Ogos 2020
SELANGOR, MALAYSIA
Sekinchan & Kuala Selangor
Bahagian 3: Sekinchan 1
JETI SUNGAI LABU & PANTAI REDANG
Part 4: Jeti Sungai Labu
Program Lawatan kami yang sebenar bermula selepas kami makan tengahari. Kami dibawa menuju ke Sekinchan.
|
Sekinchan |
Sekinchan adalah sebuah kawasan perikanan dan penanaman padi yang terkenal di Selangor. Sebahagian besar penduduknya berketurunan Cina. Kata Mr Yap, Orang Cina mempunyai nama tersendiri bagi Sekinchan dalam Bahasa Kantonis yang bermaksud Pekan Ikan Dan Beras.
Mr Yap membawa kami ke sebuah jeti perikanan yang bernama Jeti Sungai Labu. Di sini kami diberi overview tentang aktiviti perikanan komersil yang dilaksanakan oleh nelayan di Kuala Selangor.
|
Jeti Sungai Labu |
|
Kereta tour kami yang berwarna hitam parking di sana |
Banyak bot nelayan sedang berlabuh di Jeti Sungai Labu. Bot-bot bersaiz kecil digunakan untuk menangkap ikan di kawasan berdekatan manakala bot-bot yang besar pula digunakan untuk menangkap ikan di laut dalam yang jauh. Perjalanan menangkap ikan di laut dalam selalunya memakan masa perjalanan 2-3 hari.
Satu masa dulu, ada lebih banyak jeti perikanan begini di Kuala Selangor. Walau bagaimanapun beberapa jeti telah pun ditutup kerana generasi muda enggan bekerja sebagai nelayan. Kos penyelenggaraan bot-bot yang semakin mahal juga menjadi satu faktor penyumbang kepada penutupan jeti-jeti ini. Cuma bot-bot perikanan secara komersil sahaja kini yang mampu bertahan.
Mr Yap menyuruh kami memerhatikan bot-bot besar di jeti ini. Walaupun nampak simple dan dibina dari kayu, bot-bot ini sebenarnya dilengkapi dengan peralatan moden seperti sonar dan GPS untuk menangkap ikan di laut dalam.
|
Bot-bot besar yang digunakan untuk menangkap ikan di laut dalam |
|
Setiap bot mempunyai nombor pendaftaran dan dilengkapi dengan peralatan moden seperti sonar dan GPS untuk menangkap ikan di laut dalam |
|
Kebanyakan bot besar berlabuh di sebelah sana |
|
Bot-bot juga dilengkapi dengan peralatan mekanikal untuk menarik pukat yang berisi tangkapan naik ke atas |
|
Tempat memunggah ikan naik ke darat |
Di jeti ini juga ada peralatan mekanikal moden yang dipasang untuk membantu mengangkut hasil tangkapan laut dari dalam bot naik ke darat. Tangkapan hasil laut ini selalunya disimpan dalam bekas-bekas plastik ataupun dalam pukat sendiri. Memang berat jika nak diangkut naik ke darat secara manual. Hasil tangkapan ini selalunya dibawa terus ke pasar ataupun ke restoran-restoran makanan laut.
|
Peralatan mekanikal yang dipasang untuk mengangkut hasil tangkapan naik ke darat |
|
Pemandangan dekat takal mekanikal yang dipasang |
|
Batang besi pada siling ini adalah laluan untuk peralatan mengangkut hasil laut dari bot. |
|
Lori akan menunggu di penghujung laluan pengangkut ini untuk membawa hasil tangkapan terus ke pasar atau restoran |
|
Meninggalkan Jeti Sungai Labu |
Di sekitar Jeti Sungai Labu juga ada beberapa buah industri pembungkusan makanan laut. Kan kita selalu tengok ikan yang dijual di pasaraya tu dah siap dibersihkan dan dijual dalam pack-pack plastik? Di sinilah proses pembersihan dan packing itu dibuat.
|
Bekas-bekas yang digunakan untuk menyimpan hasil tangkapan laut |
|
Industri pembungkusan makanan laut |
|
Lori penghantaran |
|
Proses pembungkusan hasil tangkapan laut |
Part 5: Pantai Redang
Destinasi kami seterusnya adalah Pantai Redang yang sebenarnya terletak bersebelah dengan Jeti Sungai Labu tadi. Sungguh Myself katakan, kalau kami tak ikut Tour ini, memang kami tak tahu tentang kewujudannya. Maklumlah ia tak glamour macam pantai di Morib dan Port Dickson sana.
Walaupun nama pantai ini Pantai Redang, janganlah bayangkan ia seperti pantai di Pulau Redang di Terengganu itu. Memang jauh panggang dari api. Pantainya kecil dan sempit tapi tetap menjadi tumpuan pengunjung dan warga tempatan untuk menikmati pemandangan dan suasana laut.
Di pantai ini juga ada sebuah tanjung kecil yang popular untuk bergambar. Berebut-rebut pengunjung nak berposing di situ berlatar belakangkan Selat Melaka.
Ada pancang-pancang kayu yang dipasang di tengah laut di sini. Ia bertujuan menjadi panduan kepada kapal-kapal nelayan untuk menuju ke Jeti Sungai Labu. Sayangnya tak nampak walau sebuah pun kapal nelayan yang nak pulang ke Jeti ketika itu. Kalau ada, pasti ia menjadi pemandangan yang awesome.
|
Pancang-pancang kayu yang dipasang di tengah laut |
|
Pancang-pancang kayu ini dipasang bertujuan menjadi panduan kepada kapal dan bot-bot nelayan untuk masuk ke Jeti Sungai Labu |
|
Mr Yap mengajar Husband teknik menangkap gambar |
|
Pemandangan menghala ke Jeti Sungai Labu dari tengah tanjung |
|
Tanjung kecil di Pantai Redang |
|
Pemandangan menghala ke pantai |
|
Pantai Redang |
|
Belajar teknik menangkap gambar |
|
Pancang kayu di tengah laut |
Kita alihkan pemandangan menghala ke Jeti Tanjung Labu pulak...
|
Jeti Sungai Labu |
Kita alihkan pula pemandangan menghala ke pantai. Walaupun Pantai Redang kecil, banyak aktiviti berlaku di sana. Antara aktiviti yang menarik ialah bermain layang-layang.
Sebelum meninggalkan Pantai Redang, Mr Yap menunjukkan kepada kami sebuah tokong di seberang tempat parking. Kata Mr Yap tokong ini terkenal di kalangan Orang Cina sebagai tempat untuk memohon hajat. Selepas bersembahyang di dalam tokong, orang yang berhajat akan membeli Wishing Ribbon yang di kedua-dua hujungnya dipasang dengan logam. Mereka akan menulis hajat yang diingini pada Wishing Ribbon ini.
|
Tokong berdekatan Pantai Redang |
Selepas itu mereka akan membaling Wishing Ribbon tinggi-tinggi untuk menyangkutkannya kepada Pokok Banyan besar dekat tokong. Mengikut kepercayaan, semakin tinggi Wishing Ribbon dapat disangkutkan kepada pokok Banyan, semakin mudahlah hajat mereka akan tercapai.
|
Semakin tinggi Wishing Ribbon tersangkut pada Pokok Banyan ini, semakin mudah hajat akan tercapai |
|
Kedai-kedai di tepi Pantai Redang |
|
Macam tak ada makanan Halal dijual di sini |
Bersambung ke Bahagian 4...