April 2013
JORDAN
Amman & Petra
Bahagian 3 : Petra
PETRA & MUKTAH
HARI KETIGA
Pada hari kedua di Jordan, kami dibawa melawat ke Petra yang merupakan salah sebuah dari Seven Wonders of the World.
Part 10: Dari Amman ke Petra
Petra terletak di kawasan padang pasir di selatan Jordan.
|
Peta Jordan |
Perjalanan dari Amman ke Petra memakan masa 3 jam.
|
Satu lagi pemandangan Bandar Amman |
|
Orang-orang Badwi bebas berkhemah dan menggembala binatang hampir di mana-mana sahaja di Jordan, termasuk dalam kawasan Bandaraya Amman |
|
Penjual jalanan di Amman |
|
Tugu di kota Amman. |
|
Abu Sarah memberi penerangan tentang program lawatan ke Petra. |
|
Singgah sebentar di sini sebelum meninggalkan Amman untuk membeli bekalan air minuman sebagai bekalan perjalanan ke Petra. |
Meninggalkan
Bandaraya Amman, kami melalui Desert Highway. Seperti namanya,
pemandangan di sini adalah padang pasir, tapi tidaklah setandus padang
pasir yang pernah dilihat di Arab Saudi.
|
Pemandangan sepanjang Desert Highway |
|
Pemandangan perkampungan tipikal di Jordan |
|
Kawasan pertanian di tepi Desert Highway |
|
Lintasan pejalan kaki. |
|
Mentari terik di padang pasir. |
|
Desert Highway menuju ke Petra. |
Seperti juga negara Timur Tengah yang lain, Jordan tidak mempunyai sumber air minuman yang banyak. Bandaraya Amman yang dihuni separuh penduduk Jordan misalnya mengalami krisis bekalan air yang teruk.
Untuk mengatasi masalah bekalan air di Amman, Kerajaan Jordan telah membina paip air yang sangat panjang untuk menyalurkan air dari kawasan Gurun ke Bandaraya Amman. Husband cukup kagum dengan perkara ini ~ macam tak terfikir oleh akal bagaimana kawasan gurun boleh membekalkan air kepada bandaraya yang terletak di atas gunung.
|
Kedudukan paip air dari gurun ke Amman ditandakan dengan pancang-pancang plastik berwarna oren seperti berhampiran Kilang Makanan Ayam di tepi Desert Highway ini. |
Tidak seperti di Malaysia, tiada kawasan Rehat dan Rawat di Lebuhraya. Untuk membolehkan ahli rombongan berehat dan menggunakan kemudahan tandas, kami berhenti di sebuah kedai cenderamata yang bernama Midway Castle di tepi lebuhraya.
|
Midway Castle, dalam perjalanan dari Amman ke Petra |
|
Cenderamata yang dijual di Midway Castle |
|
Shisha untuk jualan. |
|
Minyak zaitun. |
WADI MUSA
Selepas melalui kawasan gurun sekian lama, akhirnya kami tiba di kawasan pergunungan. Di pergunungan ini menuju ke destinasi, kami terus menemui kawasan-kawasan pertanian.
|
Pokok Epal di Al-Shubak di kawasan pergunungan menuju ke Petra |
|
Bandar Al-Shubak yang dilalui dalam perjalanan ke Petra. |
|
Pejabat Kerajaan di Al-Shubak. |
|
Kawasan penternakan di kawasan pergunungan |
|
Kadang-kala
gembala di Jordan menggunakan khidmat anjing seperti di Australia dan
New Zealand untuk membantu mereka menggembala haiwan-haiwan ternakan. |
Akhirnya selepas melalui selekoh pergunungan yang terakhir terbentanglah bandar Wadi Musa di hadapan kami. Pemandangan bandar Wadi Musa yang terletak di lembah gunung amat mempersonakan. Di sebalik gunung batu di Wadi Musa inilah letaknya kota purba Petra.
|
Selekoh terakhir ke Wadi Musa |
|
Antara pemandangan pertama sewaktu tiba di Wadi Musa |
|
Pemandangan keseluruhan bandar Wadi Musa |
|
Selamat Datang Ke Petra |
Wadi Musa
adalah sebuah lembah yang pernah didiami oleh Nabi Musa as dan abangnya,
Nabi Harun as. Di lembah inilah dikatakan Nabi Musa telah memukul
tongkatnya sehingga memancar mata air untuk diminum oleh pengikutnya.
|
Makam Nabi Harun as terletak di puncak gunung di belakang Wadi Musa |
|
Satu lagi pemandangan Makam Nabi Harun. Makam ini walau bagaimanapun tidak kami kunjungi kerana perjalanan ke sana memakan masa yang panjang dengan mendaki gunung. |
|
Kota Wadi Musa |
|
Kata Abu Sarah, Wadi Musa kini tidak sesibuk dulu kerana fenomena Arab Spring yang melanda banyak negara Timur Tengah ketika itu. |
|
Oleh kerana Wadi Musa adalah salah sebuah pintu masuk utama ke kota purba Petra, banyak hotel didirikan di bandar ini. |
Sebelum memulakan lawatan ke Petra, kami makan tengahari di Restoran Petra Magic yang terletak di Wadi Musa.
|
Restoran Petra Magic di Wadi Musa |
|
Pintu masuk ke restoran Petra Magic |
|
Makanan masakan Arab tipikal dihidangkan di Restoran Petra Magic |
|
Satu lagi pemandangan di dalam Restoran Petra Magic. |
|
Balkoni di luar Restoran Petra Magic menjadi tumpuan pengunjung selepas makan tengahari bagi menikmati keindahan Wadi Musa. |
|
Bergambar di balkoni Restoran Petra Magic |
|
Pemandangan
dari balkoni Restoran Petra Magic. Kota Purba Petra terletak di sebalik
gunung batu yang membelakangi bandar Wadi Musa ini. |
|
Lukisan hiasan yang cantik di dalam restoran |
Part 11 : Petra
Petra
adalah tarikan pelancong utama di Jordan selain Laut Mati. Mengikut
ahli sejarah, bandar ini pada masa dahulu didiami oleh orang-orang
Nabataean yang mungkin merupakan kaum Tsamud yang diceritakan di dalam
Al Quran.
Dalam Al Quran, kaum Tsamud dinyatakan sebagai kaum yang mendapat laknat Allah swt
kerana menyembah berhala. Kaum
ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat
gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa
mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang
terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.
Mengikut fakta sejarah moden, kawasan yang dimaksudkan oleh Al Quran adalah empayar Greater Syria
yang di dalamnya termasuk bandar Petra di Jordan dan Mada'in Salih di
Arab Saudi. Kedua-dua bandar ini mempunyai kesan tinggalan sejarah yang
sama. Namun begitu, oleh kerana Arab Saudi sangat kaya dan tidak
memerlukan sumber pendapatan dari pelancongan, Mada'in Salih tidak
dibuka untuk kunjungan pelancong sepertimana di Petra.
Di kedua-dua bandar inilah, Allah mengutuskan Nabi Saleh as untuk memberi petunjuk kepada kaum Tsamud. Keengkaran dan kesombongan mereka terhadap seruan Nabi Saleh as telah
menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum
Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata
mereka sendiri. Petir yang luar biasa dahsyat ini menghasilkan
bunyi yang cukup keras.
|
Pintu masuk pelancong ke Kota Purba Petra |
|
Pemeriksaan sekuriti sebelum masuk ke kompleks sejarah Petra |
|
Feeling-feeling macam Indiana Jones di luar pintu masuk ke Petra. |
|
Tiket masuk kami ke Petra |
|
Memulakan langkah ke kota purba. |
Sebaik
masuk ke kompleks Petra, kita terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 1 km
di tengah terik padang pasir. Jalan di sini dibahagi kepada dua
bahagian: sebelah jalan digunakan untuk pejalan kaki manakala sebelah
jalan lagi dikhaskan untuk kegunaan kuda dan kereta kuda.
|
Laluan masuk ke Petra terbahagi 2: sebahagian untuk pejalan kaki dan sebahagian untuk laluan penunggang kuda dan kereta kuda |
|
Kuda tunggangan dan kereta kuda di sebelah sana jalan. |
Selepas berjalan kira-kira 600 meter, kita akan bertemu dengan kesan binaan yang dinamakan Djinn Blocks. Pada batu-batu ini terukir gambar-gambar dewa yang kononnya penjaga pintu masuk ke Djinn Blocks.
|
Djinn Blocks. |
|
Bergambar di Djinn Blocks. |
|
Sebuah binaan purba di Djinn Blocks. |
|
Abu Sarah memberi penerangan di Djinn Blocks. |
|
Antara papan keterangan yang terdapat di sini. |
|
Antara ukiran batu terawal yang ditemui pengunjung ke Petra. |
|
Obelisk Tomb berhampiran Djinn Blocks |
|
Bekas kediaman orang kebanyakan di Petra pada masa dahulu. |
Selepas meninggalkan Djinn Blocks, kami berjalan lagi sehingga sampai ke permulaan sebuah lorong semulajadi di antara dua tebing batu yang sangat tinggi yang dinamakan As-Siq.
|
Berjalan lagi beberapa ratus meter di tengah terik padang pasir menuju As-Siq. |
|
Akhirnya kami tiba di As-Siq, sebuah lorong semulajadi di antara dua tebing batu yang sangat tinggi. |
|
Petra diliputi salji setiap musim dingin. Empangan ini didirikan oleh orang Tsamud untuk mengalirkan air dari salji yang mencair di dalam musim bunga setelah musim dingin berakhir. |
|
Lawrence of Arabia berbungkus menahan terik matahari. |
Di
kawasan ini terdapat sebuah kedai menjual cenderamata. Abu Sarah membawa
kami masuk ke kedai ini untuk menunjukkan beberapa barangan dagangan
penduduk Petra zaman dahulu yang kini dijual sebagai barangan
cenderamata.
|
Abu Sarah sedang memberi penerangan tentang aktiviti perdagangan di Petra pada masa lampau. |
|
Laluan untuk penunggang kuda berakhir di luar kedai cenderamata berhampiran As-Siq. |
Kami kemudiannya dipimpin oleh Abu Sarah melalui laluan As-Siq yang terkenal itu. Berbeza dengan laluan peringkat pertama tadi yang panas terik, suasana di dalam As-Siq amat sejuk dan nyaman. Laluan ini juga terlindung dari kepanasan matahari oleh tebing-tebing tinggi di kedua-dua belah laluan.
|
Laluan masuk ke As-Siq. |
|
Selain pejalan kaki, As-Siq boleh dilalui oleh kereta kuda, tapi bukan kuda tunggangan. |
|
Laluan As-Siq ini sepanjang 2 km, dan suasananya sangat nyaman berbanding padang pasir yang terik di luar sana. |
|
Ada ketikanya laluan As-Siq amat sempit. Pejalan kaki perlu berhati-hati, takut dilanggar kereta kuda yang bergerak sangat laju keluar masuk ke laluan ini membawa penumpang yang dah tak larat lagi nak berjalan. |
|
Semakin jauh ke dalam, suasana laluan ini semakin hening. |
|
Kadang-kala bila tak terserempak dengan pengunjung dan kereta kuda lain di sini, suasana di As Siq sedikit menyeramkan. |
Sepanjang perjalanan 2 km di dalam As-Siq, Abu Sarah menunjukkan kepada kami beberapa binaan manusia dan formasi batu semulajadi yang terdapat di sepanjang laluan.
|
Batu Gajah. |
|
Laluan As-Siq telah dibina semula oleh Kerajaan Jordan untuk kemudahan pengunjung. |
|
Sebahagian laluan asal yang dibina dari batu-bata masih dikekalkan di As-Siq untuk tatapan generasi yang akan datang. |
|
Mencuba berjalan di atas laluan asal As-Siq menuju ke kota purba Petra. |
|
Beberapa tumbuhan di dalam As-Siq. Dah lupa nama pokok ni. |
|
Laluan ini sangat bersih kerana dijaga rapi oleh Kerajaan Jordan. |
|
Saluran air ini dibina untuk membekalkan air kepada penduduk Petra. Ia pernah diracun oleh tentera Rom dalam satu peperangan dengan Petra. |
|
Sebahagian saluran air ini dibina dari porselin yang menggambarkan betapa tingginya pengetahuan kejuruteraan kaum Tsamud ketika itu. |
|
Berjalan lagi masuk ke dalam. |
|
Pokok White Fig yang tumbuh di celah batu di As Siq. |
|
Empangan purba Kaum Tsamud. |
Akhirnya setelah berjalan satu setengah jam, kelihatanlah monumen utama kota purba Petra yang dinamakan Al-Khazneh mengintai di sebalik tebing tinggi.
|
Al-Khazneh mengintai di sebalik As-Siq. |
|
Bagaikan tak percaya dapat melihat sendiri monumen purba yang selama ini hanya dilihat dalam kaca TV. |
Kegemilangan
Petra sebagai pusat perdagangan purba yang penting tamat setelah
dimusnahkan oleh gempa bumi yang memusnahkan bangunan dan sistem
bekalan air di kawasan ini.
Setelah
itu Petra tidak lagi didiami manusia secara kekal dan hanya dikunjungi
kaum-kaum Badwi. Ia menjadi terkenal setelah ditemui oleh seorang
pengembara berbangsa Swiss.
|
Orang-orang
Badwi percaya ada harta karun milik Firaun yang tersimpan di dalam pasu
(urn) di tengah itu. Oleh itu, bahagian atas monumen Al Khazneh ini
telah ditembak bertalu-talu dengan senapang kerana mereka ingin
memecahkan pasu tersebut. Kesan tembakan peluru dapat dilihat dengan
jelas pada hari ini. |
|
Unta bergaya seksi di depan Al-Khazneh |
|
Seperti namanya, Street of Facades dipenuhi dengan facade-facade bangunan yang diukir langsung dari batu gunung. |
|
Tandas moden di hujung Street of Facades. |
|
Satu lagi ukiran bangunan yang mengkagumkan di Petra |
|
Kedai cenderamata menjual sand art di Petra |
|
Lubang-lubang di belakang kedai ini adalah rumah kediaman rakyat biasa di Petra pada masa dahulu. |
|
Polis pelancong di Petra |
|
Penjual cenderamata di Petra. |
|
Bukti kita dah sampai ke sini. |
|
Antara peninggalan Kaum Tsamud yang tinggal di Petra. |
|
Pelancong-pelancong dari seluruh dunia yang berkunjung ke Petra. |
Atas sebab-sebab keselamatan, pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan-bangunan di Petra, termasuklah Al-Khazneh. Namun kami dapat juga menjenguk ke dalam bangunan ini dari sebalik pagar yang diletakkan di pintu-pintu bangunan.
|
Pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan-bangunan di Petra |
|
Pemandangan di dalam bangunan di Petra |
Di hujung Street of Facades juga dibina sebuah amphitheater yang masih berkeadaan baik.
|
Amphitheater di penghujung Street of Facades |
|
Pemandangan Amphitheatre dari dekat |
Sebenarnya terlalu banyak monumen yang boleh dilawati di Petra. Kawasannya terlalu luas sehingga kami tak terdaya meninjau lebih jauh dari Street of Facades. Cukuplah sekadar itu, lalu kami memulakan perjalanan pulang melalui laluan yang sama seperti laluan masuk tadi. Perjalanan pulang berjalan kaki juga memakan masa satu setengah jam seperti perjalanan masuk tadi.
|
Perjalanan pulang |
HARI KEEMPAT
Part 12: Hotel La Maison
Hotel penginapan kami, Hotel La Maison terletak kira-kira 100 meter dari pintu masuk ke kompleks sejarah Petra.
|
Hotel La Maison, Petra |
|
Bangunan Hotel La Maison |
|
Lobi Hotel La Maison |
|
Restoran di Hotel La Maison |
Perjalanan seterusnya adalah Muktah yang disinggahi dalam perjalanan pulang ke Amman dari Petra.
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan pergunungan Petra |
|
Perjalanan pulang ke Amman dari Petra. Dalam perjalanan ini, bas membuat lencongan menuju ke Muktah. |
|
Persinggahan rehat sebelum lencongan ke Muktah dalam perjalanan ke Amman |
|
Pintu masuk ke kedai/restoran Al-Quds di persinggahan rehat |
|
Cenderamata yang dijual di hentian rehat |
|
Bergambar kenangan di Hentian Rehat |
Jordan adalah negara pengeluar phosphate yang ketiga terbesar di dunia. Oleh itu, lombong phosphate dapat dilihat di merata-rata tempat. Phosphate adalah bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan baja.
|
Lombong phosphate dalam perjalanan ke Muktah |
|
Pemandangan lombong phosphate dari dekat |
Dari kejauhan, pemandangan bandar Muktah yang terletak di tengah-tengah padang rumput amat indah. Bandar ini menjadi saksi kepada Perang Muktah yang merupakan perang yang pertama di antara Tentera Islam dengan Tentera Rom Byzantine.
|
Muktah |
Perang Muktah
berlaku pada sekitar di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini
baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera
Rom Byzantine yang seramai 100,000 orang sebagai tindak balas ke atas
pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika
baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.
Rasullullah
melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid bin Harithah dilantik
sebagai ketua panglima, Jaafar bin Abi Thalib sebagai ketua panglima
sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah bin Rawahah sebagai pengganti
Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi mati syahid.
|
Mungkin padang rumput ini pernah menjadi saksi kepada Peperangan Muktah di masa dahulu. |
Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit bin Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau sendiri tidak berhajat untuk menjadi pemimpin tentera Islam ketika itu. Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin Al-Walid
dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini
dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Khalid bertindak cemerlang
dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di
Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.
|
Kompleks
Makam di Muktah yang menempatkan makam 2 panglima tentera Islam yang
syahid: Jaafar bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah. |
|
Pintu masuk ke Kompleks Makam di Muktah. |
|
Berjalan masuk ke Kompleks Makam. |
|
Sebahagian papan tanda ini ditulis dalam Bahasa Melayu |
|
Pemandangan di dalam Kompleks Makam di Muktah |
|
Makam Jaafar Bin Abi Talib. |
|
Jaafar bin Abi Talib adalah sepupu kepada Nabi Muhammad saw. Beliau diberi gelaran
"Bapa Orang-orang Miskin" kerana sikapnya yang selalu menolong dan
membantu orang miskin. |
|
Tangga menuju ke Makam Zaid bin Harithah |
|
Arah ke Makam Zaid bin Harithah. |
|
Tangga menuju ke Makam Zaid bin Harithah |
|
Makam Zaid Bin Harithah. Pada
peringkat remajanya, Zaid merupakan hamba kepada Rasulullah S.A.W.
Kemudian, baginda membebaskan beliau dan hidup sebagai orang yang
merdeka. Ketika dewasa, beliau berkahwin dengan seorang wanita yang
bernama Zainab binti Jahsy. Setelah hidup beberapa tahun, mereka telah
bercerai dan kemudiannya Rasulullah mengahwini Zainab untuk menghapuskan
amalan tradisi Arab Jahiliyah. |
Makam Abdullah bin Rawahah terletak berasingan dari Makam Jaafar bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah. Namun makam ini ditutup sewaktu kami tiba di sana.
|
Makam Abdullah bin Rawahah |
|
Penjual sayur dalam perjalanan pulang ke Amman. |
|
Membawa ternakan untuk jualan di Amman. |
|
Tiba kembali ke kota Amman. |
Part 14: Restoran Tawaheen Al-Hawa
Satu
lagi pengalaman menarik yang tidak dilupakan sewaktu berada di negara
Jordan adalah makan tengahari di sebuah restoran bernama Tawaheen
Al-Hawa di Amman.
Dari
luar, restoran ini nampak seperti sebuah bangunan biasa sahaja. Namun
apabila masuk ke dalam, ia sebenarnya dibina bagaikan khemah Badwi.
|
Restoran Tawaheen Al-Hawa di Amman, Jordan |
|
Lorong masuk ke ruang makan restoran. |
|
Portion makanan yang dikongsi ramai-ramai, tapi tak terhabis oleh kami. |
|
Waktu makanan ini dihidang, kami sangka kena kongsi ramai-ramai. Rupanya yang makanan daging dan fries ni hidangan untuk seorang. Macam mana nak habiskan?! |
Bersambung ke Bhg. 4...
CATATAN PERJALANAN JORDAN & UMRAH (2013):