Ogos 2020
SELANGOR, MALAYSIA
Sekinchan & Kuala Selangor
Bahagian 4: Sekinchan 2
AH MA HOUSE & SAWAH PADI SEKINCHAN
Part 6: Ah Ma House
Seperti kebanyakan kawasan penempatan penduduk berketurunan Cina yang besar yang lain di Malaysia, Sekinchan bermula sebagai sebuah Kampung Baru yang diwujudkan oleh British dalam usaha untuk memerangi komunis di zaman darurat. Sejajar dengan peredaran masa, kampung-kampung baru ini bertukar menjadi bandar. Dalam perjalanan ke sebuah tarikan yang dinamakan Ah Ma House, kami melalui sebuah kawasan yang dinamakan Site B. Kata Mr Yap, Sekinchan kini terdiri dari 4 buah kawasan yang dinamakan Site A, Site B, Site C dan tak ada Site D, sebaliknya dinamakan Pekan Ikan.
|
Site B |
Pada masa dahulu, seorang pengusaha wanita tempatan bernama Ah Ma banyak mengeluarkan produk-produk snack tradisional yang terkenal di kawasan Sekinchan. Bila terdapat cadangan untuk membangunkan Sekinchan sebagai sebuah kawasan pelancongan, keluarga Ah Ma menawarkan diri untuk membantu. Mereka membeli sebidang tanah di tepi sawah dan membina sebuah bangunan kedai untuk menempatkan dan menjual produk keluaran mereka. Dari situlah wujudnya Ah Ma House yang menjadi sebuah tarikan pelancongan yang popular di Sekinchan hari ini.
Ah Ma House terletak di tengah sebuah kawasan sawah padi. Bangunannya sangat simple, sengaja dibina begitu untuk mengekalkan ciri-ciri sebagai sebuah rumah kedai pada zaman Sekinchan ketika masih merupakan sebuah Kampung Baru Cina.
Sesuatu yang bagus di Malaysia ialah SOP Covid sentiasa diambil berat walau di mana-mana termasuklah di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti di Ah Ma House. Sewaktu kami tiba dah ada ramai pengunjung di dalam kedai ini, jadi kami diminta menunggu sebentar di luar untuk mengelakkan kesesakan. Masa di awal-awal SOP ini diperkenalkan memanglah kita rasa leceh dan membuang masa, tetapi kini ia dah diterima menjadi norma baru di kalangan rakyat Malaysia.
|
Ramai pulak pengunjung ke Ah Ma House hari ini. |
|
Kita tunggu sebentar kat luar sini... |
Sambil menunggu giliran masuk ke dalam, Husband pergi meninjau proses pembuatan Kuih Kapit secara tradisional yang berlangsung kat bucu luar kedai sana. Kuih Kapit adalah kuih tradisional masyarakat Cina yang dibuat dari tepung beras. Masa Myself kecil dulu, keluarga kami memang selalu mendapat Kuih Kapit yang diberi oleh jiran-jiran berketurunan Cina sewaktu perayaan Chinese New Year.
|
Tengok dulu orang buat Kuih Kapit kat sana... |
|
Walaupun pembuatan masih dibuat secara tradisional, standard kebersihan sangat dijaga mengikut amalan semasa |
|
Bancuhan Tepung Beras untuk membuat Kuih Kapit |
|
Kuih Kapit di Ah Ma House masih dibakar menggunakan Dapur Arang Kayu |
|
Acuan Kuih Kapit |
|
Walaupun pembakaran dibuat secara manual, proses pembakarannya sangat efficient setanding dengan proses pembakaran menggunakan mesin di kilang moden. |
|
Kuih yang dimasak kemudian dilipat empat sewaktu masih lembut dan panas untuk memberikan bentuk Kuih Kapit yang kita kenal |
|
Produk akhir Kuih Kapit |
|
Mengambil gambar proses membuat Kuih Kapit |
Terkenang masa lalu sewaktu masuk ke Ah Ma House ini, betul-betul macam suasana kedai runcit kat kampung kita di Perak dulu. Bukan sekadar susunan barang-barang yang dijual, malah makanan-makanan seperti biskut dan gula-gula yang selalu kita beli dari Kedai Cina di kampung dulu pun ada di sini.
Di samping menjual barang-barang makanan, ada sebuah sudut di dalam kedai ini yang mempamerkan koleksi perabot dan peralatan elektronik buatan tahun 1970-an. Memanglah kesemuanya nampak buruk dan antik sekarang, tapi merekalah peralatan yang paling canggih dan menjadi kebanggaan di zaman kegemilangan mereka.
Lepas dah puas pusing-pusing tengok barangan yang dijual, tibalah masa untuk shopping. Antara barang yang kami beli ialah Kuih Kapit tadi.
|
Ini Kuih Kapit yang dibuat secara tradisional di luar kedai |
|
Yang ini pulak Kuih Kapit yang dibuat cara moden menggunakan mesin |
|
Hasil belian kami |
|
Membuat Urusniaga di Ah Ma House |
Sebelum melangkah keluar dari Ah Ma House, terpandang pulak segala jenis gula-gula yang menjadi favourite kita masa kecil-kecil dulu kat tepi pintu. Mujurlah kita tak lagi berada di usia itu, kalau tidak mahu mengamuk tak mahu tinggalkan kedai selagi Husband tak belikan untuk kita. Hahaha!!!
|
Gula-Gula favourite masa kecik-kecik dulu. |
|
Pemandangan di seberang Ah Ma House |
|
Itik Giant di tengah terusan |
Part 7: Sawah Padi Sekinchan
Sekinchan adalah sebuah kawasan penanaman padi yang penting di Selangor. Kerana itulah pemandangan sawah padi seluas mata memandang dapat dilihat di sini. Sawah padi di Sekinchan walau bagaimanapun sedikit berbeza dengan sawah padi di utara Malaysia kerana penggunaan mesin dan kaedah pertanian commercial yang digunakan secara meluas di sini.
|
Jalan di tengah sawah padi |
|
Petak-petak sawah padi di Sekinchan yang sangat besar |
Hampir semua proses penghasilan padi di Sekinchan bermula dari menanam sehingga ke menuai dibuat dengan menggunakan mesin moden pada skala komersil. Bagi kemudahan pergerakan mesin, tapak-tapak sawah yang kecil telah dicantumkan bersekali menjadi tapak yang besar. Sebab itulah saiz petak-petak sawah kat sini kelihatan agak luar biasa besar.
Kami diberitahu sawah-sawah padi di sini juga diusahakan oleh syarikat-syarikat komersil. Tapak-tapak sawah padi yang asalnya milik persendirian telah dipajak untuk diusahakan oleh syarikat-syarikat komersil tersebut. Hasil keuntungan juga akan dikongsi bersama pemilik-pemilik tapak.