Wednesday, 14 February 2018

2018 KERALA BHG. 05 (Houseboat 2)

Februari 2018

KERALA, INDIA
Kochi & Kerala Backwaters

Bahagian 5: Kerala Backwaters Cruise (2)
FISH MARKET & VILLAGE CRUISE

HARI KEDUA (4)

Part 13: Fish Market

Cruise diteruskan lagi selepas Makan Tengahari. Kira-kira 10 minit dari tempat perhentian lunch tadi, bot kami berhenti lagi. "Fish Market," kata pemandu bot kami, Mithin. Di sinilah kami akan membeli udang untuk makan malam nanti.

Perhentian untuk "Fish Market"
Pemandangan di perhentian Fish Market
Houseboat kami sedang berlabuh
Terjenguk-jenguk kami mencari Fish Market yang dimaksudkan. Rupa-rupanya ia hanyalah sebuah kedai kampung di tepi tasik yang menjual pelbagai barangan termasuk ikan dan seafood.

Mana Fish Market tu?
Inilah Fish Market yang dimaksudkan
Dekat Fish Market ini ada sebuah sawah padi. Ada banyak itik dibela di sawah ini.

Ada sawah padi di belakang sana. Banyak itik dibela di situ.
Husband menangkap gambar itik
Bebek-bebek Bengil ~ teringat pulak itik kat Bali bila melihat itik-itik ni.
Memberi itik makan
Itik-itik di tengah sawah
Penggembala itik
Banyak betul itik yang dibela
Dah puas melihat itik barulah kita masuk ke kedai untuk membeli udang.

Jom kita masuk ke kedai...
Kelihatan macam bekalan buah kelapa baru tiba di kedai.
Mengangkut buah kelapa ke kedai dari dalam sampan
Stok buah kelapa baru
Tukang Masak Houseboat yang bernama Suresh membantu kami membeli udang. Kami hanya mengikut cadangan Suresh supaya membeli 1 kg Udang Galah di sini. Udang ini dijual pada harga INR 1,600 (RM 98) sekilogram.

Mengikut Suresh membeli Udang Galah. Suresh dan tuan kedai selamba tak pakai kasut. Kebal betul kulit kaki dia orang ni.
Stok Udang Galah
Suresh membantu memilih Udang Galah yang segar untuk kami
Ikan pun ada dijual di sini tapi kami tak belilah.
Udang Galah sedang ditimbang. Dapat 9 ekor pada sukatan 1,020 gram.
Aci Penjaga Kedai
Banyak barang dijual dalam kedai ini
Kakak Ipar tak dapat menahan nak membeli kelapa muda kat sini.
Kakak Ipar seronok dapat minum air kelapa muda. Sedap, katanya.
Husband bergambar di jeti di depan kedai. Bot yang kat belakang tu adalah bot orang lain, bukan bot kami.
Bergerak meninggalkan Fish Market
Bye-bye!
Kampung lain di tepi tasik
Sembang-sembang petang. Kaum lelaki di sekitar Kerala Backwaters sentiasa kelihatan memakai kain Dhoty yang merupakan pakaian tradisional mereka.
Dah penat berdiri, kita sambung duduk pulak.
Burung bertenggek di Kerala Backwaters
Jambatan kampung
Membasuh di tepi tasik
Macam adegan dalam Filem Tamil
Ewahh, cakkk!!!
Bermandi-manda di tepi tasik
Kena kuak pokok-pokok air tu ke tepi untuk mandi di tepi tasik.
Mengail ikan di tepi tasik
Kambing
Pemandangan lain di tepi tasik
Pemandangan Cruise di Kerala Backwaters

Part 14: Village Cruise

Highlight dalam Kerala Backwaters Cruise ini bagi Myself adalah Village Cruise, pengalaman menaiki bot sangkut meninjau ke perkampungan-perkampungan di sekitar. Program ini diatur oleh pihak Cruise untuk semua tetamu mereka, tapi ia bukanlah percuma. Kami perlu membayar INR 300 (RM 18) seorang untuk membuat Village Cruise ini.

Seronok nak memulakan Village Tour. Myself dan Husband duduk kat depan bot sangkut.
Kakak Ipar dan Anak Saudara duduk di belakang
Bergambar di tengah Tasik Vembanad
Disebabkan cuaca panas terik hari ini, petugas Houseboat turut meminjamkan payung kepada kami sewaktu membuat Village Cruise
Di sekitar Tasik Vembanad ada banyak terusan buatan manusia dan penduduk-penduduk tempatan tinggal di tepi terusan ini. Terusan ini terlalu kecil dan sempit untuk dimasuki oleh Houseboat, jadi satu-satunya cara untuk meninjau suasana di perkampungan adalah dengan menggunakan bot sangkut atau sampan-sampan kecil yang didayung sendiri.

Meninggalkan Houseboat menuju ke perkampungan
 Bot Orang Local
Beginilah cara kami masuk ke dalam bot sangkut tadi. Kena lompat menerusi pintu di tepi Houseboat.
Excited ni nak jalan kat kampung
Ada banyak Pusat Urutan Ayurveda di sekitar Tasik Vembanad
Berselisih dengan sebuah Houseboat yang baru tiba
Tumbuhan-tumbuhan air
Kami akan masuk ke kampung menerusi jambatan rendah di depan tu.
Sekolah Rendah
Pelajar sekolah rendah tengah berjalan pulang ke rumah
Cikgu sekolah pun sedang berjalan pulang
"Heads down," kata Uncle Bot Sangkut sewaktu kami masuk ke bawah jambatan rendah.
Pemandangan selepas lalu di bawah jambatan rendah. Ada kerja pembinaan benteng terusan sedang dilaksanakan
Benteng yang sedang dalam pembinaan
Pembinaan benteng dilaksanakan sepenuhnya menggunakan tangan.
Terusan di perkampungan hanya boleh dilalui oleh sampan dan bot-bot kecil
Budak-budak sekolah nak pulang ke rumah
Rumah penduduk kampung
Uncle Bot Sangkut
Pemandangan yang mendamaikan
Rumah penduduk kampung yang berada agaknya
Suasana di kampung hening dan damai
Itik Mallard
Itik dan Kawan-kawan
Jambatan kampung yang dihiasi dengan bendera parti politik
Cantiknya pemandangan. Suka tengok bayang yang dibalikkan di dalam air terusan.
Memancing di tepi terusan
Pose istimewa dari Aci
Nana sedang bermandi-manda
Walaupun air terusan rasanya tak bersih sangat, ia tak menjadi hal kepada penduduk kampung.
Sawah padi di tepi terusan
Kita mudik lagi ke dalam...
Pemandangan di sini betul-betul mententeramkan jiwa.
Sebuah lagi rumah penduduk kampung
Motorbot
Aci-Aci dalam bot sangkut
Nak ke majlis kenduri agaknya.
Tak perasan ada anak yang bergayut kat tepi sampan...
Sebuah lagi jambatan kampung
Sawah padi
Satu lagi pemandangan sawah padi di tepi terusan
Sesuatu yang kami perhatikan ialah air di terusan lebih tinggi dari rumah dan sawah di kedua-dua belah terusan, macam kat negara Belanda.
Perhimpunan Wanita
Pokok Bunga Raya
Pemandangan bot dan sampan penduduk kampung yang sedang parking di tepi terusan.
Kambing di tepi terusan
Si Hitam dan Si Putih sedang makan rumput
Membasuh pakaian di depan rumah
Berselisih dengan bot pelancong
Ehh..! Ada patung pulak yang digantung pada pokok di tepi terusan.
Pelancong local yang datang dari arah bertentangan
Bunga-bunga cantik di tepi terusan
Pelancong lain yang membuat Village Cruise
Pelancong-pelancong Mat Salleh
Respek sungguh kat mereka ni kerana boleh berkayak sampai ke sini.
Pemandangan yang sama tapi tak serupa dengan Malaysia
Tumbuhan air yang banyak beginilah yang menjadikan pemandangan di Kerala Backwaters sangat unik dan mengujakan.
Ramai sungguh penduduk kampung yang mencuci pakaian di lewat petang begini.
Berjalan di tepi terusan
Memang exciting bila bot kita melalui tumbuhan air yang banyak-banyak ni.
Beginilah rupa tumbuhan air yang banyak terapung di Kerala Backwaters. Tumbuhan ini memang benar-benar terapung.
Berbasikal di tepi terusan
Mencuci pakaian lagi...
Sentiasa ada tangga begini yang dibina di depan rumah penduduk di Kerala Backwaters untuk kemudahan mereka mandi dan mencuci pakaian menggunakan air terusan.
Kembali ke Tasik Vembanad
Kettuvaloom-kettuvaloom
Bot-bot penduduk yang bersimpang-siur dengan Kettuvaloom
Tiba kembali ke Kettuvaloom kami
Mithin menanti kepulangan kami
Bot sangkut sedang merapat ke tepi untuk membolehkan kami memanjat kembali masuk ke Houseboat.
Mithin gembira melihat kami dah selamat kembali ke Houseboat
Thank you, Uncle Bot Sangkut.

Part 15: Sunset Di Kerala Backwaters

Selepas membuat Village Cruise, Mithin memandu kembali Houseboat kami menyeberang Tasik Vembanad. Program yang seterusnya kata Mithin ialah melihat sunset di Kerala Backwaters.

Menuju ke tempat sunset
Sambil Mithin memandu Houseboat menuju ke tempat sunset, Suresh menjamu kami dengan hidangan minum petang. Sajian minum petang kami adalah Cucur Bawang yang sangat enak digoreng bersama serbuk kari dengan air teh Chai Masala.

Minuman Petang yang sedap
Sampai terduduk kat atas lantai menikmati Cucur yang sedap.
Burung-burung pulang petang
Ayurveda Massage Centre
Mentari dah mula nak terbenam
Melintasi semula Fish Market yang kami singgah tadi untuk membeli udang
Golden Moment
Menunggu Ayah datang menjemput untuk pulang ke rumah
"Kakak, tolong Adik masuk dalam sampan".
Berdayung pergi pulang ke rumah
Seorang lagi Aci mencuci pakaian
Rumah mewah di tepi tasik
Itik pulang petang
Close-up sikit itik-itik yang pulang petang
Mentari kini semakin terbenam
Penduduk kampung pulang ke rumah
Bot dan Adik di tepi sawah padi
Apa yang dibuat dek Adik tu?
Tengah practice menjala ikan rupanya...
Sebuah lagi kedai kampung di tepi tasik
Mat Salleh sedang shopping kat kedai kampung
Alahai... Macam Opah kita mandi kat Sungai Perak zaman dulu-dulu.
Coffee Macaw
Government Boat
Bot ini disediakan oleh Kerajaan untuk kemudahan penduduk kampung
Dah lupa berapa tambang yang dikenakan untuk menggunakan Bot Kerajaan ini.
Pemandangan indah sewaktu mentari semakin terbenam
Angin yang bertiup di Kerala Backwaters ini memang menyegarkan.
Boya (Buoy, bukan buaya!) di tengah tasik
Resort mewah di pinggir Tasik Vembanad
Lake Palace Resort
Pohon Nyiur melambai-lambai.
Inilah Kettuvaloom yang terbesar dalam Kerala Backwaters Cruise. Ia mempunyai 11 buah bilik.
Pemandangan dari sisi Kettuvaloom 11 Bilik.
Burung yang pulang ke sarang di waktu petang
Pemandangan dekat burung-burung
Memang ringan burung ni... Tak tenggelam pun ke dalam air bila hinggap di atas tumbuhan yang tengah terapung ni.
Mithin memberhentikan bot seketika di suatu tempat di pinggir tasik. Dari sini, kita dapat melihat pemandangan matahari terbenam di sebalik bandar Alleppey.

Bot berhenti seketika di sini untuk membolehkan kami menikmati pemandangan matahari terbenam di sebalik kota Alleppey.
Santai menikmati pemandangan matahari terbenam dari dalam Houseboat
Pemandangan dari dalam Houseboat
Satu lagi pemandangan dari dalam Houseboat
Mentari terbenam di Kota Alleppey
Cormorant yang masih mencari rezeki di kala matahari terbenam
Burung-burung Cormorant
Sang Mentari yang sedang terbenam
Sunset di kejauhan sana
Burung-burung yang berterbangan di kala mentari sedang terbenam
Selepas menikmati pemandangan matahari terbenam di bandar Alleppey, kami kembali meneruskan perlayaran.

Pasangan yang kami temui berkayak dalam Village Cruise tadi dah pulang ke bot mereka.
Banyak betul stamina Minah Salleh ni, mampu berkayak sejauh itu di sini.
Bermain Jet Ski di Tasik Vembanad
Mithin dan Suresh
Bertemu lagi dengan Kettuvaloom 11 Bilik ini.

Part 16: Night Stop

Peraturan Kerajaan tidak membenarkan Kettuvaloom berlayar pada waktu malam di Kerala Backwaters. Ini adalah kerana suasana di Kerala Backwaters sangat gelap di waktu malam dan penduduk kampung juga ada kalanya keluar berdayung di waktu malam untuk sesuatu urusan. Jadi untuk mengelakkan kemalangan, Kettuvaloom perlu berlabuh di tepi bila malam menjelang.

Mithin memandu bot ke tepi tasik untuk berlabuh
Suresh membantu menambat bot untuk Night Stop
Bot kami berlabuh kembali di Punnamada, tempat kami memulakan pelayaran pada tengahari tadi untuk Night Stop. Namun kami tetap tinggal di dalam Houseboat untuk bermalam kerana pelayaran akan disambung lagi pada pagi esok.

Pemandangan dari dalam Houseboat sewaktu kami membuat Night Stop
Ruang Makan di dalam Houseboat di waktu malam
Makan Malam disajikan pada pukul 7.30 malam. Hidangan istimewa pada malam ini ialah udang yang kami beli di Fish Market tadi. Tapi bukan saja udang yang sedap, makanan lain pun sedap juga. Tak lupa keenakannya sampai sekarang.

Suresh memasak di dapur dengan dibantu oleh Mithin
Hidangan Udang sedang dimasak
Disebabkan tergoda dengan bau masakan Suresh, kami pun menyibuk ke dapur untuk interview Suresh bagaimana dia boleh begitu hebat memasak. Suresh rupanya mempunyai Sijil dalam Masakan Sajian India dan Cina. Kata Suresh lagi semua tukang masak yang bekerja di dalam Houseboat perlu memiliki sijil dalam bidang masakan.

Sajian Makan Malam
Hidangan Udang untuk Makan Malam
Tak sabar menikmati masakan Suresh...


 Bersambung Ke Bhg. 6...


CATATAN PERJALANAN KERALA (2018):