Monday, 12 February 2018

2018 KERALA BHG. 04 (Houseboat 1)

Februari 2018

KERALA, INDIA
Kochi & Kerala Backwaters

Bahagian 4: Kerala Backwaters (1)
HOUSEBOAT & AFTERNOON CRUISE

HARI KEDUA (3)

Part 10: Houseboat & Kerala Backwaters Cruise

Roji memberhentikan kereta di tepi jalan raya. Dah sampai ke destinasi, katanya. Tapi tak nampak pun houseboat kat sini. Kejap lagi ada pekerja houseboat datang bawak kami ke sana, kata Roji lagi.

Dengan sekonyong-konyong, muncullah seorang lelaki dengan menaiki skuter dan dua orang pekerja yang berjalan kaki. Beg kami yang lebih kecil diangkut oleh Uncle Scooter manakala beg-beg yang lebih besar pula ditarik oleh pekerja tersebut.

Uncle Scooter dan pekerja-pekerja Houseboat sedang menguruskan bagasi kami.
Beg yang lebih besar ditarik oleh pekerja ini ke Houseboat. Walaupun beg kami besar, isinya tak penuh. Saja bawak beg besar begini datang ke Kochi sebab pelbagai benda boleh disumbat ke dalamnya.
Roji menyuruh kami mengikut mereka. Dia akan menunggu kami di sini pukul 9 pagi esok untuk pulang ke Kochi, katanya. Sewaktu kami menaiki cruise, Roji mengambil kesempatan untuk pulang ke kampungnya yang berada dekat-dekat sini juga, katanya. Kampung Roji ada banyak pokok nangka. Dia dah lama tak makan nangka kat kampung, kata Roji lagi.

Mengikut pekerja berjalan menuju ke Houseboat
Laluan dari tempat kereta ke houseboat dipasang dengan pavement batu-bata yang cantik.
Melintasi rumah penduduk kampung
Excited gila bila nampak Houseboat kat depan tu.
Ada banyak pangkalan untuk memulakan Kerala Backwaters Cruise. Pangkalan Houseboat kami terletak di sebuah kampung yang bernama Punnamada. Kampung ini terletak di tepi Tasik Punnamada, salah sebuah tasik yang membentuk Kerala Backwaters ini.

Ini bukan Houseboat kami...
Houseboat kami yang ini...
Bagasi dibawa naik ke Houseboat
Jom naik ke Houseboat
Kakak Ipar dengan Anak Saudara masih belum nak naik lagi. Sibuk menangkap gambar Houseboat
Dah puas ambil gambar, baru masuk ke dalam Houseboat
Ada pelbagai kategori bot Kerala Backwaters Cruise ini. Bot yang kami sewa adalah dari kategori Premium. Myself tak tahu berapa sewa sebenar bot ini sebab harganya dibayar bersekali dengan pakej percutian kami ke Kerala ni. Tapi yang pasti, harganya jauh lebih murah berbanding perkhidmatan yang serupa kalau di Malaysia.

Pemandangan ke dalam Houseboat
Bot kami dimiliki oleh Southern Panorama Cruises
Buat macam rumah sendiri... Sebelum masuk ke dalam, buka dulu kasut kat luar.
Husband bergambar dengan pemilik bot, Sanjeev.
Uncle Scooter yang membawa beg kami ke sini tadi rupa-rupanya adalah pemilik Southern Panorama Cruises, Mr. Sanjeev. Sebelum kami memulakan pelayaran, Mr. Sanjeev memberi penerangan tentang pelayaran cruise. Termasuk dalam pakej pelayaran kami adalah breakfast, lunch, minum petang dan dinner. Menu standard untuk lunch dan dinner adalah ikan dan ayam sahaja. Kalau nak makan seafood, Mr Sanjeev mencadangkan kami singgah membeli udang dan lain-lain di kampung dalam pelayaran. Tukang Masak di atas bot boleh masakkan untuk kami tanpa sebarang caj tambahan.

Tak perlu risau tentang makanan yang disediakan sebab ia dijamin Halal. Roji dah pun memberitahu pihak cruise supaya menyediakan makanan Halal untuk kami. Disebabkan ada ramai orang Islam di Kerala dan mereka sering menerima kunjungan dari pelancong Timur Tengah, pihak cruise memang faham apa yang dikatakan makanan Halal.

Ruang rehat dan ruang makan dalam bot
Lorong dari ruang rehat/makan menuju ke dapur. Bilik-bilik tidur terletak di lorong ini. Bot kami mempunyai 2 buah bilik tidur.
Pemandangan di ruang makan. Ada kipas dan air-cond disediakan di ruang ini dan di bilik-bilik tidur. TV pun ada, tapi kami tak buka pun TV tu sepanjang pelayaran kami.
Bot yang ini sebiji macam bot kami.
Welcome Drink. Air Oren yang sangat sedap.
Sinki di lorong menuju ke dapur dan buah-buahan
Bilik Tidur kami
Room With A View
Tandas moden di dalam Houseboat
Shower pun ada. Tapi water pressure pada shower ini tak kuat. Lebih puas mandi menggunakan air yang ditadah.
Pemandangan dari lorong di depan pintu bilik tidur
Dapur Houseboat kami
Pemandangan dari luar dapur Houseboat
Satu lagi pemandangan dari luar dapur Houseboat

Part 11: Afternoon Cruise

Ini adalah kali kedua bagi Myself dan Husband menginap dalam Houseboat di India. Kali pertama dulu adalah di Kashmir. Houseboat di Kashmir dulu walau bagaimanapun hanya ditambat di tepi tasik dan tidak bergerak seperti di Kerala Backwaters Cruise ini.

Kettuvaloom
Pelbagai bentuk Kettuvaloom
Houseboat yang berlayar di Kerala Backwaters ini dinamakan Kettuvaloom. Ia dibina dari kayu dan bahagian luarnya dihiasi dengan pelbagai elemen dari alam semulajadi seperti sabut kelapa dan mengkuang. Memang environment friendly rupanya.

Pelayaran bermula
Ada banyak jenis pelayaran yang ditawarkan dalam Kerala Backwaters Cruise ini. Ada pelayaran yang singkat dan ada juga pelayaran sehingga berhari-hari lamanya kerana Kerala Backwaters adalah sebuah lembangan yang terdiri dari 5 buah tasik dan 38 batang sungai yang bersambung-sambung antara satu dengan yang lain termasuk juga terusan-terusan buatan manusia di antara mereka. Jika digabung keseluruhan tasik, sungai dan terusan-terusan ini, Kerala Backwaters mempunyai kepanjangan 900 km. 

Pelayaran kami hanya selama 2 Hari 1 Malam di sekitar Tasik Vembanad yang merupakan tasik yang terbesar dalam sistem Kerala Backwaters. Walaupun betul-betul terletak bersebelahan dengan Laut Arab, tasik dan sungai-sungai ini mempunyai air tawar sehingga boleh digunakan untuk mengairi sawah padi di kawasan ini.

Belayar dari Tasik Punnamada menuju ke Tasik Vembanad
Standard check-in time bagi bot-bot Kerala Backwaters Cruise yang berlepas dari Alleppey adalah pada pukul 12 tengahari. Maka bermula dari waktu tersebut, berbondong-bondong bot cruise memulakan pelayaran dari pangkalan-pangkalan di sekitar Tasik Punnamada menuju ke Tasik Vembanad.

Kettuvaloom-kettuvaloom yang pelbagai saiz dan bentuk mula berlayar menuju ke Tasik Vembanad
Selain dari pelbagai kategori seperti Premium dan Deluxe, air-cond dan tanpa air-cond, bot-bot cruise ini juga mempunyai pelbagai saiz. Bot-bot ini ada yang mempunyai 2,3,4,8 dan 11 bilik. Disebabkan kami berempat mengambil pakej private tour, kami diberikan bot yang mempunyai 2 buah bilik tanpa berkongsi dengan orang lain. Kedua-dua bilik ini juga mempunyai attached bathroom masing-masing.

Jika tak mahu bermalam dalam bot, ada juga perkhidmatan bot yang membawa penumpang bersiar-siar di sekitar tasik. Di pinggir-pinggir tasik juga terdapat pelbagai hotel dan rumah-rumah penginapan yang boleh disewa oleh pelancong.

Membasuh pakaian di tepi tasik
Keseronokan kini bermula...
Ini bot untuk bersiar-siar di Tasik Vembanad bagi yang tak mahu bermalam dalam bot.
Bot besar dan bot kecil
Masih menuju ke Tasik Vembanad
Penduduk kampung
Kettavaloom yang berlayar di sebelah bot kami
Resort di pinggir tasik
Salah sebuah chalet untuk disewa di pinggir tasik
Resort ini turut menyediakan khidmat Ayurveda Massage
Terusan kecil di tepi tasik
Kettuvaloom 2 tingkat
Cantik dan damai pemandangan di sini
Bot adalah pengangkutan utama bagi penduduk yang tinggal di Kerala Backwaters
Pemandangan dari dalam bilik sewaktu bot sedang berlayar. Jangan risau, ada tirai disediakan pada tingkap ini jika inginkan privacy.
Seorang lagi Auntie sedang membasuh pakaian di tepi tasik
Beginilah cara kehidupan seharian penduduk di sekitar kawasan ini.
Bergosip dari atas bot
Seksi betul Uncle ni.
Pemandangan di kampung di tepi tasik
Masih menuju ke tasik besar
Beginilah gaya Husband menangkap gambar dari atas bot.
Masih mengekori bot di depan
Memang cantik pemandangan di sini.
Beratur menuju ke tasik besar
Bot di sebelah bot kami
Bot ini dihias dengan mengkuang di bahagian luarnya
Seronok berlayar dengan Kettuvaloom ni. Sambil berlayar menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan di Kerala Backwaters ini, kita buka semua pintu dan tingkap bot luas-luas. Menderu-deru angin bertiup masuk ke dalam menyebabkan kita lupa segala keresahan yang dialami. 

Seronok berlayar dalam Houseboat ni. Bagai berlayar dalam rumah yang terapung.
Dah mula nampak tasik yang besar di depan sana
Ini juga Kettuvaloom 2 tingkat. Tak sure berapa bilik ada di dalamnya.
Jujur Myself katakan, pemandangan di sini sebenarnya lebih cantik dari di dalam gambar ini.
Cuaca memang panas di luar sana sampai Pakcik ni terpaksa berpayung masa naik sampan.
Panas kan, Pakcik?
Pemandangan dapur bot di depan bot kami
Bot yang itu dah sampai ke tasik besar
Iklim di Kerala sama macam di Malaysia, cuma ia lebih kering
Pusat sukan air yang dibina oleh Kerajaan India untuk kemudahan penduduk kampung
Pemandangan lebih dekat pusat sukan air
Bot kuning di tengah tasik
Bot ini macam tak dilengkapi dengan air-cond
Penghuni-penghuni bot kuning
Tengah seronok-seronok menikmati pemandangan indah di tengah tasik dengan bayu yang berpuput, tiba-tiba bot kami dihampiri oleh sebuah bot kecil yang datang dari belakang. Suspen juga, sebab ingatkan bot lanun ke bot apa tu?

Rupa-rupanya itu bot penjual ais kerim. Tapi kami tak beli ais kerim yang dijual sebab takut sakit perut kalau makan ais kerim. Maklum sajalah di India ni, kena berhati-hati dengan makanan dan minuman kerana tahap kebersihan di sini tak sama dengan tahap kebersihan di negara kita. Bukan setakat itu, tahap rempah dalam masakan pun berbeza walau makanan nampak sama.

Penjual ais kerim yang datang berjual ke bot kami
Bot ais kerim berlalu pergi
Cuba berjual kat bot di depan pulak
Bot penduduk kampung
Pemandangan lebih dekat bot penduduk kampung
Seorang lagi penjual ais kerim
Brand ais kerim yang dijual pun kita tak pernah dengar di Malaysia
Perlayaran indah di tengah tasik
Penjual ais kerim
Sambil berlayar di tengah tasik, kita buka semua pintu dan tingkap luas-luas untuk menikmati angin yang bertiup
Welcome Fruits. Nanas kat Kerala memang sedap.
Sepasang Burung Cormorant yang bertenggek di atas batang kayu
Pasangan Cormorant yang ini pulak tengah meninjau-ninjau mencari ikan di tasik.
Kat mana ada ikan?
Sedang berlari di atas air
Terbang rendah mencari habuan
Relax-relax sambil berlayar
Santai
Dah tiba di Tasik Vembanad
Pemandangan di Tasik Vembanad
Houseboats
Kampung kecil di hujung tanjung
Nampak macam semua Houseboat menuju ke sana
Semua sedang merapat ke tepi
Burung bertenggek di wayar elektrik
Pemandangan dekat burung-burung yang sedang bertenggek

Part 12: Makan Tengahari

Semua Kettuvaloom yang berlayar berlabuh di tepi tasik bila tiba waktu makan tengahari, termasuklah Houseboat kami. Ada peraturan kot yang menyuruh mereka berbuat begitu.

Para Houseboat berlabuh di tepi waktu makan tengahari
Penduduk tempatan sedang berdayung
Pemandu bot kami, Mithin sedang mencari tempat berlabuh
Di sinilah bot kami berlabuh untuk makan tengahari
Pemandangan sewaktu bot berlabuh
Mithin sedang mengikat bot ke batang pokok. Selamba je dia berkaki ayam di situ.
Bot yang berlabuh di depan bot kami
Penghuni bot kat depan ini nampaknya macam warga tempatan
Tukang Masak bot kami, Suresh sedang menyediakan sajian makanan tengahari
Bau makanan yang dimasak menyebabkan kami kelaparan
Dapur dalam houseboat ni memang lengkap macam dapur di rumah
Drebar bot, Mithin turut membantu Suresh menyediakan hidangan tengahari kami.
Lorong dari dapur menuju ke depan Houseboat
Makan pisang sementara menunggu Makan Tengahari dihidangkan
Walau bot berlabuh di tepi, makanan tengahari dimasak dan disediakan di dalam bot sendiri. Makanan tengahari yang disediakan untuk kami adalah makanan tipikal orang Kerala. Makan pun style Orang Kerala, dihidangkan di atas daun pisang.

Makanan tengahari sedang dihidangkan
Sajian makanan tengahari
Ada garam sejemput turut dihidangkan atas daun pisang untuk menambah perisa, jika perlu.
Kalau tak mahu makan nasi, Capati pun ada
Makanan yang disediakan dalam houseboat ni memang sedap
Kecur air liur bila mengenangkan kesedapan makanan yang dihidangkan
Family Photo
Dessert yang sedap, tapi dah lupa namanya. Rasanya manis, tapi tak terlalu manis.
Lepas makan tengahari, kita bersiar-siar kat darat sekejap.

Berehat selepas makan tengahari
Cuba jadi pemandu bot pulak
Posing ala-ala Titanic
Penduduk tempatan sedang membawa sayur
Sayur ke rumput sebenarnya?
Inilah pemandangan bot kami dari depan. Disebabkan bot ini tak ada nama, kalungan bunga yang diletakkan di depan tu menjadi penanda supaya kami tak silap masuk bot orang lain.
Pemandangan ruang depan bot kami. Dinding luar bot kami pun dihias dengan mengkuang.
Pemandangan bilik tidur kami dari luar
Jom kita jalan ke depan...
Pemandangan sawah padi di tempat bot kami berlabuh
Sawah padi yang menghijau
Bot di depan bot kami
Berjalan di tepi bot-bot ini bagaikan berjalan di tepi rumah kampung
Amboi, seronoknya anjing tu tidur kat situ
Tergolek riang di tepi tasik. Anjing ini rasanya milik orang kampung kat sini.
Pemandangan indah di sawah padi
Rezeki di remang tengahari
Kais tengahari untuk makan tengahari
Bot orang lain
Kedai runcit di seberang sana
Husband bergambar di tepi bot orang lain
Nana berdayung dari seberang untuk menjemput Aci pulang ke rumah
Aci, tunggu Nana datang!
Menjemput Aci pulang ke rumah
Aci sedang masuk ke dalam sampan
Ramai je yang nak menolong Aci masuk ke dalam sampan. Tapi Aci kata tak apa, dia boleh masuk sendiri.
Sampan ni macam bocor sikit, terpaksalah Aci mengaut keluar air dari sampan sewaktu Nana sedang berdayung.
Aci dan Nana berdayung pergi
Aci masih mengaut air keluar dari sampan
Berposing di tepi tasik
Berpaling ke belakang sewaktu berjalan kembali ke bot
Kita berjalan pelan-pelan kembali ke bot
Bot kami berlabuh di belakang bot yang ini
Sawah padi yang menghijau
Ada laut sebenarnya di belakang sawah padi ini.
Menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Disebabkan bot sentiasa bergerak, terpaksalah kita check arah kiblat setiap kali nak bersolat atas bot.


Bersambung ke Bhg.5...


CATATAN PERJALANAN KERALA (2018):