Wednesday, 7 January 2026

2025 STAR VOYAGER CRUISE BHG. 02 (Star Voyager)

Disember 2025

STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang

Bahagian 2: Star Voyager
PORT KLANG >> SELAT MELAKA

HARI PERTAMA (2)

Part 3: Dinner @ Lido Restaurant

Terdapat beberapa buah restoran di atas kapal Star Voyager dan penumpang boleh memilih untuk makan di mana-mana restoran. Namun demikian hanya sebuah sahaja restoran yang mempunyai pengesahan Halal penuh. Restoran ini bernama Lido dan terletak di Deck 14. Selain Lido, ada juga sebuah restoran lain bernama Sophia yang terletak di Deck 7 yang turut menyediakan makanan Halal. Namun demikian, Sophia tidak mempunyai pengesahan Halal seperti di Lido kerana ia turut menjual minuman keras.

Restoran Lido dibuka untuk makan malam bermula pada pukul 6.00 petang. Disebabkan kami dah lapar ketika itu, Myself dan Husband terus naik ke Lido sebaik ia dibuka untuk dinner.
 
Barisan penumpang yang hendak masuk ke Restoran Lido
Waktu operasi Lido untuk Dinner dan Supper
Semua penumpang perlu memberikan cabin card mereka kepada petugas di pintu masuk sebelum masuk ke dalam Lido. Sewaktu sedang beratur inilah Myself menyedari yang Myself telah kehilangan cabin card. Setelah puas berfikir, Myself dan Husband membuat keputusan untuk kembali ke Lobi Utama di Deck 5 kerana mungkin kad ini tercicir di sana sewaktu berurusan membeli wifi pada petang tadi.

Syukur Alhamdulillah kerana kami berjaya menemui semula kad Myself yang tercicir itu. Rupa-rupanya ia tersangkut pada perhiasan Krismas di kaunter reception. Memang lega mendapat kembali kad ini kerana sekiranya ia ditemui oleh orang yang tidak bertanggungjawab, pasti dia akan menggunakannya dengan caj sesuka hati selama perlayaran. Maklum sajalah kerana cabin card ini mempunyai fungsi seperti kad kredit di atas kapal. Selepas peristiwa ini, kami memang menjaga cabin card kami dengan sepenuh hati. Haihh!! 😀

Selepas itu barulah kami kembali semula ke Restoran Lido. Syukur Alhamdulillah sekali lagi kerana barisan yang panjang nak masuk ke Lido tadi telah tiada. Terus sahaja kita boleh mendaftar untuk masuk ke dalam.
 
Suasana di dalam Restoran Lido
Restoran Lido adalah sebuah buffet restaurant yang menyediakan hidangan makanan Asia dan Barat. Walaupun ia adalah sebuah restoran Halal dan alkohol tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke sini, ia adalah restoran yang paling popular di kalangan penumpang kapal termasuk yang non-Muslim.

Penumpang tidak perlu membuat apa-apa bayaran untuk makan di Restoran Lido kerana ia telah termasuk di dalam harga pakej. Namun begitu, kita cuma boleh masuk sekali sahaja dalam setiap waktu makan (breakfast / lunch / dinner / supper). Kalau penumpang masuk ke restoran lebih dari sekali bagi sesuatu masa makan yang sama, dia akan dikenakan caj SGD 18 (RM 57). Disebabkan kapal ini milik Singapore, memang segala-galanya menggunakan SGD.
 
Lido adalah restoran yang paling popular di kalangan semua penumpang Star Voyager
Penumpang yang terdiri dari berbagai bangsa dapat dilihat di Restoran Lido
Makanan yang disajikan di Restoran Lido selama 4 hari pelayaran kami berbeza-beza. Oleh itu, penumpang tidak akan merasa bosan dengan makanan yang disediakan. Kita lihat beberapa makanan yang disajikan dalam buffet Restoran Lido di hari pertama ini...
 
Sijil pengesahan Halal yang dipamerkan di Restoran Lido.
Daging Masak Hitam itu memang sangat lazat. 😋
Kari Ikan dan Udang Masak Lemak yang juga sangat sedap. Seafood yang dihidangkan di Restoran Lido ini memang sentiasa fresh.
Semua makanan di Restoran Lido dijamin Halal
Indian Vegetarian Cuisine
Indian Cuisine
Lagi pilihan Indian Cuisine
Salah seorang chef yang bertugas di Restoran Lido
Sesuatu yang Myself nak puji tentang Restoran Lido ialah petugasnya sangat prihatin. Kalau habis sesuatu makanan yang dihidangkan, ia akan terus ditambah dengan segera.
Buah-buahan
Berbagai pilihan roti
Cheese dan Salad
Salad
Dessert yang cantik dan sedap
Kita juga akan diberikan nombor meja sewaktu mendaftar untuk masuk ke restoran. Dengan adanya sistem nombor meja begini, tak perlulah penumpang nak berebut-rebut mencari tempat duduk untuk makan. Kita juga diminta untuk menghabiskan makanan dalam tempoh 60 minit bagi membolehkan penumpang lain turut makan di dalam waktu operasi restoran yang ditetapkan.
 
Suasana di ruang makan di Restoran Lido
Semua pengunjung akan diberikan nombor meja sewaktu mendaftar untuk masuk ke restoran
Kapal Star Voyager masih belum bergerak meninggalkan Pelabuhan Klang ketika ini.
Perhiasan Krismas di pintu masuk ke restoran

Part 4: Sunset In Port Klang

Selepas dinner, kami keluar ke Deck 14 yang terletak betul-betul di sebelah Restoran Lido untuk menikmati pemandangan dan suasana di situ.

Pemandangan di Deck 14
Kelas tarian yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berminat
Deck 14 ini adalah tempat untuk penumpang Star Voyager berehat dan beriadah. Bagi penumpang yang memilih untuk menginap di kabin Interior Stateroom yang tidak mempunyai tingkap itu, di sinilah mereka akan pergi sekiranya ingin menikmati pemandangan laut.

Kolam renang di Deck 14
Suasana di Deck 14
Suasana di Deck 14 menghala ke Restoran Lido
Kerusi santai yang disediakan untuk penumpang
Pemandangan Captain's Deck dan peralatan-peralatan navigasi kapal dari Deck 14
Pemandangan balkoni yang mengelilingi kapal di Deck 15
Jom kita naik tangga ke Deck 15...
Waktu akhir untuk penumpang check-in di Pelabuhan Klang adalah pada pukul 5.30 petang. Kapal pula dijangka berlepas menuju ke Pulau Bintan di Indonesia pada pukul 9.00 malam. Sementara menunggu waktu kapal berlepas, kita bersantai-santai dulu menikmati suasana mentari terbenam di Deck 15 yang merupakan deck yang tertinggi di Star Voyager.

Pemandangan di balkoni Deck 15 menghala ke hadapan kapal
Pemandangan di Balkoni Deck 15 menghala ke belakang kapal
Pemandangan suasana di Deck 14 dari balkoni Deck 15
Makin ramai nampaknya yang menyertai Kelas Tarian di Deck 14
Pemandangan kolam renang di Deck 14 dari Deck 15
Radar dan peralatan-peralatan navigasi di puncak kapal
Subhanallah, betapa indahnya ciptaan Allah SWT bila kita melihat pemandangan matahari terbenam dari atas kapal. Terasa diri kita sangat kerdil bila melihat pemandangan sebegini. Firman Allah di dalam Al Quran [Surah Fussilat 41: Ayat 53-54] menyebut: 

"[53] Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu.

[54] Ingatlah, sesungguhnya mereka dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu."
 
Melihat matahari terbit dan terbenam sewaktu berlayar di tengah laut juga menginsafkan kita tentang kekuasaan Allah SWT. Sungguh Myself katakan, kebesaran Allah SWT menciptakan malam dan siang amat terasa sewaktu kita melihatnya di tengah laut berbanding melihat pemandangan yang sama dari daratan. Dalam Al Quran [Surah Yasin 36: Ayat 37-40], Allah berfirman:

"[37] Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari (malam) itu, maka seketika itu mereka (berada dalam) kegelapan.

[38] Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.

[39] Dan telah kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.

[40] Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya."

Malangnya, walaupun cuaca sangat baik dan hari tidak hujan di sepanjang perlayaran, ia tidak cukup cerah untuk kami menikmati pemandangan bulan dan bintang di sebelah malam. Kalau tidak pasti akan lebih menusuk ke dalam hati kebenaran firman Allah di dalam Surah Yasin ini bila kita melihat pemandangan malam.

Kerana inilah juga Allah menggalakkan manusia mengembara dengan berbagai cara untuk merenung tanda kebesaran-Nya di alam semesta. Serious Myself katakan, kalau kami tidak naik kapal cruise, memang kami tidak akan dapat melihat pemandangan yang sebegini indah.

Selepas menikmati keindahan matahari terbenam, kami berjalan keliling untuk menikmati suasana di Deck 15 sebelum turun ke bawah.

Posing dulu sebelum turun dari Deck 15
Pemandangan kolam renang Deck 14 di malam hari
Ada movie percuma yang ditayangkan pada skrin besar di depan sana setiap malam bermula pukul 9 malam - 1 pagi
Water slide yang tidak dibuka pada waktu malam begini
Kolam jakuzi
Kerusi santai di deck terbuka untuk menikmati pemandangan
Kapal layar yang masih parking di sebelah Star Voyager
Alhamdulillah, cuaca sangat baik pada hari ini dan sepanjang perlayaran kami selama 4 hari

Part 5: Entertainment (Chinese Opera Yimo)

Memang tidak bosan menyertai cruise kerana ada berbagai aktiviti percuma yang disediakan hampir sepanjang masa di atas kapal. Aktiviti yang disediakan boleh dirujuk menerusi buletin kapal yang dinamakan The Daily.

Pada malam pertama ini, Myself dan Husband telah menonton sebuah persembahan yang dinamakan Chinese Opera Yimo yang diadakan di Zodiac Theatre di atas kapal. Persembahan ini adalah sebuah persembahan Chinese Opera yang telah digarap dengan elemen-elemen persembahan moden.
  
Suasana di Zodiac Theatre di atas kapal Star Voyager
Penonton sedang mengambil tempat untuk menyaksikan persembahan
Performer yang membuat persembahan ini adalah seorang lelaki dari negara China yang bernama Yimo. Di awal persembahan, dia muncul seperti seorang wanita tulen yang memakai pakaian Cina tradisional seperti yang sering kita lihat dalam persembahan Chinese Opera. Memang kita tidak menyangka langsung yang beliau adalah sebenarnya lelaki.
 
Aktor persembahan bernama Yimo yang sebenarnya adalah seorang lelaki
Penari pengiring Yimo yang terdiri dari berbagai bangsa dari Asia dan Eropah
Yimo banyak berinteraksi dengan penonton dalam persembahannya tetapi disebabkan dia berasal dari negara China, banyak pertuturannya tidak dapat kita fahami kerana dia bercakap menggunakan Bahasa Mandarin. Namun begitu, kita tidaklah lost sangat dengan persembahan Yimo kerana sekali-sekala dia akan turut bertutur menggunakan Bahasa Inggeris.
 
Antara aksi dalam persembahan Chinese Opera Yimo
Persembahan akrobatik
Sebahagian penari dalam persembahan ini berasal dari Eropah
Aksi tarian India yang diselit dalam persembahan
Yimo membuat persembahan menggunakan selendang sutera seperti yang sering kita lihat dalam sukan Gimnastik Berirama
Dengan aksi begini, mungkin Yimo boleh memenangi dengan mudah acara Ribbon dalam pertandingan Gimnastik Berirama 😄 
Penari seksi yang berasal dari Ukraine
Yimo memang seorang manusia yang memiliki bakat luar biasa. Dia bukan sahaja pandai menari, tetapi juga mempunyai suara yang merdu. Paling mengkagumkan kerana Yimo boleh menyanyi live menggunakan suara lelaki dan perempuan. Walaupun dia lelaki, tak kedengaran langsung bunyi garau ketika dia menyanyi menggunakan suara perempuan. Suara lelaki yang digunakan Yimo juga memang seperti suara lelaki gagah.
 
Ketika ini, Yimo sedang menyanyi solo dengan menggunakan kedua-dua suara lelaki dan wanita secara live di depan penonton
Sambil menyanyi, Yimo turut menunjukkan bakatnya melukis di atas pentas menggunakan Chinese Brush
Ada satu segmen dalam persembahan ini di mana Yimo muncul dengan memakai pakaian tradisional lelaki Hindi dengan menyanyikan sebuah lagu dalam bahasa tersebut.
  
Segmen persembahan lagu Hindi
Yimo menyanyi sebuah lagu dalam Bahasa Hindi
Persembahan Chinese Opera Yimo ini cuma memakan masa 45 minit bermula pada pukul 9 malam. Walaupun tidak begitu lama, ia sangat menghiburkan.

Sambil kita menikmati persembahan, terdengar bunyi enjin kapal dihidupkan dan kapal mula bergerak meninggalkan pelabuhan. Maka bermulalah perlayaran kami dari Port Klang di Malaysia menuju ke Pulau Bintan di Indonesia.
 
Tarian Singa di akhir persembahan
Kami kembali ke kabin selepas persembahan Chinese Opera Yimo selesai. Sengaja kita menggunakan laluan balkoni di port untuk melihat pemandangan selepas kapal meninggalkan Pelabuhan Klang.
 
Balkoni di port kapal
Pemandangan malam sewaktu kapal sedang berlayar di Selat Melaka
Peta lokasi kapal pada ketika ini
Star Voyager juga mempunyai sebuah kasino di atas kapal. Kasino ini boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja tetapi terdapat larangan untuk mengambil gambar di dalamnya. Di bahagian luar kasino, ada ditempatkan mesin-mesin slot. Kasino dan mesin-mesin slot ini walau bagaimanapun hanya dibuka sewaktu kapal berada di perairan antarabangsa. Ini adalah kerana negara-negara persinggahan Star Voyager dalam perlayaran ini (Malaysia, Indonesia dan Singapore) tidak membenarkan perjudian atas kapal di perairan mereka.
 
Mesin-mesin slot di luar kasino
Menikmati suasana di balkoni kabin kami
Pemandangan dari balkoni di kabin penginapan kami
Semua waktu yang digunakan dalam perlayaran Star Voyager adalah mengikut waktu Singapura yang tidak berbeza dengan waktu di Malaysia. Oleh itu, kita berehat dulu kerana kita dijadualkan akan tiba di Pulau Bintan pada pukul 12 tengahari (11 pagi waktu Indonesia) pada esok hari.


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN STAR VOYAGER CRUISE (2025):
  • Bhg. 01 (Hari 1) : Departure (Port Klang)
  • Bhg. 02 (Hari 1) : Star Voyager (Port Klang - Selat Melaka)
  • Bhg. 03 (Hari 2) : High Seas (Selat Melaka - Selat Singapura - Laut China Selatan)
  • Bhg. 04 (Hari 3) : Singapore (Port of Singapore)
  • Bhg. 05 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Floral Fantasy)
  • Bhg. 06 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Flower Dome)
  • Bhg. 07 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Cloud Forest)
  • Bhg. 08 (Hari 3) : Singapore (Back To Ship)
  • Bhg. 09 (Hari 3) : Going Home (Port of Singapore - Port Klang)