHG. 06 (Houseboat 3)

Februari 2018

KERALA, INDIA
Kochi & Kerala Backwaters

Bahagian 6: Kerala Backwaters Cruise (3)
MORNING CRUISE & ALLEPPEY

HARI KETIGA (1)

Part 17: Mentari Terbit Di Kerala Backwaters

Good Morning, Kerala! Memang nyenyak tidur di dalam Houseboat di Kerala Backwaters ini. Disebabkan airnya tenang, bot tak langsung bergoyang-goyang.

Suasana subuh di Kerala Backwaters
Bila pagi menjelang, barulah bot sedikit terbuai-buai bila ada motorbot orang tempatan lalu berhampiran Houseboat. Tapi taklah juga bergoyang teruk, hanya terbuai-buai menyebabkan kita semakin nak lena bagai bayi yang tidur dalam buaian.

Suasana pagi dah mula menjelma
Tenang dan Damai
Tumbuhan-tumbuhan air yang sentiasa kelihatan segar walau dalam apa jua suasana.
Masih lena diulit mimpi.
Sewaktu Houseboat membuat Night Stop, pemandu bot kami Mithin pulang ke rumahnya yang dekat-dekat kawasan sini juga. Hanya tukang masak, Suresh saja yang tinggal bersama kami. Namun di awal pagi, Suresh yang beragama Hindu telah pergi bersembahyang di kuil. Bila pulang, dia membawa bersama kalungan bunga yang telah diberi blessing oleh Tok Sami di kuil untuk diletakkan di hadapan Houseboat bagi mendapat keberkatan dan keselamatan mengikut kepercayaan mereka.

Suresh menukar kalungan bunga baru untuk diletakkan di hadapan Houseboat.
Selepas Husband dah bangun dari tidur, kami berjalan-jalan sebentar di sekitar kawasan bot berlabuh. Tapi tak adalah pemandangan yang menarik sangat di sekitar kampung selain Houseboat yang berlabuh di tepi tasik.

Jom kita jalan ke luar sekejap...
Houseboat lain yang berlabuh di depan Houseboat kami
Bangun pagi dan gosok gigi...
Kalungan bunga baru yang diletak oleh Suresh di depan bot kami. Kalungan bunga lama dicampak ke dalam tasik.
Jambatan di tempat Houseboat berlabuh
Lorong yang kami lalui semalam untuk mendapatkan Houseboat
Satu lagi pemandangan di kampung
Houseboat kami berlabuh di sini
Menghirup udara pagi yang segar di Kerala Backwaters
Sang Mentari dah mula muncul
Kiambang yang mekar di tengah tasik
Government Boat dah mula beroperasi untuk kemudahan penduduk kampung
Suresh dah mula bekerja di dapur
Program pagi ini adalah berlayar di Tasik Vembanad lagi sambil menikmati sarapan pagi. Disebabkan sarapan pagi mengambil sedikit masa untuk disediakan, Suresh menghidangkan dulu Teh Chai Masala kepada kami.

Hidangan Chai Masala sementara menunggu sarapan pagi
Menikmati hidangan Chai Masala
Sambil kami menikmati Chai Masala yang dihidangkan oleh Suresh, lalu pulak penjual kipas burung merak. Disebabkan kipas burung merak ini unik, kita belilah juga untuk dijadikan souvenir dari Kerala. Penjual kipas burung merak ini tak pandai bercakap English, jadi terpaksalah kami meminta bantuan dari pemandu bot, Mithin untuk menjadi translator.

Penjual kipas burung merak
Urusan jual-beli kipas merak di awal pagi
Disebabkan Pakcik ini dan pembantunya tak pandai bercakap dalam Bahasa Inggeris, terpaksalah kita minta bantuan dari Mithin untuk menjadi penterjemah.
Kipas Brung Merak ini dijual dengan harga 300 Rupees (RM 18) sebuah.
Husband berposing gembira dengan Kipas Merak

Part 18: Morning Cruise & Breakfast

Tepat pukul 9 pagi, Mithin menghidupkan enjin bot untuk membawa kami memulakan Morning Cruise. Pelayaran pagi ini membawa kami menerokai kawasan Tasik Vembanad yang tidak dilalui semalam.

Memulakan Morning Cruise
Houseboat lain yang masih belum bergerak
Berlayar menuju ke Tasik Vembanad
Pemandangan Houseboat yang berlayar di sebelah
Ada ukiran yang cantik menghiasi Houseboat ini
Pemandangan indah di tepi tasik
Bersedia nak menangkap gambar banyak-banyak dalam pelayaran pagi ini
Houseboat-Houseboat lain
Pelancong Mat Salleh yang memilih untuk belayar dengan bot kecil pada pagi ini
Sekali imbas, Houseboat di sana bagai tengah parking di padang rumput
Tumbuhan air yang melata
Penduduk local
Berlayar membelah tumbuhan air
Barisan Houseboat yang menuju ke Tasik Vembanad
Iklan pakaian di tepi tasik
Keindahan Kerala Backwaters semakin menyerlah bila mentari memancar terang
Mithin memandu menuju ke Lake Vembanad
Pelayaran Morning Cruise lebih menarik dari Cruise kami semalam kerana pada pelayaran ini, kami dapat memerhatikan suasana sebenar kehidupan penduduk di sini lebih-lebih lagi kerana hari ini adalah hari bekerja.

Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja
Berjalan untuk meneruskan aktiviti seharian
Pemandangan indah yang tak mudah untuk dilupakan
Sebuah resort di tepi tasik
Chilanka Lake View Resort
Bengkel untuk membaiki kapal
Pemandangan dekat kawasan bengkel
Pohon buluh di tepi tasik
Bagaikan aur dengan tebing
Pandai Aci yang memakai sari itu berdayung
Menghantar anak ke sekolah
Merenung jauh masa depan
Suasana keindahan pagi
Penduduk Local dan Houseboat Pelancong
Jeti di tepi tasik
Menggosok gigi sambil berdayung... Terlewat bangun agaknya pagi ini.
Balancing Act
Mengail ikan
Mencuci pakaian dan mencuci rambut
Lorong masuk ke kampung
Bot-bot di tepi tasik
Pakcik yang ini pun tengah menggosok gigi
Membaca Morning News
Jambatan tinggi menyeberang tasik
Berjalan menyeberang jambatan
Satu lagi suasana di perkampungan
Pertama kali nampak Kuil Hindu di tepi tasik
Pokok besar dan Tok Sami di tepi kuil
Pemandangan dekat jambatan
Lalu di bawah jambatan
Berjalan menuju ke sekolah
Pemandangan selepas jambatan
Jeti baru sedang dibina
Mencedok air dari tasik
Tak pasti apa yang sedang dibuat oleh Pakcik ini
Swans
Sarapan pagi akhirnya tersedia untuk kami. Hidangan istimewa pagi ini ialah lempeng yang diisi dengan madu, kelapa dan pisang. Pertama kali kami makan makanan ini, dan tak tahu pun makanan ini wujud di dunia. Tapi rasanya memang sangat sedap.

Hidangan Sarapan Pagi
Roti Bakar Kukus yang juga sangat sedap
Inilah rupa lempeng yang diisi dengan madu, kelapa dan pisang yang sangat sedap itu.
Sedang menikmati sarapan pagi
Macam nak tercekik pulak kami makan sarapan pagi ini... Bukan sebab apa, cuma bila kita nak menelan tu, ada saja pemandangan yang cantik dan unik yang nak diambil gambar. Maka, bergegas-gegaslah kita mencapai kamera dan menelan makanan yang sedap tu... Itulah yang menyebabkan kami rasa macam nak tercekik.

Pohon Nyiur yang bagai nak menyembah bumi
Berjalan di tepi sawah nak menuju ke sekolah
Mengail ikan dengan sabar
Sebuah lagi Kuil Hindu di tepi tasik
Kavungal Sree Bhagavathi Temple
Traditional View di Kerala Backwaters
Menghantar Ayah pergi bekerja
Perusahaan Ikan Dalam Sangkar
Pemandangan dekat Sangkar Ikan
Pokok yang dicat merah dan putih
Penjaja Ikan
Walaupun bergegar, Myself cukup suka gambar ini kerana ia benar-benar menggambarkan suasana kehidupan di Kerala Backwaters.
Mengangkut batu-batu binaan
Berat batu ni, sampai bot nampak macam nak tenggelam
Mujurlah bot ini menggunakan enjin. Bayangkanlah kalau terpaksa berdayung membawa batu binaan yang berat begini...
Indahnya Kerala Backwaters.
Berdayung menuju ke destinasi
Mengait buah-buahan di tepi tebing
Senang je nak kutip sebab buah yang dikait jatuh dan terapung di atas tasik
Sedih bila pelayaran kami dah hampir sampai ke penghujung.
Government Boat yang penuh dengan pelancong-pelancong Mat Salleh.
Menuju kembali ke Alleppey
Masih musykil dengan benda ini yang juga dilihat semalam... Sayur ke Rumput?
Perkampungan berhampiran Alleppey
Kedai kampung di tepi tasik
Jalan masuk menuju ke sawah
Perhentian Houseboat di Alleppey dah mula kelihatan
Sawah padi di tepi tasik
Pokok Pisang dan Sawah Padi
Burung Cormorant
Bot yang menyendiri di pinggir tasik
Meninjau kawasan untuk mencari rezeki
Bergurau-senda di tepi tasik
Hotel Ramada di Alleppey
Boya terapung di tengah tasik
Sebuah resort yang sedang dalam pembinaan
Berakhir sudah sebuah perlayaran...
Thank you for your excellent service, Mithin & Suresh.

Part 19: Meninggalkan Alleppey

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu jugalah pelayaran kami dengan Kerala Backwaters Cruise. Selepas membuat Morning Cruise selama sejam, kami kembali ke Alleppey dan check-out dari Houseboat. Memang seronok cruise di sini. Ia kini telah menjadi antara memori yang paling indah terpahat di hati.

Bagasi sedang diturunkan dari Houseboat
Waktu check-out yang standard bagi Houseboat adalah pukul 9 pagi. Jadi semua penghuni Houseboat keluar beramai-ramai pada waktu ini.
Berjalan keluar nak mendapatkan kereta
Berselisih dengan Tuk Tuk
Kereta kami menanti di sebalik bangunan gereja di depan sana
Roji dah sedia menanti

KASAVU AAJAYAM HANDLOOMS

Selepas meninggalkan Kerala Backwaters, pemandu kami Roji membawa kami ke sebuah kedai yang bernama Kasavu Aajayam Handlooms yang terletak berhampiran.

Kasavu Aajayam Handlooms
Kasavu Aajayam Handlooms menjadi tarikan kepada pelancong di Alleppey bukan sahaja kerana ia sebuah kedai yang menjual kain sari dan dhoty, tetapi pengunjung juga boleh melihat proses menenun kain sari putih dan dhoty yang masih menggunakan tangan di sini.

Mesin-mesin tenunan tangan yang dapat diihat sebaik masuk ke dalam Kasavu Aajayam Handlooms
Melihat mesin-mesin tenunan
Hanya dua orang pekerja sahaja yang bertugas ketika kami sampai di sini
Pakcik yang sedang tekun menenun kain dhoty
Inilah hakikatnya di India, masih banyak pekerjaan yang masih dibuat menggunakan tangan walau mesin telah banyak digunakan di tempat lain.
Menggulung benang untuk digunakan dalam tenunan
Close-up benang yang sedang digulung
Kain sari putih yang dah siap ditenun
Dah puas melihat bagaimana kain ditenun, kami meninjau ke ruang jualan. Berbagai kain dhoty dan sari tradisional dijual di sini. Namun disebabkan kita tak memakai dhoty dan sari di Malaysia, tak adalah kita membeli di sini. Petugas di sini juga cukup baik. Bila kita kata kita cuma nak melihat saja, dia akan berlalu dengan hormat tanpa memaksa kita membuat belian.

Ruang jualan di Kasavu Aajayam Handlooms
Antara kain sari dan dhoty yang dijual
Sibuk juga mereka melayan pelanggan di sini
Stok kain untuk jualan
Meninggalkan Kasavu Aajayam Handlooms

Part 20: Kembali Ke Kochi

Kemudian bermulalah perjalanan pulang ke Kochi. Seperti perjalanan datang ke Alleppey semalam, perjalanan pulang ini juga menyebabkan kita asyik mengurut dada melihat cara pemanduan yang sangat mencemaskan.

Memulakan perjalanan pulang ke Kochi
Pelajar-pelajar sekolah yang beragama Islam
Jalan menuju ke Kuil Hindu yang dihias cantik sempena perayaan Thaipusam
Perhiasan yang dipasang di sepanjang jalan
Sekolah milik Gereja Lutheran
Kedai runcit di tepi jalan
Stok bahan makanan mentah
Masih berada di Alleppey
Banyak kedai begini dilihat di kawasan Alleppey
Kedai-kedai persendirian yang menjual pelbagai barangan
Federal Bank
Tak tahu nak baca apa yang tertulis di situ.
Kami melihat ramai pelajar sekolah di jalanan. Hairan juga kenapa mereka masih berada di luar pada masa begini. Rupa-rupanya waktu persekolahan di sini bermula dari pukul 10 pagi sehingga ke pukul 4 petang. Tidak seperti di Malaysia, hanya ada satu sesi persekolahan di India. Pelajar-pelajar sekolah juga memakai pakaian seragam, tetapi sesuatu yang kami perhatikan ialah uniform sekolah mereka tidak termasuk kasut sekolah.

Berjalan menuju ke sekolah.
Ramai yang memakai selipar ke sekolah kerana kasut tidak termasuk dalam pakaian seragam sekolah
Pakaian seragam adalah mengikut sekolah yang dihadiri. Pakaian seragam yang ini sama seperti pakaian seragam sekolah rendah di Malaysia.
Masih berada di sekitar Alleppey
Pelajar sekolah menengah agaknya
St George Catholic Church
Ini juga sebuah sekolah milik Gereja Kristian
Tuk Tuk Moden di depan sana
Macam ada majlis kenduri kat sini
Satu masa dulu, memang ramai pembonceng wanita di Malaysia naik motor begini.
Sebuah lagi Gereja Kristian
Restoran Kapalterbang
Banyak cara pemanduan yang merbahaya di sini
Kenderaan di jalan raya bagai berebut-rebut nak memotong satu sama lain.
Jualan pasu di tepi jalan raya
Pasu untuk jualan
Rumah Kebajikan Kristian
Perhiasan begini menandakan ada sebuah Kuil Hindu di sini...
... tapi tak nampak pun Kuil Hindu. Yang kelihatan masih Gereja Kristian.
Masih perhiasan sempena Thaipusam
Tuk Tuk
Lembu di tepi jalan
Perjalanan pulang ke Kochi dari Alleppey masih menggunakan jalan yang sama seperti waktu datang semalam. Oleh yang demikian, kita dapat melihat pemandangan yang sama sepanjang perjalanan.

Banyak kenderaan parking di sini.
Tak seperti di Delhi dulu, tak banyak kelihatan lori terlebih muatan di jalan raya di sini.
Belakang lori sentiasa ada peringatan untuk pemandu membunyikan hon.
Hidup perlu sentiasa gembira... If you hear music, dance.
Perhentian Tuk Tuk di tepi jalan
Lori pisang
Aci yang memakai sari
Ini Dhoty uniform bekerja agaknya...
Pakaian tradisional Kerala yang dinamakan Dhoty
Sari juga adalah pakaian tradisional wanita di Kerala
 Mengangkut kuali besar di tepi jalan raya
Tiba di Eramalloor
Suasana makin sibuk menandakan kita dah semakin hampir ke arah kota Kochi
Gereja Kristian di Eramalloor
Masjid Sheikh Rifae yang kami singgah dalam perjalanan ke Alleppey semalam.
Sampah yang dibuang merata-rata tempat adalah juga pemandangan tipikal di India
Gereja Kristian di Kerala selalunya besar dan cantik
Gereja Kristian di sini juga terdiri dari berbagai mazhab
Sebuah lagi perhentian Tuk Tuk
Lebuhraya menuju ke Kochi
Plaza Tol di lebuhraya
Beratur menunggu giliran untuk membayar tol di lebuhraya
Pemandangan sewaktu menghampiri Plaza Tol
Membayar tol di Plaza Tol
National Highway 47
Lebuhraya yang kami lalui dalam perjalanan antara Kochi dan Alleppey adalah National Highway 47 yang bermula dari Bamanbore di Gujarat dan berakhir di Nagpur dalam negeri Maharashtra. Tapi suasana di lebuhraya ini sangat berbeza dengan suasana lebuhraya di Malaysia. Bila melawat ke tempat-tempat seperti India begini, barulah kita sedar betapa maju sebenarnya negara kita. Tapi biasalah manusia, tak pernah berpuas hati dengan apa yang kita miliki.

Kilang konkrit di tepi lebuhraya
Jambatan menyeberang sungai
Pintu masuk ke Kerala University Of Fisheries and Ocean Studies
Kampus Kerala University Of Fisheries and Ocean Studies
Masih menuju ke kota Kochi
Bangunan moden di tepi jalan raya. Kelihatan macam bangunan sebuah sekolah swasta yang mahal.
Pemandangan Kota Kochi dah mula kelihatan sekarang
Dah tiba di pinggir Kochi
Perjalanan dari Alleppey ke Kochi memakan masa 2 jam. Suasana di luar sangat panas kerana hari telah pun tengahari ketika itu. Program kami sebaik tiba di Kochi ialah melawat ke Fort Kochi. Walau bagaimanapun, Roji mencadangkan supaya kami check-in dulu ke hotel kerana tak selesa berjalan dalam suasana panas begini.

Kochi
Banyak betul iklan filem di sini.
Tak kenal pulak siapa pelakon ni...
Berbasikal di kota Kochi
Dah mula masuk ke kawasan komersil Kochi
Cantik betul bunga merah ni.
Sebatang jalan utama menuju ke pusat bandar
Al-Falah Juma Masjid
Lencongan pembinaan jalan raya
Kawasan pusat bandar Kochi
Ambulan
Jambatan Kochi Metro dah mula kelihatan
Menara Arcade
Little Flower Church
Projek sambungan laluan Kochi Metro
Macam pemandangan kat Kajang sewaktu pembinaan MRT dulu
Bas Awam
Banyak kedai berkaitan komputer di sini, macam Plaza Low Yat di Kuala Lumpur
Hospital-hospital swasta juga banyak terdapat di sekitar Kochi
Stesen Minyak
Milestone Shopping Centre
Sebuah lagi shopping centre di Kochi
Langsir untuk jualan
Kettuvallam Seafood Restaurant
Sebuah lagi jalan utama di Kochi
Stesen Kaloor ini adalah salah sebuah stesen akhir perkhidmatan Kochi Metro buat masa ini.
Perhentian bas di Stesen Kaloor
Masjid Thottathumpadi yang kami lawati semalam
Reserve Bank Of India Cawangan Kochi. Reserve Bank Of India ini berfungsi seperti Bank Negara di Malaysia
Pintu masuk ke kompleks Reserve Bank Of India
Stesen Lissie yang terletak betul-betul di sebelah hotel kami. Tapi tak boleh nak membelok masuk ke hotel dari sini.
Pintu masuk ke Stesen Lissie
Banerji Road
Kena U-Turn kat depan sana untuk masuk ke hotel kami.
Kami check-in sekali lagi di Hotel PGS Vedanta untuk menginap satu malam lagi di sini. Pakej penginapan kami di sini turut termasuk makan tengahari dan makan malam di hotel.

Tiba di Hotel PGS Vedanta
Bilik untuk penginapan malam kedua di Hotel PGS Vedanta
Pemandangan dari bilik kami
Satu lagi pemandangan dari bilik kami
Makan tengahari disediakan secara buffet di Hotel PGS Vedanta. Pilihan makanan yang disediakan adalah juga masakan tipikal Kerala. Seperti juga di Houseboat tadi, makanan yang disediakan memang sedap.

Orang yang paling gembira menikmati makanan di Kerala adalah Kakak Ipar. Dia memang pakar memasak dan setiap kali makanan masuk ke dalam mulut, dia dah boleh meneka bahan masakan yang digunakan. Berazam betul Kakak Ipar nak mencuba memasak masakan-masakan Kerala ini bila balik ke Malaysia nanti.

Restoran di Hotel PGS Vedanta
Pemandangan di dalam restoran
Antara makanan yang dihidangkan untuk makan tengahari
Houres Pulao dan Nasi Putih.
Pelbagai jeruk dan Papadom
Lunch yang enak di Hotel PGS Vedanta


Bersambung ke Bhg. 7 ...


CATATAN PERJALANAN KERALA (2018):