ARAB SAUDI
Makkah & Madinah
Bahagian 4: MAKKAH --> AMMAN --> KUALA LUMPUR
Part 17: Hotel Afwaj At-Thoubah
Di Makkah, kami tinggal di Hotel Afwaj At-Thoubah. Seperti kebanyakan hotel lain di Makkah, hotel ini adalah sebuah hotel ekonomi, jadi ia sekadar menyediakan tempat penginapan selama kami menunaikan Umrah di Makkah. Malah, sewaktu menunaikan Haji dulu, kami juga tinggal di hotel sebegini.
Perlu diingati bahawa tujuan kita datang ke Makkah dan Madinah adalah untuk beribadah. Jadi kita tak boleh mengharapkan kemewahan jika berada di sini.
Di Makkah, kami tinggal di Hotel Afwaj At-Thoubah. Seperti kebanyakan hotel lain di Makkah, hotel ini adalah sebuah hotel ekonomi, jadi ia sekadar menyediakan tempat penginapan selama kami menunaikan Umrah di Makkah. Malah, sewaktu menunaikan Haji dulu, kami juga tinggal di hotel sebegini.
Perlu diingati bahawa tujuan kita datang ke Makkah dan Madinah adalah untuk beribadah. Jadi kita tak boleh mengharapkan kemewahan jika berada di sini.
Lobi Hotel Afwaj At-Thoubah |
Dewan Makan Hotel Afwaj At-Thoubah |
Di Makkah dan juga Madinah, makanan disediakan selepas waktu solat. |
Hotel At-Thoubah juga menyediakan bilik tipikal seperti kebanyakan hotel lain di Makkah dan Madinah |
Kebanyakan
penginap di hotel ini adalah Jemaah Andalusia dari Malaysia yang juga
silih-berganti datang dan pergi. Untuk kemudahan Jemaah, pihak Andalusia
juga telah menyediakan sebuah surau di Tingkat Mezzanine hotel. Di
sinilah program Ceramah Agama serta bacaan Yassin dan Tahlil diadakan
untuk setiap kumpulan Jemaah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Program Ceramah Agama, Bacaan Yassin dan Tahlil di Surau Hotel Afwaj At-Thoubah |
Part 18 : Pulang Ke Amman
Keseluruhan pakej Umrah yang kami ikuti memakan masa 15 hari. Akhirnya setelah 14 hari mengembara, sampailah masa untuk pulang. Oleh kerana pakej perjalanan kami menggunakan penerbangan Royal Jordanian, kami terpaksa pulang ke Malaysia juga melalui Jordan.
Penerbangan pulang dari Jeddah ke Amman dijadualkan berlepas pada pukul 3.30 petang, tetapi kami perlu meninggalkan kota Makkah selewat-lewatnya pukul 11.00 pagi. Oleh yang demikian, kami diminta untuk menurunkan semua bagasi dan mengumpulkannya di lobi hotel sebelum keluar ke Masjidil Haram untuk menunaikan Solat Subuh.
Pukul 3.30 pagi sebelum ke Masjid untuk Solat Subuh, kami telah membawa beg turun ke lobi hotel. |
Wajib bagi orang yang meninggalkan kota Makkah untuk menunaikan Tawaf Wida' (Tawaf Perpisahan). Tawaf
Wida' adalah langkah terakhir bagi jemaah untuk meninggalkan Masjidil
Haram. Jadi selepas melakukan Tawaf Wida', kita tak boleh pergi
membeli-belah, tak boleh tidur di hotel, dan tak boleh berehat-rehat di
masjid.
Myself dan Husband menunaikan Tawaf Wida' selepas Solat Subuh. Kalau selama ini kami boleh menunaikan Tawaf dengan selesa, keadaannya berbeza sekali sewaktu membuat Tawaf Wida'. Ramai sungguh orang bertawaf pada masa itu!
Myself dan Husband menunaikan Tawaf Wida' selepas Solat Subuh. Kalau selama ini kami boleh menunaikan Tawaf dengan selesa, keadaannya berbeza sekali sewaktu membuat Tawaf Wida'. Ramai sungguh orang bertawaf pada masa itu!
Selepas tawaf, kami pulang ke Hotel untuk breakfast. Namun langkah kami di Hotel cuma boleh setakat itu sahaja - tak boleh balik ke bilik untuk berehat-rehat dan bersenang-lenang sewaktu menunggu waktu untuk berlepas pulang. Jadi selepas breakfast, kami terus menunggu bas di lobi hotel.
Memang sayu meninggalkan kota Makkah. Kalau difikirkan, Makkah bukanlah sebuah kota yang menarik untuk dilawati sebagai seorang pelancong. Malah masalah keletihan, kurang keselesaan dan kurang tidur kerana aktiviti ibadah adalah asam garam di sini. Namun di sini ada satu tarikan dalam bentuk ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Di sini juga kita mudah sekali merasakan betapa kerdilnya kita di depan Allah dan kita juga akan dapat menghayati sifat pemurah Allah Yang Maha Agung.
Makkah Al-Mukarramah yang ditinggalkan buat masa sekarang. Insyaallah jika berpeluang lagi ke sini, pasti wajah kota ini telah berubah. |
Pintu gerbang di sempadan bandar Makkah |
Part 19: Jeddah
Perjalanan
dari Makkah ke Jeddah memakan masa kira-kira sejam. Setibanya di sana,
kami dibawa berehat di tepi Laut Merah. Di sini juga ada Masjid Terapung
yang sangat terkenal di kota Jeddah.
Masjid Terapung di Jeddah |
Jemaah dari Turki ini tak dapat menahan keinginan mereka untuk berenang walaupun terdapat papan tanda yang jelas melarang aktiviti berenang di sini. |
Menangkap gambar burung-burung camar yang banyak berterbangan di sini. |
Makanan tengahari disediakan secara take-away dari sebuah restoran Indonesia di Jeddah dan dimakan di pondok-pondok di tepi laut ini. |
Satu
lagi kenangan sewaktu menunaikan Haji timbul sewaktu kami melintasi
Terminal Haji di Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Pada Musim Haji,
terminal ini penuh sesak. Tetapi pada musim umrah begini, ia kelihatan
sunyi sepi.
Pemandangan keseluruhan King Abdul Aziz International Airport di Jeddah |
Terminal Haji di King Abdul Aziz International Airport. |
Pesawat kami ke Amman berlepas mengikut jadual. |
Pesawat Royal Jordanian yang membawa kami ke Amman |
Part 20: Amman
Penerbangan dari Jeddah ke Amman memakan masa satu setengah jam. Pesawat terbang dengan lancar tetapi mengalami turbulence yang sangat teruk sewaktu hendak mendarat di Queen Alia Airport di Amman.
Kaunter Transit di Queen Alia Airport, Amman |
Oleh
kerana kami transit di Amman selama 9 jam, pihak Royal Jordanian telah
memberikan penginapan percuma di Amman Airport Hotel.
Shuttle Bus dari Queen Alia Airport ke Amman Airport Hotel. Waktu menggunakan perkhidmatan ini, kami terserempak dengan satu kumpulan Jemaah Andalusia yang juga transit di Jordan dalam perjalanan ke Jeddah. |
Part 21: Amman Airport Hotel
Amman
Airport Hotel terletak agak jauh dari Queen Alia Airport. Kebanyakan
penginap di sini adalah penumpang-penumpang transit Royal Jordanian
seperti kami.
Amman Airport Hotel |
Menunggu check-in ke bilik hotel |
Tidak sekadar bilik percuma, Royal Jordanian turut memberikan makan malam percuma di hotel ini.
Makan malam disediakan di Restoran Golden Tulip di Amman Airport Hotel |
Makanan disediakan secara buffet dengan pilihan makanan Arab dan Barat |
Chef di restoran ini datang dari Palestine. Dia berhijrah ke Jordan kerana tidak lagi mempunyai keluarga di sana. |
Part 22: Penerbangan Pulang
Kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Amman lewat malam itu. Seperti juga sewaktu kedatangan, penerbangan pulang juga adalah melalui Bangkok.
Kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Amman lewat malam itu. Seperti juga sewaktu kedatangan, penerbangan pulang juga adalah melalui Bangkok.
Penerbangan pulang dari Jordan ke Malaysia |
Sajian penerbangan yang enak dalam perjalanan dari Amman ke Bangkok |
Sebahagian penumpang yang turun di Bangkok |
Dari Bangkok, terbang lagi 2 jam menuju ke Kuala Lumpur. Sewaktu nak mendarat di KLIA, pesawat kami juga mengalami turbulence
yang sangat teruk. Ramai penumpang yang sakit telinga dan rasa mual.
Mungkin pilot Royal Jordanian ni tak biasa menempuh awan yang banyak
seperti pilot MAS kerana langit di Timur Tengah tak banyak awan.
Walau apapun, pesawat kami akhirnya selamat mendarat di KLIA pada pukul 7.00 malam, awal 20 minit dari jadual.
Part 23: Tam Tam Pulang Ke Rumah
Pada keesokan harinya, antara perkara yang perlu kami uruskan adalah membawa kucing kami, Tam Tam pulang ke rumah. Selepas ditinggalkan selama 15 hari, Tam Tam bagaikan tak percaya melihat kami kembali.
Tam
Tam sebenarnya kami ambil dari pusat kucing buangan di SPCA kira-kira
setahun yang lalu selepas kucing lama (juga dinamakan Tam Tam) mati kerana penyakit Cat Flu. Semenjak kami membelanya,
Tam Tam tak pernah ditinggalkan lama sebegini. Bila kami menghantarnya
ke Hotel Kucing dan dia terpaksa tinggal di dalam sangkar selama 15
hari, mungkin dia menyangka kami dah membuangnya, sama seperti zaman dia
tinggal di SPCA dulu.
Tiba di rumah, Tam Tam explore kembali seluruh rumah. Selepas sejam barulah dia kembali mengingati tempat-tempat favouritenya di rumah.
Walau apapun, pesawat kami akhirnya selamat mendarat di KLIA pada pukul 7.00 malam, awal 20 minit dari jadual.
Part 23: Tam Tam Pulang Ke Rumah
Pada keesokan harinya, antara perkara yang perlu kami uruskan adalah membawa kucing kami, Tam Tam pulang ke rumah. Selepas ditinggalkan selama 15 hari, Tam Tam bagaikan tak percaya melihat kami kembali.
Tam Tam bagaikan tak percaya melihat kami kembali, mungkin dia menyangka kami tak mahu lagi membelanya setelah ditinggalkan sebegitu lama. |
Tiba di rumah, Tam Tam explore kembali seluruh rumah. Selepas sejam barulah dia kembali mengingati tempat-tempat favouritenya di rumah.
Welcome Home, Tam Tam! |
CATATAN PERJALANAN JORDAN & UMRAH (2013):
- Jordan Bhg. 1 (Menjejak Kaki Di Bumi Jordan)
- Jordan Bhg. 2 (Gua Asyabul-Kahfi, Wadi Syuaib & Laut Mati)
- Jordan Bhg. 3 (Petra & Muktah)
- Jordan Bhg. 4 (Lembah Jordan, Ajlun & Jerash)
- Umrah Bhg. 1 (Madinah Al-Munawwarah)
- Umrah Bhg. 2 (Makkah Al-Mukarramah)
- Umrah Bhg. 3 (Ziarah Kota Makkah)
- Umrah Bhg. 4 (Makkah-->Jeddah-->Amman-->Kuala Lumpur)
CATATAN PERJALANAN LAIN (HAJI & UMRAH):